IKLAN NUFFNANG

Wednesday, April 30, 2014

TIPS LANGSAIKAN HUTANG

Bismillah...

Anda dikelilingi hutang yang menimbun?
Rasa takut nak berhadapan dengan hutang? Hidup sentiasa murung? Buntu tak tahu bagaimana nak selesai?

Jangan risau keranan saya pun pernah mengalami perkara yang sama. Jangan lari sebaliknya face up!!
Di sini saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya belajar untuk anda yang mengalami masalah hutang.

Strategi #1 - Jangan Buat Hutang Lagi

Selagi boleh hidup tanpa hutang, jangan sekali-kali menambahkan lagi hutang sedia ada. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa hutang, itu bermaksud kita masih belum mampu untuk mendapatkannya. Jadi, kumpul duit dulu, bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar....sabar...sabar dan terus bersabar.

Strategi #2 - Langsaikan Hutang Yang Interest Rate Paling Tinggi Dulu

Contohnya hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3 - 5% setahun). Jadi, cuba list down semua hutang yang ada mengikut interest rate. Interest rate paling tinggi tu kena settle terlebih dahulu.

Hutang seperti housing loan perlu diselesaikan last sekali kerana ia dikategorikan sebagai "good debt" iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!

Strategi #3 - Buka Dana "Full-settlement Hutang"

Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat daripada bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai "pokok" je, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai "pokok" + "interest"!

Strategi #4 - Gunakan Duit 'durian runtuh' seperti Bonus Tahunan Untuk Langsaikan Hutang

Yang ni kena mujahadahlah sikit..bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

Strategi #5 - Simpan Duit Kenaikan Gaji Tahunan 100% Ke Dalam Dana Full-Settlement Hutang

Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang.

Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan jadi, masukkan lebihan RM80 sebulan ke dalam dana full-settlement hutang.

Strategi #6 - Bila Dah Settle Satu Hutang, Simpan Duit Installment Bulanan Seterusnya Ke Dalam Dana Full-Settlement Hutang

Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan (contoh), simpanlah RM600 tu masuk ke dana full-settlement hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai 'kenaikan gaji' apatah lagi untuk tukar kereta baru.

Strategi #7 - Bayar Hutang Secara Automatik

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar Bila terlupa bayar, itu semua jadi tertunggak.






Friday, April 25, 2014

4 PRINSIP ASAS URUS KEWANGAN

Bismillah...

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menulis artikel. Sekadar berkongsi ilmu dengan pembaca sekalian. Kesemua artikel yang saya tulis, bukan niat untuk mengajar tapi artikel-artikel tersebut ada yang hasil keringat saya sendiri dan ada juga hasil carian saya dari sumber lain untuk kegunaan saya sendiri juga.

Kali ni saya nak berkongsi berkaitan 4 prinsip asas urus kewangan.

Bila anda betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin anda boleh guna Prinsip Kewangan ini. 

Harus diingat!!! Kita mencari duit lebih bukan untuk kejar dunia....tetapi untuk selesaikan segala hutang piutang kita. Saya boleh jamin dan pasti ramai di kalangan kita terutamanya yang makan gaji mesti ada hutang. Betul? Jadi buka minda dan lapangkan dada anda untuk berilmu.

Prinsip #1 : Beli Secara Tunai

Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dan sebagainya. Kalau terpaksa hutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. Jadi, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.




Prinsip #2 : Hidup Di Bawah Kemampuan, Bukan Ikut Kemampuan

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga je dulu. Lupakanlah dulu perkataan "bergaya" dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Saya pakai kereta Honda Civic saya untuk jangka masa panjang. Dulu pernah terfikir untuk pakai kereta nasional je tapi bila tengok ramai yang pakai kerta nasional, maintenance dia agak tinggi jugak...selalu rosak jadi saya buat keputusan ambil Honda Civic untuk jangka masa panjang. Honda jarang rosak dan sangat tahan lasak.

Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade lifestyle buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subscribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel  tu atau terus hentikan langganan astro! Kalau sekarang gemar makan di luar, apa kata masak di rumah je atau bawa bekal ke pejabat. Pokoknya adalah hidup di bawah kemampuan.

Antara perkara yang boleh dipertimbangkan :

1. Jual barang yang bukan keperluan
2. Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat tu!)
3. Hentikan langganan astro (atau tukar pakej lebih murah)
4. Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat
5. Pindah rumah yang lebih kecil atau sewa rumah yang lebih murah



Prinsip #3 : Mulakan Tabiat Menyimpan Walaupun Sedikit

Sedikit tak mengapa asalkan simpan. Biasakan diri dengan menyimpan. Saya selalu menyimpan duit-duit syiling dan lebihan-lebihan duit kertas RM1. Selalunya bila saya pecahkan duit RM10/RM50 umpamanya, duit lebihan syiling dan RM1 saya tak akan guna sebaliknya saya simpan dalam tabung (mangkuk besar). Bila mangkuk tu dah penuh, kemudian saya akan pergi ke mana-mana kafe atau kedai yang perlukan syiling untuk ditukarkan kepada duit besar. Duit tersebut bank in terus ke dalam bank sebagai saving.

Percayalah....sikit-sikit lama-lama jadi gunung!




Prinsip #4 : Bina Pendapatan Kedua

Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim 'bisnes'. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasi; bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 5%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepat proses bebas hutang!!!

Pendapatan kedua penting sebagai back up income utama dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.

Itu jela rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya! Bezanya antara orang berjaya dan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!!

by Mohd Zulkifli Shafie edited by Junaidi Shukri

Jika berminat untuk tambahkan pendapatan dan mencari sumber income kedua, jom jumpa saya!!



ENAM FITNAH TERBESAR DAJJAL

Tidak ada keraguan bagi orang yang beriman terhadap segala berita yang datang dari Rasulullah saw masuk akal atau pun tidak kerana mereka meyakini bahawa segala yang diberitakan oleh Rasulullah saw sepanjang riwayatnya sahih merupakan wahyu daripada Allah swt.

Segala perkara yang disebutkan oleh Rasulullah saw yang berkaitan dengan dajjal seperti sifat-sifatnya, kejadian-kejadian luar biasa yang berlaku, masa tinggalnya di atas dunia, para pengikutnya, tempat turunnya, siapa yang akan membunuhnya dan sebagainya. Bagi orang yang beriman bukanlah sebuah khurafat dan tahayul yang menjajah akal serta hati mereka.

