IKLAN NUFFNANG

Thursday, July 29, 2010

SUNGAI-SUNGAI DI SYURGA

Sungai di syurga adalah sesuatu yang pasti, ia terus mengalir dan tidak pernah berhenti, terletak di bawah ghuraf (mahligai), istana-istana dan taman-taman penghuni syurga. Sungai-sungai tersebut berupa sungai madu, sungai khamar yang tidak memabukkan, sungai susu dan sungai air jernih yang tidak berubah rasanya. Sungai-sungai syurga memancar dari bahagian atas syurga, kemudian mengalir turun ke bawah menuju kesemua tingkatan-tingkatan syurga seperti tersebut di dalam hadis yang bermaksud ;

"Sesungguhnya Firdaus itulah tempat terbaik dan tertinggi darjatnya. Di atas Firdaus terdapat "Arasy Allah, dan dari situ mengalir sungai-sungai syurga."
(HR. Bukhari)
Go to fullsize image



Mata air syurga ada yang bernama salsabila, yang akan diberikan kepada orang yang mendekatkan diri kepada Allah (muqarrabin), sedang para abrar (orang yang berbuat baik), maka Allah memberi mereka air yang diberi campuran kafur (air dingin yang baunya wangi) dan zanzabil (air halia yang segar dan wangi).

"Sesungguhnya orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur iaitu mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya."
(Al-Insan : 5)


Go to fullsize image

Wallahua'lam

Wednesday, July 28, 2010

PERCUBAAN MENCURI JASAD RASULULLAH

Di masa peperangan antara orang Islam dengan orang kafir Kristian yang dikenali dengan perang Salib dan telah berlangsung sekian lama. Kemenangan dan kekalahan silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang dengan habis-habisan menentang musuhnya. Segala kekuatan dikerahkannya. Kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik untuk memperolehi syahid di medan perang sebagaimana yang diperolehi para sahabat Rasulullah dalam perjuangan menentang orang kafir yang cuba melenyapkan Islam.

