IKLAN NUFFNANG

Friday, February 5, 2010

KELEBIHAN KAYU KOKKA

Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.

Sepertimana kita sedia maklum, Platinum, Emas dan Perak merupakan antara bahan logam yang paling berharga. Platinum merupakan logam yang paling mahal dan antara kelebihan yang ada padanya adalah kemampuan menyingkirkan haba. Bagi wanita misalnya, Emas adalah sangat tinggi nilainya. Antara logam yang bernilai tinggi dalam industri pembinaan pula adalah Titanium yang digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana ia keras dan ringan. Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun dalam kebanyakan logam, magnet atau besi berani adalah logam yang paling aneh dan unik.

Di dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati Tongkat Ali mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Kayu Tas pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas. Manakala kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan Nabi Syuaib AS diperbuat daripada kayu Kokka.

Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlak atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.

Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa. Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid’ sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.

Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:

1. Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
2. Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
3. Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum, insya Allah sembuh.
4. Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
5. Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
6. Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
7. Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
8. Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
9. Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
10. Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
11. Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
12. Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan, alhamdulillah.
13. Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya, insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.

Thursday, February 4, 2010

CONTOHI FATIMAH

Dia dilahirkan melalui dua manusia yang sungguh mulia. Muhammad bin Abdullah, ayahandanya yang sangat menyayanginya, sekaligus merupakan seorang nabi yang paling mulia di antara nabi yang diutus dan bonda tercintanya, Khadijah binti Khuwailid, seorang wanita yang mengorbankan segala yang dimilikinya demi kebenaran.

Tidak hairan jika beliau mewarisi segala kemuliaan dan kebesaran kedua orang tuanya, dan kelak bumi dan langit serta segala isinya akan menjadi saksi tentang ketegaran dan keagungan bayi tersebut. Kehadirannya di tengah-tengah bangsa yang biadab, keras kepala dan yang sanggup mengubur wanita hidup-hidup, menjadikannya lebih cemerlang dan bersinar. Semua itu terjadi bukan secara kebetulan dan tanpa perhitungan, akan tetapi akibat dari sebuah perencanaan Tuhan yang amat cermat dan tepat.

Dia lahir lima tahun setelah ayahanda tercintanya diberi tugas yang amat berat dan sangat suci, iaitu untuk menyelamatkan seluruh umat manusia dari kehancuran menuju kedamaian. Sang bayi, sebagaimana bayi-bayi lainnya, mendapatkan belaian kasih sayang daripada kedua tangan ibundanya dan curahan kecintaan daripada kedua mata ayahandanya. Dia mulai menyedari bahawa kehadirannya benar-benar merupakan anugerah Tuhan untuk kedua orang tuanya. Hari demi hari silih berganti, dilewatkannya dengan penuh keindahan dan kesenangan. Namun, kesenangan dan keceriaan si kecil tadi hanyalah merupakan satu episod khusus daripada serangkaian episod senario Tuhan yang penuh keharuan, kesedihan, deraian air mata, dan tekanan batin.

Di saat Saiyidatina Fatimah kecil beranjak usia lima tahun, ibunda tercintanya pergi untuk selamanya dan selang beberapa ketika ayahanda saudara beliau Abu Thalib pula menyusul. Belaian kasih sayang kedua tangan ibundanya tidak akan pernah dialaminya lagi. Sejak pemergian Abu Thalib dan Khadijah, Saiyidatina Fatimah harus bersiap-siap menghadapi kegetiran dan kepahitan hidup. Serigala-serigala padang pasir yang lapar dan sadis, sudah mulai menitiskan air liurnya dan meraung-raung, yang menandakan pesta jahiliah akan bermula. Mereka tidak sabar lagi untuk merobek-robek relung hati si kecil yang suci, Saiyidatina Fatimah, yang baru saja kehilangan ibundanya.

Ketegaran yang diwarisi Saiyidatina Fatimah, tidak menjadikannya sebagai seorang anak kecil yang mudah merengek. Dia tampil seakan-akan seorang wanita dewasa yang matang dan penuh pengertian. Jika dia menangis, hal itu bukan kerana dirinya sendiri, tetapi disebabkan ayahandanya dan para sahabatnya yang sentiasa diganggu dan disiksa kaum musyrikin.

