IKLAN NUFFNANG

Thursday, November 4, 2010

SUKARELAWAN UNTUK MENJADI SUBJEK KAJIAN DIPERLUKAN

Perkara          : Menjadi subjek bagi membantu dalam kajian farmaseutikal, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya
Tempat                 : Wad Pusat Perubatan Universiti Malaya
Hari & Tarikh       : Jumaat - Ahad. Bermula 26 November 2010 selama 3 minggu
Bayaran                : RM500. Makan dan minum disediakan

Pusat Perubatan Universiti Malaya memerlukan subjek bagi membantu dalam kajian farmaseutikal. Kajian ini akan bermula 26 November 2010 dan ujian kesihatan akan dilakukan pada minggu hadapan bagi memilih calon yang layak.

Calon yang layak akan ditahan di wad pada Jumaat petang sehingga Ahad pagi selama 3 minggu.

Bagi yang berminat boleh menghubungi saya (013-666 0473).

Monday, November 1, 2010

ORANG BODOH

Suatu hari adalah dua orang tauke secara kebetulan bertemu di sebuah hotel. Mereka pun minum-minumlah. Kebetulan mereka kenalan waktu sekolah dulu.

Tengah borak-borak, teringatlah tauke pertama tentang orang bodoh di sekelilingnya termasuklah pemandu. "Awak nak tau betapa bodohnya pemandu saya?" tanya tauke pertama. "Biar saya buktikan."

Dia pun panggillah pemandunya bernama Muo. "Muo, ambil sepuluh ringgit ni pergi beli kereta Mercedes."
"Baik tuan," jawab Muo, terus pergi.
"Hah, tengok betapa bodohnya dia," kata tauke pertama. "Sepuluh ringgit mana boleh beli kereta Mercedes."

"Oh itu belum teruk," kata tauke kedua. "Pemandu saya lagi bodoh. Biar saya buktikan." Lalu dia memanggil Let. "Let, kau pergi balik check aku ada kat rumah tak."
"Baik tuan," jawab Let terus pergi.
"Tengok t, bodohnya dia," kata tauke kedua pula.

Tapi di luar hotel tu, secara tak sengaja bertemulah dua orang pemandu tadi. Masing-masing mengeluh. Kata Muo, "Bodohnya tauke aku. Ada ke dia suruh aku beli kereta Merceds. Hari ni kan hari minggu. Mana ada kedai yang bukak."

Jawab Let, "Huh, itu belumlah bodoh. Tauke aku lagi bengap. Dia di dalam hotel tu, tapi suruh aku tengok dia ada tak kat rumah, padahal dia boelh check diri dia di mana dengan handphonenya."

Sunday, October 31, 2010

WARKAH PERINGATAN BAGI YANG BERFIKIR

Setiap orang mampu berfikir..namun tidak semua orang mampu berfikir dalam erti kata yang akan membuahkan peringatan atau zikir dalam kehidupan.

1. Fikir Mencari Hikmah

Setiap peristiwa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Keupayaan fikiran kita tidak mampu untuk mengetahui hikmah sebenar setiap peritiwa yang berlaku. Namun, kita mampu untuk mengambil iktibar yang baik sebagai pengalaman, pengajaran dan semangat atau prinsip hidup kita dalam kehidupan.

Harta benda, kekayaan, pangkat kedudukan,isteri & anak, kesihatan, tubuh badan, pancaindera, masa kehidupan merupakan pinjaman dan ujian daripada Allah untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran kita. Hanya hati yang tenang dapat melalui ujian tersebut dengan baik. Ingatlah, tidaklah kaya itu dengan kaya harta, tetapi yang dinamakan kaya itu ialah kaya jiwa.

Friman Allah : "ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"-Ar-Ra'd: 28


2. Fikir Mencari Prinsip

a. Memberilah,nescaya hatimu akan tenang..

