IKLAN NUFFNANG

Saturday, October 15, 2016

KEHANCURAN SESEBUAH TAMADUN



Ketika bangsa Cina ingin hidup tenang, mereka membangunkan tembok Cina yang sangat besar. Mereka berkeyakinan tidak akan ada orang yang sanggup menerobosnya kerana tinggi sekali. Akan tetapi 100 tahun pertama setelah tembok selesai dibina, Cina terlibat 3 kali dalam peperangan besar.

Pada setiap kali peperangan itu, pasukan musuh tidak menghancurkan tembok atau memanjatnya, tetapi cukup dengan menyogok (memberi rasuah) penjaga pintu gerbang.

Cina di zaman itu terlalu sibuk dengan penbangunan tembok, tetapi mereka lupa membangun manusia. Membangunkan manusia seharusnya dilakukan sebelum membangun apapun dan itulah yang diabaikan oleh semua bangsa.

Ada sebuah pendapat yang mengatakan bahawa apabila ingin menghancurkan peradaban sebuah bangsa, ada 3 cara untuk melakukannya, iaitu :

1. Hancurkan institusi keluarga
2. Hancurkan pendidikan
3. Hancurkan keteladanan daripada para tokoh dan ulama

Untuk menghancurkan keluarga caranya dengan mengikis peranan ibu-ibu agar sibuk dengan dunia luar, menyerahkan urusan rumah tangga kepada pembantu. Para ibu akan lebih bangga menjadi wanita bekerjaya berbanding menjadi surirumah tangga dengan alasan hak asasi wanita.

Kedua, pendidikan boleh dihancurkan dengan cara mengabaikan peranan guru, mengurangi penghargaan terhadap mereka, alihkan perhatian mereka sebagai pendidik dengan pelbagai macam kerja pentadbiran sehingga mereka mengabaikan fungsi utama sebagai pendidik.

Ketiga, untuk menghancurkan keteladanan para tokoh masyarakat dan ulamak adalah dengan cara melibatkan mereka ke dalam politik yang berorientasikan keuntungan semata sehingga tiada lagi ulamak yang boleh dipercayai, tiada lagi yang boleh mendengar perkataannya apatah lagi yang boleh dicontohi.

Apabila ibu rumah tangga sudah hilang, para guru yang ikhlas lenyap dan para ulamak dan tokoh agama sudah sirna, maka siapa lagi yang akan mendidik generasi dengan nilai-nilai murni?

Itulah awal kehancuran bangsa yang akan terjadi sekalipun tubuhnya dibaluti dengan pakaian mewah, tinggal di bangunan yang megah dan dibawa dengan kenderaan mewah. Segalanya tidak bererti apa-apa, rapuh dan lemah tanpa jiwa yang tangguh.


Diadaptasi dari tulisan Jarred Diamond

Friday, October 14, 2016

SALAH FAHAM BERKAITAN REZEKI



Ada orang..
Rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down.

Ada orang..
Rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis.

Ada orang..
Rezeki dia, ada anak-anak yang baik, yang sedang hafaz Quran.

Ada orang..
Rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu.

Ada orang..
Rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari.

Ada orang..
Rezeki dia, dapat travel sana sini

Ada orang..
Rezeki dia, bisnes maju dan bertambah maju.

Ada orang..
Rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi.

Ada orang..
Rezeki dia, mudah belajar sampai tahap yang tertinggi

Ada orang..
Rezeki dia, mudah belajar dan hafaz Quran.

Ada orang..
Rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi.

Ada orang..
Rezeki dia, ada rumah yang selesa didiami.

Hakikatnya..
Allah menjadikan kita semua, orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri.

Cuma kadang-kadang kita yang tak nampak dan tak sedar sebab kita selalu nampaj rezeki itu dalam bentuk wang dan material.

Alhamdulillah...
Semua benda yang baik adalah rezeki daripada Allah, walaupun hanya dengan dapat baca satu ayat Al Quran dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca Al Quran walaupun sekali dalam hidupnya.

Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat.

Utamakan kehendak Allah, InsyaAllah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara.