Go to fullsize image

Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kaum kafir Kristian yang datang dari Eropah. Salah seorang raja yang banyak jasanya dalam perang Salib ini adalah Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi), keturunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda yang diputerakan tahun 1118 Masihi dan wafat 1174 Masihi, adalah seorang raja yang terkenal taqwa, wara’ dan adil. Kerana keadilannya pula hingga digelari Malikul Adil (Raja yang adil). Pada waktu malam baginda bangun untuk solat tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredhaan Allah dan terselamat di akhirat nanti. Pada sebelah siang beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang.
Seluruh kekuatan yang dimilikinya adalah untuk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara Islam. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Shalahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yang telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Baginda sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri-menterinya, sekalipun negara dalam keadaan darurat perang, kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pada suatu malam. Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum Muslimin yang dipimpinnya dalam berjihad akan berhasil.
Selanjutnya, suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali ini baginda nampak sangat risau, seolah-olah ada yang tidak kena pada dirinya. Menteri-menterinya menyedari hal ini, namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya beberapa malam yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan. Dalam mimpi itu, baginda memakai baju yang cantik gemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah. Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda: “Kenalilah aku. Bebaskan aku dari dua orang itu!” Nuruddin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.
Tidak seorang pun yang diberitahu tentang mimpi itu, dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah SAW. Kerana beliau sendiri telah bersabda: “Siapa yang melihat aku dalam mimpi, samalah ertinya dengan melihat aku di waktu bangun, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai aku.” Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang dahulu sehubungan dengan peperangan. “Ketika itu Rasulullah kelihatan sangat gembira sekali. Tapi mengapa kali ini baginda kelihatan amat sedih? Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Nuruddin tidak habis-habis merenung dan berfikir: “Ah, ini tentu ada yang tidak mengena pada keperibadian Baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah umat Islam,” kata Nuruddin dalam hatinya.
Dekat seminggu lamanya Raja adil itu memikirkan dengan risau. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi, peristiwa seperti mimpi yang pertama dan Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin lagi: “Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu!” Baginda terkejut dan bangun kemudian langsung berwudhu’, terus bersolat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam sunyi itu. Kerana terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma lagi. Dalam masa yang tidak seberapa lama, sudah tiga kali beliau berjumpa Rasulullah dalam keadaan muram. “Perkara ini benar-benar serius agaknya dan tidak boleh ku simpan seorang sahaja,” kata Nuruddin pada dirinya sendiri. Apabila baginda tergerak hatinya untuk memanggil orang kepercayaannya, baginda teringat akan sabda Rasulullah: “Bahawa apabila seseorang bermimpi buruk, hendaklah jangan diceritakan kepada sesiapa pun. Insya Allah tidak akan terjadi apa-apa.” Nuruddin berfikir sekejap. Sanggupkah dia menyimpan mimpi itu seorang diri? Tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang datang adalah manusia termulia.
Selepas solat Subuh di pagi hari Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly. Lelaki itu sangat wara’, taqwa dan amanah seperti Rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil oleh Nuruddin sehubungan dengan mimpinya. Kerana Nuruddin yakin, bahawa walau bagaimanapun Jamaluddin tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja. Hari masih terlalu pagi, suasana masih gelap, di sana sini kedengaran kokok ayam silih berganti dan waktu kerja pun masih lama lagi akan bermula. Namun menteri Jamaluddin Al-Mushly sudah berangkat ke istana negara kerana menjunjung titah baginda.
“Engkau adalah orang yang paling ku percaya untuk menyimpan rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan mimpiku padamu,” kata Raja kepada Jamaluddin dan menceritakan mimpi yang dialaminya. Jamaluddin mendengarkan dengan serius. Ia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita Rajanya. Kemudian Jamaluddin berkata: “Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah.” “Betul itu. Aku pun ingat demikian,” kata Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin. Nuruddin bertanya: “Jadi, agak-agak apakah pendapatmu tentang mimpiku itu.” Jamaluddin menjawab: “Menurut pendapat hamba, ada rancangan jahat dari orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah, dan Rasulullah tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk menggagalkan rancangan jahat tersebut.”
Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuannya setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin. Baginda percaya bahawa pendapat menterinya itu benar belaka. Berkata Nuruddin: “Pendapatmu betul, sekarang ke mana dan bagaimana kita mesti mencari dua lelaki yang ditunjuk oleh Rasulullah itu?” Jamaluddin mengajukan usul: “Bagaimana kalau sekiranya baginda raja yang pergi ke Madinah Al-Munawwarah terlebih dahulu. Di sanalah tuanku dapat berdoa di makam Rasulullah yang mulia, memohon petunjuk kepada Allah di sisi kubur kekasihNya. Mudah-mudahan, di sana tersingkap rahsia mimpi paduka itu.”
Go to fullsize image
Semua persediaan dan perbekalan segera dipersiapkan. Maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat ibu kota berpusu-pusu di hadapan istana negara untuk mengucapkan selamat jalan kepada Raja yang mereka hormati. Berangkatlah Raja yang adil bersama beberapa pegawai tinggi negara menuju Madinah.
Di setiap kampung yang dilaluinya, baginda disambut mesra oleh rakyatnya. Baginda merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai rakyatnya. Rakyat pun berasa gembira melihat Raja yang berjiwa rakyat dan tidak putus-putusnya tersenyum kepada semua rakyat. Namun, di sebalik senyuman raja yang dilepaskan kepada rakyatnya, ada perasaan risau dan ngeri yang menghantui baginda secara berterusan. Yakni wajah kedua lelaki yang dilihat dalam mimpinya selalu membayangi kemana sahaja baginda pergi. Tidak sesaat pun wajah itu hilang dari pandangan baginda. Baginda juga dapat menggambarkan dengan jelas tentang perwatakan kedua lelaki itu baik dari bentuk wajahnya, matanya, susunan giginya, mulutnya, janggutnya bahkan kesemua seluruh tubuh kedua mereka itu. Kalau, kedua lelaki itu melintas di hadapan baginda maka sudah pasti, baginda akan menangkapnya. Disebabkan baginda sentiasa asyik memikirkan tentang kedua lelaki itu, kadang-kadang baginda terpisah dari rombongannya. Baginda tidak putus asa untuk mencari kedua lelaki itu, baginda pergi secara persendirian mengembara antara bukit-bukit.
