IKLAN NUFFNANG

Friday, January 7, 2011

RAHSIA MENAMBAH KETINGGIAN

Tahukah anda? 



Bagi kebanyakan individu, tahap ketinggian yang dicapai oleh mereka adalah kurang 2 inci-4 inci (5cm-10cm) di bawah paras potensi sebenar ketinggian yang telah ditetapkan oleh genetik mereka. 

Sbg contoh: Potensi sebenar ketinggian adalah 180 cm, tetapi ketinggian yang diperolehi hanyalah 170cm- 175cm sahaja.

Mungkin anda sering tertanya-tanya: "Bapa saya tinggi X meter dan ibu saya tinggi Y meter, berapakah tinggi badan maksimum yang dapat saya miliki?"

Jangan hiraukan berapa tinggikah kedua ibu bapa anda, sebenarnya anda masih dapat bertambah tinggi jika memang datuk atau moyang anda mempunyai tubuh badan yang tinggi. Hal inilah yang menjelaskan kenapa ada anak yang tubuhnya lebih tinggi berbanding ibu bapanya. 

Jelaslah bahawa dalam hal ini ada faktor nasib juga. Anak yang tinggi tersebut bernasib baik menerima warisan genetik yang dari generasi di atas ibu bapa mereka sedangkan ibu bapa mereka sendiri tidak mendapat genetik tersebut. Jadi janganlah anda begitu pesimis dengan mengatakan bahawa anda pasti rendah kerana ibu bapa anda bertubuh rendah juga. Sebaiknya mungkin anda harus mengkaji salasilah 2-3 generasi diatas ibu bapa anda apakah ada yang bertubuh badan yang tinggi atau tidak? 

Jika ada, maka anda masih mempunyai kesempatan untuk menambah ketinggian!

Kini telah ditemui rumusan matematik setelah penelitian oleh para bijak pandai mengenai masalah ketinggian badan manusia di pelbagai negara dengan menyelidik hubungan antara ketinggian badan seseorang dengan ketinggian badan ibu bapa serta keturunan di atasnya.

Untuk mengira potensi tinggi badan anda, rumusan berikut boleh digunakan :

P = Potensi Ketinggian Badan Maksimum.
A = Ayah.
I = Ibu.
AA = Datuk anda sebelah Ayah.
IA = Nenek anda sebelah Ayah.
AI = Datuk anda sebelah Ibu.
II = Nenek anda sebelah Ibu.

Jika anda lelaki maka rumusan dalam cm :
P = (A + I + AA + IA + AI + II) / 6 x 1.08 + 14 cm.

Jika anda wanita maka rumusnya dalam cm :
P = (A + I + AA + IA + AI + II) / 6 x 0.92 + 11.4 cm.

Hasil yang diperolehi merupakan potensi tinggi badan maksimum yang dapat diraih. Namun begitu, secara puratanya 9 daripada 10 baik lelaki mahupun wanita hanya mampu memiliki tinggi badan yang jauh lebih rendah (5-15cm) dibandingkan potensi maksimum yang mungkin mereka miliki berdasarkan rumusan di atas.

---------------------------------------------------------------------
"Rahsia Menambah Ketinggian Telah TERBONGKAR!! Kini Sesiapa pun Boleh
Menjadi LEBIH Tinggi. Jaminan 100% Wang
Dikembalikan Tanpa Banyak Soal"



Anda mencari cara yang selamat, berkesan, murah & semulajadi untuk menambah ketinggian?
Jemu kerana bertubuh rendah?
Hampa dan kurang keyakinan diri dalam segala yang anda lakukan sebab anda rendah?
Anda mencari cara terbukti untuk menambah ketinggian?
Jelak menghabiskan wang dengan cara-cara menambah ketinggian yang palsu, serta teknik dan barangan yang tidak berkesan?


Thursday, January 6, 2011

JOM MANTOP



Alahai...hujan turun tak reda-reda. Kerja di luar sana masih banyak nak kena siapkan dengan kadar segera. Memang tak boleh ke mana. Jadi, aku stay je la kat bilik sambil habiskan baca buku yang aku beli di MPH 2 minggu lepas. Buku uni bertajuk Jom Mantop karangan Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj, seorang pakar motivasi yang tidak asing lagi.

Apa yang menarik yang ingin dikongsikan bersama dalam buku ini ialah bahasa santai yang digunakan yang membuatkan kita selesa dan terus membaca dengan khusyk seolah-olah Dr. Hm Tuah bercakap dengan kita.

