IKLAN NUFFNANG

Sunday, October 31, 2010

WARKAH PERINGATAN BAGI YANG BERFIKIR

Setiap orang mampu berfikir..namun tidak semua orang mampu berfikir dalam erti kata yang akan membuahkan peringatan atau zikir dalam kehidupan.

1. Fikir Mencari Hikmah

Setiap peristiwa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Keupayaan fikiran kita tidak mampu untuk mengetahui hikmah sebenar setiap peritiwa yang berlaku. Namun, kita mampu untuk mengambil iktibar yang baik sebagai pengalaman, pengajaran dan semangat atau prinsip hidup kita dalam kehidupan.

Harta benda, kekayaan, pangkat kedudukan,isteri & anak, kesihatan, tubuh badan, pancaindera, masa kehidupan merupakan pinjaman dan ujian daripada Allah untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran kita. Hanya hati yang tenang dapat melalui ujian tersebut dengan baik. Ingatlah, tidaklah kaya itu dengan kaya harta, tetapi yang dinamakan kaya itu ialah kaya jiwa.

Friman Allah : "ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"-Ar-Ra'd: 28


2. Fikir Mencari Prinsip

a. Memberilah,nescaya hatimu akan tenang..

Memberilah apa yang kau miliki..harta, ilmu, kepakaran, masa dan tenaga bahkan senyuman dan kata-kata doa yang baik..nescaya hatimu akan tenang dan gembira..jadikanlah prinsip hidupmu : "Erti hidup pada memberi"..nescaya kau akan dikasihi penduduk di langit dan di bumi. InsyaAllah.

b. Berubahlah..paksa dirimu berubah lebih baik

Orang berjaya ialah orang yang berjaya mengawal dirinya..halakan dirimu ke arah kejayaan..kejayaan dalam pelajaran, bisnes, pekerjaan dan sebagainya. Tetapkan target sasaran dan matlamat, kemudian paksa dirimu bekerja ke arahnya.

"orang beruntung ialah yang hari ini lebih baik dari semalam.."

"berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"

"kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya"

"memulakan sesuatu itu adalah hebat, tetapi menyelesaikannya adalah lebih hebat"

"cara yang terbaik untuk menggerakkan diri anda ialah dengan memberikan tugas kepada diri sendiri"

c. Kawallah kemudimu..bukannya arah angin

Kita mampu untuk mengawal diri kita kemana kita ingin tuju. Sekiranya kita ditimpa musibah atau kekalahan, kita mampu untuk terus menangis, bersedih sepanjang masa dan berputus asa atas rahmat Tuhan..namun kita juga mampu untuk terus bangkit daripada kekalahan, mencari kekuatan diri dan membina kehidupan baru yang lebih baik..renungkanlah sahabatku...

" seorang yang pesimis akan merungut tentang arah angin. Seorang yang optimis akan menjangka bahawa arah angin itu akan berubah. Seorang pemimpin pula akan memperbetulkan layarnya.- John Maxwell.

Akhir kata, Fikirlah mencari Zikir. Semoga kita temuinya. InsyaAllah.
Sekian..

Sumber : perkongsianbuku.blogspot.com

Saturday, October 30, 2010

PELUANG MENJANA PENDAPATAN DENGAN BAHAN ILMIAH

STORMREADERS NETWORK SDN BHD merupakan sebuah syarikat yang menggunakan kaedah Affiliate MLM yang memberikan anda semua keuntungan dari dua sumber. 

Pertama adalah perniagaan buku secara online. Anda boleh memasarkan buku secara online terus dari rumah. Anda cuma perlu mencari pelanggan untuk membeli buku di kedai online anda sendiri. Syarikat akan menyediakan sebuah e-kedai untuk anda berniaga. Produk yang kami pasarkan adalah buku-buku ilmiah berunsur keagamaan daripada penerbit yang tidak asing lagi seperti Telaga Biru, Galeri Ilmu, Ana Muslim Ilham Centre dan banyak lagi. 

Kedua adalah dengan anda menjadi seorang pengedar dan menaja orang bawah anda menjadi pengedar. Semakin ramai ahli semakin banyak bonus yang akan anda perolehi. Jadi anda tunggu apa lagi, daftarlah sekarang dan jadilah yang pertama. sebarang pertanyaan boleh diajukan ke email : - saudagarilmu@gmail.com atau hafiz_1605@yahoo.com atau boleh terus hubungi saya di talian 013-3106819 (khairul amjat)

Friday, October 29, 2010

PERGINYA SEORANG TUK GURU

Salam ukhwah buat pembaca yang budiman. Entri kali ini saya akan memaparkan gambar-gambar Tuk Guru saya, Tuan Guru Haji Abdul Latif B. Abdul Rahman yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 September 2010.

Di saat berita disampaikan, saya sedang mengajar mengaji di Petaling Jaya. Tidak berkesempatan untuk pulang menatap wajah insan yang banyak mencurahkan ilmu agama. Gambar dan video rakaman ini diberikan oleh Ustaz saya seminggu selepas meninggalnya arwah.

