Salam ukhwah buat pembaca yang setia...
Pada tanggal 28 Mei 2010, bersamaan dengan hari Jumaat sekitar jam 9.30 pagi. Hari itu merupakan cuti sekolah dan aku membuat kelas tuisyen di Sungai Pusu, Gombak.
Pada pagi itu, aku mengajar Bahasa Melayu Pemahaman kepada seorang murid darjah 6. Ketika membuat latihan yang aku beri, aku tertarik dengan sebuah puisi di dalam soalan tersebut. Puisi tentang kejayaan dan kegagalan. Kebetulan, puisi tersebut ada kaitan dengan kehidupan aku sekarang. Suka aku ingin berkongsi untuk renungan bersama.
Puisinya berbunyi....
Renungkanlah
Kegagalan bukan bererti mati
Kita insan bernyawa
Selagi jantung berdenyut
Kehidupan perlu diteruskan
Kejayaan
Kecemerlangan
Bebas
Luas digapai
Bukan wang jadi ukuran
Bukan budi jadi sempadan
Cekal, tabah
Disambut kegigihan
Mencapai puncak kejayaan
Tiada putus asa tersembur
Tiada coretan noktah
Tiada ukiran sumbing dicipta
Tiada tarian sumbang
Segalanya PASTI terhasil..
Di dalam bait-bait puisi ini, ingin aku rumuskan bahawa :
Kejayaan = Cekal + Tabah + Gigih + GAGAL + Tiada Putus Asa = PASTI BERJAYA
Aku berpesan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian, untuk menggapai kejayaan bukan mudah tetapi tidak mustahil. Sebelum berjaya, mahu tidak mahu, mesti KENA ADA KEGAGALAN dan kegagalan itu mesti diharungi dengan cekal, tabah, gigih dan tidak pernah putus asa dalam diri, diiringi dengan doa dan tawakal. Kajayaan pasti menyusul.
Setakat ini, aku sudah gagal 3 kali dalam Research Master aku...gagal mendapat result yang dikehendaki. Tapi, aku tidak pernah berputus asa....Frust?? Jangan diceritakan..air mata sudah keluar mencurah-curah...tapi hikmahnya?? Hehe...aku berjaya menyiapkan journal paper aku dan sudah 'accepted' ISI...bukan senang tu..sambil gagal sambil buat kerja dan terus dan terus kemudian terus bekerja, baru peroleh kejayaan. Ya..sekarang aku sudah bangkit menongkah arus badai dalam menuntut ilmu.
Buat sahabat-sahabat, janganlah kita berputus asa sebaliknya berpandangan jauh kerana Tuhan itu Lebih Bijak dan Maha Bijak daripada kita. Dia tahu segala-galanya, apa yang terbaik buat kita.
Buat anak didik aku yang ajar tuisyen, cikgu doakan mudah-mudahan kalian berjaya hendaknya di dunia dan di akhirat..
Wassalam
No comments :
Post a Comment