Para ahli sejarah menceritakan, pernah suatu waktu ketika Rasulullah SAW sedang menunaikan solat di Masjid Al-Haram, beliau tunduk bersujud di hadapan Sang Pencipta. Tiba-tiba datanglah sejumlah pembesar Quraisy menghampirinya dan melempari kepala dan punggung beliau dengan kotoran binatang. Beliau diam dan tetap meneruskan sujudnya. Saiyidatina Fatimah menyaksikan sendiri perbuatan yang menimpa ayahandanya itu di hadapan kedua matanya yang bening. Lalu, dia segera mendekatinya dan membersihkan kotoran binatang tersebut dari kepala dan punggung ayahandanya dengan kedua tangannya yang lembut. Kedua matanya berderai air mata. Sesekali terdengar esak tangis dari rongga dadanya yang dalam, keluar tidak tertahan lagi. Rasulullah SAW segera menatap muka Saiyidatina Fatimah yang sedih, kemudian memeluknya sambil bersabda, "Putriku, janganlah engkau bersedih. Hal ini tidak akan berlangsung lama," sambil menghiburkannya. Betapa besar perjuangan dan pembelaan Saiyidatina Fatimah terhadap ayahandanya, sehingga peranan Saiyidatina Fatimah seakan-akan tidak lagi sebagai putri Rasulullah. Tetapi sebaliknya, Saiyidatina Fatimah yang begitu dewasa dan matang peribadinya dan selalu berada di samping ayahandanya, seakan-akan menjadi ibu bagi ayahandanya sendiri. "Saiyidatina Fatimah Ummu Abihaa," demikianlah Rasulullah SAW menggelarinya.

Sebagai seorang putri Rasulullah SAW, Saiyidatina Fatimah hidup dengan penuh kesederhanaan. Dalam kitab-kitab hadis diriwayatkan, Salman Al-Farisi kelaparan, lalu dia mengelilingi rumah isteri-isteri Nabi yang sembilan, tetapi dia tidak mendapat apa-apa. Ketika hendak kembali, dia melihat rumah Saiyidatina Fatimah. Lantas dia berbisik, "Mudah-mudahan ada rezeki di rumah Saiyidatina Fatimah puteri Nabi Muhammad SAW." Kemudian dia mengetuk pintu rumah Saiyidatina Fatimah. Dari balik pintu terdengar suara, "Siapa di balik pintu ?" "Aku, Salman Al-Farisi," sahut Salman. "Wahai Salman, apa yang Anda inginkan?" tanya Saiyidatina Fatimah. Lalu Salman menceritakan maksudnya. Setelah itu, Saiyidatina Fatimah berkata, "Wahai Salman, Demi Yang mengutus Muhammad SAW dengan kebenaran sebagai nabi. Sungguh, aku sudah tidak makan selama tiga hari. Demikian pula, Al-Hasan dan Al-Husain, gementar sekujur tubuhnya kerana sangat lapar. Lalu keduanya tertidur bagaikan dua ekor anak burung yang tidak berbulu. Tapi aku tidak menolak kebaikan, jika datang di pintuku," jelas Saiyidatina Fatimah. Kemudian Saiyidatina Fatimah melanjutkan perkataannya, "Wahai Salman. Ambillah baju perang ini, lalu pergilah kepada Syam’un Yahudi dan katakan kepadanya bahawa Saiyidatina Fatimah puteri Muhammad berkata kepadamu, "Berilah aku seikat kurma dan gandum, dengan jaminan baju besi ini. Nanti Insya Allah aku akan membayarnya kepadamu." Lalu Salman mengambil baju besi itu dan membawanya kepada Syam’un Yahudi. "Wahai Syam’un, ini adalah baju besi Saiyidatina Fatimah putri Muhammad SAW., dia berkata kepadamu, "Berilah aku utang seikat kurma dan gandum, nanti Insya Allah aku akan membayarnya kepadamu." Kemudian Syam’un mengambil baju besi tersebut, dan membolak-balikannya dengan telapak tangannya, sementara kedua matanya berderai air mata sambil berkata, "Wahai Salman, inilah kezuhudan dalam dunia. Inilah yang diberitakan oleh Musa bin Imran kepada kami di dalam Taurat. Kini aku bersaksi, tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya." Si Yahudi tersebut akhirnya masuk Islam. Selain hidupnya yang amat sederhana, Siti Saiyidatina Fatimah juga dikenali sebagai seorang ‘abidah (ahli ibadah). Al-Hasan bin ‘Ali berkata, "Aku melihat ibuku, Saiyidatina Fatimah, berdiri di atas mihrab-nya pada malam Jumaat. Beliau sentiasa rukuk dan sujud hingga cahaya fajar menyingsing. Aku mendengar dia mendoakan orang-orang Mukmin dan Mukminat, bahkan menyebutkan nama-nama mereka satu demi satu. Dia banyak mendoakan mereka, tetapi tidak mendoakan dirinya. "Lalu aku bertanya kepadanya, "Wahai Ibu, mengapa engkau tidak mendoakan dirimu sendiri, sebagaimana Ibu mendoakan yang lainnya?" Beliau menjawab, "Wahai anakku. Tetangga lebih dahulukan, baru rumah sendiri".

