Ada 2 Jenis Manusia Dalam Kehidupan
1.0 Manusia Import
1. Manusia import ialah manusia yang sentiasa menerima sahaja. Lumrah manusia memang sangat suka untuk menerima. Jarang yang suka memberi. Hanya Allah saja mempunyai sifat yang Maha Memberi.
2. Jika kita sentiasa menerima sahaja daripada orang lain, maka kehidupan harian kita seakan tidak seimbang dan akan jadi rosak.
3. Manusia jenis ini juga amat tidak senang hati apabila melihat orang lain bahagia.
4. Mereka sentiasa ada perasaan dengki melihat kelebihan orang lain. Mereka juga sentiasa menceritakan kelebihan diri sendiri kepada orang lain.
5. Jika ada orang yang memuji kehebatan orang lain, dia turut sibuk menceritakan kehebatan dirinya.
6. Mereka mudah berasa geram, sentiasa berada dalam keadaan stress, sukar memaafkan orang lain, cepat marah dan sukar memuji orang lain.
7. Manusia jenis ini sentiasa membicarakan soal hak mereka. Jika mereka masuk kerja, mereka akan mempersoalkan apa yang mereka bakal dapat, berapa bonus yang bakal diterima dan sebagainya. Mereka hanya fikir apa habuan yang mereka bakal perolehi.
8. Mentaliti manusia jenis ini ialah mentaliti serba kekurangan. Mereka hanya memikirkan bagaimana mereka boleh kaut apa yang ada di sekeliing mereka dengan lebih banyak. Mereka sentiasa berasa tidak cukup.
9. Mereka juga sentiasa mencari 'security'. Mereka takut harta mereka diambil orang lain. Hidup sentiasa berada dalam keadaan gelisah dan keluh kesah.
2.0 Manusia Eksport
1. Manusia eksport ialah manusia yang sentiasa suka memberi.
2. Manusia paling bahagia ialah manusia yang suka melihat orang lain bahagia dan mereka ini kebiasaannya tiada sifat dengki dalam hati mereka.
3. Mereka juga suka memuji orang lain. Mereka sentiasa melihat kelebihan yang ada pada orang lain.
4. Manusia eksport jika masuk kerja, mereka akan bertanya pada diri sendiri, apakah tanggungjawab mereka, apa tugasan yang mereka harus lakukan untuk menentukan gaji yang mereka terima halal.
5. Mentaliti manusia jenis ini adalah mereka sentiasa merasa cukup dengan apa yang mereka ada malah mereka memikirkan apa lagi yang mereka boleh sumbangkan pada orang lain.
6. Kehidupan manusia dalam golongan ini sentiasa bertambah rezeki. Makin diberi makin banyak diterima.
7. Mereka juga tidak takut pada orang lain. Mereka sentiasa merasakan mereka di dalam perlindungan dan jagaan Allah.
Kesimpulan
1. Jika kita berhendakkan sesuatu, kita hendaklah beri dahulu. Contohnya, jika mahukan kasih sayang, kita hendaklah beri dahulu kasih sayang.
2. Tindakan menghasilkan tindak balas. Inilah lumrah kehidupan. Kita akan dapat apa yang kita beri.
~ Prof Dr. Muhaya
No comments :
Post a Comment