Nak cerita kisah semalam. Malam semalam dalam pukul 11.30 pm aku drive ke suatu tempat untuk jumpa client. Saja antai borak-borak kenal-kenal.
Nak dijadikan cerita, boleh pulak terlupa nak bawak wallet. So drive dengan confident tiba-tiba jalan tu kena lalu tol. Gelabah jugakla. Korek punya korek, cari duit syiling celah-celah kereta dapat jugak la himpun rm2.30 untuk dibayar kepada kerajaan Malaysia.
Tersenyum sipu aku pada akak tol tu. Akak, kalau saya guna duit syiling boleh tak? Saya tak bawa kad touch & go. Wallet tertinggal. Nasib baik akak tu baik.
Lepas tu, selesai saja appointment waktu nak balik rumah, ada pulak roadblock oleh abang-abang polis, perghhh cuak!! Jenuh baca ayat-ayat halimunan. Tiba saja berdekatan dengan abang polis, aku angkat tangan dan senyum. Alhamdulillah lepas tanpa ditahan. Huh, mencabar betul!
Ni semua situasi yang boleh muhasabahkan kita, tindakan sewaktu getir. Tenang, rileks, fikirkan cara.
Dulu pernah wallet aku hilang. Duit di poket tiada sesen. Kad pengenalan, kad atm semua tak ada. Minyak kereta pun dah lip lap lip lap. Kalau bawa lagi confirm mati enjim. Nak mintak tolong orang malu.
So apa yang aku buat? Lihat apa benda yang aku ada yang boleh mendatankan duit. Waktu tu ada handphone dan papan guasa serta minyak guasa. Aku pergi redah stranger berdekatan denganhanya jalan kaki dan offer untuk guasa. Satu badan aku caj rm50. Perghh...waktu tu hanya dalam 3 hari saja aku berjaya collect rm500 lebih. Dapat duit terus isi minyak dan apply ic dan kad atm baru. Dapat pulak new prospek.
So be cool! Every challenge just to test your leadership skill :)
No comments :
Post a Comment