IKLAN NUFFNANG

Monday, November 19, 2012

MASA OH MASA

Salam ukhwah...

Lama dah tak berceloteh di ruangan blog. 
Hajat nak lelapkan mata, tapi baru teringat ada tender yang belum dibida....lantas bergegas mengadap komputer. Sebenarnya due date untuk bida hari ni (seperti yang dimaklumkan) sebab tu rushing cepat-cepat on komputer sebelum jam 12 tengah malam tapi bila on sistem rupa-rupanya esok sebelum jam 12 tengahari...huh tarik nafas lega!

Nak dijadikan cerita, selesai bida satu tender, rupanya ada lagi satu tender yang ditawarkan. Tak tau la berapa anggaran bajet, so aku letak je la sebutharga aku total sekali rm20k lebih jugak la...nasib la kalau ada rezeki approve...tak mengharap.

Hari ni suasana di Universiti Malaya especially Kolej Empat dah bertukar ceria, gamat dan bising.....suasana yang aku tak suka. Aku lebih suka sunyi...tenang...tak nak diganggu....(mungkin faktor usia yang semakin meningkat...hahh). Malam ni sepatutnya banyak kerja yang nak diselesaikan memandangkan esok adalah closing date untuk bisnes aku.....tawakal je la berapa bonus yang bakal di bank in. Esok agak sibuk needs me rushing here and there.

Sebenarnya tak sabar-sabar nak tunggu hari esok. Malam esok bakal bertemu dengan sifu/mentor bisnes aku...kami akan diajar cara nak main property. It sounds interesting...I look forward to knowing what is it all about! Sekarang ni zaman serba moden. People struggling to improve their economy. Those who put much effort will earn more. Sekarang zaman no money no talk. Bukan lagi zaman belajar shoot resume then waiting for offer. But now zaman where people compete each other. Those who are stronger will survive...to make a better life!

Since Im aware of that scenario, aku bergelut dengan masa! Aku sedang alami sindrom tak cukup masa! Kata sifu aku, everyone has 24 hours in their life. It's not the way you act, but it's about the way you think! Beza orang miskin dan orang kaya adalah pemikiran. Dari pemikiranlah tercetusnya tindakan.  

 

Suka sekali aku petik satu statement dalam salah satu kitab tasauf dan Tuk Guru pondok aku pun pernah berkata....

'Orang kaya yang bersyukur itu jauh lebih mulia daripada orang miskin yang sabar'

Ini bermakna, agama sendiri tak menghalang umat Islam menjadi kaya asalkan dia bersyukur atas nikmat yang diberi. No wonder la dalam Al Quran pun ada menyebut 

'Jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahkan lagi (rezeki) pada kamu, tetapi jika kamu kufur, bagiKu azab yang amat pedih'

Aku pun tak ingat surah apa tapi pandai-pandailah cari sendiri ye sebab aku bukan ustaz...Im a scientist ever!

Dan dalam kitab tasauf yang aku belajar juga ada menyatakan bahawa orang yang sibuk (masyghul) ni susah hendak berbuat dosa disebabkan ketiadaan masa dan kelapangan untuk melakukan dosa. 

Sibuk ni jugak menyebabkan kita waras....pemikiran serta minda kita sentiasa berjalan. Orang sibuk jarang nyanyuk. Orang sibuk susah nak sakit.

 

Tapi sibuk pun jangan sampai lupa nak seimbangkan kehidupan dunia dan akhirat (pesan untuk diri sendiri).

Haish....bila sebut dunia pun dah nampak masih jauh perjalanan untuk berjaya. Bila sebut akhirat lebih-lebih lagi la.....jadi apa boleh buat?

Kata orang nak berjaya dalam sesuatu cabang sesuatu bidang perlu duduk dan berada di kalangan orang dalam bidang itu. Jadi, sama-sama la kita muhasabah diri dengan siapa selama ni kita berkawan. Adakah orang di sekeliling kita ni mendorong kita ke arah kejayaan dalam bidang yang kita kehendaki.

Emm...aku rasa cukuplah celoteh kosong aku setakat ini...sama-samalah kita doakan kejayaan sesama kita. Doakan juga saudara mara kita di Palestin yang sedang bergelut dengan musuh Allah. Mohon dari Allah agar mereka mendapat syahid di sisiNya. Allahu Rabbi....


Sunday, November 18, 2012

PELBAGAI MACAM ORANG

Manusia hari ini suka bersangka-sangka

Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak

Orang yang relax disangka malas


Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka buruk

Orang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejek

Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat

Orang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka pakai susuk

Orang nampak ceria disangka membela

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa

mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Inilah sebenarnya apa yang ramai lakukan atau amalkan. Prasangka baik tak menjadi masalah tetapi majoritinya jarang mengamalkan prasangka baik. Kenapa?

Ramai antara kita didunia ini lebih focus keluar (diri orang lain) daripada focus kedalam (diri kita sendiri).

