Salam kawan-kawan pembaca sekalian. Moga anda ceria sentiasa...kalau tak ceria pun, buat-buatlah ceria....hehe. Selamat menduduki peperiksaan kepada pelajar UM khasnya.
So sekarang peperiksaan hampir tiba ke penghujungnya. Kata orang, ni kira buah last la ni...selalunya buah last ni la orang pandang remeh maklumlah fikiran asyik ingat kat kampung je..
Sometimes we feel down towards the end of exam...kita rasa nak cepat-cepat habis lepas tu tak nak fikir dah. Bila dah habis saja exam, kita akan bersorak hooray...dan segala notes sebesar manila kad sehingga sekecil kotak mancis kita dah tak peduli...terus buang ketepi, ada yang pijak-pijak. Kalaulah notes tu boleh berkata, dia akan kata, " sampai hati you buat macam ni kat I...dulu masa I diperlukan, you bawa I ke sana ke mari, ke hulu ke hilir, bila I dah bagi service kat you, you pun dah dapat apa yang you nak...you tinggalkan I begitu saja. Habis madu sepah dibuang!" (sekadar imaginasi penulis).
Saya nasihat kepada adik-adik di luar sana..segala notes tak kiralah short notes, long notes, death notes...janganlah dibuang sebaliknya simpan. Saya sampai sekarang masih simpan rapi segala notes yang saya buat suatu ketika dahulu. Nota kuliah sejak Asasi Sains pun masih ada tersusun rapi dalam fail dalam almari di rumah. Dah banyak fail semua terkandung lecture notes untuk dijadikan arkib tatapan anak cucu nanti. Sebab tu la junior-junior satu kursus dengan saya dahulu tak merasa la notes yang saya buat. Diorang mintak jugak tapi pelbagai alasan la saya buat....padahal memang tak nak bagi...hehe. Sayang yeop!
Tingkatkan semula motivasi...bangkitkan inspirasi. Oleh itu, saya selitkan sedikit kata-kata perangsang untuk terus berjuang menghadapi peperiksaan. Doa dari saya agar anda terus berjaya dalam peperiksaan...semoga sukses selalu!
Never stop learning. If you learn 1 new thing everyday, you will overcome 99% of your competition.
Approach the start of the day with something in mind and end of the day with one word : DONE!
In every problem there is a hidden treasure. It's your job to find it.
Time, patience and perseverance will accomplish all things. Success is predictable.
~ Junaidi Shukri ~
No comments :
Post a Comment