Ketika bangsa Cina ingin hidup tenang, mereka membangunkan tembok Cina yang sangat besar. Mereka berkeyakinan tidak akan ada orang yang sanggup menerobosnya kerana tinggi sekali. Akan tetapi 100 tahun pertama setelah tembok selesai dibina, Cina terlibat 3 kali dalam peperangan besar.
Pada setiap kali peperangan itu, pasukan musuh tidak menghancurkan tembok atau memanjatnya, tetapi cukup dengan menyogok (memberi rasuah) penjaga pintu gerbang.
Cina di zaman itu terlalu sibuk dengan penbangunan tembok, tetapi mereka lupa membangun manusia. Membangunkan manusia seharusnya dilakukan sebelum membangun apapun dan itulah yang diabaikan oleh semua bangsa.
Ada sebuah pendapat yang mengatakan bahawa apabila ingin menghancurkan peradaban sebuah bangsa, ada 3 cara untuk melakukannya, iaitu :
1. Hancurkan institusi keluarga
2. Hancurkan pendidikan
3. Hancurkan keteladanan daripada para tokoh dan ulama
Untuk menghancurkan keluarga caranya dengan mengikis peranan ibu-ibu agar sibuk dengan dunia luar, menyerahkan urusan rumah tangga kepada pembantu. Para ibu akan lebih bangga menjadi wanita bekerjaya berbanding menjadi surirumah tangga dengan alasan hak asasi wanita.
Kedua, pendidikan boleh dihancurkan dengan cara mengabaikan peranan guru, mengurangi penghargaan terhadap mereka, alihkan perhatian mereka sebagai pendidik dengan pelbagai macam kerja pentadbiran sehingga mereka mengabaikan fungsi utama sebagai pendidik.
Ketiga, untuk menghancurkan keteladanan para tokoh masyarakat dan ulamak adalah dengan cara melibatkan mereka ke dalam politik yang berorientasikan keuntungan semata sehingga tiada lagi ulamak yang boleh dipercayai, tiada lagi yang boleh mendengar perkataannya apatah lagi yang boleh dicontohi.
Apabila ibu rumah tangga sudah hilang, para guru yang ikhlas lenyap dan para ulamak dan tokoh agama sudah sirna, maka siapa lagi yang akan mendidik generasi dengan nilai-nilai murni?
Itulah awal kehancuran bangsa yang akan terjadi sekalipun tubuhnya dibaluti dengan pakaian mewah, tinggal di bangunan yang megah dan dibawa dengan kenderaan mewah. Segalanya tidak bererti apa-apa, rapuh dan lemah tanpa jiwa yang tangguh.
Diadaptasi dari tulisan Jarred Diamond
No comments :
Post a Comment