Alahai dah lama bebenor tak update blog...dah hampir usang! Emm...memang masa terlalu tak mengizinkan. Apa khabar semua? Harap sihat dan ceria selalu. Kepada warga Universiti Malaya dan Kolej Kediaman Keempat khasnya Selamat Menduduki Peperiksaan Semester Pertama. Moga kalian berjaya hendaknya.
Jangan berputus asa sebaliknya berusaha dan terus berusaha...pasti berjaya!! Ingat....masa adalah nyawa, saat-saat akhir menjelang peperiksaan jangan abaikan kerana kita tidak tahu di mana keberkatan kita dan bila masa Tuhan akan bantu kita.
Saya pun pernah menduduki peperiksaan, esok nak exam tapi pukul 2 pagi meeting JTK masih belum tamat. Apa yang saya buat? Tanggungjawab still tanggungjawab...lebih kurang jam 3 pagi baru selesai, balik bilik terus tidur then pukul 5 pagi bangun ulangkaji apa yang termampu TANPA STRESS...rilek je buat cool...bila masuk exam buka kertas soalan, apa yang kita baca, apa yang kita hafal awal pagi tadi masuk belaka.....fuhh! Tak rezeki namanya tu? Tuhan pasti tolong hambanya dalam kesusahan cuma jangan berputus asa....study je....saat-saat akhir mampu menggoncang dunia dan mengubah segala isinya!
Sahabat-sahabat yang disayangi sekalian, berbalik kepada peristiwa yang berlaku di awal tahun ini, dengan perhimpunan mahasiswa dan tindakan pihak polis, ingin saya ulas dan memberi komen serta cadangan yang baik bagi menjernihkan keadaan. Saya tak suka jadi orang yang batu api, mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah saya menjadi orang tengah yang dapat mendamaikan dua pihak dan mengembalikan sinar Islam itu sendiri.
Bila baca surat khabar Berita Harian, Harakah, Malaysiakini, youtube, blog dan sebagainya....membuatkan saya terfikir dan merenung nasib anak muda, pemimpin sedia ada, masyarakat, agama dan negara keseluruhannya. Saya lihat banyak kepincangan yang berlaku. Andai kata Rasulullah masih hidup dan melihat keadaan umat baginda seperti ini, berkelahi sesama sendiri pasti Baginda akan sedih dan hiba.......................(sebak seketika).
Saya tidak menyalahi mana-mana pihak kerana kita selaku manusia ada kekurangan dan kelemahannya. Anak muda punyai semangat yang padu, tenaga yang kental, pantang menyerah kalah tapi jika darah muda dan panas baran tidak dikawal akan menjadi rosak binasa. Pasukan polis dan kerajaan mempunyai kuasa, pengalaman menangani isu tetapi jika tidak diselangi dengan kasih sayang dan belas kasihan akan turut binasa. Jadi perlu salah siapa?? Kedua-dua pihak perlu bermuhasabah baik dan buruk...biar keadaan menjadi tenang seketika. Yang saya ingin highlight di sini adalah pihak ketiga iaitu kita selaku pemerhati!
Saya selaku pihak ketiga yang tidak berada di tempat kejadian hanya melihat di youtube dan mendengar ulasan-ulasan dari status facebook teman-teman yang 'kononnya' berada di tempat kejadian, yang mengulas bagai diri sendiri ada di sana, yang menghangatkan keadaan...mereka inilah yang mengeruhkan lagi keadaan! I wasn't there and I shouldn't voice out because I don't know what exactly happened? Polis membela diri dan menjawab tuduhan dan mahasiswa mencaci maki dan mengedar segala bahan yang boleh mensensasikan keadaan...seolah-olah dirinya menjadi saksi...
Mahasiswa yang menjadi mangsa andai kata benar dizalimi dan dikasari..anda perlu mengambil tindakan yang sewajarnya. Bawa perkara ini kemuka pengadilan....mahasiswa yang berada di tempat kejadian itu sendiri perlu sebarkan perkara yang sebenar agar masyarkat tahu tanpa menokok tambah...
