Assalamualaikum buat pembaca yang terus setia tidak jemu membaca bingkisan ilmu yang tidak seberapa.
Banyak perkara di dalam dunia ini yang kita tidak boleh luahkan dengan kata-kata, bahkan banyak perkara yang kita diamkan itu lebih baik cara penyelesaiannya. Di antara kata-kata dan berdiam diri adalah satu perjudian yang besar taruhannya.
Lelaki tidak boleh mengahwini seorang gadis tanpa melamarnya, seorang makmum tidak boleh menyatakan sesuatu kepada sahabatnya demi menyelamatkan solatnya. Inilah ketetapan yang mesti diterima oleh kita semua...
Berkaitan dengan apa yang berlaku di Universiti Malaya baru-baru ini, say ateringat satu kata-kata seorang wali Tuhan di dalam kitabnya HIKAM ; musibatul qaumi fawaidu..Maksudnya, pada musibah yang menimpa sesuatu kaum itu terdapat beberapa faedah. Apa pun yang difikirkan, yang pasti perpecahan itu memang perkara yang telah diceritakan oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Seorang ulamak pernah berjumpa dengan Abu Yazid Al Bastomie dan bertanya mengapa ia tidak menziarahinya sehingga lama tidak bersua muka. Lantas beliau menjawab doaku kepadamu di waktu malam pada setiap hari itu lebih erat daripada bertemu denganmu. Ringkasnya, mengeratkan perpaduan, merapatkan perbezaan dan sebagainya tidak semestinya dengan duduk di bawah satu bumbung, di dalam satu kumpulan dan tidak bergerak ke mana-mana...
Pesanan ini bukan bersempena dengan apa-apa peristiwa, ianya dipetik daripada kitab Nasoeh-dinniah (nasihat-nasihat agama). Imam Shafie berkata : Kata-kataku ini umpama perak, diamku ini umpama emas. Imam Haddad Al-Ba'lawi pula berkata : Berdiam itu tanda sopannya seorang ulamak dan penutup bagi kecacatan si jahil. Mafhum hadis juga ada berbunyi, sesiapa yang banyak cakapnya, banyak salahnya. Siapa yang banyak salahnya banyak pula dosanya.
Seorang guru itu mendidik dengan kata-katanya, seorang murobbi itu mendidik dengan seluruh kehidupannya..maka jadilah seorang MUROBBI wahai sahabatku sekalian!!
Kita semua akan nampak kebenaran kata-kata ulamak ini dengan diamalkan, percayalah. Kita tidak boleh kawal semua benda dalam dunia ini untuk mengubah orang. Kita pastikan yang kita tidak berubah..dahulunya sopan santun, luhur budinya..kini semakin rendah akhlaknya, buruk pekertinya, tinggi buruk sangkanya, hilang rasa hormat pada orang lain. Pastikan diri kita tidak berubah, selesa dirujuk, dilihat sebagai pengasih bagi semua pihak tidak kira apa ideologinya.
Kebenaran itu bukan permit untuk segala-galanya. Mungkin ada kehendak hati kita yang tergalang atau terganggu disebabkan banyak hati yang terguris dengan lidah kita. Seorang wali di kalangan bani Israel dahulu mengatakan lapan ribu kesengsaraan dapat kita elakkan dengan hanya berdiam diri......
Wallahua'lam...
Sekian
No comments :
Post a Comment