IKLAN NUFFNANG

Sunday, November 9, 2014

MENGAPA PENGASAS FACEBOOK PAKAI BAJU YANG SAMA SETIAP HARI




Bagi anda yang masih belum perasan, Mark Zuckerberg selalunya akan memakai baju T-shirt berwarna kelabu apabila muncul di majlis-majlis awam. 

Seorang penonton telah bertanya di dalam sebuah sesi Soal-Jawab bersama Mark Zuckerberg, soalan penonton tersebut berbunyi.. “Mengapakah  anda memakai baju T-shirt yang sama setiap hari?”

Soalan tersebut kedengaran agak lucu dan penonton menjangkakan Mark Zuckerberg akan menjawabnya dengan cara yang lebih santai. Tetapi, sebaliknya, Mark Zuckerberg telah menjawab soalan tersebut dengan jawapan yang penuh serius.

“Saya mahu hidup saya benar-benar jelas, oleh itu, saya perlu meminimakan proses membuat keputusan tentang segala-galanya dalam hidup saya..  kecuali, tentang bagaimana memberikan yang terbaik kepada komuniti (pengguna facebook)”

Tambah beliau lagi, walaupun keputusan tersebut kecil seperti apa baju yang perlu dipakai? apa sarapan yang perlu dimakan? ia sebenarnya boleh menjadi perkara yang meletihkan dan membuang tenaga, jadi, beliau tidak mahu membuang masa beliau kepada perkara-perkara yang bodoh serta remeh-temeh seperti itu.

Beliau juga mengatakan, ramai lagi orang-orang yang berjaya mempunyai sikap yang sama apabila memilih pakaian mereka, seperti Steve Jobs dan juga Barrack Obama. Malahan Steve Job juga pernah menyatakan, beliau mahu semua pekerja Apple memakai baju vest yang sama.

Di akhir jawapan, Mark Zuckerberg mengatakan beliau sebenarnya ada banyak baju T-shirt berwarna kelabu yang sama.

wangcyber.com




No comments :

Post a Comment