IKLAN NUFFNANG

Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

Friday, October 14, 2016

SALAH FAHAM BERKAITAN REZEKI



Ada orang..
Rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down.

Ada orang..
Rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis.

Ada orang..
Rezeki dia, ada anak-anak yang baik, yang sedang hafaz Quran.

Ada orang..
Rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu.

Ada orang..
Rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari.

Ada orang..
Rezeki dia, dapat travel sana sini

Ada orang..
Rezeki dia, bisnes maju dan bertambah maju.

Ada orang..
Rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi.

Ada orang..
Rezeki dia, mudah belajar sampai tahap yang tertinggi

Ada orang..
Rezeki dia, mudah belajar dan hafaz Quran.

Ada orang..
Rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi.

Ada orang..
Rezeki dia, ada rumah yang selesa didiami.

Hakikatnya..
Allah menjadikan kita semua, orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri.

Cuma kadang-kadang kita yang tak nampak dan tak sedar sebab kita selalu nampaj rezeki itu dalam bentuk wang dan material.

Alhamdulillah...
Semua benda yang baik adalah rezeki daripada Allah, walaupun hanya dengan dapat baca satu ayat Al Quran dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca Al Quran walaupun sekali dalam hidupnya.

Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat.

Utamakan kehendak Allah, InsyaAllah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara.

Berlapang dadalah dalam mencari rezeki, bersyukurlah dalam setiap rezeki yang kita dapat.

Rezeki kita..
Masih hidup lagi hari ini dan berkesempatan untuk bertaubat, sebab ada orang yang hari ini dia dah tak bernafas lagi dan pergi berjumpa Allah tanpa sempat bertaubat.

Thursday, October 13, 2016

NASIHAT

Nasihat adalah prinsip dasar dalam kehidupan umat Islam kerana kehidupan umat didirikan atas dasar ukhwah Islamiah dan tolong menolong. Oleh kerana itu, nasihat adalah bentuk nyata dari ukhwah dan tolong-menolong. Meskipun demikian, dalam memberi nasihat haruslah  dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan mencari populariti atau merendahkan yang lain. Hal itu kerana nasihat adalah agama itu sendiri dan dalam melaksanakan agama perlu ikhlas kerana Allah.

Nasihat bukan membuka aib seseorang di muka umum kerana nasihat adalah pembaikan, sedangkan membuka aib adalah kerosakan. Oleh kerana itu, memberi nasihat harus jauh dari cara yang kasar dan keras. Semakin lembut dalam memberi nasihat, semakin diterima hati seperti disebutkan dalam firman Allah (3 : 159).

Di masa kekuasaan Bani Abbasiyah, pernah ada seorang lelaki yang memberi nasihat kepada khalifah Al-Makmun. Lelaki itu masuk ke istana lalu terus memerintahkan yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar tetapi dengan cara yang kasar. Kemudian, berkata al-Makmun, "Wahai saudaraku, sesungguhnya Allah telah mengutus orang yang lebih baik darimu kepada orang yang lebih jelek dariku. Allah mengutus Musa dan Harun kepada Firaun  dan Allah berfirman,

"Berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut. Mudah-mudahan dia ingat atau takut." (Thoha : 44)

Ungkapan yang kasar hanya akan menyakiti dan menimbulkan permusuhan. Sesungguhnya sifat orang beriman adalah memberi nasihat dan menutup aib saudaranya, sedangkan sifat orang fasik adalah membiarkan kesalahan temannya dan membuka aibnya.

Dalam sejarah Islam, banyak contoh pemimpin-pemimpin umat yang menerima nasihat dengan baik, bahkan mereka berterima kasih kepada orang yang memberi nasihat. Umar al-Khatab pernah berkata, "Semoga Allah merahmati seseorang yang memberitahuaibku."

Suatu hari, seorang berkata kepada Umar, "Bertaqwalah engkau!" Mendengar itu, sahabat yang lainnya mengherdik orang tadi dan mengatakan, "Engkau mengatakan kepada Amirul Mukminin 'Bertaqwalah!'?"

Namun Umar mencegah para sahabat dan berkata, "Tidak ada kebaikan padamu jika engkau tidak mengatakan ungkapan tadi dan tidak ada kebaikan bagi kami jika tidak mendengarannya."

Sesorang yang hari ini memberi nasihat mungkin sahaja esok mendapat nasihat kerana nasihat tidak terkait dengan peribadi dan pekerjaan tertentu. Apalagi manusia memiliki sifat suka berbuat salah dan lupa sehingga ketika ia lupa atau salah pada hari ini, saudaranya yang lain akan mengingatkannya. Begitu  pula orang yang hari ini memberi nasihat mungkin esok lupa atau salah sehinga harus dinasihati dan diingatkan.



Wednesday, June 29, 2016

BANDUAN AKHIR

Antara manusia yang tahu bila dia akan mati ialah banduan akhir. Ada satu kes dinamakan sebagai banduan akhir.

Banduan akhir ialah banduan yang melakukan jenayah yang berat mengalami proses kehakiman. Kadangkala 2, 3 atau 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh hakim.

Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat.

Apabila seorang banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya di ketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan. Nama biliknya Sel Akhir. Katakanlah hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu dan sampai Khamis sahaja.

Waktu hakim baca, "Maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yang akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini di antara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi." Prosedurnya mesti begitu. Kalau hukuman dibaca hari Ahad, Jumaat dijatuhkan hukuman. Kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.