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Tuhan tahu setiap niat di hati…
Manusia Belum Tentu!
Datuk Maznah

Saturday, November 3, 2012

HANYA SECEBIS DUGAAN DARI ALLAH UNTUK HAMBANYA

 

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa
kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).(2:214)

Kehidupan tidak pernah lekang dengan perkataan “dugaan”.Apabila datang dugaan dalam kehidupan,manusia sering kali mengeluh,tertekan dan sehingga sampai satu tahap hilang kawalan diri. Ketahuilah kalian bahawa seandainya dugaan itu kita terima dengan hati yang redha terlalu banyak hikmah dan manfaatnya disebalik dugaan yang menimpa diri.Seringkali diri ini juga lupa akan hakikat dan hikmah dugaaan itu sendiri.

Firman ALLAH SWT dalam kitab hikmahNya:
“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(2:286)

Jadi,sangat jelaslah disini bahawa ALLAH SWT tidak pernah menimpakan suatu ujian,dugaan mahupun cabaran diluar batas kemampuan hamba ciptaanNYA. Siapa kita utk mengatakan ujian,dugaan dan cabaran itu diluar kemampuan kita kerana sesungguhnya yang menciptakan kita itu bukannya diri kita sendiri akan tetapi Tuhan sekalian alam iaitu ALLAH SWT. Sungguh DIA lebih mengenali diri kita daripada diri kita sendiri.

Jadi,tanamkanlah dalam diri mulai saat ini bahawa ujian ALLAH itu tanda kasih dan sayang dari ALLAH kerana itu bermakna ALLAH ambil tahu dan peduli dengan diri kita. ALLAH menguji kita sebenarnya adalah utk mengukur sejauh mana tahap iman kita sebenarnya. Hadapilah ujian dan dugaan dari ALLAH dengan keimanan,ketakwaan dan kesabaran. Moga-moga kita sentiasa berada dibawah payung rahmat,redha dan kasih sayangNYA. 
Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

YA ALLAH ..ILHAMKANLAH DAKU SUPAYA AKU BERSYUKUR AKAN NIKMAT MU YG ENGKAU KURNIAKAN KPDA KU DAN KEDUA IBU BAPAKU, DAN SUPAYA AKU TETAP BERAMAL SOLEH YG ENGKAU REDHAI DAN MASUKKANLAH DAKU DGN LIMPAH RAHMATMU DLM KUMPULAN HAMBA2 MU YG SOLEH..

Amin..Amin.Amin!
- Datuk Maznah Hamid - 

Sunday, October 21, 2012

SESI REVIEW BERSAMA MENTOR

Aku baru selesai pulang dari berjumpa dengan mentor aku, Seng Yoke Yin seorang jutawan ke-5 dalam Elken di kfc bersebelahan UM. Setiap bulan aku pasti akan review dengan beliau segala apa yang berkaitan dengan bisnes. Bermula jam 10.30 malam dan berakhir jam 1 pagi. Lebih kurang 2 jam setengah aku berjumpa beliau.

Banyak benda yang aku belajar dan membuat aku berfikir kenapa aku lambat berjaya. Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk menulis balik apa yang telah diajar kepada aku sebelum aku terlupa. Boleh dikongsikan bersama untuk semua pembaca.

1. Dalam melakukan apa jua perkara terutama bisnes, yang paling penting sekali ialah KOMUNIKASI. Komunikasi yang berkesan adalah orang yang mendengar betul-betul faham dan memahami apa yang kita cuba untuk sampaikan.

Paling bahaya ketika berkomunikasi adalah apabila diselitkan dengan emosi, nada yang tinggi, menyentuh soal peribadi sehingga menyakitkan hati orang yang mendengar. Cuba elakkan daripada menyentuh hal peribadi dan sampaikan secara general mungkin boleh juga disampaikan dalam bentuk penceritaan.

Tadi beliau ada menceritakan kepada aku kisah 2 orang leader angkatan tentera. Seorang berketurunan raja. Mempunyai kelebihan bermain pedang, menunggang kuda, pandai bertutur kata dan mempunyai ramai pengikut tetapi kurang pandai berkomunikasi dengan orang bawahan. Sering kali memberi arahan kerja mengikut standard yang ditetapkan. 

Seorang lagi merupakan rakyat biasa, tidak pandai bermain senjata dan menunggang kuda. Tidak petah berkata-kata sebaliknya sering memberi keyakinan kepada orang lain dan menyenangkan hati orang bawahannya.

Apabila raja meninggal dunia, pemimpin yang kedua tadi dipilih menjadi raja. Inilah kesan daripada komunikasi.

2. Dalam apa jua perniagaan sekalipun, kita mesti belajar untuk admire dengan kejayaan orang lain. Jangan ada sifat dengki dengan pencapaian orang lain yang lebih tinggi daripada kita. Kita perlu belajar mendoakan kejayaan orang lain, pasti suatu hari nanti kita akan turut berjaya seperti orang itu. Jika kita sudah tawan puncak gunung Kinabalu, kena ingat ada lagi gunung yang lebih tinggi yang belum kita daki. Jika kita sudah berjaya, kita harus ingat ada orang lain yang lebih berjaya daripada kita.

Pokoknya di sini, jangan mudah berpuas hati dengan kejayaan sendiri dan jangan ada sifat dengki dan cemburu dengan kejayaan orang lain. Kita harus belajar gembira untuk orang lain.



3. Leadership is about influence. Bagaimana kita dapat pengaruhi orang lain untuk turut buat perkara yang sama dengan apa yang kita buat, itulah leadership. Leadership bukan dengan hanya memberi arahan kepada orang lain. Boss and leader are two different things.

