IKLAN NUFFNANG

Thursday, April 29, 2010

BURUK SANGKA, CEPAT MELATAH, BANYAK BERKATA

Salam perjuangan buat pembaca yang disegani, moga kalian berada di bawah rahmat Tuhan hendaknya.

Tanpa kita sedari, sudah hampir tamat sesi pengajian, sahabat-sahabat akan pulang ke kampung halaman masing-masing..yang tinggal hanyalah pembantu mahasiswa yang bakal menggalas tanggungjawab dan amanah yang begitu besar iaitu persiapan menyambut kedatangan pelajar baru dan saya pula pada bulan Julai ini maka genaplah setahun bertugas sebagai pembantu penyelia, bersamaan dengan 5 tahun berada di Universiti tercinta, 4 tahun berada di Kolej Kediaman Keempat.

Banyak kenangan pahit manis saya tempuhi selama berada di Kolej Kediaman Keempat. Pelbagai pengajaran dan pembelajaran yang telah saya timba dan pelbagai ragam kerenah manusia yang saya hadapi.

Sahabat sekalian, manusia tidak sempurna dan memang dilahirkan tidak sempurna melainkan insan yang terpilih oleh Allah seperti nabi-nabi, rasul-rasul dan para wali Tuhan. Pendek kata, manusia pernah melakukan kesalahan dan manusia yang berjaya adalah manusia yang berusaha keluar daripada kepompong kejahilan dan memperbaiki kesalahan yang dilakukan.

Tidak dijadikan malam tanpa siang, tiada adam tanpa hawa, tiada syurga tanpa neraka, tiada anak tanpa ibu dan bapa..tuntasnya di sini semua makhluk diciptakan berpasangan dan ini sengaja dijadikan supaya ianya saling melengkapi antara satu sama lain (complementary each other).

There are a few things I'd like to touch but I'll be touching in general supaya tiada pihak yang terasa. And I'm going to point these things to myself..as a writer and blogger.

BURUK SANGKA

Kadang-kadang kita sering menuding jari kepada pihak lain..kau salah, kau tak jujur, kau tak telus, kau tak amanah, kau itu dan kau ini....pendek kata semua kesalahan dan kelemahan orang lain kita nampak sehingga kita BERUSAHA SEDAYA UPAYA untuk mendedahkan segala 'kepincangan' yang kononnya wujud atas tiket KEBENARAN supaya semua orang tahu yang 'dia' ini salah.

Guru saya selalu berpesan, Kebenaran Bukan Permit Untuk Segalanya. Ini bermakna, jangan kita ingat segala perkara yang benar, asalkan ianya benar, kita boleh (halal/dibenarkan) untuk kita dedahkan pada orang lain.

Saya ambil contoh, Ahmad selalu tinggalkan solat fardhu dengan sengaja. Adakah ini benar??? Ya sudah pasti ianya benar dan kita ada bukti yang dia tinggalkan solat dengan rakaman video yang lengkap dia sedang ber'facebook' berjam-jam sehingga azan berkumandang langsung tidak dihiraukan olehnya. Sekali lagi, adakah ini benar?? Ya ini benar..dan sekiranya ini benar bolehkah kita memberitahu pada orang lain bahawa Ahmad ini orangnya selalu tinggalkan solat?

Dalam hal di atas, hukum kita buka kesalahan orang lain walaupun ianya benar adalah haram dan dihukum aib. Orang yang membuka aib orang lain sudah pasti Tuhan akan membuka aibnya kembali sama ada cepat atau lambat. Dan jika ianya salah dihukum fitnah dan fitnah semua orang tahu azabnya bagaimana di akhirat kelak.

Realitinya ingin saya katakan, dalam apa-apa perkara, jika kita tidak tahu hujung pangkalnya, proses urusannya, jangan sesekali kita buat penilaian tanpa berjumpa, berdialog dengan pihak tersebut apatah lagi menghebohkan kepada orang ramai. Elok kiranya kita diam...dalam ruangan yang lepas, saya ada menyentuh berkenaan diam.

