Salam ceria buat peminat-peminat sekalian....ceh..peminat la sangat...kui3.
Salam buat pembaca yang budiman, moga kalian dirahmati selalu.
Pada ruangan kali ini saya nak memaparkan bingkisan lagu yang menjadi perangsang semangat dalam apa jua perkara yang saya lakukan. Lagu ini juga sesuai untuk semua peringkat umur, yang dah bekerja, yang sedang belajar, yang sedang bercinta mahupun yang bakal putus...hehe.
Terimalah lagu daripada saya 1234 (nyanyian Aris Ariwatan)
Satu... kasih yang abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai kau peroleh bahagia
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara (ulang 2x)
****************************************************************
Terdapat baris lirik yang saya paling minati
1) Berhati selalu beza antara Kasih dan kekasih (rangkap pertama)
Lirik ini selalu mengingatkan saya supaya tidak bercinta ketika masih dalam menuntut ilmu kerana bercinta ketika menuntut ilmu merupakan perbuatan yang sia-sia yang hanya mendatangkan khayal di minda.
Some might disagree with my statement but I have to tell this. Jarang yang kita lihat orang yang bercinta ketika belajar, yang berjaya sehingga ke akhir pengajian. Namun, tidak dinafikan ada juga yang berjaya tetapi fakta menyatakan golongan ini hanyalah golongan minoriti yang jarang kita lihat. Jika ada sekalipun hanya satu dalam seribu atau mungkin satu dalam seratus ribu.
Ketika saya menuntut di Pusat Asasi Sains (PASUM), saya begitu tertarik dengan ceramah yang disampaikan oleh bekas pelajar Asasi iaitu Dr Nawar yang kini bekerja sebagai pakar Ortopedik (tulang) di PPUM dan merangkap penyelia Kolej Kediaman Keenam.
Beliau pernah menceritakan kepada kami (budak Asasi) sejarah bagaimana beliau berjumpa dengan teman wanitanya (yang kini isterinya) ketika hari pertama di Asasi lalu beliau menelefon ibunya memberitahu hal ini. Sejak dari itu, beliau menjalinkan hubungan dengan isterinya sehingga kedua-duanya berjaya tamatkan pengajian di Fakulti Perubatan, UM dan kini kedua-duanya bergelar doktor.
Dalam kes ini, Dr. Nawar menceritakan, walaupun beliau menjalinkan hubungan dan ber'cinta' tetapi beliau tidak PERNAH keluar berdua-duaan, ber'dating' ke sana ke mari. Bercinta dalam erti kata hanya mengikat hubungan atau 'cop siap2'...
Pada pendapat saya, sebagai seorang pelajar, tambah-tambah pula seorang lelaki, apa yang kita perlu kejar dan fikir adalah bagaimana hendak meningkatkan selling point kita..atau pun market diri kita.
Kebanyakan pelajar pada hari ini sibuk mencari pasangan mungkin kerana pada fikiran mereka, di universiti adalah tempat dan masa paling sesuai untuk mencari pasangan. Betul..tetapi kurang tepat. Mereka lupa bahawa zaman universiti dan zaman menuntut ilmu HANYA SEKALI. Sekali terkandas akan menyesal sampai ke mati.
Cuba kita berfikir cara nak tingkatkan selling point kita iaitu genggam ijazah dulu, dapatkan pekerjaan dan bila rasa ada sinar masa depan yang cerah, duit poket pun masuk setiap bulan barulah mencari pasangan ataupun pasangan yang mencari-cari kita.Sebenarnya, mencari-cari ni tak perlu kerana bila lengkap segala-galanya pada diri kita, ada ijazah, ada duit, ada kerjaya...automatically si dia akan mengejar kita.
Tidak perlu mencari di sini bukan bermaksud tak perlu cari langsung tetapi cukup sekadar intai-intai dulu (test market dulu)...saya pun buat juga...hehe. Tapi tak ada lah sampai bercinta bagai nak 'rak' (ayat yang biasa saya guna), habiskan duit untuk pasangan, kredit handphone asyik topup, study pun tak boleh nak fokus, kawan-kawan yang lain kita abaikan...manakan tidak asyik berkepit je dengan pasangan...benda ini tidak mampu menyumbang ke arah kemajuan diri. Believe me or not? Ini suatu fakta...