Fitnah yang dilakukan dajjal adalah banyak sekali di antaranya ialah :

1. Bersamanya ada syurga dan neraka

Dari Hudzaifah ra, Rasulullah saw bersabda :

"Dajjal cacat matanya yang kiri, keriting rambutnya, bersamanya syurga dan neraka. Nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka." (HR. Muslim, no.2934)

2. Membunuh satu jiwa kemudian menghidupkannya kembali

Rasulullah saw bersabda :

"Keluarlah pada hari itu seorang yang terbaik atau di antara orang terbaik. Dia berkata : "Aku bersaksi engkau adalah dajjal yang telah disampaikan kepada kami oleh Rasulullah saw." Dajjal berkata (kepada pengikutnya) :

"Apa pendapat kalian jika aku bunuh dia dan aku hidupkan kembali apakah kalian masih ragu kepadaku?"
Mereka berkata : "Tidak. Maka dajjal membunuhnya dan menghidupkannya kembali." (HR. Muslim no. 2938).

3. Menggergaji seseorang kemudian membangkitkannya kembali. (HR. Muslim, 2938/113).

4. Memerintahkanlangit untuk menurunkan hujan lalu turunlah hujan.

Dari An-Nawwas bin Sam'an ra : Rasulullah saw bersabda :
"...Dia datang kepada satu kaum mendakwahi mereka. Mereka pun beriman kepadanya menerima dakwahnya. Maka dajjal memerintahkan langit untuk hujan dan memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman, maka turunlah hujan dan tumbuhlah tanaman..." (HR. Muslim no.2937)

Adapun kaum yang tidak beriman dan tidak menerima dakwah dajjal, tidak ada sedikit harta pun tersisa pada mereka.

5. Akan diikuti perbendaharaan harta

Dalam hadith An-Nawwas bin Sam'an ra disebutkan, Rasulullah saw bersabda :
"...Dia mendatangi runtuhan dan berkata : 'Keluarkanlah perbendaharaanmu. 'Maka keluarlah perbendaharaannya mengikuti dajjal seperti sekelompok lebah." (HR. Muslim no.2937)

6. Bersamanya air, sungai dan gunung roti dan air

Rasulullah saw bersabda :

"...Sesungguhnya bersama dia ada syurga dan nerakanya, sungai dan air, serta gunung roti. Sesungguhnya syurganya dajjal adalah neraka dan nerakanya dajjal adalah syurga.." (HR. Ahmad. Asy-Syaikh AL-ALbani rahimahullah berkata : Lihat Qishshatu Masih Dajjal)

Dari 'Uqbah bin 'Amr ra berkata, AKu mendengar Rasulullah saw bersabda tentang dajjal :

"Sungguh dajjal akan keluar dan bersamanya ada air dan api. Apa yang dilihat manusia air sebenarnya adalah api yang membakar. Apa yang dilihat manusia api sesungguhnya adalah air minum sejuk yang segar. Barangsiapa di antara kalian yang mendapatinya hendak memilih yang dilihatnya api, kerana itu adalah air segar yang baik." (HR. Muslim no.2935)

Jika seorang mukmin telah mengetahui dan beriman akan keluarnya dajjal dengan membawa fitnah yang demikian dahsyat, hendaknya dia mengamalkan beberapa sebab untuk menjaga dirinya dari dajjal dan fitnahnya.

TURUNKAN BERAT BADAN DENGAN MENCUCI USUS

Bismillah...

Entri kali ini saya nak cerita berkaitan usus. Nabi saw ada menyebut dalam hadith baginda, segala penyakit berpunca daripada usus. Orang kita terjemah perkataan "ma'iddah" perut tapi yang sebenarnya membawa maksud usus. Perut dalam bahasa Arab "bathnun". 

Jadi, anda perlu luangkan sedikit masa untuk membaca entri ini sehingga habis dan pasti anda akan dapat sedikit sebanyak manfaat daripadanya. 

Ramai di kalangan kita memandang remeh berkaitan usus hingga ramai yang tak sedari segala penyakit berpunca daripada tabiat pemakanan kita dan seterusnya menjadikan usus kita melonggok segala penyakit.

Saya ingin bertanya kepada anda, sejauh mana anda prihatin terhadap usus anda?



Menurut pakar perubatan di Amerika Syarikat, antara 22 000 pesakit yang telah dibedah siasat, didapati tiada seorang pun yang mempunyai usus yang sihat!!!



Kolon adalah punca segala penyakit. 

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, 6000 orang menghidapi kanser kolon setiap tahun!

Sesetengah rakyat Malaysia selalu mengambil makanan yang berlemak tinggi seperti sup daging, satay. bbq dan lain-lain yang akan meningkatkan risiko kanser kolon. Pengambilan daging yang berlebihan menggalakkan pertumbuhan bakteria berbahaya yang akan mengubah cecair hempedu kepada bahan bertoksin.

Adakah anda tahu, panjang usus kita adalah 6 kali ketinggian kita???



Sisa makanan akan menghasilkan 22 jenis bahan bertoksin dalam kolon.
Najis terlonggok = sisa makanan dalam kolon. Walaupun kita mempunyai pembuangan najis setiap hari, tetapi kajian perubatan di Jepun mendapati bahawa masih terdapat 6-10 Ibs najis terlonggok dalam kolon.

Najis terlonggok >>> melekat pada dinding usus >>> toksin diserap balik oleh badan >>> mengalir balik ke hati

dan ini akan melemahkan keupayaan detoksifikasi dan menurunkan metabolisme sel serta autointoksifikasi.

Pernahkah anda mengalami simptom berikut?

1. Letih
2 Perut berangin
3. Mulut berbau
4. Kemurungan
5. Sakit tulang belakang
6. Daya ingatan lemah
7. Berat badan berlebihan
8. Masalah kulit
9. Sembelit
10. Arterioselorosis
11. Tekanan darah tinggi
12. Penyakit jantung
13. Kanser kolon
14. Penyakit hati
15. Penyakit ginjal
16. Penyakit kencing manis
17. Daya pertahanan lemah

Ini merupakan penyakit akibat usus yang bertoksin.

Kajian mendapati apabila toksin daripada najis melebihi 3 hari disuntikkan ke dalam tubuh tikus, ia dapat membunuh tikus tersebut dalam sekelip mata!!

Najis terlonggok menggalakkan pertumbuhan bakteria berbahaya yang menyebabkan kanser.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada usus kita sihat atau tidak? Kita boleh mengetahui sama ada usus kita sihat atau tidak berdasarkan pemerhatian terhadap najis kita.

1. Warna dan bau
2. Bentuk
3. Kekerasan
4. Masa
5. Kuantiti

Warna dan Bau

Jika usus anda sihat, najis anda berwarna perang kekuningan dan tidak berbau. Contohnya, anda pernah melihat najis kanak-kanak seawal usia 1-2 tahun? Begitulah warnanya jika usus anda sihat!!

Bentuk

Sekiranya usus anda sihat, najis yang keluar berbentuk pisang, berdiameter 3cm dan panjang lebih kurang 6cm. Nah!! sampai macam tu sekali.....kalau bentuk melekit selonggok, berketul-ketul atau cirit birit, itu tandanya usus anda memang confirm, sah, pasti tak sihat!!!