 Orang yang namanya banduan akhir ini, selesai hakim membaca keputusan, lututnya dah tak boleh berdiri dah sebab apa tuan? Sebab dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja. Air mata sudah berlinangan sejak di mahkamah lagi. Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang-barang dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali.

Di ketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir ini menghabiskan kehidupannya, sentiasa membaca Al Quran. Bila ustaz yang pergi ke situ, percakapan dan nasihat itu akan dipenuhi dengan tangisan air mata. "Saya banyak dosa ustaz. Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada keluarga, ibu dan ayah saya, ustaz." Pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah, solat. Solatnya panjang, zikirnya banyak, banyak mengadu pada Allah swt. Kenapa? Sebab dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.

Tuan-tuan dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok Jumaat pagi dia akan digantung. Malam itu kita nak tidur lagi ke tuan-tuan? Tak tidur dah. Manusia yang tahu ajalnya, dia dah tak boleh tidur dah tuan-tuan. Sebab itu di antara rahmat Allah yang besar ialah merahsiakan kematian kita supaya kita boleh makan, kita boleh tidur, boleh bermain dan sebagainya. Kalau dia tahu lagi sebulan ajalnya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi. Tapi Allah merahsiakan kematian itu sebagai bukti dan rahmatNya kepada kita semua.

Banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung daripada kita semua sebab dia tau untuk bertaubat bila. Dia boleh bertaubat, Alhamdulillah. Majoriti manusia yang dibawa menghadap Allah tidak sempat bertaubat pada Allah, tak tau bila nak mati.

Maka banduan akhir ini pada malam Jumaat, Alhamdulillah dia beruntung untuk mengaku di hadapan Allah. 

"Ya Allah aku berdosa di hadapanMu ya Allah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kepadaMu ya Allah! Ya Allah ampunilah dosa aku ya Allah!

Maka datang daripada seluruh keikhlasan dihimpunkan di dalam hatinya menghadap Allah. Beruntung dia.

Esok pagi atau malam itu, banduan akhir ini akan diberi pilihan untuk memilih makanan yang tidak melebihi lebih kurang RM7.50. Dia diberi pilihan boleh pilih sama ada char kuey teow kah, nasi ayam kah, cucur udang kah, maka dia akan diberikan pilihan.

Tuan-tuan, banduan akhir ni nak order apa? Kebanyakan banduan akhir ini tidak lagi akan memesan apa-apa makanan lagi. Dah tak lalu makan dah sebab esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun malah malam itu adalah malam yang dia tak akan tidur. Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selepas dia solat subuh, hukumannya mesti di antara jam 6 hingga 7 pagi.

Maka benarlah apa yang Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati. Walaupun harinya dia akan tahu tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu. Itu rahsia Allah. Ya benar. Dia disarungkan tali di lehernya pada jam 6.47 pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.

Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang untuk bercakap dengan ahli keluarganya. Tuan-tuan, bagi peluang bercakap dengan ahli keluarga tak ada ungkapan akan keluar. Hanya peluk dan menangis, peluk dan menangis. Dah tak boleh bercakap dah. Nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi? Nak suruh jaga pokok bunga yang ditanam?

Tak ada apa yang boleh dipesan ketika itu. Yang boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja;
"Maafkan ayah...maafkan ayah."
Bila peluk isteri, "Maafkan abang, maafkan abang." Itu sahaja.
Nak kemaafan di saat-saat akhir ini. Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung,

Allah merahsiakan kematian itu untuk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan untuk bertemu dengan Allah. Allah merahsiakan kematian itu untuk kita semua agar kita sentiasa melakukan persiapan untuk bertemu dengan Allah.

Wallahualam

Friday, June 10, 2016

AINUL MARDHIAH



Ketika pagi hari di bulan Ramadhan, Nabi sedang memberikan targhib (semangat untuk berjihad) kepada pasukan Islam. Nabi pun bersabda, "Sesungguhnya orang yang mati syahid kerana Allah, maka Allah akan menganugerahkannya Ainul Mardhiah,bidadari paling cantik di syurga". Salah seorang sahabat yang masih muda yang mendengar cerita itu menjadi penasaran. Namun kerana malu kepada Nabi dan sahabat-sahabat lain, sahabat ini tidak jadi untuk bertanya lebih lanjut mengenai Ainul Mardhiah.

Waktu zuhur sebentar lagi, sesuai dengan sunnah nabi, para sahabat tidur sebentar sebelum pergi berperang. Bersama kafilah perangnya sahabat yang seorang ini pun tidur terlelap dan sampai bermimpi.

Di dalam mimpinya itu, dia berada di sebuah tempat yang sangat indah yang belum pernah dikunjungi sebelumnya. Dia pun bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik yang belum pernah dia lihat sebelumnya.

Dia pun bertanya kepada wanita tersebut, "Di manakah ini?".
"Inilah syurga," jawab wanita itu.

Kemudian sahabat ini bertanya lagi,"Apakah anda Ainul Mardhiah?".
"Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Kalau anda ingin bertemu dengan Ainul Mardhiah, dia sedang beristirahat di bawah pohon uang rendang itu."

Didapatinya oleh sahabat itu seorang wanita yang kecantikannya berkali-kali ganda daripada wanita pertama yang dijumpainya tadi.

"Apakah anda ini Ainul Mardhiah?"
"Bukan, saya ini hanya penjaganya. Kalau anda ingin bertemu dengannya, di sanalah singgahsananya."

