Salam hormat buat pembaca blog yang disayangi. Harap kalian sihat dan sentiasa berada di bawah rahmat Tuhan.
Atas permintaan pembaca blog yang menggunakan nick name 'tolong kawan' suka saya mengulas dan memberikan pendapat peribadi saya berkenaan ketagih menonton video lucah dan bahananya terhadap masa depan serta zuriat kita nanti.
Saya hurai ringkas-ringkas je la ye sebab tak ada banyak masa.
Baiklah, I'm talking in general so that it doesn't touch any person. Lazimnya, yang gemar melihat benda ini semua adalah golongan REMAJA dan remaja itu adalah kita dan saya. Antara faktor yang mendorong seseorang itu menonton video atau membaca bahan lucah ialah :
1) Terlalu banyak MASA KOSONG yang tidak diisi dengan benda yang manfaat. Jadi, bila hal ini berlaku seseorang itu akan terdorong menuruti hawa nafsunya tambahan pula di depannya sudah ada 'laptop' dan internet pula laju, lagi mudah kerja lagho ni dibuat.
Tindakan : Isikan masa anda dengan seberapa banyak aktiviti yang mungkin.
Macam saya, setiap pagi saya bangun sekitar jam 5 pagi dan terus lakukan apa yang patut sebagai muslim kemudian panaskan enjin terus ke masjid Rahman. Selesai saja subuh, balik bilik terus baca Quran sekitar 10 minit kemudian 'update' blog sambil dengar lagu. Pastikan lagu pula lagu yang elok senikatanya. Sesekali tu bolehlah kalau nak dengar lagu lain..
Habis saja 'update' blog, bersiap ke kebun belakang rumah master, bersihkan saya punya tanaman serai di situ ataupun saya keluar ber'jogging' dengan Rosedi. Lepas tu, saya akan penuhi masa saya dengan 'research' saya. Malam pula akan sibuk dengan kelas tuisyen. Jadi, ada tak masa nak buka video-video tu semua??
2) Terlalu BERKHAYAL.
Inilah antara faktor utama menonton video lucah. Lazimnya, orang yang dah ber'couple' akan banyak khayalnya. Dia akan pandang seseorang perempuan itu dengan pandangan tembus. Tambah-tambah pula bila perempuan berpakaian yang menjolok mata. Tudung kalau boleh nak diselak sampai nampak dada, seluar tu ketat sampai susah nak jalan. Kalau lelaki miang memang suka tengok perempuan begini. Kalau saya menyampah, sebab kuih kalau dah selalu terdedah dan ditayang, rasanya akan hilang dan kualitinya akan berkurangan. Kalau kita pergi kedai jual kek, kita nak beli kek yang letak dalam cermin ke atau yang diletak tersadai atas meja?? Jawab sendiri..
Tindakan : Daripada berkhayal baik kiranya kita mengingati mati atau fikir sesuatu tentang masa depan. Lepas ni nak buat apa, kalau keputusan periksa aku teruk nak kerja apa. Nabi kata orang yang paling bijak di kalangan kamu adalah mereka yang banyak mengingati mati.
3) Terlalu Banyak BERSOSIAL
Adab pergaulan laki perempuan juga nak kena jaga. Perempuan sembang dengan laki 'tak moh gedik-gedik sangat ye' sebab meluat tengok. Jangan selalu buat suara manja, seolah-olah 'meminta sesuatu'. Cakap macam biasa..sopan, lemah lembut, berbudi bahasa..jangan menggedik. Perempuan juga nampak tidak manis apabila selalu ketawa yang bunyinya macam kuda. Tak bagus ye..Laki pula sembang jangan terlalu tumpu pada mata, dan mata tu jangan meliar tempat lain.
Tindakan : Kurangkan bersosial tapi jangan tak bermasyarakat langsung. Bersosial boleh tapi jagalah batas adabnya. Sembang jangan keterlaluan, bergelak ketawa berpada-pada. Ini semua akan mendorong hubungan intim yang disulami nafsu seksual di kalangan kita. Nafsu yang belum tiba masanya ia datang.
4) Berkawan dengan orang yang rendah akhlaknya.
Bersahabatlah dengan orang baik budinya, kuat agamanya, mudah-mudahan kita terdorong untuk mencontohi tingkah lakunya. Berkawan memang dengan semua orang tetapi bersahabat dengan orang yang baik akhlaknya agar kita dapat 'saham' apa yang dilakukannya. kalau orang yang selalu ke surau, kita rapat dengannya, kita turut juga dapat pahala atas amalannya.
Jika bersahabat dengan tukang besi kita akan dapat bahang besi itu, jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, baunya kita akan dapat.
Tindakan : Mulai sekarang, bersahabatlah dengan orang yang kuat agamanya, baik pekertinya, luhur budinya agar kira dapat mencontohinya.
5) Kurang Baca Al-Quran
Rata-ratanya, orang yang selalu melihat video lucah adalah yang jarang membaca Quran. Ini kerana, jarang membaca Quran akan membuatkan hati mati dan gelap dan menghalang cahaya (Nur) Tuhan terpancar.
Tindakan : Selalulah baca Quran. Baca dengan takwid yang betul. kalau tak tahu WAJIB belajar dengan orang yang tahu.
RUGINYA ORANG YANG TAK MAHIR BACA QURAN APABILA DIA DEWASA KELAK. BILA ADA ANAK, ISTERI WAKTU ITULAH AKAN MENYESAL TAK BERKESUDAHAN. ANAK KELAK AKAN JADI MACAM KITA.
Anda akan akui bahawa kata-kata saya ini benar setelah anda mendirikan rumahtangga. Waktu tu lah sibuk nak cari guru mengajar, kena pula keluarkan duit untuk upah mengajar. Bila mati nanti, tiada pahala bacaan Quran yang diterima daripada anak di atas kegagalan kita mendidik tadi.
Keburukan Orang Yang Melihat Video Lucah
1) Lemah syahwat ketika berkahwin nanti. Mudah kalah dalam pertarungan.
2) Mudah jemu dengan isteri sendiri dan berkhayal lebih puas baginya daripada berjimak dengan isteri.
3) Zuriat akan tercemar dengan benih-benih yang tidak soleh. Anak nanti akan mengulangi semula perbuatan kita itu. Bila terkantoi melihat anak kita nanti melihat video lucah, waktu tu kita akan terkenang kembali tabiat kita dulu. Padan muka!!!
4) Hati gelap, jiwa sentiasa resah gelisah. Seolah-olah mencari sesuatu.
5) Hidup dalam laknat Tuhan. Rezeki sempit.
Lepas ni janganlah tengok cerita lucah. Cuba tengok cerita Detective Conan ke, Doraemon ke, Shin Chan ke..ataupun cerita Ultraman. Pasti tak terangsang nafsu. Kalau terangsang juga anda bukan manusia.
Wallahua'lam
No comments :
Post a Comment