IKLAN NUFFNANG

Thursday, February 13, 2014

PESAN UNTUK DIRIKU DAN JUGA DIRIMU

1. Hidup bukan untuk diri sendiri sahaja.

2. Kaya tak berkat kalau tak kayakan orang lain.

3. Pandai tak sah jika tak pandaikan orang lain.

4. Hidup bukan untuk perut tapi untuk sumbangan jariah.

5. Sentiasa beri lebih dari menerima lebih (tangan di atas lebih mulia).

6. Miskin bukan kerana tiada duit, sebaliknya ada banyak duit tapi tak cukup.

7. Banyak belajar jangan sampai kurang ajar.

8. Jangan sebut MASALAH tetapi CABARAN.

9. Jangan lari dari masalah tetapi hadapinya dengan tenang kerana masalah yang diselesaikan memandaikan kita.

10. Semua orang sama merah darahnya. Hormati semuanya sekali tanpa mengira sesiapa.

11. Sedikit akan cukup jika kita tundukkan tamak.

12. Banyak tak akan pernah cukup kalau nak beri makan pada ketamakan.

13. Jangan sampai mati jadi muflis kerana tiada 3 bekalan (anak soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat)




1 comment :

  1. Assalamualaikum…thx for sharing... saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

    ReplyDelete