Lalu sahabat ini pun pergike singgahsana tersebut dan sampailah ke suatu mahligai indah. Didapatinya seorang wanita yang kecantikannya berlipat kali ganda daripada wanita sebelum ini yang sedang mengelap perhiasan. Sahabat ini pun memberanikan diri untuk bertanya.

"Apakah anda ini Ainul Mardhiah?"
"Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Saya penjaganya di mahligai ini. Jika anda ingin bertemunya, temuilah ia di mahligai itu."

Pemuda itu pun beranjak dan sampailah ke mahligai yang ditunjukkan. Didapatinya seorang wanita yang kecantikannya berlipat-lipat kali ganda daripada wanita-wanita sebelum ini dan sangat pemalu. Pemuda itu pun bertanya.

"Apakah anda Ainul Mardhiah?"
"Ya, benar saya ini Ainul Mardhiah?"

Pemuda itupun mendekatinya tetapi Ainul Mardhiah menghindar dan berkata, "Anda bukan seorang yang mati syahid."

Seketika itu juga pemuda itu terbangun daripada mimpinya. Dia pun menceritakan ceritanya ini kepada seorang sahabat yang dipercayainya dan memohon agar merahsiakannya sehingga dia mati syahid.

Setelah panggilan jihad tiba, sahabat ini pun dengan semangatnya berjihad. Setiap musuh dilawannya dengan penuh semangat yang membara. Tiba-tiba ada satu tusukan mata pedang menikam dadanya menyebabkan dia tersungkur lalu mati syahid.

Pada petang itu ketika berbuka puasa, sahabat yang dipercayainya tersebut menceritakan mimpi sahabatnya yang telah mati syahid itu kepada Nabi. Nabi pun membenarkan mimpi sahabat muda ini dan bersabda, "Sekarang dia sedang berbahagia bersama Ainul Mardhiah".


Wednesday, June 1, 2016

KEBERGANTUNGAN SESAMA MANUSIA



Syurga lelaki pada perempuan iaitu Ibu
Syurga perempuan pada lelaki iaitu Suami

Sehebat-hebat suami kena patuh pada Ibu
Sehebat-hebat ibu kena patuh pada Suami

Masa hidup anak perlukan doa Ibubapa
Masa mati ibubapa perlukan doa Anak

Di dunia nasab itu pada lelaki
Di akhirat nasab itu pada Perempuan

Sehebat-hebat manusia bila mati dia tetap perlu orang lain untuk kebumikan jenazahnya

Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada, dia tetap perlu belajar daripada seorang guru

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara, pasti yang dirindui adalah Keluarga

Walau sekaya manapun seorang manusia, dia tetap perlu berurusan dengan orang lain

Seorang General Manager tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa General Worker

Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada Rakyat Jelata

Inilah manusia. Lemah walau sehebat mana pun kita di dunia. Walau memegang pangkat dan darkat tertinggi. Taraf kita hanya seorang hamba.

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat?

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak, sombong dan hina.

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat iaitu Sombong dan merasa lebih baik.

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagiaan.
Bahagia melihat orang lain bahagia.
Derita bila melihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.

Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.
Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.

Sama-sama kita renungkan.

Tuesday, May 5, 2015

KUNCI KEKAYAAN DAN KEBAHAGIAAN


 

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu memperbanyak sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah untuk saudaramu yg telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd orang yang bersedekah.

"Kalaulah orang yang bersedekah itu mengetahui dengan sebenarnya dan dapat menggambarkan bahawa sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar daripada kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.

Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1) Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga
2) Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan
3) Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
4) Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
5) Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
6) Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.
7) Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya pada hari kiamat
8) Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)
9) Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
10) Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya
11) Orang yg bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)
12) Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar
13) Orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
14) Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
16) Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
17) Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
18) Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
19) Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
20) Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung.

Tuesday, October 21, 2014

20 AMALAN MEMURAHKAN REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep  rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hambaNya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Antaranya :

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hambaNya, seperti firmanNya dalam hadis qudsi :

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu makan Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hambaNya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah saw :

"Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah swt akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi saw :

"...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yangdibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi).

4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. FirmanNya :

" (iaitu) orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd : 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah saw berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali keluargaan. Baginda saw juga bersabda :

"Siapa berbakti kepada ibubapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi saw :

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi saw :

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari).

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi saw :

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya.." (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Buat banyak kebajikan

Ibnu Abbas berkata :

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula bolehmenggelakan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah saw, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik sahaja selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yangberkat.

11. Menjalin silaturahim

Nabi saw bersabda :

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal wudhuk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah saw dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda saw bersabda :

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Saidina Khalid al-Walid).

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi saw bersabda kepada Zubair bin al-Awwam :

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang memperbanyak pemberian kepada orang lain, nescaya Allah memperbanyak baginya. Dan siapa yang menyedikitlan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi :

"Wahai anak Adam, jangan sesekali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani).

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat daripada Allah. Lawannya ialah kufur nikmat. Allah berfirman :

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmatKu kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat pedih." (Ibrahim : 7).

FirmanNya lagi.." dan Kami akan beri balasan kepada orang yangbersyukur." (Ali Imran : 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadhilat khusus untuk keluasan ilmu, tebukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman, dilapangkan rezeki. Misalnya, 2 ayat terakhir surah Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten 7 kali selepas solat, dikatakan boleh menjadi asbab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah, al-Fattah (Yang membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu, misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa "Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenaliMu, bukalah pintu rahmat dan keampunanMu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberia dariNya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepadaNya, nescaya Dia akan perkenakan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa yang berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa ALlah berikan dunia kepada orang yang dicintaiNya dan yang tidak dicintaiNya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintaiNya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya al-Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. FirmanNya :

"Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan )keperluannya)." (At-Thalaq : 3)

Nabi saw bersabda :

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Thalaq : 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untukmurah rezeki dalam erti kata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya.