Arwah seorang yang begitu alim yang tidak jemu menyampaikan dakwah dan ilmu agama. Arwah membuka pondok sekitar umur 27 tahun, pondok Madrasah Al-Latifiah Ad-Dinniah, Pengkalan Hulu, Perak.

Terlalu banyak contoh tauladan yang baik yang ditonjolkan arwah. Sebak rasanya nak ceritakan di sini. Saya memasuki pondok selepas sahaja tamat SPM. Setelah mendapat tawaran memasuki Pusat Asasi Sains, saya berhenti seketika sehingga sekarang apabila cuti sahaja saya kembali semula belajar di pondok.

Diceritakan sewaktu arwah meninggal sekitar jam 1 pagi, arwah banyak berbual dengan anak muridnya. Malam tersebut ketika mengajar di surau arwah sempat membuat jenaka perihal manusia berkahwin dengan jin. Selepas itu, arwah makan malam kemudian solat sunat. Kali ini arwah solat tanpa henti sehingga jam lebih kurang 12 lebih arwah berbaring. Ketika baring arwah masih berbual dengan anak murid dan mengadu bahawa dirinya berpeluh banyak. Anak murid arwah membuka baju arwah untuk menghilangkan rasa panas. Ketika itu, arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan anak murid.

Ramai juga figure-figure besar yang datang berkunjung melawat jenazah. Antaranya, Timbalan Raja Muda Perak, mufti Perak Datuk Seri Harusani, Ustaz Taib Azamuddin Penerangan PAS dan lain-lain. Orang datang berpusu-pusu menziarahi jenazah arwah dianggarkan sekitar 10 000 orang. Di surau solat jenazah diimami oleh Ustaz Taib Azamuddin dan di masjid solat diimami oleh Tuan Guru Haji Salleh iaitu pengasas pondok Sik, Kedah.











Ini di antara video yang sempat dirakamkan ketika hari kejadian.










Pak Teh dalam kenangan...Al-Fatihah

Thursday, October 28, 2010

CERIAKAN HARI ANDA

Kisah Pertama : Nenek Tua


Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya.
Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata
"Nanti dulu".
Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.
Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu".
Akhirnya mereka bertanya :
"Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"
"Bila dia menangis".
"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?"
"Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..



Kisah Kedua :  Gadis Perasan


Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke  tempat duduknya sambil berkata,  "Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. 

Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan  sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"



Kisah Ketiga : Seks Dalam Tandas


Masa : 8.30 Pagi 

Tempat : Kelas Thn 6 Melur 


Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam"

Sharifah Aina Binti Jeffry Anas : pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.

Zakaria Bin Mohammad Khuzairi : Saya tidak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian.

Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.

Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Kenapa pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?

Cikgu Sahab : ( bertanya kepada Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin Abd. Rahman?

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.

Cikgu Sahab : ?!!



Kisah Keempat : Rajin Ke Kubur


Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

Wednesday, October 27, 2010

KEMUDAHAN TOPUP UNTUK PENGHUNI KK4

Go to fullsize image

Buat penghuni ~Kolej Kediaman Keempat~..

Anda ingin membuat panggilan kecemasan, segera??

Ingin menghantar SMS kepada seseorang???

Go to fullsize image
Tetapi..

  • Kredit habis
  • Kedai jauh dari kediaman anda
  • Sudah lewat malam
Jangan bimbang, mulai saat ini Bro Junaidi (ehem=) menyediakan perkhidmatan topup SEGERA kepada penghuni kk4 yang disayangi. Caranya mudah sahaja, anda perlu menghubungi saya sama ada dengan menghantar SMS, call ke nombor 013-666 0473 atau KETUK BILIK D 009. Tambah nilai akan dilakukan dengan kadar segera tanpa berlengah. 

Ingat...perkhidmatan ini hanya disediakan buat penghuni kk4 yang TERSAYANG...diulangi TERSAYANG

TIADA DUIT?????

MAK BELUM BANK IN????

DOMPET BOCOR???

Jangan risau...Bro Junaidi membenarkan anda BERHUTANG, ambil dahulu, bayar kemudian...(tapi jangan lama2 la hutangnya ye....hehe)

Semua ini hanya untuk yang TERSAYANG...

Pengumuman juga kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan sila KLIK DI SINI

......


JANA PENDAPATAN SAMPINGAN DENGAN BISNES TOPUP





Reload card telah menjadi satu keperluan semua 
Lebih 17 juta pengguna di Malaysia 80% daripadanya menggunakan kaedah prabayar. Lihat! Betapa besarnya prospek anda ada di luar sana. Hanya dengan SMS, anda boleh jadi agen jual topup prepaid bila-bila masa sahaja. 24 jam sehari.

Sertai kami sekarang dan nikmati pelbagai keistimewaan 
TopUpBiz memberi peluang kepada anda untuk memperolehi pendapatan tambahan dengan memasarkan produk prepaid melalui kaedah marketing yang mudah difahami, terbukti berkesan & dapat menjana pendapatan yang lumayan ! 