Para pengawal tidak berani menegur apa-apa sebaliknya mereka hanya memerhatikan Raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkannya apabila beliau terpisah jauh dari rombongan. Setelah beberapa hari perjalanan, rombongan baginda sampai di sempadan Madinah. Jamaluddin memberitahu baginda: “Tuanku, sekejap lagi kita akan memasuki ke kota Rasulullah SAW, oleh itu bersiap sedialah tuanku.” Berkata Raja: “Apakah cara yang harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?” Berkata Jamaluddin: “Pertama hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid Quba’ dan bersolat tahiyyatul masjid, ini adalah untuk menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah SAW sendiri.” Kemudian Raja dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin, setelah selesai mengerjakan solat di masjid Quba’, rombongan diraja menuju ke taman Raudhah. Di taman yang mulia inilah jenazah yang teramat mulia Rasulullah SAW bersemadi.
Perasaan mereka yang berada di hadapan tempat jenazah baginda Rasulullah SAW disemadikan adalah amat berlainan sekali, mereka berasa seolah-olah berada di satu alam yang lain. Lalu Raja mengangkat tangannya tinggi-tinggi dan memohon kepada Allah SWT supaya rahsia di sebalik mimpinya itu di perlihatkan kepadanya sebelum kedua manusia jahat melaksanakan niat jahat mereka. Degupan hati Raja yang begitu khusyuk dalam doanya menyebabkan air mata mengalir tanpa disedarinya. Memang di sinilah salah satu tempat diperkenankan doa. Wajah Rasulullah SAW semakin jelas di mata Raja seolah-olah Rasulullah SAW menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Raja. Baginda terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi: “Kenalilah aku, dan bebaskanlah aku dari kedua lelaki ini.”
Setelah baginda raja berdoa dengan penuh khusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulia tempat bersemayamnya Rasulullah SAW. Oleh kerana Raja Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memanggil gabenor Madinah dengan berkata: “Saya mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah tanpa ada sesiapa pun yang dikecualikan, saya ingin bersalaman dengan mereka.” Berkata gabenor Madinah: “Baik tuanku, segala titah raja akan dijalankan.” Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran dengan kota Madinah.
Berkata gabenor Madinah kepada penduduk kota Madinah dan sekitarnya: “Atas perintah Raja Nuruddin, semua rakyat Madinah dan kawasan yang berhampiran denganya, sama ada lelaki atau wanita, tua atau muda dari berbagai jenis agama dikehendaki hadir di dewan orang ramai, kerana baginda Raja Nuruddin hendak bertemu dengan semua penduduk di sini.” Setelah berita disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga segera pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira, tidak seorang pun yang tertinggal. Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai. Apabila seluruh penduduk kota Madinah telah berkumpul, gabenor Madinah pun melapurkan kepada Raja: “Tuanku, semua rakyat telah berkumpul dan mereka sedang menunggu kehadiran tuanku.” Berkata Raja Nuruddin: “Apakah kamu yakin bahawa semua rakyat telah datang untuk bersalaman dengan saya?” Berkata gabenor Madinah. “Insya Allah.” Setelah Raja mendengar penjelasan dari gabenor, Madinah, maka Raja pun segera pergi ke tempat orang ramai yang sedang menunggunya. Wajah kedua lelaki yang datang dalam mimpinya semakin mencabar di hadapannya.
Setelah baginda Raja sampai di tempat dewan orang ramai, maka baginda pun memandang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata Raja Nuruddin sentiasa mencari-cari wajah yang menjadi buruannya, tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah. Berkata Raja, Nuruddin: “Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan saya? Cuba siasat sekali lagi.” Kemudian para pegawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang tidak hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat: “Betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar berita tentang ketibaan baginda tuanku ke sini.”
Raja Nuruddin berkata: “Di mana mereka berada, dan siapakah mereka itu?” Denyutan jantung Raja Nuruddin semakin cepat, tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata: “Mereka berdua adalah ahli tasawwuf dan ahli hikmah, sangat wara’ dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Dan kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu fakir miskin.” Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawainya dan beliau berkata: “Saya ingin sangat untuk bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga.”
Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhu’, sementara mulut mereka tidak berhenti-henti berzikir kepada Allah SWT. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan Raja Nuruddin, Raja Nuruddin terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul dalam mimpinya. Dalam hati Raja Nuruddin berkata: “Demi Allah orang inilah yang datang dalam mimpiku.” Walaupun kedua mereka itu berada di hadapan beliau, beliau belum pasti sama ada beliau bermimpi atau tidak, lalu beliau menggosok kedua biji mata beliau dan dibukanya mata beliau terang-terang. Ternyata kali ini beliau tidak mimpi, beliau kini berada betul-betul di hadapan orang yang menjadi buruan beliau. Raja Nuruddin memandang mereka dari semua segi, dari segi bentuk muka mereka, susunan gigi, mata dan lain-lain. Akhirnya beliau meyakini dengan seratus peratus bahawa memang sah kedua lelaki itulah yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikutkan hati Raja Nuruddin hendak ditanya sahaja: “Siapakah kamu berdua ini.” Raja Nuruddin bertambah hairan melihat kedua mereka, ini adalah kerana kedua mereka itu begitu khusyuk dan tawadhu’, gerak-geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan.