Berlapang dadalah dalam mencari rezeki, bersyukurlah dalam setiap rezeki yang kita dapat.

Rezeki kita..
Masih hidup lagi hari ini dan berkesempatan untuk bertaubat, sebab ada orang yang hari ini dia dah tak bernafas lagi dan pergi berjumpa Allah tanpa sempat bertaubat.

Thursday, October 13, 2016

NASIHAT

Nasihat adalah prinsip dasar dalam kehidupan umat Islam kerana kehidupan umat didirikan atas dasar ukhwah Islamiah dan tolong menolong. Oleh kerana itu, nasihat adalah bentuk nyata dari ukhwah dan tolong-menolong. Meskipun demikian, dalam memberi nasihat haruslah  dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan mencari populariti atau merendahkan yang lain. Hal itu kerana nasihat adalah agama itu sendiri dan dalam melaksanakan agama perlu ikhlas kerana Allah.

Nasihat bukan membuka aib seseorang di muka umum kerana nasihat adalah pembaikan, sedangkan membuka aib adalah kerosakan. Oleh kerana itu, memberi nasihat harus jauh dari cara yang kasar dan keras. Semakin lembut dalam memberi nasihat, semakin diterima hati seperti disebutkan dalam firman Allah (3 : 159).

Di masa kekuasaan Bani Abbasiyah, pernah ada seorang lelaki yang memberi nasihat kepada khalifah Al-Makmun. Lelaki itu masuk ke istana lalu terus memerintahkan yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar tetapi dengan cara yang kasar. Kemudian, berkata al-Makmun, "Wahai saudaraku, sesungguhnya Allah telah mengutus orang yang lebih baik darimu kepada orang yang lebih jelek dariku. Allah mengutus Musa dan Harun kepada Firaun  dan Allah berfirman,

"Berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut. Mudah-mudahan dia ingat atau takut." (Thoha : 44)

Ungkapan yang kasar hanya akan menyakiti dan menimbulkan permusuhan. Sesungguhnya sifat orang beriman adalah memberi nasihat dan menutup aib saudaranya, sedangkan sifat orang fasik adalah membiarkan kesalahan temannya dan membuka aibnya.

Dalam sejarah Islam, banyak contoh pemimpin-pemimpin umat yang menerima nasihat dengan baik, bahkan mereka berterima kasih kepada orang yang memberi nasihat. Umar al-Khatab pernah berkata, "Semoga Allah merahmati seseorang yang memberitahuaibku."

Suatu hari, seorang berkata kepada Umar, "Bertaqwalah engkau!" Mendengar itu, sahabat yang lainnya mengherdik orang tadi dan mengatakan, "Engkau mengatakan kepada Amirul Mukminin 'Bertaqwalah!'?"

Namun Umar mencegah para sahabat dan berkata, "Tidak ada kebaikan padamu jika engkau tidak mengatakan ungkapan tadi dan tidak ada kebaikan bagi kami jika tidak mendengarannya."

Sesorang yang hari ini memberi nasihat mungkin sahaja esok mendapat nasihat kerana nasihat tidak terkait dengan peribadi dan pekerjaan tertentu. Apalagi manusia memiliki sifat suka berbuat salah dan lupa sehingga ketika ia lupa atau salah pada hari ini, saudaranya yang lain akan mengingatkannya. Begitu  pula orang yang hari ini memberi nasihat mungkin esok lupa atau salah sehinga harus dinasihati dan diingatkan.



Wednesday, June 29, 2016

ASAL USUL JALAN MAAROF, BANGSAR

Maarof dibunuh untuk gagalkan penubuhan Bank Melayu.

Orang ramai terutama peminat filem Melayu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka dan beratus drama di Singapura dan Malaysia.

Tetapi masyarakat mungkin tidak mengenali siapa bapanya. Allahyarham Maarof Zakaria. Bagi penduduk Kuala Lumpur terutama di Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Maarof bermula di Dataran Maybank menuju ke pusat beli belah Bangsar.

