IKLAN NUFFNANG

Monday, June 9, 2014

AKU IALAH AKU



Setiap orang yang add aku sebagai kawan
Aku accept tanpa ada sebarang tapisan
Sama ada lelaki atau perempuan
atau jadi-jadian
Semuanya aku layan
Memang lumrah aku suka berkawan....

Namun di sebalik keterbukaan
mesti ada batasan
supaya nanti tak keterlaluan
Meminta yang bukan-bukan...

Dalam kita berkawan
Jangan ada yang mengambil kesempatan
Menaruh hati dan harapan
Menanyakan pelbagai soalan
yang aku sendiri tak ada jawapan!
Bukan jual mahal...tapi dah ini pegangan
nak buat macam mana kan?

Kadang-kadang aku hairan
pada manusia yang terlalu menekan
nak kan kepastian
sama ada berstatus sendirian
atau sudah tunangan...

Bukan cara aku nak sebar-sebarkan
soal siapa aku punya pasangan
Bagiku jodoh ketentuan
segalanya di tangan Tuhan
Hanya takdir yang menentukan...
Siapa kita nak melawan?

Pertanyaan yang tiada jawapan
Anggaplah bertepuk sebelah tangan
Jangan ada dendan yang tersimpan
atau kesumat yang tak berkesudahan
Kita hamba yang penuh kehinaan
Tak baik bermusuhan...

Aku hanyalah insan
Yang penuh kiasan
Tak terdaya mengatakan YA atau BUKAN
Entahlah...mungkin itu kelemahan...

Sekian saja luahan
Satu coretan bingkisan
Lama terpendam untuk dimuntahkan
Namun tiada kesempatan...

Syukur ya Tuhan
Kepadamu ku serahkan
Moga diri ini dalam dakapan
Iman....

No comments :

Post a Comment