Saiyidatina Fatimah juga adalah seorang Muslimah yang sangat afifah. Pernah suatu waktu Nabi bertanya kepadanya, "Apa yang terbaik bagi wanita?" "Iaitu wanita yang tidak melihat lelaki dan tidak dilihat lelaki," jawabnya dengan yakin. Lalu Nabi memeluknya sambil membacakan ayat berikut, "Satu keturunan yang sebahagiannya dari yang lain." (QS Ali Imran, 3 : 34). Saiyidatina Fatimah yang sejak usia kecil sudah menderita, maka penderitaan baginya menjadi suatu yang biasa. Ironisnya, penderitaan dan kepedihan tersebut makin menguat sepeninggal ayahandanya tercinta. Jika Saiyidatina Fatimah ketika kecil dan dewasa menyaksikan dengan sedih gangguan kaum Musyrikin terhadap ayahandanya hingga akhir hayatnya, Saiyidatina Fatimah menyaksikan pengkhianatan dan eksploitasi umat ayahandanya terhadap suaminya, Ali, dan dirinya sendiri. Sudah tentu, yang terakhir lebih melukai dan menyakiti hatinya.

Pernah satu hari ketika Saiyidatina Fatimah bersimpuh di pusara ayahandanya, untuk mengadu tentang keadaan yang telah berubah secara drastik sepeninggal ayahnya. Dengan suara parau dan mengharukan, dia berkata, "Wahai ayahku, sepeninggalanmu sungguh betapa banyak berita duka dan tekanan terhadapku. Sekiranya engkau masih berada di tengah-tengah kami, maka kesulitan itu tidak akan banyak." Walaupun Saiyidatina Fatimah masih berduka dengan kematian ayahandanya tercinta, dia tetap tampil tegar ketika melihat adanya penyimpangan-penyimpangan di tengah masyarakat Islam.

Sejarah telah merekamkan untuk kita, setelah pemergian ayahandanya, lalu kaum Muslimin mengangkat Abu Bakar sebagai khalifah, maka Siti Saiyidatina Fatimah menjelaskan tentang tauhid, kenabian, dan kepemimpinan serta memperingatkan penyimpangan-penyimpangan yang dilakukan sejumlah kaum Muslimin. Banyak dari kalangan sahabat Nabi yang menangis tatkala mendengarkan khutbah dan peringatan Saiyidatina Fatimah tersebut. Akhirnya, Saiyidatina Fatimah pulang ke pangkuan Ilahi, enam bulan setelah pemergian ayahandanya. Saiyidatina Fatimah pergi dengan hati yang duka dan terluka. Saiyidatina Fatimah diciptakan seakan-akan hanya untuk mendampingi ayahandanya. Sejak dia berusia lima tahun, dia sudah menjadi seorang ibu bagi ayahandanya. Kemudian setelah sang ayah pergi, dia pun segera pergi menyusulnya.

