Salam...huh tajuk entri kali ni memang hangat, sesuai dengan mood sekarang yang tengah 'hot'...
Dah lama tak keluarkan entri, mana taknya sibuk ke sana ke mari. Cuti baru ni pun aku di Baling selama hampir seminggu uruskan projek student di sana. Seronok jugak la...
Jam menunjukkan pukul 1.54pm..aku baru balik daripada mengadap supervisor aku. Banyak isu sebenarnya nak cerita ni, so blogging je la yang menjadi tempat melepaskan apa yang terbuku dalam hati.
Pertama : disebabkan terlalu sibuk sehingga aku terlupa nak renew master degree aku..due date sampai 25 Feb ni kalau tak kena denda RM300..mujur ada kawan aku remindkan..thanx to Lai! Pertama sekali aku kena renew GRAS aku untuk memastikan aku tak perlu bayar yuran pengajian yang hampir RM2000 setiap semester. Kedua, aku kena siapkan progress report reserch aku...kesemua tu kena uruskan segera. Due date memanglah nampak macam lama lagi tapi disebabkan kerenah birokrasi, nak mintak tandatangan dekan saja ambil masa seminggu memang susah la macam ni. UM memang Universiti paling lembab dalam urusan kerja ni...thats why ranking asyik jatuh.
Kedua : Semalam bila aku follow up balik claim research yang aku buat, rupa-rupanya benda tu pegawai tak submit lagi...naik angin aku. Facebook korang ada plak masa tapi submit benda yang mudah tak boleh nak buat. Aku tanya kenapa tak submit lagi? Diorang kata ada pembetulan yang perlu dibuat...giler r...aku dah hantar bulan 12 tahun lepas sekarang baru nak maklum kata ada pembetulan...siot! Dah la melibatkan duit aku....aku dah keluarkan duit aku hampir RM2000 untuk research tapi nak claim punya la lambat. Dah tau ada pembetulan, call la maklum kat aku tapi diam je....aiii bengang giler...
Kalau duit yuran, suruh student bayar segera tak boleh tangguh2...tak dibenarkan hutang tapi bila nak mintak duit kat UM nak kena sign tu la sign ni la...cop tu la cop ni la. Download borang la...betulkan tu la....bodoh UM ni...(emo sekejap...geram).
Ketiga : Aku baru dapat email dari jurnal yang aku submit kat India tahun lepas, dia suruh buat correction dalam masa dua hari kalau nak jurnal aku di publish Mac ni, kalau lambat jurnal tu akan publish bulan Jun. Terkejut beruk aku....correction tu bukannya senang nak buat. Aku kena repeat balik experiment yang aku dah buat...dan aku kena upah orang untuk run experiment tu selama 30 hari. Semua tu kena ada duit baru boleh buat....alahai....apa la nasib. Nasib baik first jurnal aku dah publish ISI tinggal second jurnal ni la yang nak buat hal. So aku discuss dengan supervisor aku, aku nak tangguhkan dulu since aku kena fokus pada research master aku dulu dan 3rd jurnal yang sedang collect data. Buku aku pun tak gerak2 lagi ni.....aduhhh!
Bila renung balik, hasil daripada pembacaan buku motivasi, aku dapat simpulkan memang nak berjaya kena tempuh dugaan dan cabaran dulu. Kejayaan datang bukan bergolek datang, kena hadapi. Memang peritlah...tapi yang aku geram kalau kerja tu lambat disebabkan aku tak ada masalah tapi kerja aku lambat disebabkan orang lain yang melambatkan......
Lagi satu, confirmation yang aku dapat bahawa aku tak boleh nak grad tahun ni......sebab kelas Methodology sem 3 dan candidature defence pun tak panggil2 lagi padahal result dah hampir siap.
Lebih teruk lagi, kena bayar lagi yuran graduasi RM100 padahal sem lepas dah bayar. Berapa kali langsung nak graduasi??? Lebih parah lagi kena bayar yuran peperiksaan RM30...kepala hotak la sejak bila by research ada exam plak....memang UM makan duit pelajar...sekali lagi thats why ranking jatuh.