Kita mesti ada sikap pembimbing, membimbing orang yang mahu berjaya sehingga berjaya.




4. Bisnes Elken bukan bisnes berlari pecut, siapa sampai dulu dia yang menang. Sebaliknya bisnes Elken adalah bisnes marathon, siapa yang bertahan paling lama. Sikap give up perlu dibuang jauh-jauh jika hendak berjaya. Tindakan pada hari ini menentukan hasil pada masa akan datang. Setiap titisan air yang jatuh ke atas batu, pasti akan memberi kesan..lama-kelamaan batu akan melekuk. Jadi, jangan berhenti bertindak.

 


5. Dalam apa jua bisnes network yang melibatkan hubungan sesama manusia, kita perlu ringankan mulut untuk berkata 4 perkataan : Thank you, Sorry, Forgive me, I love you. Hubungan dengan orang lain akan bertambah baik sekiranya perkataan-perkataan ini sering kali diucapkan.



6. Untuk berjaya perlu kawal EMOSI. Emosi sangat penting untuk mempengaruhi tindakan. Perlu berfikir dahulu sebelum bertindak. Selalu menjaga perasaan orang lain dan selalu imagine kita berada dalam situasi orang lain. Try to be in their shoes. Jika emosi dapat dikawal, segalanya akan berjalan dengan baik. Cara terbaik untuk bercakap dengan tidak emosi ialah cakap dengan nada yang rendah dan perkataan yang diucap perlulah panjang-panjang. 

Kamu pergi kemana tadi? (bunyi macam marah)
Kamu pergi ke manaaaa tadiiiiiii ......(bunyi soft sikit)


 


7. Hati kita perlu seperti duit syiling lama negara China. Dalam berbentuk petak segiempat, luar berbentuk bulat. Ini bermakna, dalam hati perlu teguh dengan prinsip tapi luaran mesti di express dan berubah mengikut keadaan. Contohnya prinsip kita mesti melakukan sesuatu kerja dengan pantas tetapi jika orang bawahan lambat kita mesti tegur mengikut kesesuaian. Mungkin boleh tegurnya dengan memuji kelebihan yang ada padanya terlebih dahulu.






Inilah 6 perkara utama yang aku belajar dengan mentor aku. Aku sangat bersyukur dan gembira memperoleh mentor sepertinya yang sudi meluangkan masa bersamaku walaupun aku orang biasa-biasa. Kalau hire consultant, 2 jam setengah mungkin akan di charge beribu tapi ini free of charge siap diberi bimbingan dan tunjuk ajar lagi. Aku pasti berjaya! InsyaAllah...

Selepas ini nak siapkan slide show power point untuk presentation Kursus Kepimpinan. Tak tidur la gamaknya.....

Saturday, October 20, 2012

TAWARAN MENJADI DUTA UNIVERSITI

Kepada sesiapa yang berminat

Tawaran menjadi Duta Universiti (University Ambassador) di bawah National Blue Ocean Strategy, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)


Apakah itu Duta Universiti?
 
Duta Universiti (University Ambassador) terdiri daripada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

  • Mereka bertindak sebagai mediator dan agen perubahan untuk menjayakan program-program berdasarkan modul yang telah dirancang.

  • Jabatan Pengajian Tinggi sebagai penyelaras program-program akan membentuk satu jalinan strategik bersama-sama Kementerian dan agensi lain bagi membantu menjayakan program yang dirancang.

  • Matlamat pelaksanaan program-program Duta Universiti ini adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat melalui usaha yang dilaksanakan Duta Universiti.

  • Membentuk pembangunan sahsiah pelajar.

  • Melatih dari segi ko-kurikulum iaitu Pengucapan Awam, Kepimpinan, Sukan, Keusahawanan, Daya Usaha dan inovasi, Kesukarelawan, Khidmat komuniti dan Kebudayaan.

Apakah fungsi dan peranan Duta Universiti?

  •  Menjadi pemimpin belia dalam masyarakat
  •  Menjadi rujukan kepada masyarakat dalam isu-isu semasa berkaitan sosial, pendidikan, ekonomi dan teknologi.
  • Menyokong dan menggerakkan aktiviti yang meningkatkan ekonomi dan pembangunan sosial serta pembangunan belia.
  • Menjadi sumber inspirasi dan teladan di kalangan masyarakat terutamanya golongan belia dengan menunjukkan perwatakan yang matang, positif dan berkeyakinan. 
 

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya dipilih untuk menjadi Duta Universiti?
  • Anda diberi peruntukan sebanyak RM20 000 dan dikehendaki merangka 1 aktiviti untuk masyarakat. Berikut merupakan contoh aktiviti :    
  1. ICT Village - memberi pendedahan tentang penggunaan ICT dan seterusnya mengajar kemahiran asas ICT (i.e. internet, e-mail, MS office) kepada masyarakat.
  2. iParents - memupuk minat dan kesedaran terhadap sains dan matematik di kalangan ibu bapa dan merapatkan jurang di antara pihak sekolah dan ibu bapa melalui program yang dijalankan.
  3. SMARTORS - kaedah pembelajaran yang menarik dan interaktif melalui permainan atau eksperimen secara berkumpulan.
  4. Mobile Siswa - dilaksanakan dengan kerjasama Perpustakaan Negara, Perpustakaan Awam Negeri dan lain-lain agensi yang berkaitan. Menggunakan kemudahan perpustakaan bergerak dengan bahan bacaan termasuk media elektronik.
  • Anda juga boleh merangka apa jua aktiviti yang anda minat yang melibatkan masyarakat sama ada berunsurkan kebajikan, kesenian, kesihatan dan lain-lain.
  • Anda juga berpeluang ke luar negara dengan merangka program khas untuk ke luar negara dengan ditaja sepenuhnya.