Kekerasan

Biasanya jika usus sihat, najis yang keluar mempunyai 75-80% kelembapan. Jika > 90% (najis berair) dan < 70%  (najis keras) bermakna usus anda tidak sihat. 

Bagaimana nak tahu kelembapannya? Jangan pulak anda pergi pegang dan ramas...tak ada kerja...hehe. Cukup dengan melihat sama ada najis tu terapung atau tidak. Kalau terapung tu maknanya sihatlah usus anda!

Masa

Seterusnya, usus yang sihat boleh diketahui dengan mencatat tempoh masa. Tempoh masa apa??? Tempoh masa anda meneran hingga najis tu keluar!! hehe...Selalunya masa yang diambil sekitar 2-3 minit. Jika anda mengambil masa terlalu lama di tandas untuk buang air, ini bermakna usus anda tanpa diragui tidak sihat!

Kuantiti

Kita juga boleh mengetahui, sama ada usus kita sihat atau tidak dengan cara melihat pada kuantiti najis yang dihasilkan. Jika najis yang keluar lebih kurang 1kg bermakna usus anda sihat..tahniah!! Tapi saya yakin, jarang orang keluar sampai 1kg.

Bagaimana nak tahu? Adakah dengan mengambil najis tersebut kemudian timbang?? Please....jangan buat kerja tak senonoh. Mudah saja caranya, anda perlu timbang berat badan anda sebelum dan selepas buang air.

Inilah yang saya katakan, jika anda nak turunkan berat badan anda sekurang-kurangnya 1kg dalam masa HANYA 3 HARI sahaja, anda gunakan cara saya. Malah, boleh lebih daripada itu. Saya ada caranya!

Hubungi saya secepat mungkin!!!



Thursday, April 24, 2014

PEMANDU VS PROFESOR

Seorang pemuda yang bekerja sebagai pemandu seorang profesor yang bijaksana sedang duduk di belakang dewan kuliah untuk menunggu tuannya itu habis menyampaikan kuliah.

Boleh dikatakan setiap hari pemandu itu mendengar setiap ilmu yang disampaikan oleh profesor itu dan boleh hafal apa yang akan diperkatakan oleh profesor. Semua soalan yang dikemukakan oleh para pelajar dijawab dengan mudah oleh profesor. Semakin hari semakin jemu untuk mendengar apa yang disampaikan oleh profesor.

Pada suatu hari si pemandu ingin menukar tempat dengan si profesor, dengan rasa hati yang terbuka mereka pun menukar tempat. Si profesor menjadi pemandu, si pemandu menjadi profesor , dalam hati kedua-dua berkata, "Sungguh seronok ya kerja macam ni".

Sampai di satu dewan kuliah yang lain si pemandu menyamar pun masuk ke dalam dewan kuliah dan menyampaikan segala apa yang patut disampaikan oleh si profesor. Si profesor yang sebenar duduk di belakang mendengar apa yang disampaikan oleh pemandu itu. Si profesor berasa bangga apa yang disampaikan oleh pemandu itu. Apabila tiba sesi bertanya semua soalan dapat dijawab dengan mudah dan lancar.

Tiba-tiba seorang pelajar yang boleh dikatakan bijak menanyakan satu soalan yang tak pernah didengari olehnya, dengan muka selamba si pemandu itu berkata "Soalan awak terlalu mudah untuk dijawab, soalan sebegitu pemandu saya pun boleh jawab....driver tolong beritahu dia apa jawapannya."

Dengan bangga si profesor yang menyamar sebagai pemandu itu menjawab soalan itu dengan mudah.

FAKTA YANG TIDAK DAPAT DIPERTIKAIKAN

Fakta #1
Seramai 76 200 siswazah menganggur tiada pekerjaan

Fakta #2
10 300 siswazah pendidikan menganggur tidak ditempatkan di mana-mana sekolah

Fakta #3
69 573 orang peminjam PTPTN kena saman kerana tidak membayar hutang mereka sedangkan ramai di antara mereka tiada pekerjaan

Fakta #4
40% dari rakyat Malaysia berada dalam lingkungan isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM1500 sebulan, menjadikan mereka golongan paling miskin di Malaysia

Fakta #5
3 daripada 4 keluarga yang berada dalam kategori ini (paling miskin) adalah keluarga Melayu/Bumiputera

Fakta #6
77% siswazah baru bekerja tiada wang simpanan. Gaji bulanan RM2500 tidak mencukupi untuk tampung kehidupan

Fakta #7
Kebanyakan orang muda berkahwin dengan membuat PINAJAMAN BANK!!!

"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba, datang tidak menentu masa, datang di saat kita kesempitan atau kesusahah. Nilailah peluang itu secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu keranan peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan 1000 alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!" (Prof. Hamka)

"If someone offers you an amazing opportunity and you're not sure you can do it, say yes - then learn how to do it later." (Richard Branson)








4 TAHAP KEWANGAN

Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui di manakah keadaan kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk mencapai ke point B, kita perlu ketahui point A.

Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat? Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun lebih daripada itu!

Artikel kali ini adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan.

Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Di manakah tahap kewangan anda?

#1 Kewangan Tidak Selamat (Financially not secure)

Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapa pun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang! Zaman moden ini seumpama kais bulan ni, makan bulan ni, kasi bulan depan makan bulan depan!

Masalahnya ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat. Bayangkan sekiranya tempat anda kerja terpaksa melepaskan anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka perlu bunyikan siren amaran bahawa tahap kewangan anda tidak selamat!

#2. Kewangan Selamat (Financially secure)

Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja atau diberhentikan, anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! Kerana tidak ramai yang berada di sini.

Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini! Cukupkah simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga tanpa perlu bekerja!

Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda, tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada pendapatan anda bukan?

Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan dan merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%, tambahkan simpanan kepada 4% sehingga rasa selesa dan seterusnya 6%, 8% sehingga 10%.

#3. Bebas Kewangan/Mandiri Kewangan (Financially free)

Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila! Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). Namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa tetapi dengan sukarela.

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan internet) atau membina perniagaan berangkaian (networking business).

#4. Tahap Tersangat Kaya (Ultra Rich)

Tahap ini lagi la sangat sedikit yang capai. Teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih. Nama-nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang berada di dalam tahap ini.

Mereka sering memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendaikan oleh beribu-ribu pekerja. Sering kali wang yang dimiliki adalah berlebihan dan tidak berbelanja sehingga akhir hayat. Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak membuatkan mereka berhenti melakukan kerja dan menjalankan perniagaan oleh kerana seringkali bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan ini, melakukan kerja kerana cintakan kerja dan bukan wang!

Di manakah tahap kewangan anda dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda? Tepuk dada tanya selera!