Tajuk-tajuk dan hasil kupasan yang menarik dapat membangkitkan lagi semangat motivasi di samping pengalaman yang luas dalam pengembaraan dan penjelajahan di seluruh dunia oleh Dr. Hm Tuah dapat membuka minda setiap pembaca.

Antara tajuk yang menarik dalam buku ini ialah Tragedi di Jerman, Tupai di Amerika, Kisah 5 Sahabat, Don't Be So Gatal, Cerita Aneh di Cambridge, Wanita Kimia Melayu Pertama dan banyak lagi yang mana kesemua cerita ini dapat membuatkan kita berfikir tentang kehidupan.

Dalam buku ini juga terkandung cerita-cerita orang Melayu yang telah berjaya setanding malah melebihi orang barat yang mana kita sendiri pun tak pernah kenal mereka itu. Dengan membaca buku ini, kita dapat ukur diri kita berada di tahap yang mana dan jadikan parameter untuk kita berubah dengan lebih maju ke hadapan. Jangan ketinggalan membaca buku ini!

Dapatkan segera.. Sewa Rm3 seminggu (7 hari)

UNIEDU-BOOK FAIR 2011

5-7 JANUARY 2011

10AM - 10PM
DEWAN TUNKU CANSELOR (DTC)

BOOK FAIR
WONDERLAND
PC CARNIVAL
CAREER CORNER
EDUCATION CORNER

---------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah..semalam berkesempatan berkunjung ke UNIEDU-BOOK FAIR 2011.

Mula-mula datang tu, hajat hati just nak ronda-ronda je memandangkan datang pun tak berteman. Dalam poket waktu tu hanya ada RM20++ je. Bila masuk je ke dalam DTC, the things that caught my eye were BOOKS!!! yeah BUKU!!!! Memang rasa teruja bila nampak buku-buku yang tersusun kemas. Almaklumlah,  hobi suka membaca. 

Di kaunter pertama, tercatat harga RM1 - RM3 pada rak buku. Then I flipped through the books...amazing!!!! Majority the books were international books which normally the prices were supposed to be much much expensive...~RM100 but we can get within RM1 - RM3. Tanpa membuang masa, aku terus keluar dari dewan tersebut menuju ke ATM CIMB yang berdekatan. Kalau duit RM20 je susah la...

Rushing to the hall, I moved from counter to counter to survey books that I wanted to buy. Normally, motivational and some sort of business books are gonna be my choice!! I looked to the author of the books. Donald Trump and Robert T.Kiyosaki attracted me. What the cheap price!!! The price that almost RM100 but now only RM20!! I just grabbed the books and put them into a pile. To make it secured, I put them at the cashier counter for a while because I wanted to find some more books to make my life complete...hehe.

Ada satu kaunter di mana terdapat ramai orang berkerumun so aku bergegas la ke sana. Rupa-rupanya kaunter yang jual novel-novel. Novel remaja, novel cinta yang mana semua novel membuatkan tekak aku loya nak baca tajuknya...huh. Mungkin aku orang Sains yang terdidik cara Sains, I have no interest at all to read such kind of books where lead people to alam fantasi....berkhayal!! Aku suka baca buku yang terkandung banyak fakta, straight forward...no imagination, no feeling etc. So aku tak sentuh langsung buku-buku novel...huhu maaf ek. Tapi di situ ada jugak la aku belek beberapa buku motivasi by local author dan buku agama dan aku terus capainya.

Dan aku dapat rasakan tahap pembacaan rakyat Malaysia masih rendah kalau dibanding dengan masyarakat barat yang mana rakyat Malaysia masih tak berani nak baca buku-buku yang 'berat' kandungannya. Rata-rata di sini menjadikan buku-buku yang agak santai seperti novel dan sebagainya sebagai pilihan. Ingat...membaca untuk tambahkan ilmu bukan sekadar melatih diri berimaginasi, berfantasi yang tiada kesudahannya. Berani baca buku yang ilmiah yang apabila membacanya kita dapat satu ilmu yang boleh diaplikasikan terus dalam kehidupan. Namun, ini hanya sekadar pandangan peribadi....