Dipetik dari : www.sportmusang.com 


Friday, April 25, 2014

ENAM FITNAH TERBESAR DAJJAL

Tidak ada keraguan bagi orang yang beriman terhadap segala berita yang datang dari Rasulullah saw masuk akal atau pun tidak kerana mereka meyakini bahawa segala yang diberitakan oleh Rasulullah saw sepanjang riwayatnya sahih merupakan wahyu daripada Allah swt.

Segala perkara yang disebutkan oleh Rasulullah saw yang berkaitan dengan dajjal seperti sifat-sifatnya, kejadian-kejadian luar biasa yang berlaku, masa tinggalnya di atas dunia, para pengikutnya, tempat turunnya, siapa yang akan membunuhnya dan sebagainya. Bagi orang yang beriman bukanlah sebuah khurafat dan tahayul yang menjajah akal serta hati mereka.

Fitnah yang dilakukan dajjal adalah banyak sekali di antaranya ialah :

1. Bersamanya ada syurga dan neraka

Dari Hudzaifah ra, Rasulullah saw bersabda :

"Dajjal cacat matanya yang kiri, keriting rambutnya, bersamanya syurga dan neraka. Nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka." (HR. Muslim, no.2934)

2. Membunuh satu jiwa kemudian menghidupkannya kembali

Rasulullah saw bersabda :

"Keluarlah pada hari itu seorang yang terbaik atau di antara orang terbaik. Dia berkata : "Aku bersaksi engkau adalah dajjal yang telah disampaikan kepada kami oleh Rasulullah saw." Dajjal berkata (kepada pengikutnya) :

"Apa pendapat kalian jika aku bunuh dia dan aku hidupkan kembali apakah kalian masih ragu kepadaku?"
Mereka berkata : "Tidak. Maka dajjal membunuhnya dan menghidupkannya kembali." (HR. Muslim no. 2938).

3. Menggergaji seseorang kemudian membangkitkannya kembali. (HR. Muslim, 2938/113).

4. Memerintahkanlangit untuk menurunkan hujan lalu turunlah hujan.

Dari An-Nawwas bin Sam'an ra : Rasulullah saw bersabda :
"...Dia datang kepada satu kaum mendakwahi mereka. Mereka pun beriman kepadanya menerima dakwahnya. Maka dajjal memerintahkan langit untuk hujan dan memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman, maka turunlah hujan dan tumbuhlah tanaman..." (HR. Muslim no.2937)

Adapun kaum yang tidak beriman dan tidak menerima dakwah dajjal, tidak ada sedikit harta pun tersisa pada mereka.

5. Akan diikuti perbendaharaan harta

Dalam hadith An-Nawwas bin Sam'an ra disebutkan, Rasulullah saw bersabda :
"...Dia mendatangi runtuhan dan berkata : 'Keluarkanlah perbendaharaanmu. 'Maka keluarlah perbendaharaannya mengikuti dajjal seperti sekelompok lebah." (HR. Muslim no.2937)

6. Bersamanya air, sungai dan gunung roti dan air

Rasulullah saw bersabda :

"...Sesungguhnya bersama dia ada syurga dan nerakanya, sungai dan air, serta gunung roti. Sesungguhnya syurganya dajjal adalah neraka dan nerakanya dajjal adalah syurga.." (HR. Ahmad. Asy-Syaikh AL-ALbani rahimahullah berkata : Lihat Qishshatu Masih Dajjal)

Dari 'Uqbah bin 'Amr ra berkata, AKu mendengar Rasulullah saw bersabda tentang dajjal :

"Sungguh dajjal akan keluar dan bersamanya ada air dan api. Apa yang dilihat manusia air sebenarnya adalah api yang membakar. Apa yang dilihat manusia api sesungguhnya adalah air minum sejuk yang segar. Barangsiapa di antara kalian yang mendapatinya hendak memilih yang dilihatnya api, kerana itu adalah air segar yang baik." (HR. Muslim no.2935)

Jika seorang mukmin telah mengetahui dan beriman akan keluarnya dajjal dengan membawa fitnah yang demikian dahsyat, hendaknya dia mengamalkan beberapa sebab untuk menjaga dirinya dari dajjal dan fitnahnya.

Tuesday, April 22, 2014

BIDADARI SYURGA 'AINUL MARDHIAH



Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang ain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah saw memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para sahabat untuk berjihad pada agama Allah). Baginda berkata : "Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga.

Mendengar berita itu salah seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Sebelum solat Zuhur sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagai Qailulah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.

Dalam tidur tersebut sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi cantik dan muka yang berser-seri lalu dia bertanya, "Di manakah saya berada sekarang?" Lalu lelaki itu menjawab, "Inilah syurga."



Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.

Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya, "Adakah saudari Ainu Mardhiah?"

Wanita itu menjawab, "Eh tidak, saya ialah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana".

Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai.

Pemuda itu memberi salam, kemudia bertanya, "Adakah saudari ini Ainul Mardhiah?"

Wanita itu menjawab, "Maaf, saya buka Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana."

Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikannya amat mengagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, "Sayalah Ainu Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila peuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, "Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!".



Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi saw. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi saw. Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah saw dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi saw dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah saw mengucapkan, benar....benar....benar....dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Rasulullah saw berkata, "Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Subhanallah....Allahuakabar...