Masing-masing perlu mainkan peranan masing-masing. Api perlu memainkan peranan selaku api, air perlu berperanan seperti air begitu juga batu dan kayu. Jika semua orang jadi api maka hancur leburlah....Di zaman Rasulullah pun ada sahabat yang berlembut seperti Saidina Abu Bakar, ada yang garang seperti Umar ada yang bijak berkata-kata dan tinggi ilmu seperti Saidina Ali...masing-masing mainkan peranan masing-masing.
Kita sedia maklum, di kalangan mahasiswa juga sudah terpecah kepada beberapa kumpulan. Ada kumpulan yang sokong kerajaan, ada yang sokong pembangkang dan tidak kurang juga yang atas pagar yang tak tahu dan keliru nak sokong siapa...
Saya lebih selesa jadi golongan pendamai. Parti politik bukan ghoyah (matlamat) saya kerana kedua-dua pihak adalah saudara Islam yang saya sayangi. Biarlah undi saya menjadi satu kerahsiaan. Saya ingin menjadi golongan yang dapat menyatukan kembali umat Islam yang semakin lama semakin ghairah berpolitik dan tidak sedar tanah negara sendiri hampir tergadai...yang ruginya Melayu Islam jua. Kita tak punya apa...Palestin tanah waqaf umat Islam seperti katanya Saidina Umar pun hampir jatuh ke tangan Kuffar, Tanah Haram yang menjadi penyatuan umat Islam pun ditadbir oleh pentadbir yang bersekongkol dengan Kuffar...hanya tinggal Malaysia yang tunggu retak menanti belah. Di kala itu, air mata darah sekalipun tak mampu kembali ke pangkal jalan..
_______________________________________________________________
Sambutan Tahun Baru
Saya berkesempatan melangkah kaki ke bandar Kuala Lumpur pada malam sambutan tahun baru. Saya turun ke sana sekitar jam 10.30 malam BUKAN untuk menyambut tetapi untuk hantar barang kepada customer di salah sebuah hotel. Melihat keadaan anak muda remaja yang berkelakuan pelik, berpakaian ala-ala alien dari planet marikh, yang jantan dan betina umpama iblis...ingin sekali saya menyembur gas pemedih mata yang digunakan oleh FRU ke arah mereka namun apakan daya....
Terfikir sejenak, jika saya jadi pemerintah, dataran merdeka akan saya isi dengan program berunsurkan ilmiah dan diselitkan dengan lawak -lawak jenaka. Apalah salahnya jika dijemput pakar-pakar yang berjaya dalam bidang masing-masing untuk memberikan motivasi berkaitan azam tahun baru seperti Dr Fadzilah Kamsah (pakar motivasi), Siti Nurhaliza (pakar nyanyian), Datuk Nicol David (sukan), Datuk Sheikh Muzaffar (Ilmuan) dan lain-lain lagi di samping diselitkan sedikit dengan unsur jenaka oleh Johan, Zizan raja lawak, Osbon, Boboi etc....kan semua dapat dengar dan merasa selesa....tapi itulah, fikrah agama tak dipasak dalam diri sejak kecil.
Apa tindakan mahasiswa yang perlu dilakukan?
1. Ilmu
Setuju tak kalau saya kata sekarang bukan zaman berjuang menggunakan mata pedang? Teras kemajuan seseorang dilihat dari segi ilmu. Tingginya martabat seseorang dilihat dari segi ilmu. Barangsiapa yang berkehendakkan kepada dunia hendaklah dengan ilmu, dan sesiapa yang berkehendakkan akhirat adalah juga dengan ilmu. Inikan sabda Nabi....
Sekarang mahasiswa perlu menuntut seberapa banyak ilmu, kutip mana yang mampu, timba mana yang sempat baik dunia mahupun akhirat. Ilmu itu bukan semata-mata dalam kuliah tetapi juga pengalaman. Experience is the best teacher of all! Belajarlah sesuatu untuk masa depanmu...kerana masa mudamu hanya sekali. Berfikir sebelum bertindak kerana sesuatu yang jauh yang tak mampu diundur adalah masa (Al-Ghazali).