Bonus TopUpBiz & Promosi Di topupbiz.com
Sertai Topupbiz.com hari ini dan dapatkan bonus yang menarik. Di samping itu juga topupbiz.com akan menawarkan promosi-promosi hebat untuk semua ahli VIP dari semasa ke semasa! 

Sertai kami  KLIK DI SINI

ORGANISED MUSLIMS

In the program called (One Family) on MAJD channel. The speaker was Dr. Yahya Alyahya (head of the call to Islam Committee). He said that Muslims are never disorganized, they just need to be convinced.

Then he told a story of an American non muslim man who was discussing about Islam with him while he was watching live on broadcast of solat Isyak from Kaabah, on tv.

The American man was so amazed of how crowded is the masjid, more than 3 million muslims were there at the lasti nights of the holy month of Ramadhan, so crowded, so disorganized.





The sheikh asked the Non-Muslim man: How long do you think they'll take to organize themselves in rows and start the Salaat?

He answered: at least 2-3 hours

The sheikh said: but the masjid (HARAM) of Kaaba is 4 floors
The man said: OH, this's will make it about 12 hours then
The sheikh said: put in your mind that they are from countries all over the world with different languages.
The American man said: THEN IT's IMPOSSIBLE TO ORGANIZE THEM BY ANY MEANS!!

Then the Salaat time came, and sheikh Sudais of Makkah stood up and said (ESTAWOO)=Arrange yourselve

And within seconds, the whole scene changed and the crowd of 3 million Muslims arranged themselves in well-organized rows in NO TIME !!






The American man stared at the TV screen for a moment, and then said:


ASH-ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MOHAMMADAN RASOOLOLLAH.
(I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger)
-- 
"O Allaah grant a good end to all our matters and save us from humiliation in the world and the punishment of the Hereafter." (Sunan Ahmed)    


Sunday, October 24, 2010

PESAN ABANG

Apabila banyak berkata-kata
Di situlah jalan masuk dusta

Apabila anak tidak dilatih
Jika besar bapanya letih

Apabila kita kurang siasat
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat

Apabila banyak mencela orang
Itulah tanda dirinya kurang

Barang siapa  khianat akan dirinya
Apalagi kepada lainnya

Kasihkan orang yang berilmu
Tanda rahmat atas dirimu

............

Thursday, October 21, 2010

GURU TUISYEN DIPERLUKAN

Tutor diperlukan segera. Maklumat seperti berikut :

Subjek     : Fizik & Kimia SPM
Tempat    : Selayang
Masa       : Sabtu & Ahad
Bayaran   : Boleh dirunding (biasanya SPM RM50 per hour)

Sekiranya berminat dan mempunyai kepakaran, boleh berhubung dengan saya (013-666 0473) atau berhubung terus dengan parent tersebut (019- 238 7139). Sekian terima kasih

~ TAWARAN DITUTUP ~

ULAMAK YANG BERHIKMAH

Go to fullsize image
Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”

“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”

“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan”

“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.



Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.


Wednesday, October 20, 2010

YOU CAN DO IT

Today, I am feeling down due to be surrounded with lots lots lots of abundance of works which I myself do not know when it can be settled down. So terrible life it is I suppose ...but to make me up I would like to share with you some inspiring words. Please do understand every single little words.

Life is short. There is no time to leave important words unsaid
(Paulo Coelho)

The way to get started is to stop talking and begin doing
(Walt Disney)

Minds are like parachute - they only function when open
(Thomas Dewar)

Be thankful for what you have, you'll end up having more. If you concentrate on what you don't have, you will never ever have enough
(Oprah Winfrey)

I don't know the key to success, but the key to failure is trying to please everybody
(Bill Cosby)

The first and the most important step towards success is the feeling that we can succeed
(Nelson Boswell)

Success depends on getting good at saying 'no' without feeling guilty
(Jack Canfield)

To accomplish great things, we must not only act, but also dream, not only plan but also believe
(Anatole France)

If you want something you've never had, you must be willing to do something you've never done
(Thomas Jefferson)


I dedicate this song to you. This really gives me a great internal power for me to do something. Keep listening to it for several times, I bet you will feel something deep in you heart. Have try!! =)

........



SEMINAR TEKNIK PEMBENIHAN IKAN KELI

Nama Seminar : Teknik Pembenihan Keli
Tarikh & Hari  : 22 Oktober 2010, Jumaat
Masa               : 3.00 pm
Tempat            : Bilik Mesyuarat Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya (tingkat atas pejabat Asasi)
Penceramah     : En. Ahmad Junaidi B. Mohd Shukri, BSc. (Hon)

Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya. Terhad kepada 10 orang sahaja. Pelajar Fakulti Sains digalakkan bagi membuka minda.

IBU BAPA BUKAN BEBANAN

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya.
Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri
walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!