IKLAN NUFFNANG

Tuesday, May 31, 2016

SOLUSI PENYAKIT KRONIK # SIRI 1

Salam sihat semua!

Entri kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit apa yang telah saya pelajari melalui kursus-kursus yang pernah saya hadiri dan juga hasil dapatan kajian master dan PhD di universiti. Wah beruntung anda kerana perkongsian kali ini saya pernah berkongsi dalam siri ceramah saya bersama guru-guru sekolah dan juga kakitangan awam di kementerian di mana saya caj RM500 setiap satu sesi tetapi di sini saya hanya berkongsi secara PERCUMA!

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, saya ingin bertanyakan kepada anda satu soalan, adakah anda percaya bahawa semua penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung dan lain-lain lagi mampu diubati dalam erti kata lain mampu sembuh dengan memperbetulkan pemakanan dan gaya hidup harian anda? Betul-betul percaya?

Baiklah...saya akan ceritakan bagaimana setiap penyakit kronik mampu diubati 100% dengan hanya memperbaiki pemakanan dan tukar gaya hidup. 

Saya akan gunakan formula 6 : 3 : 4. 

6 Punca
3 Nisbah
4 Langkah

Pertama sekali, anda perlu tahu dari mana punca penyakit?

Sebenarnya hanya ada 6 punca segala penyakit yang perlu anda tahu dan ambil tahu.

1. Pencemaran air
2. Pencemaran udara
3. Tekanan hidup
4. Kurang bersenam
5. Gaya hidup yang tidak sihat
6. Diet yang tidak seimbang

Kebiasaannya, berdasarkan pengalaman saya setiap kali saya beri consultation pada client saya yang mengalami penyakit kronik saya akan kenalpasti antara 6 punca tersebut, yang mana paling dominan. Kita perbaiki punca tersebut! Tak boleh hentam keromo.

Setelah mengetahui punca penyakit, kita juga perlu tahu 3 nisbah penyakit. Ramai orang selalu menyalahkan keturunannya. Selalu blame nenek moyangnya.

"Oh akak kencing manis ni dah lama. Memang keturunan".

"Suami akak mak ayah dia dulu memang meninggal sebab kanser. So tak boleh nak buat apa dah".

"Saya memang ada keturunan sakit jantung".

Nah tengok! Semuanya menyalahkan keturunan. Biadap kan?

Tahukak anda penyakit anda berpunca hanya 3 nisbah :

70% dari Tabiat Pemakanan
20% dari Gaya Hidup
10% dari Genetik Keturunan

Jadi mengapa nak salahkan keturunan? Sedangkan masih ada baki 90% yang mampu kita kawal sendiri? Sebenarnya yang anda warisi bukanlah genetik penyakit itu tapi adalah tabiat yang tak betul yang anda warisi.

- tabiat keturunan yang selalu makan manis-manis
- tabiat keturunan yang selalu makan tengah-tengah malam
- tabiat keturunan yang jarang bersenam

Jika anda telah mengetahui 6 punca dan 3 nisbah, maka langkah penyelesainnya hanyalah 4 langkah.
Ya, hanya 4 langkah yang anda kena ikut 100% tak kira apa jua penyakit kronik yang anda alami.

Jarang orang tahu berkaitan 4 langkah ini. Kebiasaannya, pengamal nutrisi dan dietician saja yang benar-benar faham. Jika tanya doktor pun belum tentu mereka tahu kerana di dalam course medical study, topik nutrition hanya diajar 1-2 subjek sahaja tetapi jika ambil course nutrition di fakulti, anda diajar 3-4 tahun. Hanya belajar berkaitan pemakanan. 

4 langkah tersebut adalah :

Langkah pertama - Pemakanan seimbang
Langkah kedua - Peningkatan oksigen
Langkah ketiga - Detoksifikasi
Langkah keempat - Penyelarasan kesihatan

4 langkah inilah menjadi kunci utama kepada penyelesaian bagi semua penyakit kronik. Tidak kira apa jua ubat-ubatan dan supplement yang anda ambil, yang menyembuhkan dan yang merawat bukanlah produk tetapi konsep pemakanan yang anda ikut dengan izinNya jua. 

Sebab itulah, pernah anda dengar ada orang beli produk A alhamdulillah sembuh dengan izinNya tapi ada orang lain yang makan produk sama tak juga sembuh malah menjadi semakin teruk? Sebab apa? Bukan sebab produk tu tak serasi dengan badan tapi sebab makan tak ikut konsep pemakanan yang betul.

Jadi, jika nak makan apa jua produk yang digembar-gemburkan sebagai penawar bagi penyakit anda, pastikan anda dapat consultation yang betul dan pastikan anda ikut konsep dan cara makan yang betul.

Konsep ini akan saya detailkan lagi dalam siri akan datang. Sabar ye...

Sementara itu, anda juga boleh baca artikel lain yang berkaitan dengan klik link ini JADUAL WAKTU SISTEM BADAN MANUSIA  




Juga jika anda berminat untuk mendapatkan consultation kesihatan anda, boleh hubungi terus saya di no << 013- 666 0473 >>. InsyaAllah kita usaha apa yang termampu, selebihnya kita berserah padaNya.

No comments :

Post a Comment