Besar sungguh jasamu, wahai Saiyidatina Fatimah, dalam membela ayahmu. Sungguh panjang dan dalam deritamu, sejak ayahmu menjadi mangsa herdik kaum Musyrikin. Betapa sakit hati dan pedih hatimu di kala engkau menyaksikan pengkhianatan dan penyimpangan sebahagian umat ayahmu. Salam sejahtera atasmu, wahai Saiyidatina Fatimah, di hari lahirmu, di hari penderitaanmu dan di hari wafatmu.

Moga kita mengambil pengajaran di atas cerita tersebut...

Wallaua'lam

Wednesday, February 3, 2010

MUNGKIN DIAM ITU LEBIH BAIK

Assalamualaikum buat pembaca yang terus setia tidak jemu membaca bingkisan ilmu yang tidak seberapa.

Banyak perkara di dalam dunia ini yang kita tidak boleh luahkan dengan kata-kata, bahkan banyak perkara yang kita diamkan itu lebih baik cara penyelesaiannya. Di antara kata-kata dan berdiam diri adalah satu perjudian yang besar taruhannya.

Lelaki tidak boleh mengahwini seorang gadis tanpa melamarnya, seorang makmum tidak boleh menyatakan sesuatu kepada sahabatnya demi menyelamatkan solatnya. Inilah ketetapan yang mesti diterima oleh kita semua...

Berkaitan dengan apa yang berlaku di Universiti Malaya baru-baru ini, say ateringat satu kata-kata seorang wali Tuhan di dalam kitabnya HIKAM ; musibatul qaumi fawaidu..Maksudnya, pada musibah yang menimpa sesuatu kaum itu terdapat beberapa faedah. Apa pun yang difikirkan, yang pasti perpecahan itu memang perkara yang telah diceritakan oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Seorang ulamak pernah berjumpa dengan Abu Yazid Al Bastomie dan bertanya mengapa ia tidak menziarahinya sehingga lama tidak bersua muka. Lantas beliau menjawab doaku kepadamu di waktu malam pada setiap hari itu lebih erat daripada bertemu denganmu. Ringkasnya, mengeratkan perpaduan, merapatkan perbezaan dan sebagainya tidak semestinya dengan duduk di bawah satu bumbung, di dalam satu kumpulan dan tidak bergerak ke mana-mana...

Pesanan ini bukan bersempena dengan apa-apa peristiwa, ianya dipetik daripada kitab Nasoeh-dinniah (nasihat-nasihat agama). Imam Shafie berkata : Kata-kataku ini umpama perak, diamku ini umpama emas. Imam Haddad Al-Ba'lawi pula berkata : Berdiam itu tanda sopannya seorang ulamak dan penutup bagi kecacatan si jahil. Mafhum hadis juga ada berbunyi, sesiapa yang banyak cakapnya, banyak salahnya. Siapa yang banyak salahnya banyak pula dosanya.

Seorang guru itu mendidik dengan kata-katanya, seorang murobbi itu mendidik dengan seluruh kehidupannya..maka jadilah seorang MUROBBI wahai sahabatku sekalian!!

Kita semua akan nampak kebenaran kata-kata ulamak ini dengan diamalkan, percayalah. Kita tidak boleh kawal semua benda dalam dunia ini untuk mengubah orang. Kita pastikan yang kita tidak berubah..dahulunya sopan santun, luhur budinya..kini semakin rendah akhlaknya, buruk pekertinya, tinggi buruk sangkanya, hilang rasa hormat pada orang lain. Pastikan diri kita tidak berubah, selesa dirujuk, dilihat sebagai pengasih bagi semua pihak tidak kira apa ideologinya.

Kebenaran itu bukan permit untuk segala-galanya. Mungkin ada kehendak hati kita yang tergalang atau terganggu disebabkan banyak hati yang terguris dengan lidah kita. Seorang wali di kalangan bani Israel dahulu mengatakan lapan ribu kesengsaraan dapat kita elakkan dengan hanya berdiam diri......

Wallahua'lam...