 


 

Apakah faedah dan kelebihan menjadi Duta Universiti? 
  • Ini merupakan satu merit besar dan selling point untuk anda mendapat tempat sebagai kakitangan kerajaan setelah anda bergraduasi nanti.
  • Anda akan mempunyai hubungan dan network yang baik di kementerian kerajaan.
  • Ini merupakan satu peluang yang tidak ternilai untuk anda menggilap bakat kepimpinan anda ketika bergelar mahasiswa.

 


Siapa yang layak memohon dan bagaimana? 

  • Hanya terbuka untuk pelajar Tahun Pertama SAHAJA yang menginap di Kolej Kediaman Keempat (kolej lain boleh rujuk pada kolej masing-masing).
  • Seramai 10 orang sahaja yang akan dipilih
  • Anda dikehendaki untuk hadir ke satu sesi temuduga saringan pertama pada hari Isnin jam 9.00 malam di dewan santapan  dan saringan kedua pada hari Selasa jam 8.30 malam di bilik VIP.
  • Pakaian smart casual (cth : seluar slack, baju t-shirt yang di tuck-in)
  • Sekiranya berminat, anda dikehendaki menghantar SMS nama penuh, no. matrik ke nombor 013-6660473.

Sekian.

Ahmad Junaidi B. Mohd Shukri
Mentor Duta Universiti KK4

SELAMAT HARI KEPUTERAAN

Selamat Hari Keputeraan diucapkan untuk diri aku...

Ada tak orang wish macam ni? hahaha...

Well...semalam genap putera kedua ini menjangkau umurnya 25 tahun!! Dah tua kan??
Like I said...age is just a number, no more than that! Tak kisah la umur berapa pun yang penting fokus pada matlamat dan pencapaian. Kalau umur saja meningkat tapi masih di takuk yang lama tak best jugak kan.

Rasa diri ni semakin matang (cewah..;). Bila umur dah meningkat, maknanya jangka hayat semakin berkurang. Aku nak buat hipotesis sikit..well orang Sains katakan...

"As the age increases, the life span will decrease"

Rumah kata pergi, kubur kata mari. Tapi di antara 'pergi' dan 'mari' itu terselit banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Itu yang menjadi agenda utama. Umur 25 tahun ni adalah umur keemasan untuk menerokai hidup. Bagi diri aku, banyak benda yang aku cuba nak buat, cuba nak usahakan, cuba nak capai, tapi perlukan kepada fokus dan tindakan yang bertubi-tubi.

Nampaknya kena set up semula matlamat supaya apa yang di plan benar-benar tercapai.

TARGET 2012 & 2013

1. Bring my family to Phuket, Thailand (23-26 Dec 2012)

 
 

 



2. Business income RM20K (19 January 2013)
 
 



3. Umrah & Ziarah Istanbul, Turki (18 Mac - 2 April 2013)
 
 




4.  Buy 5 pieces kijang emas (19 Oct 2013 - present for next birthday)




5. Saving RM100K (31 Dec 2013)



 6. Terbit buku karangan sendiri (31 Mei 2013)

 "Dilema Seorang Wanita - Merungkai 7 Kaedah Penyelesaian Haid Menurut Mazhab Syafie"

 



Ini adalah 6 target yang nyata...yang belum nyata tak tahu specific details..

7. Bertunang (dengan siapa dan bila?)





 8. Beli rumah pertama (Bangi/Nilai dan bila?)



9. Melancong ke Zhangjiajie, China (Jun 2013 - free trip pelancongan Elken)

Ini adalah destinasi penggambaran filem Avatar.

  






Tuhan, berikan aku petunjuk dan kekuatan untuk terus hidup....amiin

Sunday, October 14, 2012

NEVER GIVE UP

 

Keyakinan ialah dua pertiga dari kejayaan.

Proses kejayaan memang berjalan perlahan. Ia memerlukan masa yang agak panjang. Jangan sekali kali
'Mengalah' berundur. Teruskan!

Kalau anda mahu berjaya, tanyalah pendapat 3
orang lama 'tua' dgn. pengalaman.

Kejayaan ialah dari hasil bergerak dan
berjalan pantas. Tapi bukannya cara melompat- lompat.

Orang berjaya ialah orang yang membuat kerja-kerja yang orang lain tidak SUKA BUAT.

Kejayaan selalunya berada di sekitar kita sahaja. Terserahlah bagaimana kebijaksanaan dan ketabahan anda mahu mencapainya! Lipatgandakan usaha Mu

Kalau ada seorang yang benar-benar ikhlas, kesian dan simpati dengan kegagalan kita, ada beribu lagi yang benar-benar benci dan sakit dengan kejayaan kita. Janganlah hairan!

