IKLAN NUFFNANG

Monday, May 31, 2010

KEJAYAAN..KEGAGALAN..LUMRAH KEHIDUPAN

Salam ukhwah buat pembaca yang setia...

Pada tanggal 28 Mei 2010, bersamaan dengan hari Jumaat sekitar jam 9.30 pagi. Hari itu merupakan cuti sekolah dan aku membuat kelas tuisyen di Sungai Pusu, Gombak.

Pada pagi itu, aku mengajar Bahasa Melayu Pemahaman kepada seorang murid darjah 6. Ketika membuat latihan yang aku beri, aku tertarik dengan sebuah puisi di dalam soalan tersebut. Puisi tentang kejayaan dan kegagalan. Kebetulan, puisi tersebut ada kaitan dengan kehidupan aku sekarang. Suka aku ingin berkongsi untuk renungan bersama.

Puisinya berbunyi....

Renungkanlah
Kegagalan bukan bererti mati
Kita insan bernyawa
Selagi jantung berdenyut
Kehidupan perlu diteruskan

Kejayaan
Kecemerlangan
Bebas
Luas digapai

Bukan wang jadi ukuran
Bukan budi jadi sempadan
Cekal, tabah
Disambut kegigihan
Mencapai puncak kejayaan

Tiada putus asa tersembur
Tiada coretan noktah
Tiada ukiran sumbing dicipta
Tiada tarian sumbang
Segalanya PASTI terhasil..








Di dalam bait-bait puisi ini, ingin aku rumuskan bahawa :

Kejayaan = Cekal + Tabah + Gigih + GAGAL + Tiada Putus Asa = PASTI BERJAYA

Aku berpesan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian, untuk menggapai kejayaan bukan mudah tetapi tidak mustahil. Sebelum berjaya, mahu tidak mahu, mesti KENA ADA KEGAGALAN dan kegagalan itu mesti diharungi dengan cekal, tabah, gigih dan tidak pernah putus asa dalam diri, diiringi dengan doa dan tawakal. Kajayaan pasti menyusul.

Setakat ini, aku sudah gagal 3 kali dalam Research Master aku...gagal mendapat result yang dikehendaki. Tapi, aku tidak pernah berputus asa....Frust?? Jangan diceritakan..air mata sudah keluar mencurah-curah...tapi hikmahnya?? Hehe...aku berjaya menyiapkan journal paper aku dan sudah 'accepted' ISI...bukan senang tu..sambil gagal sambil buat kerja dan terus dan terus kemudian terus bekerja, baru peroleh kejayaan. Ya..sekarang aku sudah bangkit menongkah arus badai dalam menuntut ilmu.

Buat sahabat-sahabat, janganlah kita berputus asa sebaliknya berpandangan jauh kerana Tuhan itu Lebih Bijak dan Maha Bijak daripada kita. Dia tahu segala-galanya, apa yang terbaik buat kita.

Buat anak didik aku yang ajar tuisyen, cikgu doakan mudah-mudahan kalian berjaya hendaknya di dunia dan di akhirat..

Wassalam

KISAH DUA ORANG SAHABAT


Bahawa sesungguhnya tidak mustahil jika kejayaan/kekayaan kita selama ini adalah daripada berkat doa orang lain. 

Sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahawa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa. 

Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri-sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut. Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. 

Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong. 

Seminggu kemudian, lelaki yang satu ini merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa. Segera saja, lelaki ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. 

Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang tinggal di sisi lain pulau. 

Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan. Begitu kapal siap berangkat, lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema......... 

"Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?" 

"Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan," jawab lelaki A ini. Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa." 

"Kau salah!" suara itu membentak tinggi. "Tahukah kau bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua doanya terkabulkan. Jika tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa." 

"Katakan padaku," tanya lelaki A itu. "Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang atas semua ini padanya?" 

" Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!" 

                                 







                                                                        









Renungan: 

Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Sedarilah betapa banyak orang yang telah mengorbankan segala sesuatu demi kejayaan dan kebahagian kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai seseorang/sesuatu hanya dari "yang terlihat" saja.

Wednesday, May 26, 2010

~ MENANTI DI BARZAKH ~

              


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seuntai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata


                                

Monday, May 24, 2010

TABIAT MAKAN OLEH YG. BHG. DATO' FADZILAH KAMSAH



1. Orang yang makan sampai habis tidak tinggal sedikit pun makanan walau sebutir nasi di pinggannya
= cermat, tertib, tidak boros

2. Orang yang makan tetapi di pinggannya masih terdapat sisa makanan dan banyak makanannya yang tidak habis dimakan
= boros, tidak berapa peka, kurang teliti

3. Orang yang suka makan daging putih (ayam dll)
= sabar, tidak suka marah

4. Orang yang suka makan daging merah (kambing, lembu dll)
=suka marah, tidak dapat mengawal diri

5. 80% penyakit berpunca daripada makan



6. Orang perempuan lebih peka soal makan berbanding lelaki. Atas faktor itu, perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki (asbab)

7. Nabi kunyah 40 kali ketika makan

8. Makanan boleh jadi racun dan boleh jadi ubat. Makan sesuatu makanan hendaklah berpada-pada.

9. Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.

10. Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.




11. Tidak baik jika makan tengah malam. Nabi jika lapar tengah malam, nabi minum susu panas.

12. Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.

13. Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.

14. Elok makan berjemaah kerana hidayah Tuhan turun mencurah-curah.

15. Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.

16. Minum sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.

17. Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb.

Friday, May 21, 2010

PETUA MENCUCI HATI OLEH Y. BHG. DATO' FADZILAH KAMSAH

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif".Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Sunday, May 9, 2010

TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
  1. Asap
  2. Dajjal
  3. Binatang melata di bumi
  4. Terbitnya matahari sebelah barat
  5. Turunnya Nabi Isa A.S
  6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  7. Gerhana di timur
  8. Gerhana di barat
  9. Gerhana di jazirah Arab
  10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.

Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

Saturday, May 8, 2010

BADAN INI TAK PERNAH REHAT

Salam ukhwah...

Hari ini hari yang paling syahdu, sunyi sepi..very silent day...tanggal 8 Mei 2010....

Kolej Kediaman Keempat kembali sunyi apabila ramai penghuninya beransur pulang ke kampung masing-masing. Ibarat patah tumbuh hilang berganti, final year student akan membawa haluan masing-masing..some will graduate, some will further their study and some will be unemployed...bulan Julai nanti akan hadir pula pelajar baru menggantikan tempat mereka, sedangkan aku masih di sini meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu dan bekerja.

Rumah terbuka En Syed


Begitulah kehidupan di kampus..

Teringat sewaktu bergelar pelajar dahulu, masa seperti ini aku tak berpeluang langsung bercuti, kalau bercuti pun hanya sehari dua manakan tidak, cuti padat dengan program...kursus kepimpinanlah, kursus pembantu mahasiswalah dan macam-macam lagi. Sampai ke hari ini pun masih tidak berpeluang bercuti di kampung.



12-20 Mei 2010  ke Sabah (Kursus Pembantu Mahasiswa), 9-11 Jun 2010 ke Langkawi (Kursus Kepimpinan Bestari), 12 Jun 2010 ke Bukit Tinggi (Research) dan 13-15 Jun 2010 ke Terengganu (Program Staf Kolej)...aduh, penat rasanya badan. Sepupu aku kahwin 13 Jun 2010 ni pun aku tak boleh balik..sebab 12 Jun aku kena ambil data untuk research aku....yang akan memakan masa sehari suntuk dari pagi sampai malam then kena rush ke kolej semula untuk ke Terengganu keesokan harinya......sedihnya.

Di LCCT bersama Anuar


Bersama Presiden di pantai UMS


Bersama Master di puncak Kinabalu


Siang weekday sibuk dengan writing journal dan draf thesis, ada pun awal pagi 8-9 am mengajar mengaji, fardhu ain dan Bahasa Arab..malam pula mengajar...
Sabtu dan Ahad orang lain berehat, tapi aku mengajar lagi..........
Kehidupan yang padat dengan aktiviti.

Lepas ni kolej akan jadi sunyi dan aku cukup fobia pada tempat sunyi...tanpa kedengaran suara. Tapi bagus juga sibuk, hilang sikit rasa sunyi..

Banyak memori sebenarnya yang akan bermain di fikiran kalau duduk di tempat sunyi ni. Ingatan aku akan kembali terkenang ketika zaman bergelar student dulu..dari first year sampai third year...dari Pengerusi Balai Islam, Presiden sehingga Pembantu Penyelia. Terlalu cepat masa berlalu, terlalu cepat transformasi aku.

Barisan Presiden Kolej Kediaman di Vietnam


Semester depan dah masuk tahun kelima aku di Kolej Keempat dan masuk tahun keenam aku di Universiti Malaya. Tak tau sampai bila akan berada di sini.....

Rakan seperjuangan


Saja luahkan apa yang terbuku di hati...tiada niat untuk merungut sebaliknya bersyukur dengan apa yang ada. Hidup ini memang begitu. Sekejap ketawa sekejap berduka, sekejap riang sekejap hiba, sekejap di bawah sekejap di atas...ibarat roda. Yang penting kena ambil pengajaran, belajar dan terus belajar.....

Geng2 Balai Islam


Balai Islam zaman aku..junior dan senior kita bersatu di Sungai Congkak


Inilah aku yang kekal di sini...

Sekian..

Wednesday, May 5, 2010

TANDA KEMATIAN

100 hari :
Seluruh badan rasa bergegar.