Sekian

JODOH, PILIHAN ATAU TAKDIR

Apabila memperkatakan soal jodoh atau pasangan timbullah persoalan:apakah jodoh atau pasangan itu dipilih atau ia penentuan takdir semata-mata? Pelbagai telahan diberikan ada yang mengatakan bahawa jodoh itu,ketentuan Allah dan manusia perlu akur dengan kehendak-Nya dan ada pula yang mengatakan pasangan itu perlu dipilih di cari dan diselidiki ia bukannya penentuan takdir semata.

Sebenarnya,manusia dikehendaki berikhtiar untuk mendapat sesuatu dan Allah memberikan ikhtiar itu kepada manusia. Menerima takdir semata-mata bukanlah bererti menunggu tanpa ada usaha untuk mendapatkannya,untuk mendapatkan sesuatu ia mestilah diusahakan kemudian barulah menyerahkan segalanya untuk takdir menentukan sama ada baik atau buruk juga berjaya atau tidak.Begitu juga dengan jodoh, walaupun Allah S.W.T sudah menentukan siapakah bakal pasangan seseorang, namun usaha untuk mendapatkan yang terbaik tidak boleh diabaikan.

Dalam soal pasangan ini,Islam tidak membiarkan manusia bertindak sendiri kerana soal pembinaan rumahtangga bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh. Oleh yang demikian, Islam memberikan beberapa garis panduan kepada manusia untuk membina rumahtangga dan keluarga yang bahagia dan ini termasuklah panduan dalam memilih pasangan yang sesuai.

Setiap orang ingin memiliki isteri atau suami yang boleh membahagiakan rumahtangga. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda dalam satu hadisnya yang masyhur bermaksud:

"Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara.Kerana hartanya, kerana keturunannya, kecantikannya dan kerana keagamaannya. Maka utamakanlah yang beragama nescaya kamu mendapat kebahagiaan".

Dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang ciri-ciri yang biasanya menjadi asas pertimbangan dalam memilih isteri. Walau bagaimana pun Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa ciri keagamaanlah yang perlu diutamakan dalam melakukan pemilihan.

Penegasan terhadap keutamaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam ayat al-Quran yang bermaksud:

"Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri di belakang suaminya oleh kerana Allah telah memelihara mereka".

Perkara ini perlu ditekankan kerana isteri yang mempunyai pegangan agama yang kuat akan sentiasa taat kepada suaminya dan akan sentiasa memelihara kehormatan dirinya.

Namun begitu nilai-nilai atau ciri-ciri lain tidaklah ditolak dalam menentukan pilihan, kerana ia merupakan unsur pelengkap kepada kebahagiaan rumahtangga. Ciri-ciri seperti kecantikan merupakan pendorong kepada kemesraan dan juga kecintaan suami terhadap isteri.

Apabila suami memandang isterinya yang cantik maka timbullah perasaan kasih dan cinta yang mendalam dan ini akan menjaga pandangan suami dan seterusnya ia akan melengkapkan lagi tuntutan daripada perkahwinan itu sendiri.D alam hal ini Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai perempuan yang disifatkan baik, Rasulullah menjawab:

"Perempuan yang mengembirakan suaminya apabila dipandang mematuhi suaminya apabila disuruh dan tidak membantah suaminya samada tentang diri atau harta".

Dalam satu hadis yang lain Baginda bersabda bermaksud:

"Sebaik-baik isteri ialah yang tercantik rupa parasnya dan ringan
maharnya".

Di samping itu Rasulullah s.a.w memperingatkan tentang keburukan mengutamakan pemilihan pasangan berdasarkan ciri-ciri kecantikan, harta dan kedudukan atau keturunan semata-mata.Antaranya hadis Baginda yang bermaksud:

"Sesiapa yang mengahwini seseorang perempuan semata-mata kerana kemuliaannya, Allah tidak memberinya apa-apa pertambahan kecuali kehinaan. Sesiapa yang mengahwininya kerana harta, Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kemiskinan. Sesiapa yang mengahwininya kerana kedudukan keluarganya Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kehinaan. Tetapi barangsiapa yang mengahwini perempuan bukan dengan tujuan yang lain melainkan untuk mengawal dan menjaga pandangan atau penglihatannya dan menjaga kehormatannya atau dengan tujuan menghubungkan silaturrahim Allah akan memberkati ke dua-dua lelaki dan perempuan". (Hadis riwayat Ibn Hibban)

Antara ciri-ciri lain yang diutamakan dalam pemilihan pasangan ialah berpotensi untuk melahirkan zuriat yang ramai kerana zuriat akan menjadi penyumbang kepada kebahagiaan rumahtangga dan lambang kasih sayang suami isteri.