Berjaya mengatasi masalah demi masalah menjadikan seseorang itu semakin bijak, tetapi 'Tidak Senang'!

Ketahuilah bahawa satu rahsia hidup berjaya ialah Menjadikan Batu Penghalang sebagai Batu Loncatan' setiap ujian membijaksanakan kita!

Cara Paling berkesan meningkatkan
Keyakinan Diri ialah dengan Sering Menunjukkan Kemenangan!

SURAT UNTUK BULAN

Aku baru selesai menonton drama yang berjudul Surat Untuk Bulan..
Cerita yang berkisah tentang seorang perempuan yatim piatu yang tinggal bersama sepupu dan ibu saudaranya.

Perempuan yang bernama Seroja lakonan Sazzy Falaq bekerja di sebuah kilang. Setiap malam dia menghabiskan masanya di atas bangunan dan mengadu masalah pada bulan. Dia akan menulis surat tentang apa yang terpendam dalam hatinya, kisah suka duka yang dialaminya dalam hidup. Kemudian, dia akan melayangkan suratnya pada bulan.

 

 


Pada keesokan paginya, seorang pemuda yang bernama Amin yang bekerja menghantar surat khabar dari rumah ke rumah akan mengutip lalu membacanya. Dia sungguh tertarik dengan puisi dan luahan hati yang dikarang oleh Seroja namun dia tidak tahu siapakah Seroja yang sebenarnya.

Pada suatu hari, dia berkesempatan berjumpa dengan Seroja yang pada mulanya sangat tegas dan garang terhadap lelaki yang tidak dikenalinya. Tetapi lama-kelamaan hubungan Amin dan Seroja bertambah rapat sewaktu Seroja menceritakan kepada Amin bahawa Sang Bulan menjawab suratnya dengan menasihatinya agar terus bersabar dan bersabar menghadapi dugaan. Hanya Amin sahaja yang percaya cerita Seroja itu...kerana itu hubungan mereka bertambah rapat. Amin selalu menghantar Seroja pulang ke rumah selepas bekerja.



Hendak dijadikan cerita, sewaktu bos di tempat kerja Seroja pergi ke outstation dan tempatnya digantikan dengan anaknya yang bernama Arif, hubungan Seroja dan Arif mulai rapat setelah Seroja ditugaskan untuk membuat kerja-kerja di pejabat seperti menyusun buku dan fail serta membuat kopi untuk Arif . Bibit-bibit cinta bermula antara Seroja dan Arif dek kerana Arif sukakan puisi yang dibacakan Seroja.

Timbul perasaan cemburu dalam hati Amin kerana Amin memendam perasaan cinta terhadap Seroja tetapi Seroja tidak tahu. Oleh keranan itu, AMin menjauhkan diri daripada Seroja. Dia tidak lagi menjemput Seroja dari tempat kerja seperti kebiasaan. Seroja mulai pelik dengan sikap Amin.

Suatu nasib malang yang menimpa diri Seroja apabila sepupu Seroja mulai cemburu dengannya kerana Seroja kerap kali dihantar pulang menaiki kereta mewah oleh Arif. Jadi, sepupu Seroja berpakat dengan ibunya untuk memasang jerat mengenakan Seroja. Dengan pertolongan Seroja, sepupunya yang sekian lama menganggur berjaya mendapatkan kerja di tempat yang sama. Sepupunya cuba menggoda Arif tetapi tidak berjaya. Dia cuba memburuk-burukkan Seroja di hadapan Arif dengan mencanang bahawa Seroja merupakan seorang perempuan murahan dengan bekerja sampingan di lorong-lorong pada waktu malam.

Kerana dengki yang terlalu membara, sepupunya merancang untuk memerangkap Seroja dengan mengatakan Seroja mencuri barangan yang terdapat dalam peti pekerja yang lain. Kes kecurian semakin menjadi-jadi dan mereka mula menuduh Seroja apabila dia kebetulan tidahk hadir ke tempat kerja akibat diberi minuman yang telah diletakkan racun oleh sepupunya yang memabukkan. Akibat daripada itu, Seroja telah diberhentikan kerja.

Seroja menangis dan terus menangis. Dia mula menyalahkan nasib yang tidak adil terhadap dirinya. Pada malam tersebut dia berlari ke atas bangunan untuk mengadu kepada Sang Bulan...akan tetapi bulan pada waktu itu tidak kelihatan kerana dilindungi awan. Dia menangis teresak-esak lalu tertidur..

 


Dia kemudian terjaga apabila Sang Bulan (jelmaan bidadari) datang kepadanya. Sang Bulan menasihati Seroja supaya tabah, berani menghadapi cabaran. Sang Bulan menyuruh Seroja hadir ke pejabat untuk berdepan dengan cabaran dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Kemudia Sang Bulan mendakap erat Seroja lalu meninggalkan Seroja dengan semangat yang baru.