By Irfan Khairi

Tuesday, April 22, 2014

BIDADARI SYURGA 'AINUL MARDHIAH



Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang ain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan) ketika Rasulullah saw memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para sahabat untuk berjihad pada agama Allah). Baginda berkata : "Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga.

Mendengar berita itu salah seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. Sebelum solat Zuhur sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagai Qailulah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.

Dalam tidur tersebut sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi cantik dan muka yang berser-seri lalu dia bertanya, "Di manakah saya berada sekarang?" Lalu lelaki itu menjawab, "Inilah syurga."



Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia ini.

Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya, "Adakah saudari Ainu Mardhiah?"

Wanita itu menjawab, "Eh tidak, saya ialah khadamnya, Ainul Mardhiah sedang berada di dalam singgahsana sana".

Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah, di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai.

Pemuda itu memberi salam, kemudia bertanya, "Adakah saudari ini Ainul Mardhiah?"

Wanita itu menjawab, "Maaf, saya buka Ainul Mardhiah, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana."

Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikannya amat mengagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan dia bertemu seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, "Sayalah Ainu Mardhiah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk saya. Bila peuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, "Eh, tunggu dulu, saudara belum syahid lagi!".



Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi saw. Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi saw. Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah saw dan pasukan tentera Islam, ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi saw dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Rasulullah saw mengucapkan, benar....benar....benar....dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Rasulullah saw berkata, "Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Subhanallah....Allahuakabar...


CALON SUAMI

Bismillah...

Haaa...artikel ni khas untuk wanita yang nak cari calon suami dan lelaki yang bakal menjadi suami sebagai muhasabah diri.



Bagi wanita, carilah suami yang........
Bagi lelaki, jadilah suami yang.......

1. Kuat Amalan Agamanya

Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlak Baik

Seorang yang nampak tegas tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas Mempertahankan Maruahnya

Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah

Tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak Boros

Tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga Mata

Tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan Terbatas

Tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai Rakan Yang Baik

Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab

Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah Tenang

Tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

10 TIPS PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN

Kita sering merasa terburu-buru mengejar masa kerana perlukan masa yang banyak bagi melakukan aktiviti harian. Keadaan ini akan menyebabkan kerja yang kita lakukan menjadi kelam kabut. Artikel kali ini berkaitan dengan 10 tips pengurusan masa berkesan.

1. Set Matlamat Dan Strategi

Pastikan apa matlamat kita dalam jangka panjang dan pendek. Dengan merancang matlamat tersebut, kita akan tahu apa yang perlu dicapai dan mengapa perlu kita capai matlamat tersebut bagi memudahkan kita membuat keputusan perkara penting yang perlu diselesaikan.

2. Fokus Matlamat

Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan.

3. Buat Jadual Masa

Bukankah mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan? Set tempoh masa untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa.

4. Utamakan Matlamat Asal

Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti.

5. Mewujudkan Sistem Pemfailan

Apabila kita telah merancang sesuatu matlamat penting untuk kita mewujudkan sistem dalam pengurusan masa. Salah satu sistem yang boleh kita wujudkan adalah sistem pemfailan yang teratur, pengurusan maklumat dan komunikasi.

6. Realiti Pengurusan Masa Kita

Sentiasa renung kembali kepada pencapaian yang kita buat. Sama ada kita lakukan dengan berkualiti atau sebaliknya. Bahagi-bahagikan matlamat yang dicapai dengan matlamat yang belum dicapai boleh memudahkan kita menentukan matlamat mana yang lebih penting.

7. Kerjasama

Apabila melakukan sesuatu projek atau kerja adalah lebih cepat terhasil apabila bekerjasama dengan kumpulan kerja kerana akan lebih menjimatkan masa, boleh memberi motivasi diri, meningkatkan keyakinan dan boleh mengembangkan kemahiran masing-masing.

8. Pencapaian Lalu

Lihat kembali pencapaian kejayaan kita yang lalu dalam sesuatu kerja. Gunakan teknik ini dengan mempertimbangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai. Bayangkan kita kerja hari ini kerana kita perlu bercuti pada hari esok hari.

9. Kehidupan Harian

Rancang jadual aktiviti harian juga amat penting kerana kehidupan kita ini adalah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita.

10. Selesaikan Tugas Hari Ini

Cuba selesaikan tugas pada hari ini. Jangan bertangguh. Dengan menyelesaikan tugas pada hari ini kita dapat merancang tugas esok pula. Sebelum meninggalkan tempat kerja, kita perlu rancang apa tugas yang perlu kita lakukan pada hari esok. Ini mengelakkan rasa risau tentang tugas yang perlu dilakukan dan bersedia untuk melakukan tugas pada hari esok sebelum balik dari pejabat.

Setiap orang mempunyai bilangan masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Jangan katakan kita tidak mempunyai masa yang cukup kerana dengan pengurusan masa yang bijak memastikan kita boleh bekerja, bersama-sama keluarga serta berehat dan tidur dengan cukup.



Monday, April 21, 2014

KISAH PENJUAL LAKSA



Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar, saya pun berhenti berehat.
Apabila nampak penjual laksa beras lalu saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Setelah memesan dan membayar harga bagi 5 bungkus laksa beras itu, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu dibahagikan kepada 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.

Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya bertanya, "Pakcik,  kenapa pakcik asingkan duit tersebut?" Pakcik itu pun menjawab, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung, untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.

"Dalam setiap rezeki yang kita peroleh, ada hak orang lain juga". Walaupun sedikit, kita wajar berbagi sama. Saya mengalirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras dari berbasikal sekarang sudah bermotorsikal. Setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walaupun cuma seekor kambing yang sederhana besar.

Alhamdulillah, saranan agama walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00pagi. Apabila tiba di mana-mana kampung, menjelang waktu solat sama ada zuhur atau asar, saya akan berhenti untuk solat jemaah di mana-mana masjid/surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa masukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini ke tabung masjid/surau walaupun sedikit. Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah. Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga mengeliingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat. Saya pernah mendengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi akan menjadi saksi. Maka, nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, di sini dan di sini. Hari Isnin si polan solat di masjid ini, hari Selasa si polan solat di surau ini dan seterusnya.

Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari. Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima iaitu mengerjakan haji. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan Islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu, saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaitu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar?

Terpegun saya dengan jawapan yangdiberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang Islam.

"Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yangmampu sahaja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya."

"Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu? Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menaung sedikit demi sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?"

MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila mebanding diri ini dengan pakcik yanghanya menjual laksa beras bermotorsikal mengelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal. Siapa sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini?

Sekadar renungan...

Apa-apa pun laksa tetap sedap...nyam2!

ROTAN DIDIKAN YANG TERBAIK

Bismillah....

Assalamualaikum kawan2!

Entri kali ni aku nak cerita berkaitan rotan.