Memberilah apa yang kau miliki..harta, ilmu, kepakaran, masa dan tenaga bahkan senyuman dan kata-kata doa yang baik..nescaya hatimu akan tenang dan gembira..jadikanlah prinsip hidupmu : "Erti hidup pada memberi"..nescaya kau akan dikasihi penduduk di langit dan di bumi. InsyaAllah.

b. Berubahlah..paksa dirimu berubah lebih baik

Orang berjaya ialah orang yang berjaya mengawal dirinya..halakan dirimu ke arah kejayaan..kejayaan dalam pelajaran, bisnes, pekerjaan dan sebagainya. Tetapkan target sasaran dan matlamat, kemudian paksa dirimu bekerja ke arahnya.

"orang beruntung ialah yang hari ini lebih baik dari semalam.."

"berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"

"kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya"

"memulakan sesuatu itu adalah hebat, tetapi menyelesaikannya adalah lebih hebat"

"cara yang terbaik untuk menggerakkan diri anda ialah dengan memberikan tugas kepada diri sendiri"

c. Kawallah kemudimu..bukannya arah angin

Kita mampu untuk mengawal diri kita kemana kita ingin tuju. Sekiranya kita ditimpa musibah atau kekalahan, kita mampu untuk terus menangis, bersedih sepanjang masa dan berputus asa atas rahmat Tuhan..namun kita juga mampu untuk terus bangkit daripada kekalahan, mencari kekuatan diri dan membina kehidupan baru yang lebih baik..renungkanlah sahabatku...

" seorang yang pesimis akan merungut tentang arah angin. Seorang yang optimis akan menjangka bahawa arah angin itu akan berubah. Seorang pemimpin pula akan memperbetulkan layarnya.- John Maxwell.

Akhir kata, Fikirlah mencari Zikir. Semoga kita temuinya. InsyaAllah.
Sekian..

Sumber : perkongsianbuku.blogspot.com

Saturday, October 30, 2010

PELUANG MENJANA PENDAPATAN DENGAN BAHAN ILMIAH

STORMREADERS NETWORK SDN BHD merupakan sebuah syarikat yang menggunakan kaedah Affiliate MLM yang memberikan anda semua keuntungan dari dua sumber. 

Pertama adalah perniagaan buku secara online. Anda boleh memasarkan buku secara online terus dari rumah. Anda cuma perlu mencari pelanggan untuk membeli buku di kedai online anda sendiri. Syarikat akan menyediakan sebuah e-kedai untuk anda berniaga. Produk yang kami pasarkan adalah buku-buku ilmiah berunsur keagamaan daripada penerbit yang tidak asing lagi seperti Telaga Biru, Galeri Ilmu, Ana Muslim Ilham Centre dan banyak lagi. 

Kedua adalah dengan anda menjadi seorang pengedar dan menaja orang bawah anda menjadi pengedar. Semakin ramai ahli semakin banyak bonus yang akan anda perolehi. Jadi anda tunggu apa lagi, daftarlah sekarang dan jadilah yang pertama. sebarang pertanyaan boleh diajukan ke email : - saudagarilmu@gmail.com atau hafiz_1605@yahoo.com atau boleh terus hubungi saya di talian 013-3106819 (khairul amjat)

Friday, October 29, 2010

PERGINYA SEORANG TUK GURU

Salam ukhwah buat pembaca yang budiman. Entri kali ini saya akan memaparkan gambar-gambar Tuk Guru saya, Tuan Guru Haji Abdul Latif B. Abdul Rahman yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 September 2010.

Di saat berita disampaikan, saya sedang mengajar mengaji di Petaling Jaya. Tidak berkesempatan untuk pulang menatap wajah insan yang banyak mencurahkan ilmu agama. Gambar dan video rakaman ini diberikan oleh Ustaz saya seminggu selepas meninggalnya arwah.

Arwah seorang yang begitu alim yang tidak jemu menyampaikan dakwah dan ilmu agama. Arwah membuka pondok sekitar umur 27 tahun, pondok Madrasah Al-Latifiah Ad-Dinniah, Pengkalan Hulu, Perak.