CALON SUAMI

Bismillah...

Haaa...artikel ni khas untuk wanita yang nak cari calon suami dan lelaki yang bakal menjadi suami sebagai muhasabah diri.



Bagi wanita, carilah suami yang........
Bagi lelaki, jadilah suami yang.......

1. Kuat Amalan Agamanya

Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlak Baik

Seorang yang nampak tegas tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas Mempertahankan Maruahnya

Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah

Tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak Boros

Tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga Mata

Tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan Terbatas

Tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai Rakan Yang Baik

Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab

Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah Tenang

Tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Sunday, April 6, 2014

NIKMAT

Nikmat ialah setiap apa yang dikurniakan yang bersifat sementara jika ditarik balik akan terasa kehilangannya (Junaidi, 2014).

Malangnya kita hanya memandang nikmat dari sudut materialistik.

Mata itu nikmat...jika buta?
Telinga itu nikmat...jika pekak?
Lidah itu nikmat...jika bisu?
Ibu ayah itu nikmat...jika tiada?
Kawan itu nikmat
Ilmu itu nikmat
Kereta itu nikmat

Hanya sedikit yang mensyukuri nikmat.
Nikmat itulah yang dipanggil REZEKI

Rezeki = setiap perkara yang memberi manfaat

Jom jadi orang yang bersyukur!
Bagaimana???

Salurkan segala nikmat/rezeki yang dikurniakan ke jalan kebaikan dan diredhaiNya.

"Jika kamu bersyukur, aku akan tambahkan lagi nikmat padamu, jika kamu kufur sesungguhnya azabKu amat pedih"


Wednesday, March 19, 2014

11 TANDA ORANG BAHAGIA

Bismillah...

Pernah anda rasa bahagia? Jom sama-sama kita muhasabah diri kita, adakah kita benar-benar bahagia.

Yang dikatakan bahagia itu ada 11 tanda menurut pendapat Ustaz Dato' Ismail Kamus.

1. Kurang bercakap, melainkan yang perlu

2. Sentiasa merendah diri (tawaduk)

3. Berkasih sayang sesama makhluk

4. Bersahabat dengan orang soleh

5. Menjauhi daripada yang haram

6. Berguna kepada masyarakat

7. Tidak rakus dengan dunia

8. Memelihara solat 5 waktu

9. Sentiasa mengingati mati

10. Pemurah dan baik hati

11. Sibuk dengan ibadah

Anda ada kesemua ciri-ciri di atas?

Jika masih kurang, jom sama-sama kita perbaiki diri. Mana yang kurang kita tampung-tampung.
Moga kita dipilih oleh Allah menjadi insan yang bahagia di dunia mahupun di akhirat. Amin ya Rabb


Thursday, March 13, 2014

SECEBIS KATA SEMANGAT DARI DIA

Bismillah...



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang yang asing".

Kata-kata yang membuat aku tersentap. Kadang-kadang bila selalu termakan kata-kata orang lain, kita tak sedar bahawa kita semakin hilang jati diri dan pegangan dek kerana terlalu endah kata-kata orang.

Buat apa yang Allah suka.
Jangan segan menjadi asing.
Jangan takut menjadikan Islam sebagai cara hidup.
Jangan rasa bersalah apabila kita lain dari yang lain.
Sebab bukan pandangan manusia yang kita cari.

Tak semua lelaki itu kuat kalau tiada tunjang sokongan di belakang. 

Menjadi imam belum tentu sempurna. Perlu juga ada makmum yang mampu menegur di belakang.

Lelaki sifatnya membimbing. Perlu menjadi kuat dahulu sebelum menguatkan orang lain.

Apa-apa pun terima kasih aku ucapkan kepada Si dia kerana mengingatkan aku.

Ku doakan agar engkau diberkati selalu....
Aku hormati prinsipmu...
Moga kita berada dalam landasan yang betul....
Moga ku jadi hamba dagang yang asing...
Moga jodoh kita sampai ke syurga....
Amin...








DIA AWAL DIA AKHIR (DADA)

Bismillah...
Assalamualaikum sahabat semua...
Salam ceria...salam kenal-kenal

Alhamdulillah...sebenarnya susah jugak nak ber'blogging' ni since laptop dah rosak! Sebelum ni kalau nak blogging terpaksa pinjam laptop junior...kalau facebook cukup sekadar guna phone. Tapi kini alhamdulillah syukur banyak-banyak sebab komputer yang ada dalam makmal, dah boleh ber'online'....oh yes!!!! Boleh online sampai pagi....banyak kerja boleh buat! hehe

Sekarang ni heboh memperkatakan mengenai tragedi pesawat MH370 yang hilang. Sangat sedih...hanya Tuhan saja yang tahu. Sebenarnya, jauh di sudut hati masih merasakan yang mereka masih hidup. Cuma hari kedua tu emosi agak terusik bila ada orang mengatakan pesawat sememangnya terhempas...malam tu memang tak boleh tidur dan frankly speaking memang mengalir air mata jugak la. Sebab aku pernah naik flight for several times and cannot imagine apa yang bakal dirasai sekiranya flight tu terhempas....nauzubillah.

Tapi bila mana ramai orang memberi pelbagai macam spekulasi...dan banyak andaian yang diberi oleh pihak media, hati aku lebih berat mengatakan yang pesawat MH370 di hijacked and all passengers are still alive!
I hope so.....and will pray harder!

Ingin sekali aku petik ayat Allah yang berbunyi :

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka lalu berkata Innalillah wa inna ilahi roji'un - sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNya lah kami kembali. Mereka itulah orang yang memperoleh rahmat daripada TuhanNya, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk".