 

Pada keesokan harinya, Seroja pergi ke tempat kerja dan memberitahu Arif dan rakan-rakan sekerjanya yang lain tentang hal yang sebenar dan mencabar Arif supaya bawakan kes ini kepada pihak polis untuk siasatan. Mendengar saja kes ini hendak dibawakan kepada pihak polis, sepupu Seroja menjadi gelabah dan panik. Dia mula merayu supaya kes ini tidak dibawakan kepada pihak polis. Mereka mula merasa pelik kenapa sepupunya pula yang mulai panik jika tidak bersalah. Akhir sekali, dia mengaku bahawa dia yang merancang kes kecurian itu dengan menuduh Seroja yang melakukannya. Kes selesai di situ sahaja dan Seroja mulai beredar meninggalkan tempat kerja.

Arif mula mengejar Seroja yang ketika itu menaiki bas. Arif membonceng motorsikal Amin yang kebetulan lalu di situ.

Amin memberitahu Arif bahawa pada malam ini bulan akan mengambang penuh dan dia akan membawa Arif ke tempat di mana Seroja selalu berada ketika waktu malam.

Pada malam tersebut, bulan mengambang dengan cantik dan bersinar..Arif tiba untuk melamar Seroja. Arif meluahkan hasratnya untuk memperisterikan Seroja. Belum sempat Seroja membuat keputusan, Amin muncul dengan tiba-tiba. Lalu Seroja terus mendapatkan Amin dan mengatakan Aminlah cintanya yang sejati...

 

Wahh sweet gitu..(mcm harem)...touching gak la citer melayu nih..huhu. Tapi bukan itu mesej yang nak disampaikan. Daripada keseluruhan cerita ini banyak pengajaran yang aku dapat..

1. Orang kaya boleh beli cinta dengan duit tetapi orang miskin tiada duit sebaliknya dalam hatinya penuh dan sarat dengan cinta yang suci dan tulus.

2. Walaupun kita cinta pada seseorang, jangan pendam dan simpan, manalah orang tu nak tau...luahkan secara jujur pada orang yang kita cintakan itu. Setidak-tidaknya orang yang kita cinta itu tau yang kita ada hati padanya. Kalau ada jodoh tak ke mana...tengok macam Amin.

3. Kalau berdepan dengan masalah, luahkan pada sesiapa sahaja. Kalau tak dapat selesaikan, setidak-tidaknya hati kita rasa tenang, tak ada yang terbuku. Kalau manusia tak nak dengar, luahkan pada bulan, bintang, angin, langit....(orang akan kata ko giler nnt...haha). Luahkan pada Allah...Dia Maha Mendengar.

4. Kalau berdepan dengan cabaran, kena berani, kena kuat...go go go and fight fight fight! Lawan saja jangan mengalah

Akhir sekali, aku rasa cerita ini memang best. Aku bagi 4 bintang. Huh touching.....

Saturday, October 13, 2012

JOM BERUBAH!

Salam motivasi...

Sekarang ni aku berada di kampung halaman, di Pengkalan Hulu, Perak. Sengaja ambil cuti sehingga hari Isnin untuk uruskan bisnes aku di sini dan bantu adik aku yang akan habiskan exam PMR pada hari Isnin.

Seronok berada di kampung walaupun sekejap. Banyak idea yang datang. Well, kalau idea semata-mata tanpa pelaksanaan pun tak efektif juga, kena ada draf dan perancangan yang rapi on paper. So, rough idea dah di design, tinggal lagi malam ni baru nak bersengkang mata untuk siapkan proposal. Yang pasti sebanyak 4 proposal projek akan dihasilkan yang mana setiap satunya dapat menjana incomem!! Siapa nak join aku jom..PM me!!

Sebenarnya banyak perkara yang bermain di fikiran aku, terutamanya tentang masa depan anak Melayu yang entah ke mana. Anak-anak muda Melayu banyak menghabiskan masa tanpa memikirkan apa nasib mereka selepas ini. Boleh aku katakan nasib bangsa Melayu ni banyak bergantung pada faktor politik. Kalau pemerintah Malaysia pada hari ini bukan di kalangan Melayu, alamat entah apa yang terjadi..mungkin statement ini agak pedas tapi ada kebenaran. Kebenaran inilah yang terlalu pahit untuk ditelan.





Cuba tengok, anak-anak muda Melayu yang berada di universiti. Try pergi tanya mereka, apa yang bakal mereka jadi selepas graduate. Boleh katakan 80% tak punyai matlamat dan tak tau secara spesifik, lepas grad nak jadi apa. Yang mereka tau, lepas ni nak mohon kerja...apa-apa kerja pun tak mengapa asalkan kerja. Lebih menyedihkan, kalau berkesempatan menjengah ke bilik mereka, rata-ratanya masa terluang banyak dihabiskan dengan bermain game. Hanya pada minggu-minggu exam, test dan assignment saja mereka ini akan pulun, itu pun hasil kerja tak memuaskan.

 

Aiyoo, gerun.....bila fikir seimbas lalu. Jadi, aku ambil inisiatif tersendiri untuk rangka satu projek ekonomi untuk bantu apa yang boleh aku bantu. Projek ni aku bawa khas untuk siapa yang berminat. Selesai saja proposal, aku nak bentang pada pihak yang berkenaan dan jika diluluskan aku akan open pada siapa yang berminat nak join. Nanti aku uar-uarkan, insyaAllah kalau ikut perancangan, anything should be ok...