Segi rambut pula ikut sunnah, serban pula ikut cara Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukkan adab seorang alim dan ahli tasawwuf, tutur katanya pula penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan Al-Hadith. “Tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari dua orang itu? Apakah dosa yang telah diperbuat oeh keduanya? Begitulah pertanyaan yang keluar dari hati Raja Nuruddin. Beliau hairan dan tidak tahu apa yang hendak dibuat, namun demikian tidak seorang pun yang dapat membaca perasaan Raja Nuruddin. Raja Nuruddin serba salah kerana orang ramai mengenali kedua mereka sebagai orang yang alim dan menunjukkan sikap yang penuh tasawwuf, baginda Raja juga menghormati kealiman dan ketasawwufan mereka. Oleh kerana Raja Nuruddin tidak dapat membuat apa-apa keputusan maka majlis pada hari itu bersurai setelah baginda Raja bersalam dengan semua rakyatnya seperti yang dijanjikan. Setelah majlis perhimpunan yang pertama selesai, orang ramai pun bersurai dan mereka merasa puas hati kerana dapat bersalam dengan Raja mereka. Gebenor Madinah merasa sangat gembira kerana majlis itu mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Satu-satunya orang yang tidak puas hati ialah Raja Nuruddin, kerana teka-teki yang menghantuinya belum terjawab.
Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfar dan berzikir banyak-banyak, kemudian beliau berdoa dengan doa yang amat panjang, dalam doa tersebut beliau meminta petunjuk yang lebih jelas dari Allah SWT. Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dengan berkata: “Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?” Berkata raja Nuruddin: “Ya, sudah.” Jamaluddin bertanya: “Yang mana satu tuanku?” Berkata Raja Nuruddin: “Jemputan yang terakhir sekali, saya pasti itulah orang yang ditunjuk oleh Rasulullah SAW dalam mimpiku.” Jamaluddin diam sambil mengangguk-anggukka n kepalanya, pertanda dia sedang memikirkan sesuatu. Berkata Raja Nuruddin: “Tapi yang peliknya saya tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, keadaan keduanya memang seperti yang diceritakan oleh orang. Akhlaknya, gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya menggambarkan keperibadian Rasulullah SAW. Inilah yang membuat saya rasa pelik sangat, entah dosa apa yang telah mereka lakukan?”
Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata Rajanya maka dia pun berkata: “Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik, segalanya mengikut cara Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat.”
Berkata Raja Nuruddin: “Betul katamu itu, kerana memang ramai orang-orang kafir berpura-pura Islam, sedangkan tujuannya untuk menghancurkan Islam dari dalam. Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia, sangat menarik perhatianmu, dan di persaksikannya Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat.”
Raja Nuruddin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Berkata Raja Nuruddin lagi: “Apakah yang harus kita lakukan?” Berkata Jamaluddin: “Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit.” Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai dijemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin.
Kedua orang yang disyaki juga diundang sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja dengan menterinya. Gabenor Madinah diberikan tugas untuk menjayakan majlis tersebut. Setelah saat yang dinantikan telah tiba, maka ramailah orang yang datang menghadiri majlis tersebut. Kedua lelaki yang disyaki juga awal-awal lagi telah berangkat menuju ke majlis diraja. Apabila Raja Nuruddin dan Jamaluddin melihat kedua lelaki alim itu telah keluar dari rumah mereka, kemudian Raja Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Kesemua bahagian dalam rumah itu di periksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak satu pun benda yang mencurigakan. Sebaliknya dalam rumah tersebut terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang digantung dan juga hadith nabi. Dalam almari orang alim itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama feqah dan juga tasawwuf, keadaan rumah itu menggambarkan seolah-olah pewaris Nabi SAW. Hati kecil Raja Nuruddin masih bertanya: “Apalagi yang harus aku syaki? Kenapa Baginda Rasulullah SAW minta pertolongan dariku supaya dibebaskan dari kedua lelaki ini?”
Setelah merasa puas dengan selidikan di rumah tersebut Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut, tetapi apabila baginda Raja hendak melangkah keluar dari rumah tersebut, datang ilham yang membuat beliau teringin benar untuk melihat sebuah permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah. Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang di anggap cukup mahal itu.
Raja Nuruddin tidak puas dengan melihat sahaja kecantikan permaidani tersebut, tetapi beliau membelek-belek permaidani tersebut. Sewaktu membelek permaidani itu Raja Nuruddin terlihat di bawah permaidani itu terdapat papan dan beliau berkata: “Eh, ada papan.” Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan, ternyata di bawah papan itu mempunyai sebuah terowong yang mempunyai tangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong tersebut, akhinya beliau terkejut dan berkata: “Maasya Allah, terowong ini menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.” Kemudian Raja Nuruddin mengeluarkan arahan: “Tangkap kedua orang itu.” Dengan terbongkarnya rahsia itu maka yakinlah Raja Nuruddin akan makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar sebagai alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah SAW. Dengan terbongkarnya rahsia kedua orang itu, maka orang ramai pun datang untuk menyaksikan peristiwa di rumah orang alim itu.
Beberapa orang telah turun ke dalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati bahawa terowong yang digali oleh kedua orang itu sudah hampir benar dekat pada jasad Rasulullah SAW. Setelah mendapat kepastian dari orang yang masuk ke dalam terowong itu, orang ramai tidak tahan sabar lagi. Lalu kedua-dua mereka dipukul dengan teruk sekali, kemudian kedua mereka dibawa ke pengadilan. Dalam mahkamah keduanya berterus terang dengan berkata bahawa kedua-dua mereka telah tinggal di Madinah lebih dari setahun sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak pada keduanya untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah dari kuburnya, tujuannya ialah apabila jasad Rasulullah berada di tangan Yahudi mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat Kekasih Allah dan seterusnya menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah rasa tertipu oleh kedua orang Yahudi itu, akhirnya kedua orang Yahudi itu dijatuhi hukuman mati.
Go to fullsize image
Raja Nuruddin sujud syukur kepada Allah SWT kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepadanya telah berjaya diselesaikan dengan berkat hidayah dan pertolongan- Nya. Untuk mengelakkan supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi, Raja Nuruddin memerintahkan supaya ke empat penjuru sekeliling kubur Rasulullah dipagar dengan kongkrit sampai ke bawah tanah. Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, kali ini Rasulullah merangkul dan memeluk leher beliau. Apabila telah tiba masanya Raja Nuruddin hendak meninggalkan kota Madinah, beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam orang Yahudi terhadap Islam akan berterusan. Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan air mata oleh sekalian rakyat yang mencintainya.
Allahu a’lam..