Betul tak kalau saya cakap, orang yang tak cemerlang dalam pelajaran berkata-kata dan orang yang cemerlang berkata-kata, agak-agaknya siapa yang akan menjadi perhatian?? Tentulah orang yang cemerlang....tak bermaksud kita mesti study je, benda lain pun kena buat jugak tapi put study as the first priority! Ok? =)
Agak malu kalau saya orang sains tapi mengkritik berkenaan ekonomi yang bukan bidang saya. Cuba bayangkan saya berada di pentas Akademi Fantasia dan mengkritik serta mengutuk nyanyian peserta AF dari segi vokal, pitching tone suara walhal sepatah haram saya tak pernah belajar muzik. Kita sering mengkritik pemimpin tu tak pakai tudung tapi berbicara berkaitan Islam, menolak hudud..kita rasa marah bukan? Alah dia nak cakap pasal Islam tapi tudung pun tak pakai.... samalah macam kita? Orang akan mencaci kita kalau kita bersuara sesuatu yang bukan bidang kita..tapi sekadar memberi pendapat tak ada masalah cuma jangan berlebih-lebihan.
2. Akhlak dan tingkah laku
Akhlak, tingkah laku, adap sopan semua ni benda yang sama yang membentuk keperibadian kita. Jangan buat sesuatu perkara yang boleh menjatuhkan aib kedua ibubapa kita. Orang akan tuding jari kepada mak ayah kita kerana salah mendidik. Kita nak marah kalau orang lain sebut pasal mak ayah kita tapi kita tak pernah terfikir betapa kita telah menconteng arang ke muka mereka.
Jagalah adab kita bila berhadapan dengan orang yang lebih tua. Bagaimana Nabi seorang yang maksum dapat mengunyah makanan dan menyuap ke dalam mulut seorang wanita yahudi buta yang lantang mengkritik Baginda setiap kali Baginda menyuapkan makanan? Wanita yahudi tersebut tidak kenal siapa Rasulullah kerana buta dan hanya mengenali Baginda dari cakap-cakap orang bahawa Baginda telah membawa agama baru yang bercanggah dengan agama nenek moyang mereka. Apa yang Rasulullah buat? Kalau saya, dah lama saya sepak terajang perempuan tu dengan beranggapan perempuan ni yahudi laknatullah yang tolak Islam secara terang-terangan. Tapi Rasulullah berfikiran jauh...memberi contoh tauladan yang baik sampai akhir hayat ketika Rasulullah tiada sahabat Baginda Abu Bakar menggantikan rutin harian Nabi menyuapkan makanan ke dalam mulut yahudi namun wanita yahudi tersebut menolak suapan Abu Bakar kerana tak sama dengan suapan orang yang sebelum ini. Lalu apabila Abu Bakar menceritakan yang Rasulullah lah orang yang menyuapkan makanan selama ni dan Baginda kini telah wafat, menangislah yahudi tersebut lalu mengucap kalimah syahadah...Subhanallah mulia sungguh pekerti Rasulullah...
Tapi kita, seboleh-bolehnya menghina, mencaci, memaki hamun saudara sesama Islam kita sendiri yang mana mereka tolak Islam bukan tolak kesemuanya, hanya suku, itupun kerana kejahilan yang salahnya berbalik kepada kita jugak yang tidak mengajarnya.
Rata-ratanya trend masa kini mengutuk kezaliman, memaki hamun dengan kata-kata nista, bertindak mengalahkan yahudi tapi pernah tak kita berdoa dengan mengumpul ribuan rakyat Malaysia di stadium lalu solat hajat mohon Allah turunkan hidayah kepada pemimpin tersebut, berdoa dengan penuh kasih sayang supaya Allah bukakan pintu hatinya? Pernah tak walaupun sekali?? Anda jawab sendiri....kita doa terbaik jadinya pun baik, kalau doa jahat jadinya pun jahat.