Jom, aku mengajak rakan-rakan semua kita sama-sama berubah ke arah lebih baik. Banyakkan diri berfikir....berfikir tentang mati, berfikir tentang masa depan, bukan sahaja masa depan diri sendiri, tapi juga masa depan keluarga dan juga bangsa kita.

Percayakah kita, perubahan yang sedikit itu akan memberi satu impak yang sangat dan maha dahsyat hebat? Tak percaya? Cuba anda buat! Caranya begini...cuba anda fikir apa keburukan dan tabiat buruk anda?

Katakan, anda ni orangnya selalu bangun lambat, liat nak bangun pagi. Cuba malam ini anda tidur awal dan anda bangun awal pada esok hari dan terus melakukan kerja harian anda dan amalkan selama 44 hari berturut-turut. Tengok apa yang akan terjadi!

Ataupun tabiat buruk anda, anda ni selalu mengadap laptop terlalu lama. Kalau dah mengadap paling kurang pun 2 jam. Itupun bukan siapkan kerja tapi asyik ber'facebook', main game dan tengok movie. Cuba pada hari ini anda kurangkan masa mengadap laptop daripada 2 jam anda kurangkan 1 jam sahaja dan amalkan selama 44 hari berturut-turut. Apakah kesannya? Anda pasti teruja dengan perubahan yang maha dahsyat yang akan berlaku pada diri anda.

Kita berubah dari yang buruk kepada yang baik walaupun sedikit, walaupun perubahan tersebut anda rasa tak terlalu terkesan pada diri anda, tapi harus diingat, sedikit itu akan memberi impak yang besar jika diamalkan selalu. Jom berubah!


Monday, October 8, 2012

LAW OF ATTRACTION

Salam..

Anda pernah dengar istilah Law of Attraction? Atau nama Melayunya Hukum Tarikan. Law of Attraction ini sangat popular di kalangan motivator yang memberi motivasi dan sangat berkait rapat dengan minda bawah sedar kita.

 
Di dalam hukum ini ada mengatakan sesuatu yang kerap kali kita fikir, acap kali kita terbayang, selalu kita sebut akan menjadi realiti. Ajaib bukan? Ini kerana segala perkara yang berlegar-legar di fikiran kita, sering kali kita sebut dan berulang-ulang kali kita sentuh, rasa dan lihat, benar-benar akan menggerakkan minda bawah sedar kita seterusnya otak akan mentafsirnya sebagai benar, betul, bukan palsu, akhir sekali impuls akan dihantar ke seluruh otot-otot badan untuk bertindak! Hebat bukan?
 
 
Dalam Islam pun ulamak dahulu sudah lama membicarakan soal Hukum Tarikan. Contohnya dalam Kitab Hikam ada sebuah syiir yang mengatakan "Jika Allah menggerakkan lidah mu untuk meminta, maka ingatlah, sesungguhnya memang Allah hendak memberi".
Inilah yang dikatakan berdoa itu senjata orang mukmin tetapi sekerap mana kita menggunakan senjata kita? Mari kita renung-renungkan. Ayuh kita asah kembali senjata kita dan menghunusnya ke arah musuh-musuh impian dan cita-cita kita.

Apakah Law of Attraction anda seterusnya?

Adakah yang ini?

 
 
 
Atau yang ini?
 
 
 
 
Atau yang ini?
 
 
 
 
Walau apa pun impian anda, teruskan berimpian...tapi jangan lupa diselangi dengan doa..doa..doa, usaha dan tawakal. Pasti anda dapat!
 
Selamat maju jaya!

Sunday, October 7, 2012

NILAI TAMBAH SEORANG GRADUAN

Salam to all..
 
Semalam merupakan hari terakhir Minggu Konvokesyen di Universiti Malaya yang menyaksikan graduan Fakulti Perubatan menerima ijazah mereka. Sungguh gah bunyinya bukan?
 
Mungkin bukan rezeki aku untuk menerima Ijazah Sarjana (master) pada tahun ini akibat kelewatan sebulan menghantar thesis yang sepatutnya perlu dihantar 4 bulan lebih awal, namun apakan daya tiada rezeki. Tapi tak mengapa asalkan transkrip dan pengesahan tamat belajar aku dah boleh dapat..it's more than enough..graduation is just a symbolic!
 
 
Apa yang aku ingin coretkan di sini adalah ke mana hala tuju graduan selesai saja bergraduasi? Rata-ratanya menarik nafas lega, tidak kurang juga melahirkan rasa bangga dan mempamerkan wajah keriangan sebagai tanda tamat sudah perjuangan. Tidak semudah itu...your life just begins.......it's just a first step.
 
My personal advice to all graduates, cuba kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan, ke mana hala tuju kita selepas ini? Selalu tanya pada diri sendiri..what's next? Adakah anda akan bekerja? Planting grapes (menganggur)? Menyambung study? Kahwin? Melakukan pekerjaan sendiri?
 
Inilah sebenarnya titik tolak bermulanya kehidupan yang sebenar. Bagi saya, sepatutnya graduan mewujudkan nilai tambah (leverage) dalam diri dan meningkatkan selling point...this is the time!
 
Nilai Tambah (Leverage)
 
Can I say degree is nothing?
 
 
Apalah maknanya segulung ijazah bila kebanyakan graduan bakal menganggur sebaik sahaja turun dari pentas konvokesyen...
 
