IKLAN NUFFNANG

Sunday, May 29, 2011

CLOUDY DAY

Salam buat pembaca sekalian..

Hari ini Ahad 29 Mei 2011...aku tak tau nak cakap apa. Kelu, sebak, sedih..banyak benda la aku fikir. Banyak benda la yang terjadi hari ini. Hari yang paling tak bersemangat bagi aku. Tak tau la kenapa..tiba-tiba rasa down yang teramat. Seriously, susah nak tengok aku sedih the whole day...paling lama pun sekerat hari lepas tu ceria balik tapi kali ni muram betul. Hidup tak produktif...ya Allah.





Pagi tadi aku mulakan hari aku macam biasa solat subuh. Tengah jalan ke surau, tengok orang dah balik. So aku patah balik solat di bilik je. Lepas baca Quran, termenung sekejap. Banyak benda ni aku nak luahkan kat sini...

Online jap tengok berita yang terbaru. Tepat jam 8.25am aku rush ke rumah anak murid aku untuk mengajar mengaji. Habis dalam pukul 9.30am..murid aku yang berumur 3 tahun lebih dah masuk Iqra' 2 hari ni...lega hati aku. Penat betul aku mengajar dia sorang ni. Abang dia umur 4 tahun baru je naik Iqra' 4. Alhamdulillah syukur.

Hari ni kelas aku di Sri Hartamas dan Taman Duta dibatalkan..so aku decide untuk stay je kat bilik sambil writing dan fb.

Aku dapat berita dari Syahril yang member aku Syafik yang terlantar di ICU akibat jangkitan kuman di peparu telah meninggal pagi tadi. Terkedu tak terkata aku..aku pasal mati-mati ni sangat sensitif. Boleh mengalirkan air mata gak la...walau arwah tak berapa rapat sangat dengan aku, tapi telatah dia bila jumpa aku pasti ada saja gurauan, tu yang aku sedih tu. Arwah ni jenis yang happy go lucky jarang bersedih...ceria memanjang. Yang terkilannya bukan apa, sewaktu aku on the way ke Endau Rompin untuk kursus pembantu mahasiswa aku tersermpak dengan Aswad di R&R Seremban..dia ada bagitau yang diorang nak ke Johor melawat arwah yang terlantar dah 2 minggu di ICU. Terkejut beruk aku...kesian la. Tak sempat nak ziarah.

Bila fikir pasal kematian ni, aku teringatkan nenek aku......macam mana dia nazak depan aku. Nenek yang aku paling sayang. Sebelum nenek aku nazak, mak aku ada bagitau aku yang nenek aku masuk hospital kencing manis dan segala penyakit ada. Tapi aku sibuk dengan kerja yang banyak di KL ni so aku tak balik. Aku ingat sakit biasa je. Tapi bila mak aku kata dia dah nazak so aku balik. Sempat bisik kalimah syahadah di telinganya dan kucup pipi dia. Aku cakap.."nenek, angah balik dulu"..mahu jugak aku mengalir air mata depan orang ramai tapi aku tahan. Susah aku nak nangis depan orang ni sebenarnya. Hanya keadaan tertentu saja...nenek, angah sayang nenek!

Situasi yang sama berlaku pada Tuk Guru pondok aku. Ketika waktu pagi aku mengajar di PJ, aku terima sms dari ustaz aku yang Pak Teh (Tuk Guru) dah meninggal. Aku rasa waktu tu lutut aku dah lembik. Aku nak bergegas tapi ustaz aku kata dah nak kebumi dah pun. So tak sempat aku nak tatap wajah guru yang mengajar aku banyak ilmu. Semua ilmu agama aku datangnya dari dia...

Memang sedih la dengar mati-mati ni...dengar mak ayah orang mati pun aku boleh menangis ni kan pulak orang terdekat.

Banyak benda yang bermain di fikiran aku sekarang ni, terutamanya perhubungan sesama manusia. Banyak yang tak settle. Makin banyak hubungan dengan manusia ni makin banyak dosa sebenarnya. Rasa nak lari dari dunia ni. Nak mati cepat, ilmu amal tak cukup..semua benda tak kena.

Bila aku duduk sorang-sorang di bilik, aku selalu fikir, bagaimana la nasib aku bila ajal dah tiba. Adakah aku mati nanti dalam keadaan kemalangan? Dihidapi penyakit? Mati dalam tidur? Ya Allah...takutnya...sempat ke mengucap.








Dalam hidup ni kita banyak buat dosa dengan orang berbanding Tuhan yang Maha Pengampun. Sekarang ni aku fikir dua kali untuk terus hidup macam sekarang atau aku perlu buat pembaharuan dan perubahan?



Aku tinggal kat kolej...kerja aku melayan kerenah student dan macam-macam politik dalaman yang terpaksa aku hadapi. Bila sesama rakan sekerja, lain pulak politik dan cara kerjanya. Ada yang cantas-mencantas. Segala benda yang aku buat semuanya tak kena. Dituduh macam-macam dari fb sampai ke blog. Bila bersama student pun kena dengar banyak ragam perangai. Banyak sangat ketidakpuashatiannya yang tak sama dengan zaman aku jadi student dulu. Makin lama duduk kat sini makin tak matang perangai aku. Mana taknya berkawan dengan student undergrad..nak kawan dengan member sebaya, semuanya dah kerja, semuanya sibuk dengan urusan masing-masing.

Pernah jugak terdetik di hati aku untuk habiskan saja kontrak aku yang akan tamat bulan Julai ni. Sekarang ni dalam istikharah untuk mohon petunjuk sama ada perlu atau tidak untuk keluar dari kepompong ni. Aku dah hampir 6 tahun tinggal di um ni termasuk Asasi. 5 tahun berada di Kolej Keempat ni. Aku dah boleh ukur betapa tak matangnya aku. Minda aku tak berkembang. Tapi kalau aku keluar menyewa di luar, satu lagi sindrom yang aku akan hadapi...sindrom tak reti duduk diam. Aku ni jenis yang workaholic...kena buat kerja baru dia rasa puas. Kena sentiasa sibuk kalau tak aku boleh jadi gila. Kalau tinggal kat luar, kerja aku hanyalah buat research master, mengajar, bisnes, RA...tak boleh jadi ni. Kalau duduk kat kolej, at least ada benda nak dibuat. Boleh dengar suara-suara student, boleh tolong apa yang patut projek student. Tapi tu la bila bermain dengan manusia ni, banyak ragam dan masalah...



Mungkin istikharah penentu segala. Sekarang ni dah terikat dengan projek pihak pengurusan kolej (KIK) anjuran UM yang perlu aku handle untuk compete antara Jabatan dan kolej kediaman di UM. Biar aku settle apa yang perlu dibuat supaya tak bebankan orang lain. Ada lebih kurang 2 bulan untuk aku decide. 

Langkah pertama yang aku buat adalah, aku dah mulai renggangkan diri dengan student. Malas sebenarnya nak masuk campur. Niat nak membantu nanti dianggap lain...semua ni dah aku alami. Aku berdoa, istikharah aku akan temui jalan penyelesaian. Ni semua proses nak matangkan diri, nak belajar benda yang baru. Masa ada lagi 2 bulan sebelum bulan Julai ni. Ye...aku kena keluar kepompong. Nak maju tak boleh stay lama-lama di sesuatu tempat......Tuhan bantulah aku.


1 comment :

  1. insyaAllah...semoga Allah permudahkan setiap langkah prjlnan hidup awk...sntiasa doakan..insyaALLAH..=)

    ReplyDelete