Di samping itu ia menjadi aset yang paling besar kepada umat Islam sebagai penyambung kepimpinan dan penguasaan di dunia ini.Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Kamu kahwinilah perempuan yang penyayang dan boleh melahirkan anak yang ramai kerana aku bangga dengan umatku yang ramai di hari Akhirat kelak".

Begitu juga pasangan yang dipilih itu hendaklah tidak terdiri dari kerabat yang dekat. Tujuan perkahwinan ialah untuk menyambung silaturrahim,memperkembangkan masyarakat, mempereratkan hubungan sesama manusia dan mengelakkan terjadinya sikap perkauman kerana itulah Islam menggalakkan perkahwinan itu terjadi antara orang yang bukan di kalangan kaum kerabat.Rasulullah saw sendiri bersabda yang bermaksud:

"Janganlah kamu berkahwin dengan sanak saudara kerana ia akan melahirkan anak yang berbadan kurus,lemah dan kurang mampu berfikir".

Begitupun ciri-ciri ini bukan sahaja digunakan untuk menentukan calon isteri, malah tidak sedikit hadis-hadis yang memperkatakan tentang calon suami. Antaranya sabda Rasulullah saw dalam nasihatnya kepada wali (penjaga bagi anak perempuan) yang bermaksud:

"Apabila seseorang yang kamu yakini tentang keagamaan dan akhlaknya datang melamar (anak kamu) maka kahwinkanlah dia.Jika kamu enggan fitnah dan keburukan akan terjadi di dunia ini. Lalu orang ramai bertanya: Ya Rasulullah, kalaupun dia seorang yang kafir dan tidak berada?

Jawab baginda,Apabila seseorang yang kamu yakini tentang keagamaan dan akhlaknya datang melamar maka kahwinkanlah dia (dan Rasulullah menyebutnya hingga tiga kali)".

Hadis di atas jelas sekali mementingkan ciri atau aspek keagamaan dan akhlak dalam pemilihan.

Namun begitu sebagaimana lelaki diberikan hak untuk menentukan pasangan maka, wanita juga tidak dinafikan haknya dalam memilih, malah aspek-aspek seperti keturunan, rupa paras dan harta benda juga menjadi ciri asas kepada pertimbangan pemilihan selain keutamaan diberikan kepada ciri keagamaan dan akhlak.

Antara hadis Rasulullah saw dalam hal-hal seperti ini ialah penerimaan Rasulullah saw terhadap penolakan Barirah untuk terus bersama suaminya yang masih hamba sedangkan dia sendiri sudah dimerdekakan. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Hai Abbas,tidakkah kamu kagum dengan kecintaan Mugith terhadap Barirah dan kebencian Barirah terhadap Mugith? Alangkah baiknya jika Barirah menerima Mugith kembali." Kata Barirah:

"Ya Rasulullah,apakah kamu menyuruh saya berbuat demikian?" Jawab Baginda: "Saya hanya mahu membantu". Barirah menjawab: Kalau begitu saya tidak lagi memerlukannya".

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w mengakui bahawa aspek kedudukan dan keturunan menjadi pengukur kepada pemilihan pasangan kerana itulah Rasulullah saw menerima penolakan Barirah terhadap Mugith kerana dia sudah merdeka sedangkan Mugith masih hamba.