Aku anak kedua daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki. Jadi, bila dah semuanya lelaki, waktu kecil dulu aku selalu bergaduh dengan abang aku (sekarang dia dah jadi Ustaz Tentera). Selalunya kami akan bergaduh waktu tengahari la, lebih kurang lepas zuhur time tidur tengahari. Time ni mak aku akan tidur dan paling sesuai untuk aku bergaduh...haha. Selalunya bila kami bergaduh, aku la yang akan menangis dulu..huhu. Dan mak aku akan terjaga bila dengar suara kami bising-bising yang mengganggu tidurnya. Apa lagi....mak aku akan capai dia punya rotan terus cari kami dalam bilik. Bila dapat tau yang mak dah bangun, abang aku akan berlari menyorok dalam jamban kemudian kunci pintu. Pintu jamban kayu dan bila nak bukak memangla susah kalau kunci dari dalam. Yang aku plak agak bodoh sikit pergi menyorok belakang pintu bilik atau dalam almari. Mak aku apa lagi, senang la nak cari...bila dah dapat, lauk la aku. Memang berbirat la badan . Pernah sekali tu, aku menyorok dalam bilik air kemudian kunci dari dalam, oleh kerana pintu bilik air, pintunya plastik, mak aku dengan rakusnya tendang bilik air sampai pecah kuncinya dan capai paip getah lalu hinggap di badan aku dengan penuh kasih sayang....tragis betul bila terkenang balik zaman tu. Ni cerita hampir 20 tahun yang lepas la...last aku kena pukul waktu darjah 3 lepas tu sampai sekarang dah tak pernah merasa kena pukul.

Mak aku waktu tu tersangatlah garang dan bengis...aku rasa harimau pun takut. Kesannya, kami berempat jadi budak baik...cewah! Abang aku dah jadi ustaz, kini dah ada anak 2 orang. Yang no.3 plak bakal guru dan bongsu tingkatan 5 di MRSM...dan aku macam ni la....kekalkan hensem!! ;)

Ayah aku polis PGA (kini dah bersara) dan selalu beroperasi berbulan-bulan meninggalkan kami. Kadang-kadang raya pun tak sempat bersama kami. Jadi, kami berempat ni mak didik kami dan train kami ala-ala tentera. Kami diajar buat kerja rumah dari menyapu sampah, basuh baju, sidai baju, memasak dan segalanya! Apa yang orang perempuan pandai buat, kami pun pandai (dengan nada bangga...haha).

Aku pandai memasak dan kesemua adik beradik aku pandai memasak. Bukan yang simple-simple je tau....masakan yang 'ganas-ganas' pun kami tau...haha. Tapi rasanya yang paling pandai memasak ialah adik bawah aku (anak ketiga). Kalau dia balik rumah, mak aku rileks sikit la tak perlu ke dapur atau hanya perlu touch up sikit-sikit je. Dia aku rasa benda apa yang dia tak reti masak...dari western sampai eastern semuanya pandai. Aku rasa masakan dia lagi better kot berbanding mak aku...I guess. Sebab mak aku pun kadang-kadang tanya dia. Kek, aiskrim, segala bagai yang pelik-pelik.

Aku tak ada la expert sangat....setakat nak buat laksa, mi kari, masak lemak, sup, asam pedas yang tu biasa la..tapi aku ni jenis malas skit nak masak-masak ni melainkan benda tu memang aku nak makan dan aku tak perlu mengharapkan orang lain buat.

Berbalik cerita rotan tadi. Aku rasa budak zaman sekarang terlalu dimanjakan. Cikgu rotan sikit di sekolah report mak ayah. Mak ayah pun terlalu manjakan sangat sebab tu anak-anak perangai macam setan. Bukan didik namanya kalau tak boleh dirotan.

Kes yang terbaru di Sweden pun sama jugak tapi kes ni bagus sikit la sebab mak ayah rotan cuma anak ni yang pergi mengadu pada cikgu dan cikgu pulak buat report polis. Terbalik namanya.

Nabi dah mengajar umatnya jika anak sampai umur akil baligh tak solat maka wajib dipukul. Pukul untuk mendidik dan pukul untuk mendera tak sama. Aku ingat lagi, mak aku pernah tibai aku dengan paip getah sebab lambat solat...bukan tak solat tapi lambat! Tapi alhamdulillah...sejak dari tu aku tak pernah tinggalkan solat secara sengaja.

Dalam hal ni aku rasa banyak pihak perlu menggalas tanggungjawab jika serius nak membendung akhlak generasi muda zaman sekarang. Kerajaan perlu juga kuatkuasakan undang-undang bagi membolehkan guru-guru merotan pelajar yang bermasalah.

Harus diingat, merotan dan memukul lain maksudnya. Aku pun tak galakkan untuk cikgu menampar atau memukul tapi aku sangat setuju kalau cikgu-cikgu merotan. Merotan pulak bahagian yang paling sesuai pada aku hanyalah tapak tangan dan kaki sahaja. Ini baru nampak mendidik.

Selagi mana kerajaan tak pandang ni secara serius selagi tu la akhlak muda mudi jauh terpesong dari landasan. Mak ayah pulak kena faham, nak didik anak bukan perkara mudah. Di sekolah ramai anak-anak yang perlu dididik bukan seorang dua.

Aku nanti kalau ada anak, memang aku akan didik dengan rotan. Tak cukup dengan tu, aku sendiri akan bagi cikgu rotan khas untuk merotan anak aku kalau degil sangat.

Adakah anda juga berpendapat seperti saya?

Sunday, April 13, 2014

NOVEL KEHIDUPAN

Bismillah...

Malam ni terasa sangat sedih kerana baru sahaja mendapat khabar berita seorang sahabat yang menghidapi penyakit kanser limfoma stage 4 pergi mengadap Ilahi. Rasa terkilan sedikit kerana aku baru berhajat nak berjumpa dengannya kali keempat  tapi akibat terlalu lama menangguh sehingga tak sempat berjumpa...arwah pergi dulu. Allahuakbar...Allahuakbar!

Percaturan Allah melebihi segalanya. Dia Maha Mengetahui apa yang perlu bagi hambaNya. Dia beri bukan ikut kemahuan tetapi ikut keperluan. Arwah pergi meninggalkan seorang anak yang baru berumur 4 bulan dan seorang isteri yang juga junior aku sewaktu di Kolej Kediaman Kemmpat, Universiti Malaya.

Sebenarnya plan nak tidur awal malam ni, esok ada banyak urusan tapi perasaan sedih dan terkilan sampai tak boleh nak lelap. Rasa hiba dan sayu.....Allahuakbar.

Bila direnung kembali, benarlah hidup ini ibarat sebuat novel. Allah menjadi pengarangnya, kita hanya membacanya. Jalan cerita memang sudah siap dirangka dan disusun atur dengan begitu teliti. Segalanya dah dicaturkan, kita sebagai manusia hanya menempuh, berjalan mengikut skrip yang tidak tahu bagaimana pengakhirannya.





