Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info yang akan saya kongsikan ini antara info yang terbaik.
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukan. Apa-apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepatlah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi hint yang kita ni sebenarnya sakit.
Mata (bertindak balas dengan hati)
1. Mata menjadi merah
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin
2. Mata menjadi kabur
Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
3. Keluar tahi mata
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
4. Keluar air mata
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati dan bebanan kerja.
5. Ketegangan mata dan kelopak
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
Hidung (mempunyai hubungan rapat dengan peparu dan kerongkong)
1. Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan akan meningkat).
2. Hidung tersumbat
Peparu mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. Bersin
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
4. Batuk keluar kahak
Proses membuang di bahagian kerongkong.
5. Batuk tanpa kahak
Peparu mengandungi toksin yang berlebihan.
6. Batuk dan berasa gatal di kerongkong
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan peparu, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
Kerongkong
1. Kerongkong kering
Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin
2. Sakit kerongkong
Paras keracunan lebih serius
Bibir (berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
1. Bibir pucat
Sistem penghadaman yang lemah.. Perut mengandungi angin. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
2. Bibir kering dan pecah
Perut mengandungi banyak bahan toksin.
Mulut dan Lidah (berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem peredaran darah)
1. Lidah atau gusi bengkak
Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronori tersumbat dan lain-lain lagi.
2. Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah (ulser)
Menandakan darah mengandungi asid berlebihan
3. Mulut berbau busuk
Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
Telinga (berkaitan dengan buah pinggang)
1. Telinga terasa tersumbat
Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
2. Telinga berdengung
Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
No comments :
Post a Comment