2) Jangan manis terus ditelan, pahit terus dibuang itu bidalan..harus kau renungkan (rangkap 3)
Rangkap ini betul-betul mengajar saya erti hidup. Kadang-kadang kita tidak dapat beza mana satu baik mana satu buruk. Bagi kita, segala yang baik itu tetap baik untuk diri kita yang tidak baik tetap tidak baik. Sebenarnya tidak. Segala pujian yang kita terima, segala perkara yang manis kita alami belum tentu menjaminkan apa-apa. Sebaliknya, herdikan, ejekan, asakan, umpatan yang kita terima selama ini, itulah yang mengajar kita erti hidup.
("Wah..hujan dah mulai turun..makin semangat tulis blog ni..hehe")
Sambung balik...
Terkenang kembali waktu saya belajar dahulu. Sejak di sekolah rendah dari darjah satu sampai darjah tiga, penampar cikgu (Pn. Guna, Pn. Rajeswari dll) selalu hinggap di pipi, denda ketuk ketampi 200 kali (Cikgu Zamry), balik rumah kena lagi dengan paip getah, batang penyapu hinggap di betis kering, rotan birat di badan (ni semua kerja mak aku yang bernama Latifah Hj.Mustafa, seorang wanita besi...hehe)..ni semua saya alami sewaktu saya darjah satu hingga darjah tiga.
Masuk darjah empat dah mula jadi baik, cikgu mula beri jawatan sehingga saya menyandang jawatan ketua pengawas sekolah...hehe. Bila renung kembali, kesemua insan yang disebutkan di ataslah yang mengubah diri ini menjadi seperti hari ini. Inilah yang dikatakan, pahit jangan terus dibuang, manis jangan terus ditelan...itu bidalan.
Mulai sekarang, sahabat-sahabat perlu belajar daripada segala herdikan, kutukan, asakan yang dilempar pada kita dengan hati yang terbuka dan redha. Inilah yang menjadikan kita tabah dan sabar dalam mengahrungi hidup. Saya selalu ajar AJK projek atau JKP yang pernah berada di bawah saya suatu ketika dulu dengan ajaran yang agak kasar.. Siapa yang pernah bekerja dengan saya mungkin tahu, perkataan bodoh, bengong tu selalu diungkapkan (hehe..sorry ye), tapi ingatlah itu semua menguatkan lagi kita.
Mungkin, pada sesi akan datang saya akan jadi lebih tegas memandangkan generasi yang kian mendatang ini terlalu manja, dan terlalu 'spoon feed', malah tidak mampu berdikari sendiri. Jika generasi ini yang menjadi pemimpin satu hari nanti, bagaiman rupa keadaan negara akan datang...Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada insan-insan yang banyak mengajar saya selok belok pentadbiran dan kepimpinan walaupun saya masih belajar...1) Tuan Syed Abdul Razak 2) Dr. Salihin 3) Cik Mazarina 4) Datuk Azarae 5) Sdri Mazuin. Insan-insan ini yang dalam sedar atau tidak telah mengubah saya menjadi seperti hari inidan mungkin lebih baik pada masa akan datang.
3)Andai kau peroleh bahagia, Ingat itu bukan untuk selamanya, Andai kau dalam sengsara, Ingat itu bukan untuk selamanya, Hidup ini sementara
Rangkap yang terakhir ini mengingatkan saya bahawa setiap ujian, dugaan, kebahagiaan, kemewahan yang kita terima BUKAN selama-lamanya. Mana mungkin langit selalu cerah dan mana mungkin langit selalu mendung. Hidup perlu ada panas, perlu ada sejuk, perlu ada terang, perlu ada gelap begitu juga kita perlukan ujian, dugaan, susah, derita...kerana semua ini mengajar kita.
Cuba buang persepsi dalam diri kita dan tanamkan dalam jiwa bahawa susah, derita itu merupakan sahabat baik kita yang sentiasa melatih kita untuk terus mara kehadapan tanpa rasa gentar walau keseorangan. Ingatlah sahabat-sahabat, jarang kita lihat ubat yang manis tetapi selalu kita lihat ubat yang pahit...mengapa?? Jawapan ada pada anda...
Wallaua'lam
Ku menyusuri jalan ini.. Menyusun langkah terus mencari.. Memburu cinta redha Ilahi.. Menghindari dari dibuai mimpi...
IKLAN NUFFNANG
Tuesday, April 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
salam... boleh sy syum bace artikal nie?.... :)coz partikel nie t'kne pda dri sy.. hehehe
ReplyDeleteasyik fkr kn cnta... hehe... tp nsb baik ade org yg igt kn sy agr bljr dlu... hehehe..... sy ske bce blog yg sampoi.,, coz sng fhm... thanks..
bleh je..hehe
ReplyDelete