IKLAN NUFFNANG

Wednesday, February 9, 2011

PERMUDAHKAN KERJA ORANG, ORANG AKAN PERMUDAHKAN KERJA KAMU !

Salam...huh tajuk entri kali ni memang hangat, sesuai dengan mood sekarang yang tengah 'hot'...

Dah lama tak keluarkan entri, mana taknya sibuk ke sana ke mari. Cuti baru ni pun aku di Baling selama hampir seminggu uruskan projek student di sana. Seronok jugak la...

Jam menunjukkan pukul 1.54pm..aku baru balik daripada mengadap supervisor aku. Banyak isu sebenarnya nak cerita ni, so blogging je la yang menjadi tempat melepaskan apa yang terbuku dalam hati.

Pertama : disebabkan terlalu sibuk sehingga aku terlupa nak renew master degree aku..due date sampai 25 Feb ni kalau tak kena denda RM300..mujur ada kawan aku remindkan..thanx to Lai! Pertama sekali aku kena renew GRAS aku untuk memastikan aku tak perlu bayar yuran pengajian yang hampir RM2000 setiap semester. Kedua, aku kena siapkan progress report reserch aku...kesemua tu kena uruskan segera. Due date memanglah nampak macam lama lagi tapi disebabkan kerenah birokrasi, nak mintak tandatangan dekan saja ambil masa seminggu memang susah la macam ni. UM memang Universiti paling lembab dalam urusan kerja ni...thats why ranking asyik jatuh.

Kedua : Semalam bila aku follow up balik claim research yang aku buat, rupa-rupanya benda tu pegawai tak submit lagi...naik angin aku. Facebook korang ada plak masa tapi submit benda yang mudah tak boleh nak buat. Aku tanya kenapa tak submit lagi? Diorang kata ada pembetulan yang perlu dibuat...giler r...aku dah hantar bulan 12 tahun lepas sekarang baru nak maklum kata ada pembetulan...siot! Dah la melibatkan duit aku....aku dah keluarkan duit aku hampir RM2000 untuk research tapi nak claim punya la lambat. Dah tau ada pembetulan, call la maklum kat aku tapi diam je....aiii bengang giler...

Kalau duit yuran, suruh student bayar segera tak boleh tangguh2...tak dibenarkan hutang tapi bila nak mintak duit kat UM nak kena sign tu la sign ni la...cop tu la cop ni la. Download borang la...betulkan tu la....bodoh UM ni...(emo sekejap...geram).

Ketiga : Aku baru dapat email dari jurnal yang aku submit kat India tahun lepas, dia suruh buat correction dalam masa dua hari kalau nak jurnal aku di publish Mac ni, kalau lambat jurnal tu akan publish bulan Jun. Terkejut beruk aku....correction tu bukannya senang nak buat. Aku kena repeat balik experiment yang aku dah buat...dan aku kena upah orang untuk run experiment tu selama 30 hari. Semua tu kena ada duit baru boleh buat....alahai....apa la nasib. Nasib baik first jurnal aku dah publish ISI tinggal second jurnal ni la yang nak buat hal. So aku discuss dengan supervisor aku, aku nak tangguhkan dulu since aku kena fokus pada research master aku dulu dan 3rd jurnal yang sedang collect data. Buku aku pun tak gerak2 lagi ni.....aduhhh!

Bila renung balik, hasil daripada pembacaan buku motivasi, aku dapat simpulkan memang nak berjaya kena tempuh dugaan dan cabaran dulu. Kejayaan datang bukan bergolek datang, kena hadapi. Memang peritlah...tapi yang aku geram kalau kerja tu lambat disebabkan aku tak ada masalah tapi kerja aku lambat disebabkan orang lain yang melambatkan......

Lagi satu, confirmation yang aku dapat bahawa aku tak boleh nak grad tahun ni......sebab kelas Methodology sem 3 dan candidature defence pun tak panggil2 lagi padahal result dah hampir siap.

Lebih teruk lagi, kena bayar lagi yuran graduasi RM100 padahal sem lepas dah bayar. Berapa kali langsung nak graduasi??? Lebih parah lagi kena bayar yuran peperiksaan RM30...kepala hotak la sejak bila by research ada exam plak....memang UM makan duit pelajar...sekali lagi thats why ranking jatuh.

Teruk betul la....ni baru master belum lagi phD. Memang macam ni ke???? Nak nangis rasa.

Tula pasal..bila kita berada di atas, kena ingat orang yang di bawah. Permudahkan la kerja orang. Aku selalu ingatkan diri aku, dah ada jawatan cuba mudahkan kerja orang lain. Tak perlu nak birokrasi sangat kalau just nak mintak sign. Tak perlu nak buat appointment kalau just nak cakap benda yang simple2...

Tu je la nak diluahkan. Perut pun rasa lapar...tengahari ni nak makan meggie je....kerja banyak lagi, menimbun yup! Malam ni plak ada meeting dan aku tak dapat datang....nak settlekan kerja. Hujung minggu nak kena siapkan data untuk 3rd jurnal aku...nak writing thesis lagi.

Sekadar meluahkan je...sekarang dah lega....=)

3 comments :

  1. mmg marah sangat ni....:)

    ReplyDelete
  2. lma tk bca blog kmu.. sya da jmpa stu blog ne menrik.. klo da msa try bca tw http://mhazimdahuli.blogspot.com/2011/02/shiftparadigms-31-perkongsian-buat.html .. seronok.. dah la tk pya mrh2 lg...

    ReplyDelete
  3. sabarlah abg junaidiku, semoga dapat ketenangan selalu...bahagia hingga ke akhir waktu...:)

    ReplyDelete