Salam sayang..
Buku pertama yang ingin saya promosi adalah buku yang bertajuk Dare To Fail (Berani Gagal) karangan Billi Lim. Ini adalah buku yang PALING saya gemari dan merupakan buku yang menjadi salah satu asbab musabab saya menyambung pengajian saya di bidang master.
Buku ini amat sesuai untuk sahabat-sahabat baca kerana di dalamnya terkandung pelbagai kisah suka duka kehidupan yang pernah dilalui oleh Billi Lim. Terdapat juga kisah pengalaman jatuh bangunnya ramai tokoh terbilang seperti Henry Ford, Tun Dr Mahathir, Thomas Edison, Nelson Mandela, Stephen William Hawking, Datuk Maznah, Ho Chi Minh dan ramai lagi. Sahabat-sahabat juga berpeluang untuk mengenali rakyat Malaysia yang dahulunya hidup dalam kesempitan tetapi berakhir dengan kesenangan dan kemewahan. Ini merupakan cerita realiti bukan fantasi.
Yang menariknya, penulis buku ini merupakan seorang bekas pelajar Universiti Malaya dan pernah menetap di Kolej Kediaman Keempat...ya saya ulang sekali lagi beliau pernah menetap di Kolej Kediaman Keempat dan pernah menjawat jawatan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya MPMUM. Di dalam buku ini ada diselitkan sekali gambar kenangan beliau di Kolej Kediaman Keempat.
Buku ini menceritakan kisah jatuh bangunnya beliau suatu ketika dahulu dan kini beliau menempa nama baik di dalam mahupun di luar negara.
Saya syorkan sahabat-sahabat membaca buku ini terlebih dahulu sebelum membaca buku yang lain. Buku ini SANGAT SESUAI bagi sesiapa yang mendapat PNGK yang agak teruk dalam semester lepas. Hayatilah cerita di dalamnya.
Buku ini dikarang salam versi English yang agak simple dan mudah difahami tetapi sekiranya sahabat lemah dalam B. Inggeris, saya syorkan sahabat-sahabat dapatkan bantuan e-kamus.
Cepat jangan ketinggalan!!
Salam sayang
Ku menyusuri jalan ini.. Menyusun langkah terus mencari.. Memburu cinta redha Ilahi.. Menghindari dari dibuai mimpi...
IKLAN NUFFNANG
Saturday, July 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
ustaz dah tukar layout nampak..hahaha
ReplyDeleteOoo mesti..hidup mesti ada transformasi..kena keluar dr takuk yg lama...huh
ReplyDelete