IKLAN NUFFNANG

Tuesday, May 20, 2014

MASA BERJALAN



Masa berjalan...

Di manakah impian?
Di manakah jalan?
Di manakah tindakan?

Masa berjalan....

Sehingga masa kita "jalan"
Adakah kita hidup di atas jalan?
Atau kita hidup berjalan-jalan?

Masa berjalan...

Di atas jalan banyak dugaan
Cabaran demi cabaran
Mana mungkin tidak ada pelan tindakan
Itu namanya meraban-raban

Masa berjalan...

Dulu jalan seorang
Sekarang berteman
Setiap tahun isteri meneran
Dulu boleh berjalan
Sekarang mahu berkenderaan

Masa berjalan....

Kos makan kos kenderaan
Kos tak tertahan kos bangunan
Kos naik ongkos pinjaman
Hidup tekanan mati ditekan

Masa berjalan....

Yang tiada ilmu meraba-raba
Yang berilmu bergaya-gaya
Mencari imbangan neraca
Antara dunia dan di sana

Masa berjalan....

Pasti sampai hujungnya
Yang berduka adalah yang buta
Yang bahagia adalah yang berjumpa
Mengenal rahsia dunia
BertemuNya melaluinya

Masa berjalan....

Langit di atas bumi di bawah
Sampai masa ke kotak tanah
Pintu gerbang ke alam bawah
Menjadi arwah bertemu arwah
Bertemu sapa menunggu Fatihah

Masa berjalan.....

Hidup hanya untuk berlumba
Menunggang dunia mencapaiNya
Sebelum detik dan ketika
Dipertemukan semula
Setelah lepas lama merana
Mencari mana dan di mana

Masa berjalan......

by Dr Azizan Osman

No comments :

Post a Comment