عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ.
(رواه البخاري)
Maksudnya: Dari Abu Hurairah RA., bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga".
ULASAN HADIS :
Rasulullah SAW bersabda bahawa sesungguhnya apabila tiba Bulan Ramadhan maka terbukalah pintu-pintu syurga
Pintu syurga terbuka luas pada bulan Ramadhan memberi makna bahawa ALLAH telah membuka jalan bagi umat manusia untuk mendapat syurga ALLAH SWT
Ramadhan adalah medan luas bagi memudahkan kita mendapat kebaikan dan lebih segera mendapat ganjaran yang lebih besar. Syurga ALLAH SWT adalah tempat kembali dan balasan hebat bagi orang-orang yang beramal soleh, yang kuat ibadah serta baik kehidupannya ketika di dunia. Namun, dengan Ramadhan semua hamba di beri peluang untuk meraihnya sekalipun kita bukan dikalangan yang terbaik
Maka hendaklah kita bersama-sama merebut peluang dan kesempatan ini dengan bersungguh-sungguh dalam ibadah di bulan ini. Ganjaran yang ALLAH kurniakan adalah syurga tempat melihat NYA, justeru syukur dan hargailah kurniaan ALLAH ini dengan berpenat lelah melakukan amalan ketaatan. Jadikan syurga yang ditawarkan ALLAH ini sebagai motivasi kita dalam beribadah. WALLAHU’ALAM

--
No comments :
Post a Comment