Teruk betul la....ni baru master belum lagi phD. Memang macam ni ke???? Nak nangis rasa.
Tula pasal..bila kita berada di atas, kena ingat orang yang di bawah. Permudahkan la kerja orang. Aku selalu ingatkan diri aku, dah ada jawatan cuba mudahkan kerja orang lain. Tak perlu nak birokrasi sangat kalau just nak mintak sign. Tak perlu nak buat appointment kalau just nak cakap benda yang simple2...
Tu je la nak diluahkan. Perut pun rasa lapar...tengahari ni nak makan meggie je....kerja banyak lagi, menimbun yup! Malam ni plak ada meeting dan aku tak dapat datang....nak settlekan kerja. Hujung minggu nak kena siapkan data untuk 3rd jurnal aku...nak writing thesis lagi.
Sekadar meluahkan je...sekarang dah lega....=)
Ku menyusuri jalan ini.. Menyusun langkah terus mencari.. Memburu cinta redha Ilahi.. Menghindari dari dibuai mimpi...
IKLAN NUFFNANG
Wednesday, February 9, 2011
Monday, January 24, 2011
PART TIME TUTOR
KINDERGARTEN/DAYCARE VACANCY PART TIME |
(Bangsar Baru) |
We are looking for permanent part time Teachers / Child care Assistants who can speak/write/communciate in at least two of the following languages - English, BM, Mandarin and Tamil. |
The Rate will be RM6.00 per hour, minimum 8 hours per week and the commitment is at least one academic year. |
Please contact 012-391 3077 for more details. |
Counseling, Career & Disability Section
Universiti of Malaya
Friday, January 21, 2011
PESAN ABANG UNTUK ADIK
Lebih bijak diri seseorang, lebih banyak yang perlu dipelajari (Don Herald)
Lautan yang tenang tidak menghasilkan nelayan yang cemerlang (Peribahasa Afrika)
No man, no idea, no institution becomes great until great resistance has been encountered.
Ada 7 jenis ketakutan manusia
- Public speaking 41%
- Heights 32%
- Insects & bugs 22%
- Financial 22%
- Deep water 22%
- Sickness 19%
- Death 19%
Meaning that....orang lebih takut pada public speaking berbanding kematian....
Jadilah pengkritik terhebat kepada diri sendiri
Jadilah seperti setem, melekat pada tempat sehingga sampai ke destinasi : ini bermakna setiap apa yang kita buat kita rasa betul dan kita yakin akan berjaya, maka istiqamahlah sehingga kejayaan tercapai.
Kalau seketul batu perlukan 101 ketukan, maka jangan berhenti pada ketukan yang ke-100 nescaya batu tidak akan pecah. Teruskan mengetuk sehingga capai matlamat.
Harus ingat...setiap tindakan kita, apa jua tindakan sama ada baik atau buruk PASTI ada keputusan. Where there is an effort, there will be a result ! sooner or later....
Cth : anda buat nota kecil di saat-saat akhir peperiksaan akan tiba, anda rasakan perbuatan anda sia-sia. Buang pemikiran negatif itu. Setiap usaha pasti ada keputusan. Mungkin dengan membuat nota tersebut, andai dalam dewan peperiksaan otak anda 'jem' seketika, kemudian ditakdirkan anda ingat point2 dalam nota yang anda buat, kan boleh membantu ?? Inilah yang terjadi pada saya dulu...=)
Anda selalu main game (pes), selalu sangat sampaikan solat jemaah tak pergi, study pun tak malah dalam sehari kadang2 tak pernah sentuh buku, ingatlah setiap tindakan pasti ada keputusan..sooner or later. Kadang2 manusia ni leka...dia rasa masa ni terlalu panjang, cuba anda cari jam digital yang mana saat dia berjalan dan berkurangan...59, 58, 57, 56, 55 dll....anda pasti akan kelam kabut dan cemas kerana itulah nyawa anda yang semakin hari semakin berkurangan sedangkan ilmu, amal masih di takuk yang lama...
