IKLAN NUFFNANG

Tuesday, October 12, 2010

BILA PENAT..MEREPEK PASAL DUIT


(penulis menggunakan bahasa santai)

1.56pm..
Dah lama rasanya tak blogging sejak internet kat kolej tak ada, baru sekarang berkesempatan nak mencoret apa yang ada di benak fikiran.
Aku baru balik dari Bukit Tinggi, Bentong (research). Badan terasa letih longlai. Lepas ni baru ingat nak mandi kemudian solat.

Tadi, dalam perjalanan pulang dari research, sambil memecut motor dengan kelajuan 100km/j, aku berkhayal la sekejap, maklumlah atas motor mana ada radio, nak nyanyi sendiri2 pun semua lagu dah didendangkan so apa lagi..it’s time to dream in the day…

Banyak2 benda duit jugak yang ligat dalam kepala aku. Bukan apa, kadang2 terfikir jugak aku, kenapa aku buat research jauh2 ulang-alik dari UM ke Bukit Tinggi SETIAP HARI (pergi balik 100km = 2 jam), lepas tu petang dan malamnya pulak sibuk mengajar, balik dari mengajar terus sambung study and writing…rupa2nya semua tu kerana duit. Betul ke??? Cuma part buat research tu bukan kerana duit la tapi more tu minat nak belajar..sebab duit tu ada la sikit2.

Pernah tak dengar statement – everything is money but money is not everything?? Apa makna semua ni? Aku pun fikir gak, semua benda dalam hidup ni memerlukan duit. Nak masuk tandas duit, nak belajar duit, nak kahwin duit, nak buat haji umrah duit, sampai nak mati pun kena ada duit baru boleh mati…haha. Ye la manakan tidak, kain kafan nak kena ada mesti beli guna duit, gali kubur kena ada upah penggalinya, nak kenduri arwah perlu duit gak melainkan kalau mati jasad dibawak ke mana2 hospital universiti untuk student medic buat bedah2…ha then itu baru tak perlukan duit. To make it simple, as long as you are on the earth, you need money. So tak perlu la cakap..ala duit ni semua dunia. Itu ayat yang dah tak boleh pakai.

Cakap fasal duit, aku pun cermin la diri aku ni..sebenarnya apa yang aku nak sekarang semua ‘boleh’ dapat tapi kerana ada faktor yang menghalang terpaksa aku batalkan. Apa faktornya??

So far aku tak tau duit yang aku kumpul semua ni untuk apa..entah la. Kalau setakat nak bayar muka kereta dah boleh sangat, nak pergi umrah dan haji pun boleh. Kalau dulu waktu student rasa teringin sangat nak makan benda tu, tapi terpaksa batalkan hasrat dek kerana duit terhad waktu tu. Tapi sekarang cakap je rasa nak makan apa semua dah aku bedal…nafsu aku banyak kepada makanan tapi tu la badan tak naik2, mana taknya asyik sibuk je ke hulu ke hilir tak sempat badan nak naik.

Bila tengok orang pakai kereta especially member2 aku yang dah kerja, rasa teringin pulak nak beli kereta tapi niat tu terbatal bila rasa kereta tak penting. Nanti kalau aku ada kereta, nak2 pulak jadi fellow kolej ni mesti ada je ‘extra kerja’ yang aku kena buat. Kalau tak ada kereta, student mintak tolong hantar ke sana ke sini at least aku boleh jawab, “cuba call penyelia lain, saya nak tolong tapi tu la kan kereta tak ada, bawak dengan motor boleh la..hehe”. Ni la jawapan selamat yang aku selalu guna.

Bila tengok orang dressing mahal2..aku pun rasa nak gak. Tapi terhalang dengan soalan yang selalu terbit kat kepala..”perlu ke ko dressing pakaian mahal2, berjenama, nanti orang ingat ko ni kaya, banyak duit..”. Emm..tapi kan aku rasa lebih selesa dengan sekarang ni. Pakaian simple,..kadang2 tu pakai track, t-shirt dan selipar masuk meeting pengurusan…haha lawak betul. Pernah baru2 ni, aku pakai t-shirt, track dan selipar pergi jamuan raya staf..pastu abg piyan tegur..”ko pakai macam ni je Junaidi, rilek betul aku tengok ko ni. Dari student sampai dah jadi penyelia still sama tak berubah langsung. Dress la segak2 sikit”. Jawapan aku mudah…tak perlu kot…

Raya baru ni aku balik rumah, aku tengok adik aku sorang ni sembur perfume..pergh siot je bau semerbak! Baru student dah pakai perfume mahal2. Aku ni pakai bedak yang harga 5 ringgit lebih je pastu pewangi ketiak, kalau nak mewah sikit gelek2 la minyak atar yang bawak pergi solat Jumaat tu kat baju…udah…….Still jawapan tetap sama..tak perlu kot.
Bila tengok orang lain pakai jam mewah, rasa teringin gak nak pakai yang jenama Rolex punya..fuhh! Tapi jawapan mudah…perlu ke kalau dah ada jam kat handphone???

