Alhamdulillah..banyak kesyukuran kehadrat Ilahi kerana sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh barakah ini, Ramadhan yang dinanti.
Komitmen Kerjaya & Pelajaran
Bagi aku, Ramadhan kali ini sememangnya lain dari yang lain. Ramadhan yang penuh dengan kesibukan, komitmen kerjaya dan pelajaran. Manakan tidak dalam bulan yang sebegini kerja masih lagi menimbun..tidak putus-putus. Research yang hampir sampai klimaks, presentation untuk candidature defence lagi, seminar lagi...mengajar lagi, tambahan pula bulan depan students yang aku ajar bakal menduduki UPSR.
Bulan ini juga projek-projek kolej sedang running, SUTERA dan yang akan datang Care For All dan bulan ini juga, kena hantar segala maklumat banci (Banci Penduduk & Perumahan Malaysia 2010). Turut mendebarkan, keputusan untuk Program Accessment Centre bagi Pegawai Tadbir & Diplomatik (M41) akan diumumkan bulan ini sama ada qualified for the next stage atau tidak. Itu semua terserah pada takdir, jika dapat Alhamdulillah mungkin rezeki dan masa depan di sana, jika tidak berjaya pun Alhamdulillah, aku boleh tumpu kerja aku yang bertimbun di UM ni.
Tapi, sibuk dunia sibuk juga, akhirat tidak dilupa. Malam pertama tarawikh, aku berkesempatan menjadi imam di Kolej Kediaman Keempat. Untuk mengimbangi dunia akhirat, aku putuskan untuk berhenti mengajar di malam hari. Segala kelas pada waktu malam, dibawa ke waktu siang, jadi waktu siang pula begitu padat, kira-kira pukul 7 baru settle segala kerja.
Tadarus
Segala perancangan sudah dibuat untuk tadarus Al-Quran. Bulan ini kena khatam 2 kali. Untuk personal reading yang masih berbaki lebih kurang 9 juzuk, aku berharap dapat habiskan bulan ni dan tadarus berkumpulan pula, team members dan dibentuk yang terdiri daripada junior 2nd and 1st year, semuanya 5 orang. Kami akan bertadarus selepas waktu subuh dan selepas solat tarawikh. Alhamdulillah, pagi tadi selesai juga 1 juzuk. Harap-harap kami dapat habiskan 30 juzuk sebelum cuti raya ni.
Diseru kepada sahabat-sahabat agar dapat sertai tadarus Al-Quran kerana banyak manfaatnya. Hati jadi terang, hidup dipermudah dan pahala yang berlipat ganda.
Qiamullail
Saya mengajak rakan sekalian supaya mengambil kesempatan bangun di awal pagi untuk bersahur yang banyak manfaatnya di samping itu selitkan sekali dengan ibadah malam. Sekarang ni subuh lebih kurang jam 5.53 pagi dan semakin lama subuh semakin lambat. Yang terbaik kita bangun sekitar 4.30 pagi kemudian solat Tahajud, Taubat, Hajat dan Istikharah kemudian bersahur. Rugilah kita jika bangun semata-mata untuk mengenyangkan perut, lebih rugi lagi kalau tidak bangun langsung. Ambil kesempatan yang jarang sekali kita dapat di luar bulan Ramadhan.
Doa
Berdoa pada bulan Ramadhan adalah doa yang paling mustajab. Doalah sebanyak-banyak mungkin. Waktu paling afdhal untuk berdoa adalah ketika solat malam dan sebelum berbuka puasa. Ambillah masa lebih kurang 5 minit sebelum berbuka untuk berdoa. Tidak disyaratkan berdoa menadah tangan (hanya adab sahaja), jika malu atau segan, cukuplah sekadar diam dan berdoa di dalam hati. Berdoalah di depan rezeki kerana menatap rezeki sebelum berbuka itu mengundang pahala sunat buat kita. Ingat...jangan mengumpat atau berbual kosong di depan rezeki, rugilah kita.
Mintalah segala apa yang kita idamkan dan impikan. Mohonlah permitaan yang 'berat-berat'. Kalau saya, saya berdoa supaya dipermudahkan segala urusan master saya, dapat result hujung tahun ni dan dapat grad pada tahun depan. Selesai saja data untuk master berjaya diperoleh, saya bernazar untuk mengerjakan umrah awal tahun depan. Harap kawan-kawan doakanlah ye...kerana nak dapatkan data untuk research master saya ni bagaikan telur di hujung tanduk. Setelah 4 kali failed, rasa macam trauma tapi keazaman, kegigihan dan kecekalan dan disusuli doa mak abah, diteruskan juga. Saya juga berdoa supaya dapat mengerjakan ibadah haji tahun depan ketika berumur 24 dan dipertemukan jodoh yang solehah selesai saja siap master saya. InsyaAllah...inilah yang dikatakan permintaan yang 'berat-berat'.
Kita kena yakin, Tuhan maha penyayang dan akan memakbulkan segala hajat kita jika kita benar-benar ikhlas. Saya juga berdoa agar sahabat-sahabat yang setia membaca blog ini agar dipermudahkan segala urusan harian, dikurniakan rezeki yang barakah dan dilimpahi maghfirah dan rahmah dalam hidup...amiin ya Allah.
Akhirul kalam, moga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terbaik berbanding sebelum ini.
Sekian.
No comments :
Post a Comment