Sewaktu menuntut di pondok dahulu, Tuk Guru aku pernah mengajar...

Mengikut fahaman Ahlul Sunnah Wal Jama'ah :

Segala perkara baik dan buruk sememangnya dah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah swt sejak azali. Kita sebagai hambaNya hanya perlu berusaha tetapi usaha kita langsung tidak memberi kesan.

Cuma di pihak manusia, kita murnikan dengan menyatakan segala yang baik datangnya daripada Allah swt, segala yang buruk bersandarkan pada kelemahan kita, tetapi hakikatnya kedua-duanya datang daripada Allah.

Allah tidak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang tak tertanggung.

Sebenarnya, setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita mempunyai hikmah dan nilainya yang tersendiri. Bergantung ada kita bagaimana kita nak mengambilnya sebagai panduan dan pedoman kita ke arah yang lebih baik.

Saya beri contoh...

Jika seseorang itu berimpian ingin menjadi seorang ahli perniagaan dan jutawan yang berjaya dunia akhirat. Bagaimanakah jalan kehidupannya? Adakah dia benar-benar akan jadi jutawan?

Jadi, apakah yang perlu dia buat? Sebenarnya, segalanya dah diatur oleh Allah dan dah tertulis apa pengakhirannya nanti cuma di pihak kita, takkan kita nak duduk berpeluk tubuh? Jadi, kita harus berjalan, bertindak mengikut apa yang dirancang....

Jika benarlah skrip yang kita rancang sama seperti apa yang telah ditetapkan, Allah akan hadapkan kita dengan segala keperluan untuk menjadi jutawan dunia akhirat seperti perlu ada sifat sabar, sifat rendah diri, tidak sombong, tidak membuang masa, banyak berdoa, sentiasa pelihara solat dan lain-lain.

Bagaimana cara Allah mengajar dan mendidik kita? 

Allah mengajar dan mendidik kita melalui PENGHIDUPAN.




Sebab tu kebanyakan jutawan, kita ambil contoh di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, beliau pernah berhadapan dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Pernah jatuh, pernah ditipu, dan bayak lagi cabaran yang terpaksa dilaluinya.

Yang pastinya kesemua ini Allah buatkan untuk mendidik supaya hambaNya tadi benar-benar telah bersedia dengan apa yang dirancang, didoa dan diharapkan. Inilah cara Allah mengabulkan setiap permintaan hambaNya. Dia beri jika hambaNya benar-benar telah bersedia. Dia beri mengikut keperluan dan kemampuan bukan kemahuan.

Andaikata seorang kerani biasa (contoh) diberi RM1 juta dan bergelar jutawan segera. Agak-agaklah berapa lama dia dapat kekalkan statusnya sebagai jutawan?? Saya rasa paling lama pun tak sampai setahun, duitnya pasti akan berkurangan. Sebab apa? Sebab dia sendiri belum lagi bersedia untuk jadi jutawan dan dia jadi jutawan bukan kerana usahanya tetapi kerana durian runtuh dan rezeki mengejut! Dengan ketiadaan ilmu berkaitan pengurusan kewangan, tiada ilmu berkaitan aset dan property mana mungkin dia akan jadi jutawan.

Begitu juga dengan seorang perempuan yang belum dikurniakan zuriat setelah lama berkahwin. Mungkin salah satu faktornya selain faktor kesihatan ialah perempuan tersebut belum benar-benar bersedia untuk menjadi ibu. Persediaan tersebut dari segi mental, fizikal, emosi dan sebagainya. Mungkin bila dia menjadi ibu nanti dia tak sanggup bersengkang mata untuk melayan kerenah bayi yang selalu meragam pada waktu tengah malam. Sebab tu la kita lihat ramai di kalangan wanita yang menginginkan zuriat, mereka mengambil anak angkat terlebih dahuu kemudiannya baru dikurniakan zuriat.

Rasulullah juga sebelum menjadi Rasul, Allah beri ujian yang amat dahsyat. Pernah dibaling batu, diejek, dibaling najis, dipulaukan, dicerca dan dimaki hamun oleh bapa saudaranya sendiri, menjadi anak yatim piatu ketika berumur 6 tahun. Andaikata Rasulullah masih ada ibubapa ketika dewasa, mana mungkin Rasulullah dapat menjadi sebegitu hebat dan kuat  orangnya Segala tekanan yang datang Baginda mampu bertahan dan hanya Allah tempat mengadu dan bergantung harap. Ini bererti cara Allah mendidik Baginda sebegitu teliti dan teratur dan kelihatan sangat sempurna.




Saya pernah terbaca kata-kata hikmat daripada sebuah buku...

If  you suffer in your life, just suffer away....

Hidup ini ada naik ada turun. Mesti ada naik dan turun. Graf manusia tak semestinya selama-lamanya naik dan selama-lamanya turun.

Selalunya sebelum naik (berjaya) kita akan melalui satu fasa yang dipanggil pembelajaran. Di sinilah berlakunya cabaran dan rintangan yang terpaksa kita terima. 

Manusia banyak belajar dari penghidupan dan proses yang dilaluinya. Jadi, sementara kita susah kita harus belajar sebanyak mungkin. Redha setiap perkara yang berlaku.

Aku pernah melalui kesusahan dan kepayahan. Banyak yang aku belajar. Sekarang ni pun masih terus belajar dan belajar dan belajar......sebenarnya terlalu privacy untuk aku ceritakan tapi tak apalah untuk renungan bersama aku ceritakan sedikit.

Aku pernah melalui fasa di mana aku mengalami masalah kewangan yang teruk dan sangat kritikal..emm. Hanya Allah tempat aku mengadu. Nak cerita pada mak ayah, jauh sekali sebab bagi aku cukuplah aku dah susahkan mereka sewaktu belajar dahulu. Aku punyai prinsip jika kita tak mampu untuk menyenangkan mereka, jangan pula menyusahkan.

Nak dijadikan cerita, di poket aku tiada duit langsung hatta untuk membeli makanan! Tau tak apa yang aku makan ketika itu? Aku hanya makan roti yang dah berkulat.....itu sahaja makanan yang tinggal. Kebetulan aku masih menyimpan roti yang expired seminggu dan sekaya. Jadi, aku pun kikis kulat yang ada pada roti, aku sapukan sekaya kemudian aku bakar roti tersebut untuk hilangkan bau hapak.......dan aku makan dalam keadaan menangis. Tapi dalam hati aku ketika itu masih redha atas jalan yang aku pilih dan aku tahu Allah tetap sayangkan aku.

Banyak lagilah kisah dan pengalaman nak diceritakan...tapi biarlah dulu sebab belum tiba masanya. Di sebalik cerita itu, aku dapat banyak pengajaran.