Terlalu banyak contoh tauladan yang baik yang ditonjolkan arwah. Sebak rasanya nak ceritakan di sini. Saya memasuki pondok selepas sahaja tamat SPM. Setelah mendapat tawaran memasuki Pusat Asasi Sains, saya berhenti seketika sehingga sekarang apabila cuti sahaja saya kembali semula belajar di pondok.

Diceritakan sewaktu arwah meninggal sekitar jam 1 pagi, arwah banyak berbual dengan anak muridnya. Malam tersebut ketika mengajar di surau arwah sempat membuat jenaka perihal manusia berkahwin dengan jin. Selepas itu, arwah makan malam kemudian solat sunat. Kali ini arwah solat tanpa henti sehingga jam lebih kurang 12 lebih arwah berbaring. Ketika baring arwah masih berbual dengan anak murid dan mengadu bahawa dirinya berpeluh banyak. Anak murid arwah membuka baju arwah untuk menghilangkan rasa panas. Ketika itu, arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan anak murid.

Ramai juga figure-figure besar yang datang berkunjung melawat jenazah. Antaranya, Timbalan Raja Muda Perak, mufti Perak Datuk Seri Harusani, Ustaz Taib Azamuddin Penerangan PAS dan lain-lain. Orang datang berpusu-pusu menziarahi jenazah arwah dianggarkan sekitar 10 000 orang. Di surau solat jenazah diimami oleh Ustaz Taib Azamuddin dan di masjid solat diimami oleh Tuan Guru Haji Salleh iaitu pengasas pondok Sik, Kedah.











Ini di antara video yang sempat dirakamkan ketika hari kejadian.










Pak Teh dalam kenangan...Al-Fatihah

Thursday, October 28, 2010

CERIAKAN HARI ANDA

Kisah Pertama : Nenek Tua


Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya.
Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata
"Nanti dulu".
Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.
Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu".
Akhirnya mereka bertanya :
"Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"
"Bila dia menangis".
"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?"
"Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..



Kisah Kedua :  Gadis Perasan


Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke  tempat duduknya sambil berkata,  "Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. 

Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan  sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"



Kisah Ketiga : Seks Dalam Tandas


Masa : 8.30 Pagi 

Tempat : Kelas Thn 6 Melur 


Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam"

Sharifah Aina Binti Jeffry Anas : pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.

Zakaria Bin Mohammad Khuzairi : Saya tidak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian.

Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.

Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Kenapa pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?

Cikgu Sahab : ( bertanya kepada Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin Abd. Rahman?

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.

Cikgu Sahab : ?!!



Kisah Keempat : Rajin Ke Kubur


Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

Wednesday, October 27, 2010

KEMUDAHAN TOPUP UNTUK PENGHUNI KK4

Go to fullsize image

Buat penghuni ~Kolej Kediaman Keempat~..

Anda ingin membuat panggilan kecemasan, segera??

Ingin menghantar SMS kepada seseorang???

Go to fullsize image
Tetapi..

  • Kredit habis
  • Kedai jauh dari kediaman anda
  • Sudah lewat malam
Jangan bimbang, mulai saat ini Bro Junaidi (ehem=) menyediakan perkhidmatan topup SEGERA kepada penghuni kk4 yang disayangi. Caranya mudah sahaja, anda perlu menghubungi saya sama ada dengan menghantar SMS, call ke nombor 013-666 0473 atau KETUK BILIK D 009. Tambah nilai akan dilakukan dengan kadar segera tanpa berlengah. 

Ingat...perkhidmatan ini hanya disediakan buat penghuni kk4 yang TERSAYANG...diulangi TERSAYANG

TIADA DUIT?????

MAK BELUM BANK IN????

DOMPET BOCOR???

Jangan risau...Bro Junaidi membenarkan anda BERHUTANG, ambil dahulu, bayar kemudian...(tapi jangan lama2 la hutangnya ye....hehe)

Semua ini hanya untuk yang TERSAYANG...

Pengumuman juga kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan sila KLIK DI SINI

......