Sebab itulah Sabda Nabi tercinta, orang yang paling bijak di kalangan kamu adalah orang yang sentiasa mengingati mati...
Mengingati mati bukan bermaksud anda kena sentiasa sedih maklumlah dah nak mati, kena beribadah saja....no....no....no...
Mengingati mati bermaksud, anda bekerja seolah-olah anda akan hidup selama-lamanya, anda beramal ibadah, menuntut ilmu seolah-olah esok sudah tiada lagi....nah gitu !!
So apa tunggu lagi ??? Jangan buang masa. Terutamanya anak muda...ingatlah pesan Abang yang bakal berumur 24 tahun ni =) huh !
Hayatilah LAGU yang membangkitkan motivasi saya untuk terus berjaya =)
Hayatilah LAGU yang membangkitkan motivasi saya untuk terus berjaya =)
Sekian salam sayang.....
Wednesday, January 19, 2011
Tawaran Tuisyen
1) Std5 student.
Subjects: BM, Maths.
Area: Keramat AU3, KL.
Frequency: Two classes per week.
Duration: 1.5 hours per class.
Tuition Days: Tuesday & Thursday.
Tuition Time: Evening/night.
Tuition Fees: RM30 per hour (about RM360/month).
Comments: Prefer male tutor.
Date: Wednesday, January 19, 2011.
Status: Job is Open - please apply.
Call Alex at 016-2838737 or 03-91331521 anytime between 9am to 5pm. (Monday - Friday)
2) Group tuition (Two Std6 students).
Subjects: Maths, BM.
Area: Taman Zaba,(Taman Tun Dr Ismail) KL.
Frequency: One class per week.
Duration: 2 hours per class.
Tuition Day: Negotiable.
Tuition Time: Negotiable.
Tuition Fees: RM50 per hour (about RM400/month).
Comments:
This agent will charge a commission from the first month's salary.
Date: Wednesday, January 19, 2011.
Status: Job is Open - please apply.
Subjects: BM, Maths.
Area: Keramat AU3, KL.
Frequency: Two classes per week.
Duration: 1.5 hours per class.
Tuition Days: Tuesday & Thursday.
Tuition Time: Evening/night.
Tuition Fees: RM30 per hour (about RM360/month).
Comments: Prefer male tutor.
Date: Wednesday, January 19, 2011.
Status: Job is Open - please apply.
Call Alex at 016-2838737 or 03-91331521 anytime between 9am to 5pm. (Monday - Friday)
2) Group tuition (Two Std6 students).
Subjects: Maths, BM.
Area: Taman Zaba,(Taman Tun Dr Ismail) KL.
Frequency: One class per week.
Duration: 2 hours per class.
Tuition Day: Negotiable.
Tuition Time: Negotiable.
Tuition Fees: RM50 per hour (about RM400/month).
Comments:
This agent will charge a commission from the first month's salary.
Date: Wednesday, January 19, 2011.
Status: Job is Open - please apply.
Please call the Tuition Agent, Mr Loh at 012-2886195.
KONVENSYEN DARI 0 SAMPAI JUTAWAN HARI TERAKHIR
Sekadar berkongsi pengalaman....Konvensyen Dari 0 Sampai Jutawan telah tamat pada 16 Jan 2011. Sangat menarik pengisiannya. Antara elemen yang dapat diambil adalah...Kebahagiaan, Ketenangan, Kegigihan, Kecekalan, Berani serta Yakin pada diri sendiri membuatkan seseorang itu MESTI berjaya sekiranya kesemua elemen ini diamalkan.
Berikut ingin dikongsikan bersama gambar-gambar yang diambil semasa konvensyen berlangsung.