Jika kita berduit, mesti berjimat cermat dan sentiasa bersedekah.
Sentiasa ingat ada yang lebih susah daripada kita. Orang Afrika ramai yang mati kebuluran.
Mulai saat itu, aku dah mula belajar untuk menyimpan duit dan belajar cara menambahkan lagi duit yang sedia ada =) 




Jika kita menghadapi kesusahan, dan graf kehidupan kita berada di bawah, haruslah kita ingat, graf tersebut TAKKAN menjunam sebawah-bawahnya....mana mungkin! Pada satu tahap, graf tersebut akan melonjak naik juga sama ada secara mendadak atau sedikit demi sedikit, dengan syarat kita haruslah BERGERAK dan BERTINDAK...jangan duduk diam!

Jika kita berada di atas pula, amat susah untuk kita jatuh ke bawah kembali jika kita sudah belajar dengan segala ilmu dan pengalaman sewaktu kita di fasa kesusahan tadi.....tapi AWAS!! Orang yang sedang naik akan jatuh semula jika SOMBONG. Ini pesan mentor aku.

Yang penting sekali, jika anda ada impian tinggi, jangan berputus harap. Never Lose Hope.
Banyakkan berdoa....Allah Maha Mengetahui apa yang kita perlu...

Dia akan beri dan pasti akan beri jika kita mahu dan bersedia.

Jadi, adakah anda sudah bersedia???



Thursday, April 10, 2014

SRI KANDI DR AAFIA SIDDIQUI



Atas nama perang melawan terorisme, satu per satu aktivis Islam di tangkap dan di penjara. Dengan berbagai macam tuduhan sampai penjara tanpa peradilan bahkan masa penahanan pun tak terbatas. Banyak kisah-kisah aktivis Islam yg harus mendekam di penjara oleh Amerika yang dibantu oleh orang-orang Islam Munafik dan penjilat. Berikut kisah Mujahidah Dr. Aafia Siddiqui.
Dr. Aafia Siddiqui lahir di Karachi, Pakistan, tanggal 2 Maret 1972. Dia adalah salah seorang  dari tiga anak Mohammad Siddiqui, seorang dokter yang mendapat pelatihan di Inggris, dan Ismet. Dia adalah ibu dari tiga orang anak dan juga seorang penghapal (hafiz) Quran. Aafia dan ketiga anaknya itu ditangkap oleh agen intelijen Pakistan pada bulan Maret 2003 dan diserahkan kepada orang-orang Amerika di Afghanistan di mana dia dipenjarakan di Bagram dan dia berulang kali diperkosa, disiksa dan dilecehkan selama bertahun-tahun. Sebuah laporan yang ditulis dalam bahasa Urdu di media Pakistan pada waktu itu mengatakan bahwa Aafia dan ketiga anaknya terlihat sedang ditangkap oleh pihak berwenang Pakistan dan dibawa ke tahanan.
Moazzam Begg, dan beberapa mantan tawanan dari Amerika melaporkan bahwa seorang tahanan perempuan,  bernama “tawanan 650″, ditangkap di Pangkalan Udara Bagram di Afghanistan. Yvonne Ridley dari Cageprisoners.com menulis tentang “tawanan 650″  itu (Aafia), penyiksaan dan pemerkosaan terhadapnya yang dilakukan berulang-ulang selama lebih dari empat tahun.
“Jeritan yang tidak berdaya wanita (ini ) yang dilakukan dengan siksaan itu bergema  di penjara itu sehingga memaksa tahanan-tahanan lain terus melakukan mogok makan.” Yvonne menyebutnya  sebagai “perempuan beruban (karena) dia  nyaris seperti hantu, seperti momok yang menangis dan terus berteriak yang menghantui orang-orang yang mendengarnya. Hal ini tidak akan pernah terjadi pada seorang wanita Barat.”
Baik pemerintah Pakistan maupun para pejabat AS di Washington menyangkal mengetahui tentang  pemenjaraan Aafia sampai keberadaanya terungkap keluar dan mulai mendapat perhatian media. Tuduhan-tuduhan yang dibuat-buat kemudian diajukan terhadap dirinya bahwa ia terlibat dalam terorisme dan klaim yang menggelikan bahwa dia berhasil merebut senjata dari tentara AS dan menembaki perwira AS.

Pada tanggal 7 Agustus 2008 sebuah artikel di The News mengungkap beberapa perawatan yang didapatkan Aafia ketika dikenai tahanan sementara di Amerika.
  • Salah satu ginjalnya diambil
  • Ggiginya diambil
  • Hidungnya patah, dan dipasang kembali dengan posisi tidak semestinya
  • Luka tembak yang baru didapatkannya ditutup dengan tidak layak, dengan darah yang mengalir, sehingga meninggalkan pakaiannya basah bersimbah dengan darah.
Pada tanggal 4 Agustus 2008, para jaksa federal di Amerika Serikat menegaskan bahwa Aafia Siddiqui telah diekstradisi ke AS dari Afghanistan di mana mereka mengatakan bahwa dia telah ditahan sejak pertengahan Juli 2008. Pemerintah AS menyatakan bahwa dia ditangkap oleh pasukan Afghan di luar kompleks gubernur Ghazni dengan membawa manual bahan peledak dan zat berbahaya yang dimasukkan dalam stoples tertutup. Mereka lebih lanjut menyatakan bahwa selama dia berada di tahanan dia menembaki  para perwira AS (padahal tidak ada yang terluka) sementara dirinya lah yang terluka selama proses penahanan itu.
Pada tanggal 11 bulan Agustus, 2008,  sebuah laporan dari Reuters menyebutkan bahwa ia muncul di sidang dengan kursi roda, dan bahwa para pengacara meminta hakim untuk memastikan bahwa ia menerima perawatan medis. Elizabeth Fink, salah seorang pengacaranya , mengatakan kepada Hakim:
“Dia telah ada di sini, pak hakim, selama satu minggu dan dia belum mendapatkan perawatan seorang dokter, meskipun mereka (pemerintah AS) tahu dia telah ditembak.”
Pengacara Aafia, Elizabeth Fink, itu mengatakan kepada seorang hakim federal di New York bahwa Aafia menunjukkan tanda-tanda bahwa ia telah dipenjara dan diperlakukan dengan tidak manusiawi selama jangka waktu yang panjang. Menurut dokumen-dokumen  yang diungkap di pengadilan oleh Fink, Aafia mengatakan kepada staf penjara bahwa ia takut anaknya kelaparan dan disiksa, dan meminta mereka untuk mengambil jatah makanan dari nampannya dan kirimkan kepada anaknya di Afghanistan.
Pengacara lainnya, Elaine Whitfield Sharp, mengatakan, “Kami tidak tahu ia ada di Bagram untuk waktu yang lama. Itu adalah waktu yang lama. Menurut klien saya dia ada di sana selama bertahun-tahun dan ia ditahan di tempat tahanan Amerika; perlakuan terhadapnya mengerikan. “
Aafia masih berada dalam fasilitas penahanan AS di New York, kesehatannya yang  buruk, adalah karena tindakan penggeledahan yang merendahkan dan memalukan terlihat setiap kali ia menerima kunjungan atau muncul di pengadilan. Dia kemudian menolak bertemu dengan pengacara. Telah dilaporkan bahwa dia mungkin menderita kerusakan otak dan bahwa sebagian ususnya mungkin telah dipotong. Pengacaranya mengatakan bahwa gejala-gejala yang ditunjukkannya mirip dengan penderita Penyakit Tekanan Mental Pasca Trauma (‘Post Traumatic Stress Disorder’).