Monday, July 26, 2010

KELEBIHAN MENGURANGKAN TIDUR

Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan islam seperti Budha, Kristian, Tao, Confucius dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti berzikir dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam sehari malah ada yang kurang daripada itu. Antara agama yang dimaksudkan adalah agama Budha, Kristian, Tao, Confusies dan Sikh.

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : `The words are lovely, dark and deep but I have promies to keep and miles to go before I sleep.` Maksudnya, `Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikam dahulu sebelum saya tidur.` `The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwords in the night.`-Longfellow. Maksudnya, pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur.` Ini jelas menunjukan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.


Go to fullsize image

Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fahaman logik, kita tidak akan faham suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajjud itu meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah maha mengetahui.

DARI segi sains perubatan pula kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara  lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakan otot dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan saliran darah, Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak akan datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak sempat merasai nikmat oksigen ini.


Go to fullsize image

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak (qiyam) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakan tangan diatas pusat, kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru kita akan merasa luas serta menggerakkan otot dikedua belah tangan. Ketika ruku`dengan badan membongkok kedepan dan kedua belah tangan diatas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground) sekaligus ianya menggerakan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula seluruh berat badan terpikul sepenuhnya keatas otot-otot kedua-dua tangan . kaki, dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada ketika sujud ini berapa banyak dan persendian yang kita gerakan. Setelah itu kita bangkit dari sujud . Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakan sejumlah besar otot-otot di dada, bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah dan lain-lain otot lagi.

Go to fullsize image

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakan tumit, pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakan otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memestikan kesihatan tubuh badan kita.


Go to fullsize image

Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

Wallaua'lam   

Wednesday, July 21, 2010

INSPIRING WORDS

" We need to be polished, going through hard times, suffering times, before the greatness in us is revealed"

" If we look out into the sky at night, we will realise that the darker the sky, the brighter are the stars! Why is it that we can't see the stars in the day time? Not that they are not there. It's because there's too much sunshine! We need darkness to bring out the stars!"

" There is the greatest practical benefit in making a few failures early in life"

" Only when you have been in the deepest valley would you appreciate the magnificence of the greatest mountain"

" Character cannot be developed in ease and quiet. Only through experiences of trial and suffering can the soul be strengthened, vision cleared, ambition inspired and success achieved"

" Failure often talks to us in a 'dumb language' that we do not understand. If this were not true, we would not make the same mistakes over and over again without profiting from the lessons that they might teach us. If it were not true, we would observe more closely the mistakes which other people make and profit from them" 


(Dare To Fail)

Monday, July 19, 2010

JAWATAN - PELAJARAN - KERJAYA

Salam perjuangan buat pembaca yang budiman.

It is 2.15 pm. This evening I have a great agenda to settle down..it's about my research. A lot to be done!

Pada petang ini juga, fikiran sedikit terganggu dengan panggilan telefon yang  berdering-dering, mesej yang bertalu-talu. But there is one thing that attracts my finger to write something here, which from my personal point of view is very important to young generation nowadays. It is about Position, Study and Career.

Some people might think that study is everything. To get a good job, to get a good position in a company, to achieve something we dream to have, so on and so forth, study is the solution! Really?? Some might also put study is the first priority than everything and no wonder there was a case of people commited suicide due to have    a bad result in exam.

Back to the discussion..what I want to highlight here.

Problem we are facing in Kolej Kediaman Keempat. Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) will be announced tomorrow by Ayahanda Pengetua at dewan santapan. Tetapi, terdapat calon yang bakal dilantik menarik diri di saat-saat akhir atas alasan terlalu banyak komitmen studi dan result exam yang agak teruk baru-baru ini.