Ketika sesi fotografi
Norman KRU, Jutawan & Pengasas KRU studio (tak sempat nak ambil gambar dgn beliau)
Bersama Irfan Khairi, Jutawan Internet merangkap Sifu aku
Bersama Billi Lim, Jutawan Berani Gagal merangkap bekas pelajar KK4 tahun 80an.
Sempat meminta no.tel dan bisnes kad beliau...hehe
Nafsuku membuak-buak bila nampak buku, tapi satu pun aku tak beli sebab rata-ratanya buku
di situ semuanya aku dah miliki...hehe
I love books!!!
Sijil Penyertaan (bolehla nak apply utk sekolah asrama penuh nanti..huhu)
Sekian salam sayang...=)
Sunday, January 16, 2011
TIP KEJAYAAN OLEH DATO' DR AZMAN CHING
~ Belajar sesuatu yang tak biasa kita guna, kita pakai barulah resultnya luar biasa.
~ Orang miskin boleh jadi kaya kerana belajar, orang kaya semakin kaya kerana belajar.
OTAK ~ tak ramai guna
MATA ~ tak ramai yang berpandangan jauh
TANGAN ~ tak ramai yang merebut peluang yang ada di depan mata
~ Hanya 1 rahsia untuk maju ke hadapan = MULAKAN LANGKAH
Saya DENGAR, saya lupa
Saya LIHAT, saya ingat
Saya LAKUKAN, barulah saya faham
(Confucius)
3 Asas Rahsia Kejayaan (sangat penting)
1. Tugas adalah ketua
2. Ikut arahan dan segalanya akan berjalan dengan lancar
3. Janji mesti ikhlas
Tahukah anda, hanya 5% sahaja orang yang berjaya!!!!!
Kenapa????
70% ~ yang ingin berjaya
10% ~ yang mengharapkan kejayaan
8% ~ yang berhasrat untuk berjaya
7% ~ yang berkomitmen untuk berjaya
5% ~ yang BERTEKAD untuk berjaya (dan inilah yang akan berjaya)
" Dari sesuatu KEINGINAN menjadi sesuatu HARAPAN dan berHASRAT sampai berapi-api dan seterusnya berKOMITMEN tegas, menjadi sesuatu keyakinan yang penuh, akhirnya merancang dengan terperinci dan berJUANG sampai berhasil"
Wasiat Saidina Ali :
1. Dosa yang paling besar adalah TAKUT
2. Gerak badan yang paling besar adalah KERJA
3. Bahaya yang paling besar adalaha PUTUS ASA
4. Berani yang paling besar adalah SABAR
5. Guru yang paling besar adalah PENGALAMAN
6. Laba yang paling besar adalah ANAK SOLEH
7. Hadiah yang paling besar adalah KESEMPATAN
8. Modal yang paling besar adalah KEPERCAYAAN DIRI
5 Kepercayaan Penentu Kejayaan Anda (jerit sekuat-kuat hati sampai terjaga minda separuh sedar)
1. Kejayaan itu datang dari SIKAP YANG BAIK
2. Aku insan luar biasa aku pasti berjaya!!!!
3. Aku adalah apa yang aku FIKIRKAN
4. Bukit kalau tak berubah, aku UBAH DIRIKU
5. Nasib berada di tangan kita, bukan orang lain
Kecemerlangan Bukan Kerana Tindakan tetapi TABIAT
Nak berjaya kena ada PENGGANDAAN
Manusia mempunyai 2 mata :
1 mata pandang kebaikan orang
1 mata pandang keburukan diri sendiri...
baru boleh berjaya =)
Kawal 5 Bahagian :
1. Emosi
2. Kesihatan
3. Perhubungan sesama manusia
4. Kewangan
5. Masa
Cara pintas untuk berjaya :
1. Bekerja dengan orang yang berjaya
2. Minta bantuan dengan orang yang telah berjaya
Kesimpulan : Kejayaan memerlukan Kesabaran, Ketabahan, Kegigihan
BARULAH ANDA BERJAYA!!!!!!
