IKLAN NUFFNANG

Tuesday, March 20, 2012

TELADAN DARI KISAH HIDUP MUSTAFA KAMAL ATTARTUK

Semasa hayatnya Mustafa Kamal Attartuk telah :

  1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat perlu memakai skirt
  2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat perlu memakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat
  3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden
  5. Menggalakkan minum arak secara terbuka
  6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
  7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi
  8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki
  9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangan mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan seharian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
  10. Agama Islam juga dibuang sebagai agama rasmi negara
  11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
  12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar bedasarkan undang-undang barat
  13. Menukar masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja
  14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah
  15. Menghapuskan kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin
  16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
  17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin
  18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa di mana salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab "Kamal Attartuk adalah Tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

.............akan bersambung dengan Mustafa Kamal Attartuk di saat kematian........

Sunday, March 18, 2012

JANGAN BIARKAN DIRI DIBELENGGU TIADA KERJA

Salam ukhwah.

Sering kali kita dengar orang merungut tiada kerja...atau pernahkah anda dengar rakan anda atau sesiapa sahaja merungut tiada kerja?

Agak pelik dan janggal sekali apabila dengar rungutan tiada kerja nak dilakukan. Kadang-kadang saya pernah terbaca di wall facebook yang dibuat oleh seorang facebooker, "bosannya ari ni...tak tau nak buat apa..". Wah bahagianya hidup macam tu.

Saya pernah terbayang/berimaginasi, bila bangun saja dari tidur, "nak buat apa ye hari ni?"..tapi keadaan macam tu tak pernah sekali terjadi dalam hidup saya. Lebih mengejutkan, ungkapan tersebut terpacul dari mulut seorang student!

Pada anggapan saya, orang yang merungut tiada kerja nak dilakukan, orang tersebut masih belum punyai matlamat dan impian atau matlamat ada tapi belum cukup besar.

Di sini saya ingin memberi tips bagaimana kita nak set matlamat dalam hidup. Jika matlamat sudah ada, kerja akan datang dengan sendiri malah sering kali terfikir dan tercari apa lagi kerja yang dapat dilakukan..sehingga anda akan dikenali sebagai seorang yang workaholic (mabuk kerja).

1. Setiap matlamat yang anda tetapkan mestilah sesuatu yang mencabar dan merumitkan untuk dicapai tetapi tidak mustahil. Jangan letak matlamat yang senang dan begitu mudah untuk dicapai. Sesuatu matlamat yang sukar dicapai, diri anda secara automatik akan mencungkil potensi atau bakat atau hidden power dalam diri yang mana anda sendiri tidak tahu yang anda punyai that kind of power. Cubalah!

Contoh : anda berimpian untuk memiliki sebuah handphone. Jangan letak matlamat sekadar memiliki handphone berjenis Nokia X2 yang bernilah kurang rm400 sebaliknya cuba cabar diri letak target untuk memiliki iphone 4s yang bernilah hampir rm3000 (anggaran).

2. Setiap matlamat yang ingin dicapai mestilah letak tarikh yang spesifik bilakah anda akan capai.

Contoh : anda berimpian untuk mengerjakan umrah. Jangan letakkan matlamat untuk kerjakan umrah pada tahun hadapan atau pda hujung tahun 2012. Sebaliknya letakkan secara spesifik seperti 29 Jun 2012. Jadi, setiap matlamat yang anda buat beserta tarikh, minda anda seolah-olah sudah di mindset bahawa pada tarikh tersebut memang anda akan pergi mengerjakan umrah dan minda separa sedar anda akan menggerakkan tubuh anda untuk mencapainya seperti menyimpan duit, menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit, mengambil cuti, mendaftar penerbangan dan sebagainya.

3. Setiap matlamat yang dilakukan mestilah sertakan sekali gambar dan lekat di papan impian anda. Setiap matlamat yang tidak bergambar, ianya sekadar angan-angan kosong yang hanya berlegar-legar di ruang minda anda sahaja. Jika kita membaca buku cerita atau novel sekalipun, mana satu yang menarik perhatian anda untuk terus membacanya sehingga habis? Yang bergambar atau yang penuh dengan tulisan...sudah tentu yang bergambar kerana feel membaca wujud dengan gambar. Dan jangan malu jangan segan untuk tampal dan tunjuk pada orang matlamat anda.

Kajian menunjukkan setiap matlamat yang ditunjukkan atau dipamerkan memberi satu daya tolak
(push) untuk anda capai jika tidak anda akan malu jika tak capai matlamat tersebut. Jdi, nak tak nak anda kena capai jugak dan ini akan mendorong tubuh anda untuk bekerja dengan lebih kuat dan gigih.

4. Sebelum tidur, anda kena bayangkan kesemua matlamat beserta gambar yang telah ditampal tadi agar terbawa-bawa dalam mimpi. Sambil memejam mata, anda berdoa dan membisikkan kata-kata perangsang pada diri anda sendiri supaya capai matlamat tersebut. Teknik ini paling berkesan kerana anda telah menggerak dan merangsang minda separa sedar anda dan ini juga menjadi satu terapi doa dan merapatkan lagi hubungan anda dan Pencipta.

5. Jika matlamat anda tidak capai dan sudah melepasi tarikh yang ditetapkan, tidak mengapa sekurang-kurangnya anda dah berimpian. Berimpian seumpama separuh dari apa yang anda ingini sudah menjadi milik anda cuma tinggal separuh lagi untuk jadikannya realiti. Jadi anda perlu bermuhasabah diri dan banyak berdoa di mana kekurangan yang anda perlu perbaiki. Set matlamat sekali lagi dan disusuli dengan usaha dan kerja yang keras.

Jadi, segala apa yang diceritakan, tiada alasan untuk anda merungut tiada kerja. Bagi student, jangan jadikan status student anda sebagai penghalang untuk anda memiliki apa yang anda ingini dan kehendaki. Anda harus menjadi diri anda sendiri. Untuk mencapai sesuatu yang luar biasa, lakukan sesuatu yang luar biasa...jangan jadi biasa-biasa...buat sesuatu yang orang lain tak lakukan, anda akan dapat apa yang orang lain tak dapat. Trust me!