Kejayaan merupakan 1 PILIHAN. Semua orang berhak memilih sama ada hendak berjaya atau sebaliknya.
Memahami orang lain itu dianggap CERDIK
Memahami diri sendiri itu dianggap KEBIJAKSANAAN SEMPURNA
Menguasai orang lain dianggap SATU KEKUATAN
TETAPI.... menguasai diri sendiri itu dikatakan telah BERKUASA PENUH.
jadi...kuasailah diri anda!
Orang yang dapat menakluk diri sendiri dikatakan Penakluk Yang Hebat
Pesaing yang terhebat bukanlah mana-mana individu mahupun pihak tetapi Diri Sendiri
Kelemahan manusia yang ketara adalah lemah tidak berdaya, lembap, malas, rasa rendah diri, penakut dll
Bezakan diri kita dengan orang lain. Anda akan nampak kelebihan anda berbanding orang lain
Cabaran, dugaan, rintangan merupakan proses yang MESTI ditempuhi
6 Kunci Kejayaan Cemerlang :
1. Bertahan sampai ke titisan darah yang terakhir, tidak sesekali menyerah kalah
2. Tahu mengawal perasaan hati dan fikiran. Perasaan hati kita boleh mempengaruhi orang lain
3. Berusaha dan terus berusaha secara konsisten
4. Perlu bertanggungjawab pada kehidupan diri sendiri
5. Perlu ada keinginan yang kuat
6. Perlu ada perancangan yang rapi. Mengatur dan merancang secara teliti
Ayuh sahabat, mari sama-sama kita amalkan segala tip yang diberi di atas sama ada dalam pembelajaran mahupun kerjaya anda..
~Salam Motivasi~
No comments :
Post a Comment