(Al-Baqarah 2 : 155-157)

Sebenarnya Allah sentiasa menguji hambaNya sebagai tanda peringatan dan sayangnya Dia pada kita. Ujian pula tidak bermakna masalah yang kita hadapi baru dikatakan ujian. Ujian juga boleh jadi nikmat yang melimpah ruah dan Allah sengaja menguji sama ada kita benar-benar bersyukur atau tidak.

Semua makhluk selagi bergelar manusia akan diuji. Ujian diberi untuk meningkatkan darjat kita. Tapi sejauh mana kita bertindakbalas terhadap ujian itu yang lebih utama.

*****************************************************************************************************

PROBLEM + RESPONSE = RESULT/OUTCOME

Mari kita lihat formula ini. Suka aku bagi contoh di sini.

1. Masalah kewangan (PROBLEM) + bersyukur, berfikir, mencari kerja part time, terpaksa kreatif memerah otak mencari idea (RESPONSE) = berubah jadi rajin, rezeki sentiasa datang, hati senang (RESULT/OUTCOME)

2. Masalah kewangan (PROBLEM) + merungut, blame people, berhutang (RESPONSE) = kekal miskin, suami isteri bergaduh, hati sentiasa resah (RESULT/OUTCOME)

Ini contoh bagi masalah kewangan. Banyak lagi masalah yang kita boleh match in the formula. So jika berhadapan dengan apa jua masalah, sentiasa kena anggapkan diri kita sebagai kaunselor yang tolong selesaikan masalah. Anggapkan masalah itu bukan masalah kita tapi masalah orang lain dan orang yang bermasalah itu datang jumpa kita minta solution. Pendek kata, kita kena get out of the problem and look at the problem from outside.

Cuma apa yang aku ingin berkongsi di sini ialah apa lagi cara untuk kita selesaikan masalah? Kadang-kadang kita buntu. Kita tak dapat lari dari keep on repeating the same mistake and keep on doing the same thing. Kita rasa seperti rezeki tu tak menyebelahi kita. Kita rasa orang sekeliling kita ni tak membantu dan tak memahami. Kita rasa kawan-kawan kita tak ambil tahu tentang diri kita sama ada kita sedang hadapi masalah ke dan lain-lain. So in this situation what to do? What does it take to solve the problem?

Aku pun pernah mengalami situasi seperti ni. At that time, aku rasa dah tak berguna, dah berputus asa....masalah datang bertalu-talu...nak mengadu pada family takut diorang risau, nak mengadu kat kawan-kawan, ada ke yang sudi mendengar? Sebenarnya banyak cabaran dan masalah yang pernah aku alami tapi belum tiba masanya untuk aku berkongsi kerana aku belum lagi berjaya dan belum lagi berada di puncak...masih merangkak dan masih lagi start from zero.

Aku pernah review dengan mentor aku yang juga seorang motivator. Beliau banyak mengajar aku tentang attitude aku bila berhadapan dengan masalah. Salah satu ilmu yang ingin aku kongsikan di sini ialah ilmu DADA - Dia Awal Dia Akhir.

Apa yang dimaksudkan dengan Dia Awal Dia Akhir?

Pertama sekali, jika kita mengalami apa jua masalah harus diingat dan sentiasa kena ingat bahawa masalah tersebut hanya diberi pada Insan yang Terpilih saja....lagi sekali HANYA INSAN YANG TERPILIH SAHAJA! Insan terpilih itu ialah KITA! dan kita haruslah bersyukur kerana terpilih!

Kedua, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian dan pasti ada hikmah di sebaliknya. Masalah hadir untuk diselesaikan. Jalan penyelesaian dan hikmah itu bergantung pada sejauh mana kita mencari dan bertindakbalas terhadapnya.

Ketiga, do not try to be number One! The Number One is only HIM! Jadi tak perlu meratap, menangis pada orang lain untuk orang bantu kita...tambahan pula Islam tak anjurkan kita meminta bantuan sehingga menjatuhkan air muka kita. Dari segi syarak pun ada hukumnya tapi aku tak ingat sama ada makruh atau haram meminta pertolongan manusia sehingga jatuh air muka kita.

Jadi mentor aku ni berpesan pada aku, setiap masalah yang datang mesti kena mulakan dengan mengadu pada Allah terlebih dahulu....Dia yang Awal.

Jarang kita mengadu sehingga menangis teresak-esak pada Allah bukan?
Jarang kita bermanja-manja dengan Allah dalam doa kita seperti seorang anak kecil merayu memintakan sesuatu daripada ibunya bukan?
Jarang kita ungkapkan lafaz I love you Allah dalam doa kita bukan?
Jarang kita meminta-minta mendambakan sesuatu dengan cara bersungguh-sungguh pada Allah bukan?

Semua ini jarang sekali kita lakukan kerana keyakinan kita pada Allah hanya sekadar Allah untuk disembah. Ketauhidan kita pada Allah hanya sekadar Allah itu Maha Pengampun, Maha Besar tetapi kita sudah lupa Dia juga Maha Memberi, Maha Penyayang, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Kaya.....kekayaan Dia tak terbatas dan infiniti! Tetapi kita tak mintak...BR1M (contoh) jugak yang kita mintak, lepas tu kalau tak dapat merungut dan blame kerajaan....sebab kita dah tak nampak duit BR1M tu pada hakikatnya Allah yang bagi bukan pakcik Najib. Ini sekadar contoh yang aku bagi. So aku relate kan dengan Ilmu Tauhid yang ramai di kalangan kita pandang enteng. Jangan kita jatuh dalam golongan orang yang kufur disebabkan kejahilan kita.