Siapakah Maarof sebenarnya hinggakan namanya cukup gah untuk diabadikan di antara laluan utama yang menjadi laluan beribu pengguna setiap hari. Allahyarham sebenarnya ada kisah tersendiri yang jarang diperkatakan.

Maarof anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan adalah antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hisup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal ABidin Ahmad yang digelar Pendeta Zaaba (16 September 1895 - 23 Oktober 1973).

Bekas peguam dan pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 November 1909 - 7 November 1991).

Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan berbeza dengna mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu, bertempat di Klang Street di ibu negara.

Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mesti mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat. satu daripadanya ia melalui sistem perbankan yang sistematik. 

Namunm sayangnya niat murni tokoh itu disalah tafsir pihak tertentu yang tidak mahu melihat tahap kesedaran Melayu terusmeningkat dan dilihat menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu pada ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik China iaitu Overseas Chinese Banking Corporation.

Tun Dr Mahathir Mohamed menyifatkan kematian pengasas Malay National, Maarof Zakaria sebagai tragik dan sangat menyedihkan kerana ia berlaku ketika peguan itu berusaha membantu oran Melayu keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi penubuhan bank.

Bekas Perdana Menteri berkata, jasa Maarof sangat besar dan beliau orang Melayu yang berani menubuhkan bank untuk membantu kaumnya ketika itu.

Ketika itu orang Melayu jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan hidup dalam kemiskinan. Bank yang ada ketika itu tidak mahu memberi bantuan atau pinjaman modal kepada orang Melayu.

Justeru ada suara yang meminta dan mendesak supaya sesuatu dilakukan untuk membantu orang Melayu.

Orang ramai terutama peminat filem Melayu cukup mengenali seniman veteran Datuk Mustapha Maarof yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka dan beratus drama di Singapura dan Malaysia tetapi masyarakat mungkin tidak mengenali siapa bapanya, Allahyarham Maarof Zakaria.

Bagi penduduk Kuala Lumpur, terutama di Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Maarof bermula di Dataran Maybank menuju ke pusat beli belah Bangsar.

Siapakah Maarof sebenarnya hinggakan namanya cukup gah untuk diabadikan di antara laluan utama yang menjadi laluan beribu pengguna setiap hari. Allahyarham sebenarnya ada kisah tersendiri yang jarang diperkatakan.

Maarof anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan adalah antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad yang digelar Pendeta Zaaba (16 Sptember 1895 - 23 Oktober 1973).

Bekas peguam dan pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atay Pak Sako (14 November 1909 - 7 November 1991). 

Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu bertempat di Klang Street di ibu negara.

Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat, satu daripadanya ialah melalui sistem perbankan yang sistematik.

Namun, sayangnya niat murni tokoh itu disalah tafsir pihak tertentu yang tidak mahu melihat tahap kesedaran Melayu terus meningkat dan dilihat menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu pada ketika itu. The Cartered Bank milik British dan bank milik Cina iaitu Overseas Chinese Banking Corporation.

Pada bulan Julai 1947, sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh seorang peguam Melayu bernama Encik Maarof Zakaria,

Bank tersebut hanya mempunyai 2 juta saham yang hanya terbuka kepada orang-orang Melayu. Pelanggannya juga terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.

Pada waktu itu hanya ada dua buah bank; iaitu bank milik British bernama The Chartered Bank dan bank milik China bernama Overseas Chinese Banking Corporation.

Di kedua-dua bank ini Melayu tidak dibenar meminjam wang. Melayu hanya boleh pinjam wang dari ceti-ceti haram dengan bayaran bunga yang cukup tingi. Encik Maarof menjawab cabaran ini dengan menubuhkan bank untuk Melayu sahaja.

Selepas 6 bulan beroperasi dengan jayanya, Encik Maarof Zakaria telah didapati terbunuh di Lake Garden. Maarof dikatakan hilang selama 2 hari selepas keluar dari rumah menuju ke Kampung Baru. Beliau ditemui di dalam hutan tergantung. 

Jam rolex di tangannya dan wang dalam sakunya telah tidak diambil oleh pembunuh itu. Ini bererti pembunuh hanya ingin membunuh pengasas bank Melayu yan didirikan oleh Encik Maarof itu.