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w juga mengakui bahawa aspek atau ciri kecantikan atau rupa paras juga menjadi pengukur untuk menerima pasangan dengan sebab itu Rasulullah saw menerima pemutusan ikatan perkahwinan atas sebab keburukan rupa paras.Ibnu Abbas telah meriwayatkan dalam suatu hadis yang bermaksud:

"Cerai khulu' yang pertama sekali dalam Islam ialah kes saudara perempuan Abdullah bin Ubai.Dia telah datang kepada Rasulullah dan berkata: "Wahai Rasulullah! Saya tidak akan bersatu dengannya (suami yang dikahwininya) buat selama-lamanya.

"Sesungguhnya apabila saya menyelak sebahagian daripada khemah saya melihat dia dalam satu angkatan.Saya dapati dialah yang paling hitam, paling pendek dan paling hodoh mukanya dalam angkatan itu." Kata suaminya: "Wahai Rasulullah,saya telah memberikan kepadanya (Isteri) sebaik-baik harta, iaitu sebuah kebun kalau dia memulangkan kembali kebun itu kepadaku!"

Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu: "Apa pandangan kamu?" Maka jawabnya: "Ya, malah kalau dia mahu, saya boleh tambah lagi." Maka Rasulullah lalu memisahkan antara keduanya.

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa sebab kepada perpisahan itu ialah penolakan isteri terhadap rupa paras suaminya yang buruk. Antara aspek lain yang juga diambil kira dalam pemilihan suami ialah kesihatan tubuh badan.

Dalam hal ini para FuQaha bersepakat memberikan hak kepada isteri untuk memohon fasakh jika didapati suami mempunyai penyakit yang boleh menghalang terlaksananya hubungan suami isteri.

Antara matlamat pensyariatan perkahwinan ialah untuk menyalurkan naluri kemanusiaan melalui jalan yang disyaratkan dan jika matlamat ini tidak dapat dipenuhi, peruntukan fiQh memberikan jalan keluar dengan mensyariatkan fasakh.

Begitu juga soal umur, ia juga diambil kira malah perkahwinan dengan lelaki atau perempuan yang lanjut usia dianggap makruh.Ini kerana sebahagian daripada matlamat perkahwinan itu iaitu untuk menyalurkan naluri kemanusiaan kemungkinan tidak akan dapat ditunaikan secara baik.

An Nasa'i meriwayatkan Abdullah bin Umar menceritakan bahawa ayahnya berkata: Abu Bakar dan Umar r.a telah meminang Fatimah. Rasulullah s.a.w lalu berkata: "Dia masih kecil".

Kemudian anaknya dipinang oleh Ali. Baginda lalu mengahwinkan Fatimah dengan Ali. Dalam riwayat di atas penolakan Rasulullah terhadap Abu Bakar dan Umar bukanlah kerana sesuatu sebab yang tidak baik yang ada pada mereka tetapi hanya kerana umur mereka yang terlalu jauh dibandingkan dengan umur Fatimah.

Walau bagaimana pun, jika soal agama dan akhlak menjadi kayu ukur dalam pemilihan isteri begitu juga dalam pemilihan calon suami, aspek tersebut tetap diutamakan dan nilai atau ciri-ciri lain diambil kira setelah asas agama dan akhlak dipenuhi.

Penutup Ideal atau realistiknya panduan yang diberikan oleh Islam dalam pemilihan pasangan bukanlah menjadi sebab kepada penolakan tuntutan perkahwinan. Islam tidak bertujuan untuk menyempitkan laluan ke arah perkahwinan, cuma jika syarat-syarat ini dipenuhi, Islam menjanjikan suatu suasana yang harmonis dan kebahagiaan yang didambakan oleh sebahagian besar pasangan yang berumahtangga.

Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:

"... & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu."

Bukanlah maksud di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal,tetapi,tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan.Secara umum,dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:

- Cara berkomunikasi
- Cara berfikir
- Tahap kepekaan dan perasaan
- Tanggapan
- Tindakan dan perbuatan
- Kaedah mempamerkan kasih sayang
- Kehendak mempamerkan kasih sayang
- Kehendak dan pengharapan
- Cara mempamerkan penghargaan
- Cara dan tahap pengorbanan
- Cara dan daya khayalan
- Daya pengamatan dan konsentrasi
- Cara dan pengisian doa

Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya.Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan.Sebaliknya orang lelaki biasanya,hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya.

Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan.Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.