KONVENSYEN DARI 0 SAMPAI JUTAWAN
Salam sejahtera buat pembaca yang budiman...pada malam ni tepat jam 11.41pm saya ingin berkongsikan pengalaman menghadiri Konvensyen Dari 0 Sampai Jutawan yang diadakan pada 15 & 16 Januari 2011 (Sabtu & Ahad) di PWTC.
Konvensyen ini dikendalikan oleh Peoplelogy Community Sdn Bhd di mana 7 Jutawan Malaysia berkumpul berkongsikan pengalaman dan tip-tip yang berguna kepada semua usahawan yang hadir. Antara jutawannya adalah Datuk Dr. Azman Ching (Mentor Jutawan), Chef Ismail (Pakar Industri Makanan), Datuk Dr. Maznah Hamid (Pakar Industri Keselamatan), Norman KRU (Pakar Industri Hiburan), Irfan Khari (Pakar Internet), Abang Abu (Pakar Kewangan dan Billi Lim (Pakar Jualan). Rasa begitu teruja bila melihat secara live kesemua jutawan yang hadir.
Selesai sudah hari pertama konvensyen di mana pada sesi pertama Datuk Dr. Azman Ching memberikan talk motivasi bagaimana nak bina keyakinan diri dalam perniagaan. Memang cukup teruja dan bersemangat. Beliau menceritakan bagaimana beliau bermula dan menunjukkan video-video individu-individu yang berjaya yang rata-ratanya bermula dengan kesusahan. Sewaktu beliau menayangkan video insan kurang upaya yang begitu gigih menjalani hidup seharian malah tiada rungutan dan keluhan langsung membuatkan peserta yang hadir ada yan menangis..(sebenarnya aku pun mengalir gak air mata tapi tak tunjuk la...huhu).
Selesai saja sesi pertama, sesi kedua disambung dengan motivasi yang diberikan oleh Chef Li, Pakar Masakan yang tidak asing lagi kemudian disambung dengan Datuk Dr. Maznah Pengasas Securiforce yang diberi gelaran Iron Lady. Talk yang diberikan oleh beliau membuatkan peserta tak henti ketawa..memang lucu betul. Maklumlah gaya orang Kedah bagi motivasi...gaya selamber...mulut lepas. Memang bersifat motherhood, penuh dengan kasih sayang.
Di akhir sesi, agak lewat gak la lebih kurang pukul 7 baru habis, kami melakukan sesi networking dengan bertukar-tukar kad bisnes. Banyak betul networking yang aku dapat pada hari ini...tu baru hari ni belum lagi esok...
Antaranya, aku dapat kenalan yang mengasas spa di Bangi (aku bercadang nak join venture bisnes dengan dia since bisnes kami agak sama melibatkan kesihatan), ada pula yang dah memang bergelar jutawan, ada yang pengusaha kek lapis, roll cake, ada yang jadi consultant gold investment dan banyak lagi yang mana aku boleh simpulkan bahawa kesemua mereka hebat-hebat belaka dan boleh membantu aku di masa hadapan nanti. Kata madah pujangga, nak kaya dan berjaya duduklah dengan orang yang kaya dan berjaya, kita akan dapat auranya begitu juga nak jadi pandai duduklah dengan orang yang pandai-pandai, nak jadi alim bergaullah dengan orang alim-alim.
Esok awal pagi, aku kena bertolak dari sini pukul 7 lebih bagi memastikan aku sampai awal. Boleh borak-borak sambil berkongsi perniagaan...fuh teruja betul. Esok sesi Norman KRU, Irfan Khairi, Billi Lim, Abang Abu dan penutup disampaikan sekali lagi oleh Dr. Azman Ching. Yes!!!!
Nanti aku akan selitkan antara kata-kata perangsang yang aku sempat catat ketika Dr. Azman menyampaikan ceramahnya.
Hanya ini sahaja gambar yang dapat diambil kerana kamera dilarang sama sekali dibawa masuk. Esok abru nak try ambil gambar dengan Kesemua Jutawan yang hadir....kalau dapat.
Wslm
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)