Apalah sangat nilai segulung ijazah bila graduan memohon kerja yang menjaminkan pendapatan bawah RM3K sebulan? Nampak macam banyak tapi harus diingat pada tahun 2011 kerajaan baru isytihar, penduduk bandar yang berpendapatan bawah paras RM3000 digelar miskin bandar...
 
Apalah ertinya segulung ijazah bila graduan automatically berhutang dengan PTPTN dan terpaksa menanggung hutang sebaik sahaja menggenggam segulung ijazah....
 
This is not a killing statement, this is true...I'm talking the truth what we are facing now.
 
Jadi, saya sarankan, adik-adik graduan atau masih bergelar mahasiswa mewujudkan nilai tambah (leverage) dalam diri dengan belajar apa sahaja bagi membantu anda di masa depan kelak.
 
Belajarlah...timbalah pengalaman. Ilmu itu bukan sahaja diperolehi dalam dewan kuliah semata tetapi dari pengalaman. Pengalaman itu didapati daripada hasil kerja yang dilakukan (hands on). Sertailah sebarang aktiviti yang ada di dalam universiti yang anda rasa mampu membantu anda di hari kemudian. Selaku orang yang lebih tua sikit dari anda (umur 25 dianggap tua dah la ye...=), saya sarankan anda kutip dan cari ilmu-ilmu yang disebutkan di sini :
 
1. Pengurusan organisasi
 
Ilmu kepimpinan sangat dicari, bila didapati, sangat bernilai...untuk kepimpinan saya sarankan anda aktiflah di kolej kediaman terlebih dahulu. Cuba menonjolkan diri dan cuba jadi orang yang bertanggungjawab. Bermula dengan Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK), kemudian menjadi leader dalam projek dan aktiviti yang dijalankan, dan akhirnya bila pengalaman setahun dua dalam kolej sudah ada, anda boleh sertai kepimpinan pelajar di peringkat universiti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mahupun persatuan.
 
Ini semua banyak mengajar saya selok belok kepimpinan dan memberi banyak impak dalam hidup seterusnya mematangkan tingkah laku.
 
 
 
2. Networking dan komunikasi
 
Universiti adalah tempat yang paling sesuai untuk membina hubungan dengan pelbagai pihak, baik dari golongan profesional yang bertaraf vip mahupun korporat. Jika anda aktif di peringkat kepimpinan organisasi, anda berpeluang untuk berurusan dengan golongan seperti ini seterusnya dapat mematangkan lagi komunikasi kita. Manalah tahukan, anda baik dengan CEO sesebuah company kemudian mereka tawarkan anda peluang pekerjaan di company mereka, tak untung namanya tu?
 
 
 
Selling Point 
 
 Bila sebut saja selling point, apa yang anda bayangkan? Dulu, ada seorang hamba Allah ni selalu ingatkan saya. Pesan beliau, kita tak perlulah risau pasal jodoh. Tak perlulah sibuk mencari jodoh. Yang penting tingkatkan selling point kita dulu then barulah jodoh yang berkualiti dan mahal sifatnya akan kita peroleh. Faham maksud statement ni? Maksudnya, kita kena sedaya upaya tingkatkan market kita, kebolehpasaran diri kita seperti ada pendidikan, akhlak baik, ada harta, ada rupa, pandai memasak, pandai menjahit dan lain-lain. Agak-agak la kalaulah ada orang yang memiliki kesemua ciri di atas dengan siapa jodohnya? Mestilah yang setaraf dengannya! Inilah yang dikatakan selling point!
 
Di universiti juga anda kena tingkatkan selling point anda. Akademik of course berada di tempat pertama, seterusnya carilah point yang lain seperti belajar berbisnes di universiti, belajar menjahit, belajar mengarang buku, belajar menjadi pengacara majlis, selalu jadi imam dan bilal di surau. Ini semua kalau anda ada semestinya sebaik sahaja bergelar graduan nanti anda tak akan menganggur. Percayalah...sebab anda dah tau apa yang anda suka dan apa yang anda mampu buat. Paling kurang kalau tak kerja makan gaji, anda boleh buka company sendiri dan jual perkhidmatan anda.
 
Akhir kata, saya seru rakan-rakan pembaca supaya mari kita buka minda kita, cungkil apa bakat dan kebolehan yang kita ada. Terokai, selongkar dan gunakan. Cuba anda duduk berseorangan di tempat yang sunyi dan berfikir. Apakah kehidupan yang bakal aku tempuh 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun dari sekarang? Adakah kehidupan yang sama dan yang membosankan? Adakah anda menjalani kehidupan atau menikmati kehidupan? You gotta choose! Heyy...anda boleh pilih! Jangan bagi orang tentukan hidup anda. Buatlah apa yang anda suka...hidup ini sekali jadi jangan sia-siakannya.
 
Selamat maju jaya!
 

Monday, March 26, 2012

SAMBUNGAN KISAH MUSTAFA KAMAL ATTARTUK

Kematian Kamal Attartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dan merasa gatal-gatal seluruh badan
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.


Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang!

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi dengan balasan azab ketika mayatnya dibawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953.



Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tetapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tidak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan beliau telah mengatakan bahawa :jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Attartuk!"

Moga cerita di atas memberi pengajaran yang berguna buat kita semua.