Tidak banyak yang boleh saya perkatakan di sini kerana itu hak peribadi seseorang individu untuk menerima atau menolak. Tetapi yang saya terkilan, alasan yang diberi langsung tidak munasabah, ingin memperbaiki pngk, rasakan diri tidak layak, tidak cukup pengalaman. Alahai, alasan seribu satu alasan.

Ingin saya nasihat kepada adik-adik junior tidak kiralah berapa umur anda dan tahun berapa anda sekalipun. Yes, I agree with the statement, we should put study is the first priority no matter how but did you realize that study is not just in a lecture hall..it covers many aspects including activities, programmes that we join, organization that we involve in, position that we hold etc..come on people open your eyes.

If you obtained a bad result in your previous exams, it is not because you joined a lot of activities, a lot of programmes but it is about TIME MANAGEMENT...yeah time management. No matter how many activities you join, abundant works being put on your shoulder if you can manage your time properly than it should not be any reason for you not to score in your exam. It is your fault!

Kadang-kadang saya lihat kawan-kawan saya dahulu, ramai yang tidak melibatkan sebarang aktiviti disebabkan sudah tahun akhir kononnya..tetapi bila tengok result exam, sama je teruk tiada perubahan langsung. Still maintain 2.0+++.. Is that good enough??

Saya ceritakan pengalaman saya sewaktu bergelar pelajar degree. Pernah saya ambil paling sedikit 15 jam kredit sewaktu tahun pertama dan pernah ambil paling banyak 24 jam kredit sewaktu tahun kedua.. keputusannya 24 jam kredit lebih baik berbanding 15 jam kredit. Then I decided to take 20++ credit hours in the next semester. Since then, I took 20 ++ even in my final year I took 22 credit hours.

Bila kita sibuk dengan sesuatu perkara, kita lebih cenderung untuk force diri kita to be smarter in time management. No time to play around, no time to facebook, no time to chat via ym, no time to go to friends' room chatting, no time to lepak-lepak at kedai makan ect..

Tetapi lain pula yang saya tengok, the kids at KK4 nowadays...mulut merungut banyak kerja, banyak assignments, banyak projek tapi masih sempat layari facebook, give comments to every photo downloaded, and I'm sure lots lots of time wasted just for facebooking. Padan muka kalau result teruk pun....=(

Saya dulu sedang sibuk siapkan thesis masih aturkan masa untuk handle projek (ketika tu Ekspedisi Kinabalu), prepared for exam etc. I would like to attach all activities I did join during my degree and do compare with yours! those who always give reasons!

       First Year -15 credit hours (sem 1), 15 credit hours (sem 2)

  1. AJK Gerai Usahawan Hari Konvokesyen, Universiti Malaya.
  2. Pengarah Program Maulidur Rasul.
  3. Athlete of residential college in track event (long distance) university level.

Second Year -  22 credit hours (sem 1), 21 credit hours (sem 2)

  1. Penolong Pengarah Festival Aidilfitri.
  2. AJK Deligasi Ilmiah ke Bandung, Indonesia.
  3. Pengarah Projek Kem Belia Aspirasi Remaja Alaf Baru (KEMBARA).
  4. Athlete of residential college in track event  (long distance) university level.
  5. Athlete of University Malaya in track event by Ministry of Finance.
  6. AJK Projek Kursus Kepimpinan Bestari

Third Year - 24 credit hours (sem 1), 22 credit hours (sem 2)

1.   Pengarah Projek Ekspedisi Kinabalu.
2.   Team organizer of track event in Sukan Mahasiswa Universiti Malaya (SUKMUM).
3.   Team organizer of Dikir Barat in Festival Kesenian Universiti Malaya (FESENI).
4.   Athlete of residential college in track event (long distance) university level.
5.   College representative in Dikir Barat, university level.
6.   Participant in Global Youth Assembly among students of Asean university.
7.   AJK Deligasi Ilmiah Ke Vietnam among Leaders of Residential College.
8.   Presenter of Global Crisis of Economy in Jakarta, Indonesia among students of Asean University.
9. Pengarah Projek Kursus Kepimpinan Bestari

Leadership

1.   Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja dan Perkembangan Balai Islam (First Year).
2.   Pengerusi Jawatankuasa Kerja dan Perkembangan Balai Islam (Second Year).
3.   Presiden Jawatankuasa Tindakan Kolej, Kolej Kediaman Keempat (Third Year).
4.   Pembantu Mahasiswa Minggu Haluansiswa (2007).
5.   Ketua Pembantu Mahasiswa Minggu Haluansiswa (2008).



Dalam kesibukan bergelar final year student, dengan sibuk field work, industrial training dan siapkan thesis masih ada masa libatkan diri dalam sukan, dikir barat, projek dan lain-lain. I'm not saying, I'm the best but just to show you if I can do it why not you?

Mungkin ada yang mengatakan, lain orang lain cara..then...kalau diri sendiri pemalas nak terus ke cara sebegitu? Try to be somebodyelse yang berjaya. Ikut cara dia..cara dia belajar, cara dia bergaul etc.