Karena ketiadaan Khilafah, dia bersama dengan setiap muslim lainnya di dunia  pada hakekatnya tanpa kewarganegaraan dan sebagaimana adanya berita kenabian yang dibawa oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bahwa kita seperti buih dan sampah yang dibawa turun oleh air yang deras.
“Orang-orang akan segera memanggil satu sama lain untuk menyerang kamu  ketika mereka sedang makan dan mengundang yang lainnya untuk berbagi makanan.” Seseorang bertanya, “Apakah hal itu karena jumlah kami kecil pada waktu itu?” Beliau صلى الله عليه وسلم menjawab, “Tidak, pada waktu itu kamu banyak  tetapi kamu akan seperti buih dan buih itu dibawa turun dengan  air yang deras , dan Allah akan mengambil rasa takut kamu dari hati  musuh kamu dan mencampakkan al-wahn ke dalam hatimu. ” Seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah al-wahn itu ?”  Beliau صلى الله عليه وسلم menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” [HR Abu Dawud dan Ahmad]
Wahn lah yang menyebabkan pihak berwenang Pakistan untuk menculik dan menyerahkan perempuan Muslim itu kepada Amerika meskipun Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lain, sehingga ia tidak boleh menindas yang lain, juga tidak boleh menyerahkannya ke tangan seorang penindas. [Bukhari]
Wahn lah yang mencegah setiap penguasa di dunia Muslim untuk mengangkat telunjuknya untuk membantu melindungi kehormatan seorang perempuan dan membebaskan bukan hanya Aafia tetapi ribuan kaum Muslim yang dipenjara di Guantanamo, Bagram, dan pusat-pusat penahanan rahasia CIA meskipun Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata:“Sesungguhnya adalah wajib atas umat Islam untuk membebaskan tawanan mereka atau untuk membayar tebusan.”
Wahn lah yang menyebabkan para penguasa di dunia Muslim untuk memenjarakan, menyiksa dan menganiaya ratusan ribu Muslim yang tulus di ruang bawah tanah mereka meskipun Hakim bin Hisyam berkata; “Aku bersaksi bahwa aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata;” Allah akan menghukum orang-orang yang menghukum orang-orang di Dunia. ‘ “[Muslim]
Kita harus ingat bahwa kita tidak selalu tanpa kewarganegaraan. Ketika Negara Islam ada di masa lalu, kehormatan perempuan muslim dilindungi dan tahanan Muslim dibebaskan.
Pada zaman Nabi صلى الله عليه وسلم  seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa menganiaya kehormatan seorang perempuan Muslim dengan mengikat pinggir bajunya sehingga menyebabkan tubuhnya tersingkap. Saat itu, seorang pria Muslim kebetulan berada di sana dan membunuh orang Yahudi itu. Kemudian orang-orang Yahudi membalas dengan membunuh orang muslim itu. Keluarga pria itu memanggil kaum Muslim untuk membantu dan Nabi صلى الله عليه وسلم mengirimkan pasukan melawan mereka dan setelah 15 hari pengepungan seluruh suku Bani Qainuqa diusir dari Madinah.
Imam bin Atsir mencatat dalam kitab ‘Kamil’ kisah terkenal seorang wanita Muslim yang ditangkap oleh orang-orang Roma dan ditahan di tempat yang bernama ‘Amuriyyah. Tidak puas dengan hanya menangkapnya, mereka mencoba merampas kehormatannya juga. Karena ketakutan dan sendirian dia kemudian memanggil nama Khalifah, “[Ya Mu'tasim] Billah.” Seorang pria menyaksikan kejadian ini dan bergegas kepada Khalifah memberitahukan kepadanya tentang apa yang telah terjadi. Ketika ia mendengar penderitaan wanita ini ia menjawab dengan berani, “Labbaik [Saya di sini mendengar panggilan Anda].” Dia menyiapkan sebuah pasukan besar dan berangkat untuk berperang dan untuk menyelamatkan perempuan itu. Pasukan Mu’tasim kemudian menaklukkan musuh dan memasuki ‘Amuriyyah. Setelah menghancurkan benteng musuh, mereka datang kepada perempuan itu dan membebaskannya.
Khalifah Umar bin Abdul-Aziz mengirim surat kepada para tahanan perang Muslim di Konstantinopel. Dia mengatakan kepada mereka:
“Kamu menganggap dirimu sebagai tahanan perang. Padahal kamu bukan tahanan perang. Kamu terkunci di jalan Allah. Aku ingin kamu tahu bahwa setiap kali aku memberikan sesuatu kepada kaum Muslim, aku memberikan lebih banyak untuk keluarga kamu dan aku mengirimkan sekitar 5 dinar untuk setiap salah satu dari kamu dan seandainya bukan karena aku takut bahwa diktator Romawi akan mengambilnya dari kalian, aku akan mengirimkan lebih. Aku juga telah mengirim banyak untuk menjamin pembebasan setiap salah satu dari kalian tanpa memikirkan berapa biayanya. Jadi bersukacitalah! Assalamu Alaikum. “
Wahai Amerika dan sekutu-sekutunya!
Hari ini anda membunuh orang-orang kami, perempuan dan anak-anak kami, menyiksa dan memenjarakan kami dan mencuri sumber daya kami. Tapi Anda harus menyadari hal ini hanyalah sementara. Kebangkitan Islam adalah berjalan dengan cepat dan wahn perlahan-lahan pudar dengan adanya interaksi pemikiran Islam yang kuat. Anda tahu ini dan itulah sebabnya Anda memulai perang melawan teror dan mengapa Anda menghabiskan miliaran dolar untuk menduduki tanah kami.
Ketika pertolongan Allah SWT tiba dan negeri-negeri Muslim bersatu di bawah satu Khalifah, bukan lagi ilusi bahwa Khilafah akan memanfaatkan semua pusat politik, ekonomi dan militer untuk membebaskan tahanan muslim dan melindungi kehormatan para perempuan kami.