Dengan kebenaran yang kita perjuangkan itu,
Tidak mesti kita tidak bersalah,
Kerana kesalahan itu bila-bila boleh berlaku,
Walaupun di dalam masa memperjuangkan kebenaran.
Perjuangan yang salah itu tetap salah,
Sekalipun yakin menegakkan kebenaran.
Di dalam kita berjuang jangan anggap kita benar,
Tetapi katakanlah:
Moga-moga kita di dalam kebenaran,
Kerana kesalahan itu amat halus,
Ada yang tersurat dan ada yang tersirat.
Berjuang ertinya memberi tenaga,
Berjuang ertinya memberi fikiran,
Berjuang ertinya memberi pengorbanan apa saja,
Berjuang ertinya membaiki hati dan melawan nafsu,
Berjuang ertinya membendung kekuatan musuh,
Berjuang bererti mengatur strategi,
Berjuang ada yang mengarah dan ada yang kena arah,
Oleh itu bukan dianggap perjuangan itu mendengar
pidato dan mengutuk musuh semata-mata.
Bila hati tidak keluh kesah dengan ujian.
Tidak terhina dengan cacian,
Tidak terhibur dengan pujian,
Menderita dengan dosa, Tanda hati bersih,
Suluhlah hati kita agar dapat menilai diri.
Pejuang-pejuang Islam akhir zaman,
Banyak main politik dan memikirkan strategi,
Kurang sekali memikirkan dosa,
Cuai berzikir kepada Allah,
Malas bangun malam,
Sedangkan perkara ini merupakan dha'bussolihin
Di dalam memperjuangkan Islam
Memang tidak dinafikan hal-hal strategi
Dan melengkapkan kekuatan lahir,
Tapi syarat kemenangan dari Allah ialah
Kalau kita ajak orang kepada Islam,
Jika diterima bersyukurlah
Kalau ditolak jangan dimarah dan dicerca
Kerana kita buat kerja itu bagi pihak Allah,
Bukan bagi pihak diri kita.
Orang yang berjuang fisabilillah
Jika dikalahkan oleh musuh zahir,
Dapat syurga,
Tapi kalau kita dikalahkan oleh musuh batin
Iaitu nafsu dan syaitan,
Nerakalah padahnya.
Beribadah kepada Allah itu ialah
Untuk melahirkan sifat kehambaan,
Jika tidak lahir sifat kehambaan dari ibadah,
Itu bukan ibadah namanya.
Bertauhid dengan berilmu tauhid tidak sama,
Orang yang bertauhid
Orang yang boleh mematuhi perintah Allah,
Orang yang berilmu tauhid orang yang boleh
Menetapkan rasa adanya Allah.
Amal soleh adalah buah iman,
Tempat pandangan manusia,
Tapi nilai manusia di sisi Allah ialah hatinya.
Amalan zahir dianggap Islam,
Amalan batin dianggap Iman,
Islam dan Iman lazim melazimi,
Adakalanya amalan Islam itu dapat dilihat
Tidak mesti dari beriman,
Tetapi seseorang yang beriman,
Mesti membuahkan Islam.
Bila membuat dosa
Hati tidak rasa menderita,
Melihat kesalahan orang
Dia menghina
bukan kasihan kepadanya,
Tanda hati telah rosak dan lalai.
Siapa yang tidak faham
Mengapa Allah datangkan ujian,
Dia belum kenal Allah.
Siapa yang beroleh kejayaan
Merasa kemampuan dirinya
Dia bermazhab Qadariah
Siapa yang menganggap
Sebab-sebab yang memberi bekas
Dia Syirik,
Siapa yang menyerah sahaja kepada takdir
Tanpa berusaha, bekerja dan berjuang
Dia adalah berfahaman Jabariah.

Cuba jawab soalan ini:
· Adakah kita orang yang bersembahyang?
· Adakah kita istiqamah bersembahyang?
· Adakah kita sembahyang di dalam waktu?
· Adakah kita faham bacaan Sembahyang?
· Adakah kita rasakan makna-makna bacaan itu di masa
sembahyang?
· Adakah kita merasa lazat di dalam sembahyang?
· Adakah kita dapat melaksanakan kehendak-kehendak
sembahyang di luar sembahyang?
· Adakah kita dapat selaraskan segala tindak tanduk
kita di dalam kehidupan kita dengan kehendak
sembahyang?
No comments :
Post a Comment