IKLAN NUFFNANG

Saturday, April 9, 2011

KAHWIN SELEPAS MILIKI KERJAYA - APA PANDANGAN ANDA?

Petikan daripada bharian.com.my



Oleh Alzahrin Alias
zahrin@bharian.com.my
2011/04/09

KUALA LUMPUR: Ramai anak muda memilih menamatkan zaman bujang selepas memiliki kerjaya stabil selain mahu menikmati kebebasan hidup sebelum sedia memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri. 

Generasi muda yang ditemui Berita Harian mengakui, mereka tidak mahu ‘terperangkap’ dalam alam rumah tangga hingga dikhua-tiri boleh menghalang mencapai cita-cita atau keinginan hidup.



Ada juga anak muda mengakui, bimbang tidak dapat menghadapi tekanan dalam mengurus rumah tangga jika berkahwin muda, lebih-lebih lagi jika pasangan tidak matang.
Seorang anak muda, Nurul Hidayah Ismail, 21, berkata, mereka yang memilih berkahwin muda ibarat terperangkap dalam penjara kerana tidak boleh menikmati kebebasan usia muda seperti orang lain. 

“Fikiran masih muda dan tidak matang, tapi sudah mahu berkahwin. Takut tidak boleh hadapi tekanan dan akhirnya membawa kepada perceraian. 

“Jika kerjaya sudah stabil dan mampu berfikir secara matang, barulah boleh berfikir untuk berumah tangga. Dugaan dalam berumah tangga terlalu kuat dan saya tidak yakin golongan muda mampu menanggungnya,” katanya ketika ditemui Berita Harian di sini, semalam. 

Bagi Fajar Mohd Masleh, 31, yang mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun, anak muda seharusnya menumpukan perhatian kepada kerjaya sebelum memikirkan soal rumah tangga. 
“Selepas berumah tangga terlalu banyak tanggung jawab yang terpaksa dipikul. Jika tiada kerjaya kukuh, dikhuatiri anak muda tidak mampu untuk menanggung berkeluarga,” katanya. 

Fajar berkata, beliau melihat lihat kebanyakan yang berkahwin muda tidak ada persediaan dan kekuatan. Akhirnya, ia mengundang masalah pada masa depan. 

Bagi Hasnol Ridzua Merican, 40, yang berkahwin ketika berusia 22 tahun, terpulang kepada anak muda untuk menimbang sama ada berkahwin pada usia muda atau menangguhkannya dulu mengikut keutamaan hidup. 

“Sebenarnya, sama saja masalah tetap akan timbul walaupun berkahwin muda atau memilih kerjaya dulu. Kurang kematangan akan menimbulkan masalah dan ekonomi tidak kukuh juga boleh mendatangkan isu” katanya. 

Seorang remaja, Nina Syafika Mudari, 18, berkata faktor kemampuan kewangan amat penting sebelum anak muda mendirikan rumah tangga. 

“Lebih baik buat perkara penting terlebih dulu seperti kukuhkan kerjaya atau timba ilmu pengetahuan. Lupakan dulu soal rumah tangga dan bantulah keluarga. Zaman muda adalah masa sesuai untuk mengukuhkan peribadi,” katanya. 

Sementara itu, pakar motivasi, Dr Robiah K Hamzah, berkata anak muda boleh berfikir sendiri sama ada mahu berkahwin awal atau membina karier terlebih dulu. 

“Ada banyak faktor yang mempengaruhi semua ini dan hanya diri sendiri yang dapat membezakan pilihan bijak. Golongan yang mementingkan kerjaya akan menumpukan terlebih dulu usaha memantapkan ekonomi diri. 

Dr Robiah berkata, jika anak muda menganggap diri tidak mampu berdikari dan mengawal nafsu, mereka diharuskan berumah tangga terlebih dulu. 

2 comments :

  1. kawin muda bagi sy bagus..untuk menjaga hati,dan maruah diri..tapi dgn syarat kedua2 belah pihak bersedia pikul tgjwb,brsdia dri aspek agama, fizikal, mental, emosi,kewangan, and all lah... boleh toleransi sama-sama, so, kalau ada sifat 2, bhagia rmhtgga..pilih calon yg sesuai lah.

    xsalah pn,kawin muda, itu lbh baik (bagi saya lah)..pasal kawin lepas keje punn ok,tpi nak ckpnya kt sini, rezeki itu ALLAH yg bagi...kalau nak kata, lepas dpt kewangan yg stabil, dh lebih umur, and apa2 kebendaan tu, akn bahagia, rmh tgga xporak peranda, xlogiklah..sbb yg pntng hati n sifat psgn yg baik,itulh yg mmbuatkn rmhtgga bahgia..hehehehehe...(pndpt sy lah..)

    ReplyDelete