Tapi, pada hari ini lain pula ceritanya. Masing-masing sangat gemar menunjukkan ke'hero'an dan ke'heroin'annya. Akulah penegak kebenaran, akulah pembela kebajikan dan akulah segala-galanya. Mungkin dia amat yakin dia di pihak yang benar, walaupun tidak berapa arif tentang apa yang berlaku..inilah yang dikatakan kebenaran bukan permit untuk segalanya.

Ramai yang terlalu buruk sangka. Berbalik kepada cerita tadi, kisah si Ahmad meninggalkan solatnya dengan sengaja. Memang kita tahu dia memang sengaja tinggalkan tapi Islam mengajar kita berbaik sangka. Mungkin dia lupa kot..mungkin dia lemah daya ingatan kot..mungkin dia tak tahu masuk waktu solat bila..mungkin dia tak tahu cara solat kot....mungkin itu dan mungkin ini. Dan peranan kita adalah menegur dengan cara berhikmah bukan cara membuat publisiti kepada orang ramai yang dia tak solat atau bukan dengan cara mengadakan sidang akhbar memanggil para wartawan bertanyakan itu dan ini untuk mengetahui kebenarannya.

Berbaik sangkalah kita,kerana baik sangka itu merupakan martabat ukhwah yang pertama.....


CEPAT MELATAH

Ini lagi satu masalah. Ingatkan nenek atau datuk kita yang cepat melatah sebaliknya kita pun cepat melatah. Cepat melatah di sini bermaksud dapat saja sesuatu berita terus mengambil tindakan tanpa selidik dan usul periksa.

Ini satu kelemahan umat Islam. Nabi dulu ketika Baginda dihina dan tidak diterima oleh penduduk Taif, datangnya Jibril ingin offer untuk membalikkan bumi Taif sekaligus meranapkan bumi tersebut sehingga semuanya musnah. Tapi apa kata nabi??? Relax...relax...kalau bukan umat yang ada pada hari ini (di bumi Taif) beriman pada Rasul dan Tuhannya, mungkin umat pada masa akan datang akan beriman, lalu Baginda beredar dengan penuh harapan dan doa. Inilah yang diajar nabi.

Saya ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian, untuk belajar berdiplomasi atau pendekatan yang intelek iaitu berjumpa sendiri dengan orang itu dan berbincang sehingga mencapai kata putus.
Si A bermasalah dengan Si B, Si A lah yang perlu berjumpa dengan Si B bukan bawa sekali Si C dan Si D.

Anak ada masalah peribadi, wajarkah dia menceritakan kepada bapa jiran sebelah??? Sepatutnya dia perlu cerita terlebih dahulu masalahnya kepada bapanya sendiri bukan menceritakan pada jiran...memang terasalah bapa dia. Apa peranan aku?? Kenapa anak aku buat macam ini??? Mana nak letak muka aku??? Lebih teruk lagi, anak tersebut membuat sidang media menceritakan masalah pada orang lain...alahai kesian bapa itu.

BANYAK BERKATA

Ini lagi satu penyakit yang melanda ramai orang termasuk saya sekali la tu. Terlau banyak berkata dan bercerita hal orang lain. Eh eh..kau tau tak dia tu kan..bla bla bla..memang dia macam tu pun..bla bla bla.

Imam Haddad Al-Ba'lawi berkata : Diam itu tanda sopannya seorang ulamak dan penutup bagi kecacatan si jahil.

Mafhum hadis juga ada menyebut, sesiapa yang banyak berkata, banyak salahnya, siapa yang banyak salahnya banyak pula dosanya.

Lebieh elok kita menegur seseorang dengan perbuatan kita kerana bila menegur menggunakan mulut lebih cenderung menyakiti hati orang lain. Seperti Hassan dan Hussin cucu Rasulullah menegur seorang tua yang salah cara ambil wudhuk. Mereka menegur dengan perbuatan mereka iaitu mereka sendiri tunjuk cara mengambil wudhuk yang betul.

Seorang guru itu mendidik dengan kata-katanya tetapi seorang murabbi mendidik dengan seluruh kehidupannya. Maka jadilah murabbi...

Ok lah saya rasa panjang pula celoteh kali ini. Saya tidak tujukan pada sesiapa sebaliknya saya tujukan seluruh artikel ini pada diri saya sendiri yang lemah lagi hina ini.

Wallahualam

No comments :

Post a Comment