Wandering almost one hour, then I decided to make payment at the counter. Totally, these were the books that I managed to buy :


  • How To Prosper In Hard Times by  Napoleon Hill et al 
  • Rich Brother Rich Sister by Robert Kiyosaki & Emi Kiyosaki
  • Why We Want You To Be Rich by Donal Trump & Robert Kiyosaki
  • Think Big And Kick Ass by Donal Trump
  • Rahsia Pengurusan Warren Buffett by Mary Buffet et al
  • Bongkar Misteri Tarikh Lahir Anda by Rozzani Din
  • Get Into Gold by Azizi Ali
  • Bahagi Biar Adil, Mempelajari Konsep Ilmu Faraid by Md Ghazali Ibrahim
Ada 8 buah buku kesemuanya yang berjaya aku beli. Sebenarnya nak beli lagi, memang nafsu pada buku membuak-buak tapi apakan daya, duit di tangan tinggal beberapa keping saja not merah. Takkan nak cucuk lagi kot....tak boleh...tak boleh...so aku melangkah menuju ke part yang menjual barangan aksesori komputer yang memang tak menarik minat aku langsung. Kemudian ke tingkat atas DTC untuk melihat pameran dari Universiti lain...pun tak menarik. Then, aku terus keluar dengan gembiranya....=)

So lepas ni siapa yang berminat dengan buku yang aku beli, boleh la pinjam..tapi aku sewakan, tak boleh bagi percuma...sebab terlalu sayang....

Nantikan entri akan datang, di mana aku akan kongsikan kandungan buku-buku yang telah aku beli...banyak lagi sebenarnya buku yang dah dibeli dari kedai MPH dan sebagainya. Kalau nak tengok bukunya, sila lihat di pautan 'Gedung Ilmu Milik Blogger' di sebelah kanan. Bolehlah buat tempahan dengan bayaran RM3 seminggu (7 hari).

Wallahualam

Wednesday, January 5, 2011

RAHSIA TERSIRAT TIDUR DAN SOLAT TAHAJJUD

 Go to fullsize image
SOLAT Tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai solatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.


1)TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.

Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.

 Go to fullsize image

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.

2)Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya.Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isyak sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga/empat jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

3)IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN

Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti ‘berzikir’ dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian, Tao, Confusius dan Sikh.

4)PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.

Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : “The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.”
Maksudnya “Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur.”

“The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” - Longfellow
Maksudnya “Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur.”
Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

5)Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.

Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasai nikmat oksigen segar ini.

6)RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.
Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.

 Go to fullsize image

Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.

Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

p/s:Selamat Tidur wahai saudara/saudari sekalian pengunjung alam maya.Cuba amalkan apa yang saya jelaskan pada NOTA ini dan cuba praktikkan diri saudara/saudari SEDIKIT DEMI SEDIKIT,LAMA KELAMAAN AKAN BERHASIL.Moga hari esok masih ada lagi peluang untuk kita diberi nikmat bernafas setiap detik.SALAM PERINGATAN.Jangan pula ada di kalangan anda yang sanggup bersengkang mata semata-mata hendak meluangkan masa di alam maya ini terlalu lama kerana kita sudah tiada masa,PERSIAPKAN BEKALAN AKHIRAT MU ITU,wahai saudara/saudari sekalian....Jadikan malam ini dan malam-malam seterusnya dihiasi dengan mutiara Ibadat anda semua...

(petikan e-mail)

Tuesday, January 4, 2011

SENARAI MAKANAN DAN HIKMAHNYA DALAM ISLAM

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik. Dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Limau Kulit Tebal
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurmahendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Monday, January 3, 2011

CARA TERBARU MEROMPAK KERETA

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI-HATI PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA "

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.
Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.
Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.
Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih di dalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identitI kita telah diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. 
Saya harap anda akan maklumkan kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ke tangan orang lain.

Zaman sekarang mcm2 boleh jadi. Kena banyak beringat .

(kiriman e-mail)

Sunday, January 2, 2011

TAHUN BARU AZAM BARU



Go to fullsize image



Salam perjuangan...apa khabar kawan-kawan? Lama tak berborak di ruangan blog ni disebabkan kekangan masa dan jadual yang terlalu padat mengalahkan menteri. Apa boleh buat...dah nasib....=)

Hari ni 2 Januari 2011....sudah 2 hari kita menyambut tahun baru yang pastinya begitu mencabar bagi sesiapa sahaja. Korang sambut ke tahun baru ni?? Ada yang kata, kenapa nak sambut tahun baru masihi sedangkan tahun Maal Hijrah tidak disambut semeriahnya?? hehe...apa jawapannya yop?

Bagi saya kita sejak dilahirkan kedunia memang sudah didoktrin dan di'tarbiah' dalam akal fikiran kita bahawa tahun baru adalah tahun masihi sehinggakan di sekolah dahulu pun sebelum menulis dalam buku latihan atau buku nota sudah pasti di sebelah kiri atas akan ditulis hari dan disebelah kanan akan ditulis tarikh masihi. Tapi ada jugak la yang bersekolah di sekolah agama rakyat (KAFA) macam saya, akan tulis dua-dua tahun, tahun Hijriyah dan juga tahun masihi.