Bila tengok orang lain pakai handphone mahal2, 3G, MMS entah aku pun tak tau, aku masih rasa benda tu tak perlu. Cukup sekadar handphone yang aku ada, setakat boleh call, sms pastu kredit ada dah memadai. Lagi pun masih boleh guna lagi…

Tu la aku…emm. Aku rasa baik aku simpan duit selagi umur muda ni. Sebab prinsip aku, ‘ hidup susah setahun dua, hidup senang sepanjang hayat..’ Biarlah berkorban dulu. Alah…bukan tak mampu pun tapi memang tak ada interest ke arah tu.

Benar la kata tuk guru aku..orang yang menuntut ilmu ni rezeki murah. Rezeki tak putus2. Betul..tak tipu. Sekarang ni kan, income yang masuk memang dah cukup sangat, setelah bagi mak rm600 sebulan, bagi adik rm100, tolak ptptn, belanja harian dah lebih dari cukup. Aku boleh save rm2000+++ sebulan. Tapi tu la duit tu tak tau nak guna untuk apa. So aku pelan la ekonomi aku (konon2nya pakar ekonomi..hehe). Aku bahagikan duit aku tu kepada 9 perkara : 1. Simpanan haji (Tabung Haji), 2. Simpanan Umrah (Bank Islam), 3. Simpanan rumah, kereta, kahwin (Public Bank), 4. Simpanan Awasan (BSN), 5. Simpanan Perbelanjaan Harian (CIMB), 6. Simpanan Jangka Masa Pangjang (CIMB Islamic Dali Equity Growth Fund-unit trust), 7. Simpanan Jangka Masa Pangjang gak (CIMB Islamic Dali Equity Theme Fund- unit trust), 8. Simpanan Durian Runtuh (Sijil Simpanan Premium BSN), 9. Simpanan KWSP.. haha ceh kononnya nak merancang kewangan la ni…huh. Tapi tak apa, walau tak reti ekonomi pun, cuba2 gak la menyimpan.

Semalam, En Syed ada ajak aku melabur dalam dinar emas. Sekeping dinar emas berharga rm600. Dia nak melabur dalam 20 keping so bersamaan dengan rm12000. Aku tak ada la sebanyak tu..ingat nak melabur dalam 2 keping je (rm1200) untuk bulan ni. Just permulaan..skit2 la dulu. Kata orang..don’t put all eggs in one basket. Jangan kita melabur semua duit kita dalam satu tempat, nanti jadi apa2 ke siapa yang susah..aku melabur sikit2 la dulu. At least, terdesak bila nak kahwin nanti, barang hantarannya dah ada tak perlu nak kelam kabut. Emas antara benda yang dijanjikan Tuhan takkan jatuh harganya walau negara dilanda peperangan. Yeah..janji Allah psti benar!

Mungkin, aku akan tamatkan riwayat bujang aku 4 tahun dari sekarang. Sekarang ni baru nak masuk 23..muda lagi. Biarlah mak abah puas rasa duit kita dulu, adik2 pun still belajar lagi…so ilek2 udah. Lepas master ingat nak buat phD terus, mungkin buat kat UM gak kot memandangkan nak kejar masa…(ceh2 master pun terkial2 lagi..). Aku ada borak dengan cikgu sekolah lama. Dia ada tanya gak bila nak kahwin..aku kata, tak ada calon lagi..cikgu tolonglah carikan..hehe.

Calon ramai…bukan tak ada, ada gak la yang berkenan. Tapi tu la masalah lelaki, tak reti nak start dulu. Kalau sekali approach terus dapat ok gak, buatnya kena reject?? Aduh….malunya….tu la yang aku takut. Tak apa la, jodoh ada tak ke mana gak. Cikgu aku cakap, lelaki umur 30 pun ok no hal. Kalau dah ada kerjaya, masa depan, pelajaran pun bagus, ko tak yah risau la Junaidi…dia datang sendiri. Emm..mungkin betul.

Dah la…aku nak stop setakat ni. Nak mandi dan solat. Pastu nak bayar duit ptptn dan masuk duit dalam bank. Duit tak boleh ada kat tangan banyak2 nanti cepat habis. Sabtu lepas aku pergi pasar malam, habis rm25 lebih, semalam Isnin pun pergi gak pasar malam, habis rm20…semua tu gara2 makanan. Siot tul!

K..wassalam.

3 comments :