IKLAN NUFFNANG

Friday, June 18, 2010

STRENUOUS DAY

Salam ukhwah fillah abadan abada...

About 2 weeks I didn't put any article in my blog..just because I was too busy, rushing here and there, joining lots lots of activities. From Langkawi to Bukit Tinggi then to Terengganu...

Alhamdulillah, malam ni pada tanggal 17 Jun 2010, tepat jam 11.10 pm aku berkesempatan untuk mencoret sedikit perkongsian pengalaman pada hari ini yang ternyata lebih baik daripada semalam.

Baru saja selesai solat isyak...badan letih tak terkata. Jadual hari ni agak padat, sama macam semalam dan esok menjanjikan seribu satu kesibukan dan tugasan yang perlu diselesaikan.

Bermula dengan awal pagi, selesai saja baca Quran, I flip through my diary to recall what things to do today so that I don't miss any task that had been planned.

8-9 am

Aku mengajar seorang murid darjah 3. Bermula dengan bacaan Iqra' beserta tajwid diikuti dengan Bahasa Arab dan Fardu Ain. Alhamdulillah, ada improvement...apa yang diajar dapat difahami. Sempat menyemak hafalan doa iftitah. Esok boleh sambung dengan rukun solat yang seterusnya.

9-10 am

Selesai saja mengajar, I rushed to CIMB Bank for an appoinment with a guy to discuss about investment of unit trust..

10-1 pm

Rushed ke Bukit Tinggi for research. Sampai saja ke Bukit Tinggi, sejuk hati aku bila tengok ikan2 aku tengah berenang dengan gembiranya...haha.

After feeding on them, I continued my next task...separated 3 month old catfish into 2 different groups of sex, male and female. This part was really challenging. How to recognize the sex as their reproductive organ was not matured enough to be recognized..but I tried.

Bila saja aku buang air yang ada dalam tangki, terkejut beruk aku bila tengok ikan aku ada yang sebesar peha...umur baru 3 bulan tapi mak aiii besar giler..........

Takut juga nak pegang tapi kena atasi kalau tak macam mana nak dapat data. So aku buat2 la beranikan diri pegang satu2, belek sana belek sini nak check anu dia, jantan ke betina...hehe. Terbongkok-bongkok aku, memang lenguh jangan dikata. Peluh badan aku waktu tu, dengan panas lagi. Kerja tu settle lebih kurang 2 jam...memang memenatkan.

1-2 pm

Finished my task. Aku kemas2 barang terus bawa motor ke hentian rehat Genting Sempah untuk lunch dan solat zuhur. Aku kena cepat sebab aku ada kelas tuisyen di Sungai Pusu, Gombak.

Lebih kurang jam 2.10 pm aku terus gerak. Tapi malang sikit nasib waktu tu sebab tersalah masuk jalan so terpaksa patah balik. Dalam pukul 2.40 pm baru sampai dengan keadaan badan yang sangat letih...huhu.

2.40-5.10 pm

Kelas kali ni aku terpaksa buat double untuk gantikan kelas yang tertangguh. Problem sikit kelas ni sebab anak murid yang aku ajar ni kurang memuaskan. Terpaksa aku berkeras sikit. Naik jugak la darah aku...hah.

Habis saja kelas aku terus berkejar balik kolej. Malam ada kelas lagi..aduh...

So aku sampai kolej dalam pukul 6, terus solat asar, rehat sekejap. Jam waktu tu dah pukul 6.45 pm so aku naik dewan makan untuk makan, alas perut. Balik bilik terus bersiap. Aku solat maghrib dulu baru bertolak.




********************************************************************

Sehingga la pada malam ini...best bukan hidup macam ni??? Betul...seronok...seronok sangat. Happy!!!

Di sini terdapat sedikit bingkisan madah pujangga, kata keramat membawa semangat untuk terus berdiri erat memerah keringat memburu kejayaan.

1. In the middle of difficulty lies opportunity
2. Don't cry because it's over, smile because it happened
3. It's not enough to be busy. The question is : What are we busy about?
4. You can only become a winner if you are willing to walk over the edge
5. A wise man gets more use from his enemies than a fool from his friends
6. Not everything that is faced can be changed, but nothing can be changed until it is faced
7. Teachers open the door, but you must enter by yourself



Sekian terima kasih

Monday, May 31, 2010

KEJAYAAN..KEGAGALAN..LUMRAH KEHIDUPAN

Salam ukhwah buat pembaca yang setia...

Pada tanggal 28 Mei 2010, bersamaan dengan hari Jumaat sekitar jam 9.30 pagi. Hari itu merupakan cuti sekolah dan aku membuat kelas tuisyen di Sungai Pusu, Gombak.

Pada pagi itu, aku mengajar Bahasa Melayu Pemahaman kepada seorang murid darjah 6. Ketika membuat latihan yang aku beri, aku tertarik dengan sebuah puisi di dalam soalan tersebut. Puisi tentang kejayaan dan kegagalan. Kebetulan, puisi tersebut ada kaitan dengan kehidupan aku sekarang. Suka aku ingin berkongsi untuk renungan bersama.

Puisinya berbunyi....