60 hari :Pusat rasa bergerak-gerak.


40 hari :Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.


7 hari :Mengidam makanan.


5 hari :Anak lidah bergerak-gerak.


3 hari :Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.


2 hari :Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.


1 hari :
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.


Saat akhir :
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan)
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.


Untuk pengetahuan semua, pada hari ke-44 air mani lelaki dan telur wanita bercantum, Allah s.w.t. telah mencampurkan sekali tanah yang akan menjadi kubur kita nanti

Saturday, May 1, 2010

SEHARI DI ZOO

Salam bahagia buat semua sahabat yang dihormati kerana Allah.

Bosan la pula asyik keluarkan entri yang berbentuk penulisan. Kali ini saya nak berkongsi kenangan dan pengalaman melawat zoo..hehe. Tak ingat tarikhnya bila tapi yang pasti dalam bulan April sebelum exam.

Waktu ni saya tengah tension, banyak benda nak diuruskan, banyak perkara yang perlu difikirkan, jadi...saya ambil keputusan untuk 'bercuti' separuh hari. Nak lari daripada masalah punya pasal, saya decide untuk berjalan-jalan di tempat sekitar KL yang belum dilawati. Fikir punya fikir, zoo negara la tempat yang paling sesuai. 

Tak tau nak ajak siapa, saya ajakla jiran sebelah bilik saya, Shukran. Kebetulan dia kata memang dia nak melawat saudara dia sekali kat sana, maklumlah saudara jauh yang dah lama tak jenguk....kui3. (dia tau aku cakap mcm ni mati aku...hiii3)





Ni la aku, yang penuh bergaya ini...hehe. Belakang tu, poyo je lebih. Dia ingat dia tinggi sangat, jengket je tu..



 Aku dan jiran sebelah bilik. Tertunai hajat nak melawat saudara...katanya.




Ni burung bangau ek?? Aku pun tak tau apa dia. Lagak gaya macam burung yang seksi...



Dia marah aku tangkap gambar dia. Dia kata nak privacy....




Lapar punya pasal buku pun jadi..





Bagi salam tak jawab..siot je..




Dalam cerita katanya haiwan yang paling bijak, tapi berak merata-rata, apsal ek??




Haiwan pemalu...




Gerunnya....




Dahagakan kasih sayang seorang bapa....




Cak!!! Daddy...




" Siapa suruh kau datang sini..ha??? "




Senyum...




" Cepat..cepat selam...siapa tahan nafas paling lama.."




Penguin ni duduk dalam bilik kaca yang ada air-cond..lawak giler




Ular Albino




Ni bukan zoo ye...ni bilik aku D009..hehe




Ni office kecil aku..tempat memerah keringat




Bujang biasa la...

Sekian saja terima kasih..=)

SENYUM SAJE JANGAN KETAWA

"Pada satu hari ade 3 ekor kura-kura nak gi bekelah bersama.Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa ape-ape pun slumber jek lenggang perut. Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebatnya deras sehinggakan mereka tidak dapat meneruskan perjalanan.kemudian timbul perbualan diantara mereka,

Kekura 1 :"Ermmm....salah sekor dr kite mesti balik untuk amik payung.Siapa yg nak pegi ni?"

Kekura 2 dan 1 saling berpandangan dan sepakat menunding kekura 3

Kekura 3 : "Tak nak ahhh.Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah
terlambat, sure ngkorang akan bedal mengkanan ni semua."

kekura 1&2 : "tak lah.kita orang akan tunggu sampai ngko dtg."

kekura 3 : "Betul,kalau aku lambat 1 jam?"

Kekura 1&2 : "Kita org akan tetap tunggu"

kekura 3 : "kalau 1 hari ?? "

Kekura 1&2 :"Kita orang akan tetap tunggu"

Kekura 3: "3 hari"

kekura 1&2 : "Kita org akan tetap tunggu"

Kekura 3: "4 hari?"

Kekura 1&2 : "kita org akan tetap tunggu"

Kekura 3 : "1 minggu?"

Kekura 1&2 :"kita org akan tetap tunggu"

kekura 3 :"2 minggu?"

kekura 1&2: " kita org akan tetap tunggu!!!!enko pegi ajelah"

Dengan berat hati kekura 3 pun berangkat. Kekura 1&2 menunggu dgn setia. sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. kekura 3 tak juga balik-balik. setelah 2 minggu berlalu, Kekura 1&2 tidak dpt menahan lapar.

Kekura 1:"Aku dah tidak tahan lapar ni. kite makan ajelah."

Kekura 2: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom ahh kiter perabih makanan ni."

Tiba-tiba kekura 3 muncul dari semak-semak dan berseru "Hoii!!!! nasib baik aku lom pegi lagi.... kalau tak sure ngkorang abiskan makanan ni kan kan?"