Adik-adikku, experience is the best teachers of all. Hanya 4% sahaja ilmu yang kita belajar di dewan kuliah yang anda akan aplikasi dalam kerjaya unless you jump into education profession as a lecturer or a teacher. Apa yang kita pelajari dalam projek dan aktiviti yang kita join itulah sebenarnya yang banyak membantu kita. Percayalah..inilah yang terjadi pada saya. Nanti saya ceritakan lebih lanjut, kerjaya apa yang saya sedang ceburi when it's time to do so. Sekarang tak boleh lagi nanti orang kata syok sendiri pula.

Ok la..belajar dan terus belajar. Jangan takut pada kegagalan. Kegagalan adalah sahabat kepada kejayaan. Jawatan itu mengajar kita menjadi insan yang lebih bertanggungjawab...bukan satu beban yang harus digalas sebaliknya satu amanah yang Tuhan anugerahkan. Berat mana sesuatu amanah, berat lagi ganjaran yang bakal diterima tetapi mesti disemai dengan hati yang ikhlas dan redha untuk memperbaiki setiap inci kelemahan.

Wassalam 

Saturday, July 17, 2010

DARE TO FAIL

Salam sayang..

Buku pertama yang ingin saya promosi adalah buku yang bertajuk Dare To Fail (Berani Gagal) karangan Billi Lim. Ini adalah buku yang PALING saya gemari dan merupakan buku yang menjadi salah satu asbab musabab saya menyambung pengajian saya di bidang master.



Buku ini amat sesuai untuk sahabat-sahabat baca kerana di dalamnya terkandung pelbagai kisah suka duka kehidupan yang pernah dilalui oleh Billi Lim. Terdapat juga kisah pengalaman jatuh bangunnya ramai tokoh terbilang seperti Henry Ford, Tun Dr Mahathir, Thomas Edison, Nelson Mandela, Stephen William Hawking, Datuk Maznah, Ho Chi Minh dan ramai lagi. Sahabat-sahabat juga berpeluang untuk mengenali rakyat Malaysia yang dahulunya hidup dalam kesempitan tetapi berakhir dengan kesenangan dan kemewahan. Ini merupakan cerita realiti bukan fantasi.

Yang menariknya, penulis buku ini merupakan seorang bekas pelajar Universiti Malaya dan pernah menetap di Kolej Kediaman Keempat...ya saya ulang sekali lagi beliau pernah menetap di Kolej Kediaman Keempat dan pernah menjawat jawatan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya MPMUM. Di dalam buku ini ada diselitkan sekali gambar kenangan beliau di Kolej Kediaman Keempat.

Buku ini menceritakan kisah jatuh bangunnya beliau suatu ketika dahulu dan kini beliau menempa nama baik di dalam mahupun di luar negara.

Saya syorkan sahabat-sahabat membaca buku ini terlebih dahulu sebelum membaca buku yang lain. Buku ini SANGAT SESUAI bagi sesiapa yang mendapat PNGK yang agak teruk dalam semester lepas. Hayatilah cerita di dalamnya.

Buku ini dikarang salam versi English yang agak simple dan mudah difahami tetapi sekiranya sahabat lemah dalam B. Inggeris, saya syorkan sahabat-sahabat dapatkan bantuan e-kamus.

Cepat jangan ketinggalan!!

Salam sayang

JOM TAMBAH ILMU...JOM PINJAM BUKU

Salam sejahtera buat teman-teman yang dikasihi kerana Allah.

Alhamdulillah, dengan izin Tuhan kita masih lagi dapat meneruskan perjuangan dalam menongkah arus hidup. Pada ruangan kali ini, saya ingin berkongsi hobi dengan pembaca yang setia. Minat saya dalam membaca sangat menebal. Semua bahan bacaan saya gemar daripada buku, majalah sehingga surat khabar, malah pamplet dan blog tulisan tangan pun saya suka baca dan tatap. For me, life is nothing and life is not interesting without reading. Namun, bukan semua bahan bacaan saya suka. Terdapat juga bahan bacaan yang kurang digemari seperti majalah hiburan, komik (kecuali komik doraemon..hehe) dan novel Melayu yang ada unsur percintaan (kecuali English novel). Ketiga-tiga bacaan ini saya kurang gemar dan saya akan meletakkannya sebagai pilihan yang terakhir.

Antara buku yang paling saya minati adalah buku yang berkaitan dengan perniagaan, motivasi, kisah bibiliografi orang kenamaan dan juga any english novel written by Enid Blyton (novel kanak-kanak). Buku-buku ini ada yang saya sudah baca puluhan kali namun tidak pernah bosan.