Bagi orang perempuan,mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan, manakala bagi lelaki,mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.

Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat,jangan cuba membohongi isteri!

Orang perempuan,apabila risau atau mengalami ketegangan,akan menceritakan masalahnya kepada orang lain.Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.

Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan,apabila menyayangi seorang lelaki,akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain.Orang lelaki pula lebih fleksibel.

Orang perempuan mudah jadi marah,cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun.Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.

Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi.Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari, malah berminggu-minggu.

Sebenarnya, ada banyak lagi perbezaan antara lelaki dan perempuan, tetapi cuma dipaparkan intinya saja.Kalau anda dapat memahami inti perbezaan-perbezaan ini dengan baik, insya-Allah akan lebih mudahlah bagi anda suami isteri menangani sebarang perselisihan supaya tidak berlarutan hingga membawa kepada perpecahan rumahtangga.

Wallahu A'lam....

Tuesday, February 2, 2010

HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :

"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :

"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah daripada kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

BAKAL SUAMI PERLU TAHU...

Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid.Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Dari haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bagikan pada 4 tahap:
1. masa haid
2. masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih daripada kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.
3. masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan mengberhentikan kedatangan haid.
4. masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan krn tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.

Ringkasnya, minggu 1, 2 dan 4 adalah minggu kosong, tetapi minggu ke 3 adalah minggu subur.

Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, untuk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari. Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu. Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur.

Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru.

hari 1 7 14 21 28
tahap -- haid -- -tak subur- -- SUBUR -- -tak subur-

Tetapi kesemua teori di atas hanya dapat diketahui dengan jelas sekiranya seseorang perempuan atau bakal suami mengetahui bagaimana cara untuk mengenali haid. Terdapat 7 kaedah di mana ulama' telah bahas panjang lebar. Malangnya, saya tidak dapat ceritakan lebih lanjut 7 kaedah tersebut di dalam blog ini kerana perlukan komitmen yang jitu.

Untuk pengetahuan semua pembaca blog ini, saya sedang dalam usaha mengarang buku "DILEMA SEORANG WANITA - Permasalahan Haid". Buku ini saya ulas dengan lebih terperinci daripada Kitab Sabilal Muhtadin karangan ulama' terkenal mazhab As-Shafie. Mungkin hujung tahun akan diterbitkan kerana komitmen dalam menyiapkan pengajian Master saya.

Wallahua'lam..

ALLIANCE WITH THE SA'UDIYY FAMILY

Moreover, Ibn 'Abdul-Wahhab called upon the princes of eastern Arabia and the people of ad-Dar'iyyah(8) to support him. They carried his doctrine and made this endeavor a means to strengthen and expand their kingdom. They worked together to suppress the Bedouins of the deserts until they overcame them and those Bedouins followed them and became foot-soldiers for them without pay. After that, these masses started to believe that whoever does not believe in what Ibn 'Abdul-Wahhab said is a blasphemer, and it is Islamically lawful (halal) to shed his blood and plunder his money.

The matter of Ibn 'Abdul-Wahhab started to evidence itself in 1143 A.H. and began spreading after 1150 A.H. Subsequently, the scholars--even his brother, Shaykh Sulayman and the rest of his shaykhs-- authored many treatises to refute him. But Muhammad Ibn Su'ud, the Prince of ad-Dar'iyyah in eastern Arabia, supported him and worked to spread his ideology. Ibn Su'ud was from Banu Hanifah, the people of Musaylimah al-Kadhdhab(9). When Muhammad Ibn Su'ud died, his son 'Abdul-'Aziz Ibn Muhammad Ibn Su'ud took over the responsibility of fulfilling the vile task of spreading the Wahhabi beliefs.

Many of the shaykhs of Ibn 'Abdul-Wahhab in Medina used to say, "He will be misguided, and he will misguide those for whom Allah willed the misguidance." Things took place as per the speculation of the scholars. Ibn 'Abdul-Wahhab claimed his intention behind the madhhab he invented was "to purify the tawhid" and "repudiate the shirk." He also claimed people had been following the shirk for six-hundred years and he revived their Religion for them!!