Sentuh pasal BR1M sebenarnya aku pun mintak jugak...tapi tak dapat sebab salah bagi nombor akaun. Boleh je kalau nak buat aduan tapi rasanya macam bukan rezeki aku, ramai yang lebih memerlukan.

Seterusnya, setelah kita bermanja-manja, merintih, meminta-minta dengan penuh rasa kehambaan, kita perlu berusaha mencari jalan penyelesaian. Kita boleh minta pertolongan orang lain tapi mesti qasadkan (niatkan) dalam hati jika ada orang yang membantu itu hakikatnya Allah yang bantu dengan cara menghantarkan somebody kepada kita.

Dia yang Akhir bermaksud selesai segala usaha dan doa, kita mesti menutup dengan tawakal..berserah diri padaNya. Surrender to Him! Dari situ bila kita dah berjaya kelak, kita tak akan angkuh dan sombong sebab kita tahu Dia yang merancang segalanya dan kita tak ubah macam puppet saja di dunia ni.

Semua yang di atas ini aku tujukan khas buat diriku sebagai muhasabah untuk diri sendiri. Tak ada niat untuk perbetulkan orang lain sedangkan diri sendiri pun masih terkontang-kanting lagi.

Segala yang baik datangnya dari Allah yang buruk bersandarkan pada kelemahan aku sendiri.

Wallahua'lam




Saturday, March 8, 2014

GEMBIRAKAN HATI ORANG LAIN ITU SATU BENTUK SEDEKAH

Seorang guru yang separuh  umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut.

Mereka kelihatan sebagai kawan yang sangat akrab walaupun dengan perbezaan usia yang sangat zahir. Inilah keistimewaan seorang murabbi yang ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yang usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul :

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut...jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! Hehe...".

Guru yang alim dan bijak itu menjawab :

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yang susah. Kamukan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang itu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun itu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan untuk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon.

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40an, bajunya basah dengan peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun. Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir-hampir pucat melihat wang yang lebih banyak!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang di sekitarnya..mungkin nak bertanyakan sesuatu.

Beliau mendapati dirinya keseorangan.

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar-Razzaq (Pemberi rezeki).

"Aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Mengetahui, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa-apa pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri-isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara :

"Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yang kehilangan barangan?"

Pemuda itu segera menjawab,

"Hari ini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang baru aku faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku :

"Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil".

Gurunya melanjutkan :

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam :

1. Memafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.

2. Mendoakan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

3. Berusaha untuk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

4. Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya adalah satu pemberian lagi.

Ini semua adalah pemberian dari Allah supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!.

Semoga bermanfaat.

Tuesday, February 25, 2014

ERTI HIDUP PADA MEMBERI

Bismillah....
Assalamualaikum.....Salam ceria kawan2!
Moga anda ceria-ceria belaka dan hidup dalam rahmat serta barakah Tuhan.

Maaf agak lama tak post artikel dalam blog ni....kekangan masa dan kerja harian yang boleh tahan sibuknya.
Ruangan kali ni saya nak berkongsi cerita mengenai keajaiban bersedekah. Cerita ini bukan rekaan tetapi benar-benar berlaku dan boleh diambil iktibar cuma karakternya tu bukan saya tapi orang lain!

3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari. Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8k untuk 5 hari.

Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi. Bertemu dengan ramai jutawan sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan. Mereka 'tersangat' kaya!

Ada yang income mencecah RM500-600k sebulan, baru berusia 40-an. Ada yang baru berusia 25 tahun tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan. Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.

Tak boleh nak cerita semua sebab terlalu ramai yang hebat. Subhanallah, saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah sebab itulah kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu. Nasihat daripada para jutawan.

Semasa salah satu sesi, saya bersarapan pagi bersama mereka.

Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?

Salah seorang peserta berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

"Bang, saya nak share satu benda aje. Kalau kita nak yang terbaik, kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Kemudian, sedekat kat tabung masjid. Abang buat je, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah akan pulangkan yang terbaik untuk kita".

Kemudian salah seorang CEO syarikat lain menambah.

"Kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat je!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok".

Kemudian salah seorang CEO syarikat lain pula menambah.

"Saya ni dah lama jutawan. Tapi dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi lepas saya belajar, saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar yang ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan merek."

Wowwww....ini rupanya rahsia mereka.

Saya masuk masjid dan teringat kata mereka.

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke masjid di Parit Buntar.

Pada waktu itu, saya teringat nak bersedekah pada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet. Tiba-tiba, bila saya buka beg duit, Allahuakbar, macam mana ada RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduhh!!!

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhh....saya berpeluh seketika.

Tapi disebabkan saya teringat kata-kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet, saya pun dengan rasa berat hati keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu, saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untukMu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggungjawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untukku."

Sejujurnya, masa saya keluar masjid, saya asyik berfikir.

"Hmm...macam manalah Allah nak gantikan RM100 ni dalam masa segera?"

Tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana-mana sumber bisnes yang saya buat.

Tapi, tak apa lah, saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan pada Allah.

Apa yang berlaku pada hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba-tiba saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

"Cepat cepat jual saham yang kau beli tu. Sekarang naik mencanak."

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya check saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik-naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.

Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Allahuakbar.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4800. Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus menjual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar-benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya dari pintu yang tidak saya sangka.

Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1000-1500. Tak lah sampai RM4800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi pulangan kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini".

Jangan takut untuk bersedekah.

Allah...Allah...

Selama ini bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.

Saya sangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.

Sebenarnya tidak. Bila kita memberi, kita akan menambah apa yang kita sedia ada.

Saya tulis kali ini, semata-mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.

Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Sahabat-sahabat, jom bersedekah!

Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. InsyaAllah."

Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara paling mudah iaitu dengan memberi senyuman.

Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm....lebih baik kita usah hidup.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi selepas ini.

Wassalam....




Monday, January 21, 2013

IMAN JATUH DAN NAIK

Bismillah...segala puji bagi Allah.

Sekadar tazkirah bagi mengisi waktu kosong sementara menunggu waktu Subuh masuk..

Kadang-kadang dalam seharian hidup kita, pernah tak kita merasakan bahawa masih ada sesuatu yang kurang? Masih ada sesuatu yang tak cukup? Kadang-kadang hati kita berasa tak tenang, keluh kesah dan minda sentiasa berfikir mencari sesuatu tapi tak jumpa...pernah tak rasa begitu?

Sebenarnya itu tandanya iman semakin berkurang dan menjunam turunnya. Iman semakin berkurangan disebabkan solat tak dijaga...mata tak dijaga...hati sentiasa menduga...pergaulan tak dibatas...mulut cakap lepas...telinga sentiasa mendengar benda yang tak sepatutnya. Bila semua ni kita buat, pasti hati rasa tak tenang.

Perbezaan orang mukmin dan kafir letaknya pada hati. Hati orang mukmin sentiasa tenang dan sentiasa rasa mencukupi ditambah dengan syukur. Tapi tak beerti bila dah rasa cukup, kita berhenti melakukan sesuatu sebaliknya kita berusaha ke arah yang lebih baik malah semakin baik.

Manakala hati orang kafir pula mereka sentiasa tamak dan tak pernah cukup dan sentiasa mencari namun tak ketemui. Rupa-rupanya yang dicari mereka itu adalah ketenangan dan ketenangan hati itu datangnya dari Sang Pencipta..tak boleh dibuat-buat.

Oleh itu, pesan pada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat, ayuh jagalah hati kita. Bergaullah dengan orang yang dapat membimbing kita ke arah yang lebih baik.

Cukup sekadar itu...azan dah berkumandang.

Wallahualam

Sunday, November 18, 2012

PELBAGAI MACAM ORANG

Manusia hari ini suka bersangka-sangka

Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak

Orang yang relax disangka malas


Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka buruk

Orang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejek

Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat

Orang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka pakai susuk

Orang nampak ceria disangka membela

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa

mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Inilah sebenarnya apa yang ramai lakukan atau amalkan. Prasangka baik tak menjadi masalah tetapi majoritinya jarang mengamalkan prasangka baik. Kenapa?

Ramai antara kita didunia ini lebih focus keluar (diri orang lain) daripada focus kedalam (diri kita sendiri).

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Tuhan tahu setiap niat di hati…
Manusia Belum Tentu!
Datuk Maznah

Saturday, November 3, 2012

HANYA SECEBIS DUGAAN DARI ALLAH UNTUK HAMBANYA

 

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa
kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).(2:214)

Kehidupan tidak pernah lekang dengan perkataan “dugaan”.Apabila datang dugaan dalam kehidupan,manusia sering kali mengeluh,tertekan dan sehingga sampai satu tahap hilang kawalan diri. Ketahuilah kalian bahawa seandainya dugaan itu kita terima dengan hati yang redha terlalu banyak hikmah dan manfaatnya disebalik dugaan yang menimpa diri.Seringkali diri ini juga lupa akan hakikat dan hikmah dugaaan itu sendiri.

Firman ALLAH SWT dalam kitab hikmahNya:
“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(2:286)

Jadi,sangat jelaslah disini bahawa ALLAH SWT tidak pernah menimpakan suatu ujian,dugaan mahupun cabaran diluar batas kemampuan hamba ciptaanNYA. Siapa kita utk mengatakan ujian,dugaan dan cabaran itu diluar kemampuan kita kerana sesungguhnya yang menciptakan kita itu bukannya diri kita sendiri akan tetapi Tuhan sekalian alam iaitu ALLAH SWT. Sungguh DIA lebih mengenali diri kita daripada diri kita sendiri.

Jadi,tanamkanlah dalam diri mulai saat ini bahawa ujian ALLAH itu tanda kasih dan sayang dari ALLAH kerana itu bermakna ALLAH ambil tahu dan peduli dengan diri kita. ALLAH menguji kita sebenarnya adalah utk mengukur sejauh mana tahap iman kita sebenarnya. Hadapilah ujian dan dugaan dari ALLAH dengan keimanan,ketakwaan dan kesabaran. Moga-moga kita sentiasa berada dibawah payung rahmat,redha dan kasih sayangNYA. 
Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

YA ALLAH ..ILHAMKANLAH DAKU SUPAYA AKU BERSYUKUR AKAN NIKMAT MU YG ENGKAU KURNIAKAN KPDA KU DAN KEDUA IBU BAPAKU, DAN SUPAYA AKU TETAP BERAMAL SOLEH YG ENGKAU REDHAI DAN MASUKKANLAH DAKU DGN LIMPAH RAHMATMU DLM KUMPULAN HAMBA2 MU YG SOLEH..

Amin..Amin.Amin!
- Datuk Maznah Hamid -