Justeru, saya ingin membuat sedikit promosi untuk sahabat sekalian. Mulai saat ini, saya akan membuat satu perkhidmatan pinjaman buku milik saya. Sahabat-sahabat yang berminat boleh memohon untuk meminjam daripada saya dengan menghantar satu pesanan ringkas melalui RUANGAN KOMEN dalam blog ini dengan meninggalkan nama, tarikh pinjaman dan tempat untuk mengambil buku tersebut (komen anda tidak akan dipaparkan dan akan dipadamkan sebaik sahaja pesanan diterima).

Setiap pinjaman yang dibuat, saya akan kenakan bayaran RM0.50 satu hari. Ini kerana terdapat buku yang berharga hampir RM100, jadi saya terpaksa kenakan bayaran.

Selain daripada itu, sahabat-sahabat juga boleh memesan sebarang buku yang berada di pasaran untuk saya beli. Contohnya, sekiranya sahabat-sahabat ingin memesan buku yang ditulis oleh Dato' Dr. Hj Fadzilah Kamsah misalnya tetapi harga buku tersebut sangat mahal dan tidak mampu untuk dibeli, sahabat-sahabat bolehlah memesan buku tersebut melalui saya dan saya akan membeli buku tersebut kemudian meminjamkannya kepada sahabat dengan bayaran seperti yang tersebut di atas.

Mudah-mudahan perkhidmatan yang saya sediakan ini dapat membantu sahabat-sahabat dalam menambah ilmu pengetahuan sedia ada di samping memupuk budaya membaca dalam diri sahabat.

Ingat...jahilnya seseorang jika malas menuntut ilmu. Membaca merupakan satu cara untuk menuntut ilmu kerana surah pertama diturunkan Allah adalah suruhan untuk kita membaca.

Sekian Salam Sayang

SELAMAT KEMBALI

Salam ukhwah kepada para sahabat yang dikasihi.

Gembira rasanya melihat pelajar universiti kembali semula. Terkenang waktu belajar dahulu. Bila masuk je semester baru banyak la cerita yang ingin dikongsi bersama dan banyak juga makanan yang dibawa...hehe, buah tangan kampung katakan.

Saya ingin mengucapkan Selamat Kembali Ke Universiti. Moga semester kali ini menjadi semester yang terbaik berbanding sebelum ini.

Buanglah segala cerita yang kurang enak spt keputusan exam yang kurang memuaskan dll. Teruskan melangkah ke hadapan tanpa toleh ke belakang. Berusaha dengan lebih gigih lagi. Ingat....dalam dunia ini tiada istilah pandai atau bodoh tetapi hanya rajin atau malas sahaja. Jadi anda pilih..

Untuk semester kali ini, di Kolej Kediaman Keempat, saya akan menerajui JKP Kebajikan dan Kemasyarakatan (KEMAS) sebagai penyelia penasihat dan saya juga akan memantau projek Pesta Ponggal Bestari, Pesta Kebudayaan Bestari (byk la plak Pesta) dan Care For All.

Semoga kepimpinan yang bakal diumumkan tidak lama lagi akan menjadi lebih mantap dan cemerlang berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Sekian..

Thursday, July 1, 2010

NASIHAT UNTUK DIRIKU DAN JUA DIRIMU

1. Jaga Lidahmu

"Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinya sementara lidah adalah anak kuncinya. Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga anak kunci rahsianya".


2. Kebaikan Ilmu

"Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu, tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab, tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal dan tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut".


3. Bandingan Akal Dan Harta

"Akal itu menteri yang menasihat dan harta itu seorang tamu yang akan berangkat"


4. Bandingan Perkataan

"Perkataan itu seperti ubat; jika engkau gunakan sedikit daripadanya akan memberi faedah, tetapi jika digunakan terlalu banyak akan membahayakan"


5. Siarkan Kebaikan Orang

"Apabila engkau berbuat kebaikan sembunyikan, dan apabila orang membuat kebaikan kepadamu hendaklah engkau sebarkan"


6. Dunia

"Dunia itu awalnya payah, akhirnya binasa, halalnya dihisab dan haramnya diazab"


7. Bala Terhebat

"Manusia yang mendapat sehebat-hebat bala dan paling banyak kesusahan ialah orang yang mempunyai lidah yang terlepas dan hati yang tertutup iaitu dia tidak dapat diam dan tidak pandai memperelokkan kata-katanya"


8. Bergaullah Dengan Baik

"Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan rindu kepada kamu dan jika kamu mati mereka akan menangisimu"


9. Nasib Si Pemarah Dan Putus Asa

"Tidak akan engkau dapati orang yang pemarah itu senang, tidak yang berakal itu tamak, tidak yang pemurah itu dengki dan tidak yang berputus asa itu kaya"


10. Sabar

"Kesabarn itu ada dua iaitu sabar menahan sesuatu yang engkau benci dan sabar melepaskan sesuatu yang engkau suka. Dan yang kedua itu lebih berat atas nafsu"