IKLAN NUFFNANG

Monday, January 21, 2013

IMAN JATUH DAN NAIK

Bismillah...segala puji bagi Allah.

Sekadar tazkirah bagi mengisi waktu kosong sementara menunggu waktu Subuh masuk..

Kadang-kadang dalam seharian hidup kita, pernah tak kita merasakan bahawa masih ada sesuatu yang kurang? Masih ada sesuatu yang tak cukup? Kadang-kadang hati kita berasa tak tenang, keluh kesah dan minda sentiasa berfikir mencari sesuatu tapi tak jumpa...pernah tak rasa begitu?

Sebenarnya itu tandanya iman semakin berkurang dan menjunam turunnya. Iman semakin berkurangan disebabkan solat tak dijaga...mata tak dijaga...hati sentiasa menduga...pergaulan tak dibatas...mulut cakap lepas...telinga sentiasa mendengar benda yang tak sepatutnya. Bila semua ni kita buat, pasti hati rasa tak tenang.

Perbezaan orang mukmin dan kafir letaknya pada hati. Hati orang mukmin sentiasa tenang dan sentiasa rasa mencukupi ditambah dengan syukur. Tapi tak beerti bila dah rasa cukup, kita berhenti melakukan sesuatu sebaliknya kita berusaha ke arah yang lebih baik malah semakin baik.

Manakala hati orang kafir pula mereka sentiasa tamak dan tak pernah cukup dan sentiasa mencari namun tak ketemui. Rupa-rupanya yang dicari mereka itu adalah ketenangan dan ketenangan hati itu datangnya dari Sang Pencipta..tak boleh dibuat-buat.

Oleh itu, pesan pada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat, ayuh jagalah hati kita. Bergaullah dengan orang yang dapat membimbing kita ke arah yang lebih baik.

Cukup sekadar itu...azan dah berkumandang.

Wallahualam

2 comments :

  1. Iman memang akan turun dan naik. Terima kasih atas perkongsian. Memang kadang-kadang akan rasa gelisah dan tidak tenang apabila lalai kepada Allah. Semoga istiqamah dalam melakukan kebaikan dan ibadah akan diberi ganjaran kebaikan oleh Allah swt.

    ReplyDelete
  2. bagaimana cara menjaga iman ?

    ReplyDelete