Anda fikir masalah anda besar hingga buat apa pun tak boleh selesaikannya?
Mentor cina berkata :
You ingat orang success tak ada problem?
Li Ka Shing you tau siapa? (angguk kepala sebagai jawapan)
Dia kena bayar USD200 juta untuk release anak dia kena culik. Itu masalah ke bukan? (mulut terlopong)
Sini saya mau bagitau sama you ha...
Orang success you boleh ankat dia punya duit sampai dia tak ada apa maa..bagi dia sikit masa, dia dapat balik itu duit...
Money is not the problem, the problem is your attitude towards money!
Another thing haa...you work for money but money always reflects, but success people, system work for their money and money always has to reflect.
Jangan you sangka orang berjaya tak ada buat kerja haa...mereka kerja lagi kuat dari kuli bangla di kedai hardware. Cuma cara kerj mereka lain.
- Anonymous
Ku menyusuri jalan ini.. Menyusun langkah terus mencari.. Memburu cinta redha Ilahi.. Menghindari dari dibuai mimpi...
IKLAN NUFFNANG
Monday, May 18, 2015
TIP UNTUK MENJAGA BUAH PINGGANG
11 Faktor Yang Merosakkan Buah Pinggang
1. Kerap tahan kencing
2. Kurang minum air
3. Suka makan makanan masin
4. Suka minum minuman bergas
5. Kerap kena jangkitan kencing kotor (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna
6. Kerap makan daging merah dan makanan laut (tinggi asid urik)
7. Kerap makan pil tahan sakit
8. Merokok
9. Obesiti
10. Alkohol
11. Penyakit darah tinggi dan kencing manis yan tidak terkawal
Buah pinggang kita amanah Allah. Jangan jadikan ia sebahagian daripada statistik pesakit buah pinggang kronik.
Jagalah buah pinggang anda. Jika dah terkena dialisis 2-3 kali seminggu nanti, seluruh ahli keluarga akan merasai kesulitannya.
Mungkin rawatan dialisis adalah percuma bagi kakitangan kerajaan tapi perlu difikirkan juga masa dan tenaga untuk ulangalik dan menunggu di hospital setiap kali rawatan.
Penyakit buah pinggang tiada tanda-tanda awal, sekali rentap saja.
Tuesday, May 5, 2015
KUNCI KEKAYAAN DAN KEBAHAGIAAN
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)
Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?
Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."
Maka hendaklah kamu memperbanyak sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
Bersedekahlah untuk saudaramu yg telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd orang yang bersedekah.
"Kalaulah orang yang bersedekah itu mengetahui dengan sebenarnya dan dapat menggambarkan bahawa sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar daripada kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?
1) Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga
2) Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan
3) Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
4) Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
5) Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
6) Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.
7) Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya pada hari kiamat
8) Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)
9) Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
10) Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya
11) Orang yg bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)
12) Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar
13) Orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
14) Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
16) Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
17) Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
18) Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
19) Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
20) Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)