Renungkanlah
Kegagalan bukan bererti mati
Kita insan bernyawa
Selagi jantung berdenyut
Kehidupan perlu diteruskan

Kejayaan
Kecemerlangan
Bebas
Luas digapai

Bukan wang jadi ukuran
Bukan budi jadi sempadan
Cekal, tabah
Disambut kegigihan
Mencapai puncak kejayaan

Tiada putus asa tersembur
Tiada coretan noktah
Tiada ukiran sumbing dicipta
Tiada tarian sumbang
Segalanya PASTI terhasil..








Di dalam bait-bait puisi ini, ingin aku rumuskan bahawa :

Kejayaan = Cekal + Tabah + Gigih + GAGAL + Tiada Putus Asa = PASTI BERJAYA

Aku berpesan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat sekalian, untuk menggapai kejayaan bukan mudah tetapi tidak mustahil. Sebelum berjaya, mahu tidak mahu, mesti KENA ADA KEGAGALAN dan kegagalan itu mesti diharungi dengan cekal, tabah, gigih dan tidak pernah putus asa dalam diri, diiringi dengan doa dan tawakal. Kajayaan pasti menyusul.

Setakat ini, aku sudah gagal 3 kali dalam Research Master aku...gagal mendapat result yang dikehendaki. Tapi, aku tidak pernah berputus asa....Frust?? Jangan diceritakan..air mata sudah keluar mencurah-curah...tapi hikmahnya?? Hehe...aku berjaya menyiapkan journal paper aku dan sudah 'accepted' ISI...bukan senang tu..sambil gagal sambil buat kerja dan terus dan terus kemudian terus bekerja, baru peroleh kejayaan. Ya..sekarang aku sudah bangkit menongkah arus badai dalam menuntut ilmu.

Buat sahabat-sahabat, janganlah kita berputus asa sebaliknya berpandangan jauh kerana Tuhan itu Lebih Bijak dan Maha Bijak daripada kita. Dia tahu segala-galanya, apa yang terbaik buat kita.

Buat anak didik aku yang ajar tuisyen, cikgu doakan mudah-mudahan kalian berjaya hendaknya di dunia dan di akhirat..

Wassalam

KISAH DUA ORANG SAHABAT


Bahawa sesungguhnya tidak mustahil jika kejayaan/kekayaan kita selama ini adalah daripada berkat doa orang lain. 

Sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahawa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa. 

Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri-sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut. Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. 

Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong. 

Seminggu kemudian, lelaki yang satu ini merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa. Segera saja, lelaki ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. 

Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang tinggal di sisi lain pulau. 

Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan. Begitu kapal siap berangkat, lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema......... 

"Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?" 

"Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan," jawab lelaki A ini. Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa." 

"Kau salah!" suara itu membentak tinggi. "Tahukah kau bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua doanya terkabulkan. Jika tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa." 

"Katakan padaku," tanya lelaki A itu. "Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang atas semua ini padanya?" 

" Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!" 

                                 







                                                                        









Renungan: 

Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Sedarilah betapa banyak orang yang telah mengorbankan segala sesuatu demi kejayaan dan kebahagian kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai seseorang/sesuatu hanya dari "yang terlihat" saja.

Wednesday, May 26, 2010

~ MENANTI DI BARZAKH ~

              


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seuntai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata


                                

Monday, May 24, 2010

TABIAT MAKAN OLEH YG. BHG. DATO' FADZILAH KAMSAH



1. Orang yang makan sampai habis tidak tinggal sedikit pun makanan walau sebutir nasi di pinggannya
= cermat, tertib, tidak boros

2. Orang yang makan tetapi di pinggannya masih terdapat sisa makanan dan banyak makanannya yang tidak habis dimakan
= boros, tidak berapa peka, kurang teliti

3. Orang yang suka makan daging putih (ayam dll)
= sabar, tidak suka marah

4. Orang yang suka makan daging merah (kambing, lembu dll)
=suka marah, tidak dapat mengawal diri

5. 80% penyakit berpunca daripada makan



6. Orang perempuan lebih peka soal makan berbanding lelaki. Atas faktor itu, perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki (asbab)

7. Nabi kunyah 40 kali ketika makan

8. Makanan boleh jadi racun dan boleh jadi ubat. Makan sesuatu makanan hendaklah berpada-pada.

9. Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.

10. Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.




11. Tidak baik jika makan tengah malam. Nabi jika lapar tengah malam, nabi minum susu panas.

12. Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.

13. Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.

14. Elok makan berjemaah kerana hidayah Tuhan turun mencurah-curah.

15. Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.

16. Minum sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.

17. Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb.

Friday, May 21, 2010

PETUA MENCUCI HATI OLEH Y. BHG. DATO' FADZILAH KAMSAH

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif".Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Sunday, May 9, 2010

TANDA-TANDA KIAMAT

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
  1. Asap
  2. Dajjal
  3. Binatang melata di bumi
  4. Terbitnya matahari sebelah barat
  5. Turunnya Nabi Isa A.S
  6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  7. Gerhana di timur
  8. Gerhana di barat
  9. Gerhana di jazirah Arab
  10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.

Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."