IKLAN NUFFNANG

Friday, October 21, 2011

AKU SUDAH TUA - 24 TAHUN

Salam...



Tanggal 19 Okt 2011, tepat jam 1.15 pagi genap umurku 24 tahun...ramai yang wish dalam wall facebook tidak kurang yang hantar mesej, semua tu aku ucapkan berbanyak terima kasih yang tak terhingga. Sedikit sebanyak menceriakan hidup aku.

Umur 24 ni umur peralihan..dari alam remaja ke dewasa. Banyak benda bermain di kepala aku. Sekarang jam menunjukkan pukul 6.48 pagi..lepas ni aku akan siapkan saki baki kerja di lab kemudian kerja-kerja lain yang menanti. 
Seringkali aku terfikir, berfikir, termenung dan bermenung....dah itu memang hobi aku selain membaca! Satu lagi yang aku suka buat, planning and dreaming. Tak dinafikan, aku suka merancang apa yang aku nak dapat dalam hidup dan aku suka berangan-angan seolah-olah benda tu aku dah dapat...hahaha. Ada benda yang aku berangan tu betul-betul dapat, ada yang tidak, mungkin law of attraction tak cukup kuat sebab tu tak dapat.



Bila umur menjangkau 24, aku rasa kerdil dan malu...emm. Mungkin bila berhadapan dengan rakan-rakan sebaya yang dah tempuh alam rumah tangga. Rasa nak lari dari diorang....to make it worse bila aku dapat jemputan perkahwinan daripada junior-junior aku! Aduyai....confirm aku takkan pergi!! 

Banyak kali dah aku terasa hati bila sentuh bab kahwin ni....bila nak kahwin?? Ada pula perli-memerli dan yang paling pedih sekali yang mengata aku terlalu demand dan terlalu memilih..emm apalah nasib.

Seriously, aku nak open di sini.....

Aku tak cukup bersedia dalam banyak perkara in terms of finance, mental and emotion, responsibility etc....ramai yang kata " ko dah pakai kereta, tunggu apa lagi..kahwin la "...Apa pulak kaitan kahwin dengan kereta....aduh. 



Pertama : Dari segi kewangan aku memang tak stabil, masih bergoyang. Preparation for the event memang la senang, mudah siapkan paling kurang RM20k kemudian boleh kahwin tapi how next? Ramai yang hanya fikir persediaan untuk majlis tapi tak fikir kehidupan selepasnya...soal duit ni tak boleh pandang enteng, banyak perceraian yang berlaku hari ni atas faktor duit. Mungkin ada yang beranggapan, ala...dah kahwin nanti sama-sama la cari....bila dah kahwin baru mula nak kerja keras...no no no.

Kedua : Seseorang itu perlu matang bila dah masuk alam perkahwinan. Matang dari segi tingkah laku, cara berfikir dan cara nak handle krisis dan masalah yang berlaku. Part ni memang aku ketinggalan....aku tak nampak diri aku dah matang mungkin disebabkan faktor persekitaran. Aku dikelilingi dengan budak-budak remaja undergrad...dari segi cara cakap, penjagaan emosi masih lagi fail! Mungkin lepas ni aku kena bergaul dengan orang yang matang sikit..huh.

Ketiga : Hati aku masih lagi membuak-buak nak sambung belajar. Master aku akan habis insyaAllah end of this year dan aku plan early of January 2012 aku dah boleh sambung phD....aku dah nekad. Bukan sambung phD untuk dapat kerja tapi memang aku suka belajar..I'm looking for a job which needs me to learn something new, to discover something extraordinary, then I got it...that job is lecturer and scientists! Aku tak suka kerja-kerja office, pergi pagi balik petang...mengadap benda yang sama..sebab tu la sekarang aku buat banyak kerja dalam satu masa. Reason nya mudah sebab aku bosan!!! Kalau tension kerja penyelia, aku pergi mengajar, kalau tension mengajar, aku buat bisnes....tambah lagi aku dah ada persatuan sendiri (AL-HAKIM) untuk aku fokus, boleh buat banyak aktiviti yang tak membosankan......

Keempat : Terdapat perkara yang perlu diselesaikan segera. Kalau boleh sebelum kahwin, kalau tak boleh ada sebuah rumah, aku nak ada sebidang tanah at least....ni ialah matlamat aku untuk tahun depan setelah matlamat aku untuk dapatkan kereta tahun ni dah kesampaian...syukur. Aku jugak nak tunaikan umrah selesai saja habis master dan ini merupakan nazar aku. Biarlah sebelum kahwin tu, Tuhan bagi petunjuk, dibersihkan hati..Yang terakhir sebelum kahwin biarlah aku langsaikan segala hutang piutang aku supaya nanti rumah tangga tak merana dek bebanan hutang.



Kelima : Faktor yang terakhir ialah ketiadaan calon yang benar-benar sesuai untuk aku. Mungkin ada yang kata aku memilih...tapi stand aku mudah...selagi boleh memilih yang terbaik, selagi tu la kita pilih. Kalau aku orangnya gred C, calon yang sesuai untuk aku pun mestilah gred C..kalau aku gred B mestilah aku nak yang gred B jugak....it's not demand, aku tak menagih pada siapa-siapa. Lain la kalau aku perempuan, orang masuk minang berkali-kali then aku tolak...yang tu barulah boleh kata memilih tapi ini aku lelaki...aku yang nak cari perempuan, memanglah kena pilih bukan boleh tangkap redah je. Nak bertahan sampai ke mati bukan setahun dua sebab tu kena pilih yang sesuai...antara kriteria wanita yang aku pilih (ni aku open takda sorok2)...

1. Bijak berkata-kata tapi tak melawan kata
2. Banyak bagi idea terutamanya kalau aku ada masalah
3. Kalau aku sambung phD, dia mesti bawah sikit dari aku degree or master...tak boleh sama level 
4. Islamik dan profesional....boleh bergaul dengan orang lain
5. Cikgu or pengajar... much much better 
6. Rupa sedap mata memandang, asal bibir tak sumbing, mata tak juling then it's more than ok.....lagi satu tudung tak nak kedut, mesti mau iron.....hehe
7. Aku tak suka perempuan yang mengada-ngada tapi mesti ada sifat manja (part ni susah nak cari, hanya aku saja yang tau)
8. Family background tak terlalu kuat politik
9. Pandai menjatuhkan ego aku.....hehe (yang ni la selalunya fail). Aku orangnya sedikit ego tapi hanya di depan orang sebab aku selalu hendakkan yang terbaik tapi di belakang orang aku sedar kesilapan aku....rata-ratanya tak ramai yang mampu nasihati aku ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak......part yang ni memang sangat susah.

Secara kesimpulannya, semua yang di atas hanya dapat diperoleh dengan aku ubah diri aku terlebih dahulu. Aku percaya, lelaki baik untuk wanita yang baik....

Wassalam...