Apa-apa je la asalkan aqidah dan Iktiqad kita tak terpesong....

Jadi bagaimana dengan azam tahun baru? Dah tulis dan dicatatkan ke belum? Bagi sesiapa yang masih belum menulis apa azam dan matlamat yang ingin dicapai dalam tahun ini tu, segeralah menulisnya kerana matlamat akan lebih jelas dan kukuh apabila mata kita melihat dan tangan kita merasai sendiri matlamat kita. Dah tulis tu kemudian tampallah dekat dinding supaya setiap hari kita dapat lihat, rasa dan pegang matlamat kita tu.

Buat junior-junior ku, macam mana dengan keputusan peperiksaan baru-baru ni? Rata-rata yang saya tanya, mesti jawapannya kurang memuaskan. Ramai jugak la yang dapat PNGK bawah 3.0....=) Kenapa boleh jadi macam ni...haa? Ni gara-gara tak tulis matlamat la ni tahun lepas. Cuba tulis matlamat seperti mana yang saya sarankan, pasti boleh skor tahun ni.

Bagaimana nak tulis matlamat?

Go to fullsize image

Bagi saya, matlamat-matlamat yang ingin dicapai pada tahun ini, saya akan bahagikan mengikut kategori-kategori. We cannot just focus on one scope. Cara ini juga telah diajar oleh Jutawan Internet Malaysia seperti mana email dalam email yang dikirimkannya pada saya baru-baru ni.

Kalau pelajar, matlamatnya sudah tentu hendak lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan dan kalau yang dah bekerja sudah tentu hendak kumpulkan aset wang simpanan sebayak mungkin. Tapi itu hanya satu bidang je yop, kita kena kembangkan lagi.

Berikut adalah kategori yang perlu ada dalam matlamat kita tahun ini :

1. Peribadi
2. Spiritual
3. Keluarga
4. Fizikal
5. Kesihatan
6. Mental
7. Intelek
8. Pendidikan
9. Pembangunan diri
10. Kewangan
11. Material
12. Karier

Nah...ini baru betul cara tulis matlamat dan inilah yang dikatakan seimbang dunia akhirat. Mesti kena ada aspek fizikal, rohani dan mental baru boleh berjaya dalam hidup. Setiap satu kategori ni pulak mungkin dibwahnya ada 2-3 matlamat yang ingin dicapai. Contohnya dalam kategori spiritual, mungkin dibawahnya matlamat yang ingin dicapai adalah ingin menunaikan umrah, khatam Quran dan lain-lain lagi. Bagi diri saya, dalam semua kategori ini terkandung 25 matlamat yang ingin dicapai dan bukan sahaja yang 'ingin' dicapai malah yang 'realistik' dapat dicapai. Tak perlulah saya nyatakan di sini apa matlamat saya pada tahun ini. Yang pasti, tahun ini saya gelarnya sebagai "TAHUN BEKERJA KERAS'. Segala perancangan dah disusun dengan rapi, InsyaAllah mudah-mudahan tercapai.

Go to fullsize image

Bagi kawan-kawan di sana, anda jugak perlu lakukan seperti ini. Saya tak kata suruh contohi saya sebab saya pun baru nak bertapak, baru nak melangkah, baru nak bertatih. Saya sarankan ikut apa yang saya sebutkan di atas kerana tip-tip ini diajar oleh Jutawan Irfan Khairi. Kita kena ikut langkah orang yang dah berjaya. Mungkin ada di kalangan kawan-kawan yang berpendapat bahawa kenapa nak diikut Irfan Khairi ni,  ada pulak suara-suara sumbang yang kata, itu semua materialistik, duniawi. Bagi saya orang ini kuno, orthodox, narrow minded. Zaman ini no money no talks. Nak zakat guna duit, nak pergi haji guna duit (beribu tu beb!), nak bagi mak duit kena ada duit, nak mati nanti pun kena duit...pendek kata semuanya duit. kalau Irfan Khairi ni materialistik, sudah tentu beliau tak suruh kita letakkan kategori matlamat yang kedua iaitu spiritual. Ramai lagi Jutawan yang islamik dan tawaduk yang akan saya paparkan sejarahnya dalam entri akan datang.

Ok..setakat ini sahaja untuk kali ini. Kita jumpa lagi....tatata