IKLAN NUFFNANG

Monday, March 22, 2010

KESALAHAN MENINGGALKAN SOLAT

Akan tiba selepas daripada suatu bangsa nanti satu bangsa yang meninggalkan solat dan mengikut telunjuk nafsu syahwat, mereka itu akan bersemuka dengan sebuah jurang di dalam neraka Jahanam yang dipanggil Ghaiyya. (Surah Maryam : 59)

Daripada Nabi saw bersabda solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia telah mendirikan agama dan siapa yang meninggalkannya maka ia telah meruntuhkan agamanya.

Daripada Nabi saw juga bersabda sesungguhnya keburukan si peninggal solat itu melarat sehingga ke atas 70 orang lelaki daripada keluarga dan jiran-jirannya, bahkan sampai ia daripada hari ini sehingga masa pemerintahan Nabi Adam as. Oleh yang demikian itu, apabila orang yang bersolat berdoa semasa duduk tasyahud dengan doa (sejahteralah ke atas kami dan ke atas hamba Allah yang soleh) maka sampailah pahala doanya itu kepada seluruh roh-roh orang yang beriman dari sekarang hingga masa pemerintahan Nabi Adam as.

Nabi saw telah menyebut ia pada suatu hari akan perihal solat. "Sesiapa yang berjaga di atas solat, adalah solat itu menjadi cahaya, tanda dan penyelamat baginya di hari qiamat. Dan sesiapa yang tidak menjaganya tiadalah baginya cahaya, tanda dan penyelamat dan adalah ia pada hari qiamat beserta Qarun, Firaun, Haman dan Ubai B. Khalaf."

Telah mengeluar Tarmidzi sepotong hadis yang berbunyi, "di antara kekufuran dan iman itu adalah hanya meninggalkan solat."

Telah mengeluarkan At Tabrani hadis yang berbunyi, "sesiapa yang meninggalkan solat secara sengaja maka telah kufur ia secara terang-terangan."

Wallahualam

No comments :

Post a Comment