Encik Maarof Zakaria telah mendirikan Bank Kebangsaan Melayu dengan bermodalkan 27 ekar tanah serta tiupan roh semangat perjuanan bangsa Melayu di bidang ekonomi.

Yang membunuh Encik Maarof nampaknya bertujuan membunuh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi. Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi inilah maka dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dalam tahun 1965 cadangan menubuhkan Bank Bumiputera telah diketengahkan.

Sumber : Berita Harian

BANDUAN AKHIR

Antara manusia yang tahu bila dia akan mati ialah banduan akhir. Ada satu kes dinamakan sebagai banduan akhir.

Banduan akhir ialah banduan yang melakukan jenayah yang berat mengalami proses kehakiman. Kadangkala 2, 3 atau 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh hakim.

Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat.

Apabila seorang banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya di ketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan. Nama biliknya Sel Akhir. Katakanlah hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu dan sampai Khamis sahaja.

Waktu hakim baca, "Maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yang akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini di antara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi." Prosedurnya mesti begitu. Kalau hukuman dibaca hari Ahad, Jumaat dijatuhkan hukuman. Kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.

 Orang yang namanya banduan akhir ini, selesai hakim membaca keputusan, lututnya dah tak boleh berdiri dah sebab apa tuan? Sebab dia masih boleh bernafas 3 hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas 4 hari sahaja. Air mata sudah berlinangan sejak di mahkamah lagi. Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang-barang dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali.

Di ketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir ini menghabiskan kehidupannya, sentiasa membaca Al Quran. Bila ustaz yang pergi ke situ, percakapan dan nasihat itu akan dipenuhi dengan tangisan air mata. "Saya banyak dosa ustaz. Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada keluarga, ibu dan ayah saya, ustaz." Pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah, solat. Solatnya panjang, zikirnya banyak, banyak mengadu pada Allah swt. Kenapa? Sebab dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.

Tuan-tuan dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok Jumaat pagi dia akan digantung. Malam itu kita nak tidur lagi ke tuan-tuan? Tak tidur dah. Manusia yang tahu ajalnya, dia dah tak boleh tidur dah tuan-tuan. Sebab itu di antara rahmat Allah yang besar ialah merahsiakan kematian kita supaya kita boleh makan, kita boleh tidur, boleh bermain dan sebagainya. Kalau dia tahu lagi sebulan ajalnya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi. Tapi Allah merahsiakan kematian itu sebagai bukti dan rahmatNya kepada kita semua.

Banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung daripada kita semua sebab dia tau untuk bertaubat bila. Dia boleh bertaubat, Alhamdulillah. Majoriti manusia yang dibawa menghadap Allah tidak sempat bertaubat pada Allah, tak tau bila nak mati.

Maka banduan akhir ini pada malam Jumaat, Alhamdulillah dia beruntung untuk mengaku di hadapan Allah. 

"Ya Allah aku berdosa di hadapanMu ya Allah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kepadaMu ya Allah! Ya Allah ampunilah dosa aku ya Allah!

Maka datang daripada seluruh keikhlasan dihimpunkan di dalam hatinya menghadap Allah. Beruntung dia.

Esok pagi atau malam itu, banduan akhir ini akan diberi pilihan untuk memilih makanan yang tidak melebihi lebih kurang RM7.50. Dia diberi pilihan boleh pilih sama ada char kuey teow kah, nasi ayam kah, cucur udang kah, maka dia akan diberikan pilihan.

Tuan-tuan, banduan akhir ni nak order apa? Kebanyakan banduan akhir ini tidak lagi akan memesan apa-apa makanan lagi. Dah tak lalu makan dah sebab esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun malah malam itu adalah malam yang dia tak akan tidur. Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selepas dia solat subuh, hukumannya mesti di antara jam 6 hingga 7 pagi.

Maka benarlah apa yang Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati. Walaupun harinya dia akan tahu tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu. Itu rahsia Allah. Ya benar. Dia disarungkan tali di lehernya pada jam 6.47 pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.

Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang untuk bercakap dengan ahli keluarganya. Tuan-tuan, bagi peluang bercakap dengan ahli keluarga tak ada ungkapan akan keluar. Hanya peluk dan menangis, peluk dan menangis. Dah tak boleh bercakap dah. Nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi? Nak suruh jaga pokok bunga yang ditanam?

Tak ada apa yang boleh dipesan ketika itu. Yang boleh keluar hanya 2 perkataan sahaja;
"Maafkan ayah...maafkan ayah."
Bila peluk isteri, "Maafkan abang, maafkan abang." Itu sahaja.
Nak kemaafan di saat-saat akhir ini. Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung,

Allah merahsiakan kematian itu untuk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan untuk bertemu dengan Allah. Allah merahsiakan kematian itu untuk kita semua agar kita sentiasa melakukan persiapan untuk bertemu dengan Allah.

Wallahualam

Monday, June 20, 2016

FB PAGE & WEBSITE DR-SIHAT.COM



Salam Ramadhan semua.

Nak iklan jap. Saya ada wujudkan page fb dan laman web khas untuk info kesihatan yang boleh anda lawati. Blog ini masih aktif seperti biasa.

Sebarang info kesihatan/perubatan/banner motivasi anda boleh dapati dengan KLIK DI BAWAH

                                                       >>> Page fb <<<

                                                    >>> Laman Web <<<

Anda juga dialu-alukan untuk berkongsi sebarang ilmu kesihatan di page tersebut dan juga sekiranya anda mempunyai artikel yang menarik mengenai kesihatan yang dapat dikongsi bersama-sama pembaca yang lain, jangan segan silu untuk menghantarkanya kepada email saya a.junaidi87@dr-sihat.com




Friday, June 10, 2016

LELAKI TERKAYA DUNIA DEDAH APA YANG AKAN DILAKUKAN JIKA DIA HANYA BERPENDAPATAN RM250 SEBULAN



9 Jun - Apa yang akan dilakukan oleh orang kaya jika mereka tiba-tiba hidup dengan berpendapatan RM250 sebulan, sebagaimana dengan 1 bilion manusia lain yang hidup dalam kemiskinan?

Salah seorang daripada mereka ada jawapannya.

Manusia terkaya di dunia, Bill Gates berkata dia akan menternak ayam jika dia hidup dalam kemiskinan.

Menerusi satu posting di blog, pengasas Microsoft itu turut menambah, "Bagaimanapun, tiada satu jawapan yang tepat memandangkan tahap kemiskinan berlainan di lain-lain tempat."

"Tetapi melalui pengalaman saya dengan yayasan kebajikan, saya telah bertemu dengan ramai orang di negara miskin yang menternak ayam, dan saya banyak belajar tentang selok-belok menternak haiwan ini. Ia agak jelas kepada saya bahawa sesiapa yang hidup dalam kemiskinan, lebih baik buat mereka jika mempunyai ayam", tulisnya.

Tambah beliau, empat sebab untuk melakukannya.

Pertama : ayam adalah murah dan senang dijaga.

Kedua : Ayam adalah pelaburan yang bagus, makan ayam dan telur bagus untuk manusia dan ia boleh menjana pendapatan yang memberi kuasa kepada wanita untuk mengambil peranan keusahawanan aktif dalam komuniti.

Tech Insider melaporkan, "Menerusi kajian dan trip ke Afrika Barat, Gates mendapati seorang penternak yang mempunyai 8-10 ekor ayam boleh mendapatkan pulangan 40 ekor ayam dalam masa 3 bulan. Dengan jualan $5 untuk seekor ayam (harga yang normal di tempat itu), seorang penternak boleh menjana $1000 (RM4000) untuk satu tahun, jauh lebih baik dari kadar pendapatan kemiskinan tegar yang berada pada $700 (RM2800) setahun.

"Ia mungkin kelakar, saya bila serius saya berkata saya teruja tentang ayam", tulis Gates.

Sumber : http://www.businessinsider.my/