Kalaulah saya seorang presiden di sebuah negara, saya bertindak zalim dan tak amanah tapi suatu hari rakyat berkumpul di stadium melakukan solat hajat dengan tayangan live oleh media, imam membaca doa, rakyat mengaminkan dia yang berbunyi, " Ya Allah ya Tuhan kami, kau ampunilah dosa presiden kami Junaidi, bukakanlah pintu hatinya supaya menerima Islam, kau selamatkan keluarganya, kau rahmatilah seluruh kehidupannya...sungguh kami amat menyayanginya..." Agak-agaklah, kalau saya dengar bacaan doa macam ni apa respon saya? Mau tak berderai air mata saya mengalir......di sini dapat menyatukan kita umat Islam. Bukankah doa itu senjata mukmin? Sejauh mana kita dah guna pakai senjata kita???
3. Ekonomi
Ini juga merupakan satu perkara yang kita tidak harus abaikan dan lekehkan. Kekuatan umat Islam di Malaysia tidak di negara lain, hanya pada politiknya sahaja. Kerana politik dipegang oleh orang Islam kita bebas solat jemaah, bebas melaungkan azan tapi bila suatu hari nanti politik dirampas oleh kaum Kuffar, apa yang kita tinggal? Ekonomi?? Jauh panggang dari api!
Yang menentang kerajaan, alih-alih kerja dengan kerajaan dan mendambakan duit kerajaan dan rata-ratanya graduan pasti dan pasti akan memohon kerja dengan kerajaan..Saya tak back up kerajaan mahupun pembangkang. What I want to highlight here, pernah kita terfikir untuk menjadi seperti Ikhwanul Muslimin yang menguasai empayar ekonomi, politik dll...pernah kita terfikir bagaimana nak kuatkan ekonomi ummah untuk membantu saudara-saudara Islam kita yang kelaparan di negara lain? Adakah kita mampu? Rumah anak yatim di Kuala Lumpur misalnya memerlukan bantuan kewangan untuk menyara makan minum harian, agak-agak berapa yang kita boleh hulur on the spot?!
Jadi, konklusinya di sini, jangan mendambakan rezeki dari orang lain tak kisahlah kerajaan atau sesiapa sahaja. Kita kena kukuhkan ekonomi kita dan merampas monopoli orang Cina dalam ekonomi. Penguasaan ekonomi di kalangan umat Islam kini sudah menjadi fardhu kifayah.
Orang berniaga kita kutuk, kita caci, kita jauhkan diri...sedangkan kita lupa Nabi sewaktu di usia awal 20an pun menunjukkan contoh tauladan dengan berniaga.
Saya menyambung pelajaran pun bukan disebabkan terhegeh-hegeh nak jadi pensyarah tapi kerana cintakan ilmu dan nak belajar sesuatu yang baru. Kalau fokus apa yang saya kerjakan sekarang pun sudah lebih dari memadai tetapi kerana dek memikirkan nasib bangsa dan agama sendiri, cekalkan hati sambung belajar. Dari master ke phd...insyaAllah hujung bulan Feb...doakan! Anda juga harus pasakkan niat begitu demi memajukan ummah.
Akhir sekali, saya ingin menyeru supaya sahabat-sahabat sekalian berfikir sebelum bertindak. Jangan terlalu ikutkan darah muda dan jangan biarkan pihak lain menguasai diri kita. Kita kan mahasiswa....=) Bertindak menggunakan akal yang waras agar orang lain turut hormati setiap keputusan kita. Selagi saya berada di UM di bumi tercinta, saya akan terus menjadi golongan pendamai baik dengan pihak pentadbiran mahupun pihak mahasiswa..Mohon kepada Allah agar setiap jawatan yang dipegang menjadi satu dorongan dan platform untuk saya menggerakkan amanah Allah dengan sebaiknya.
Terima kasih kerana membaca bingkisan kali ini yang tidak seberapa. Mohon maaf andai kata tulisan ini mengaibkan pihak-pihak tertentu.. sungguh saya insan yang lemah. Sama-sama kita bersatu menggalas tanggungjawab yang diberi tidak kira di pihak mana sekalipun asalkan agama Islam menjadi batu asas kepada perjuangan kita. Parti, persatuan itu hanyalah platform =)
Ayuh sama-sama kita muahasabahkan diri kita.
No comments :
Post a Comment