IKLAN NUFFNANG

Sunday, June 5, 2011

KENALI JIN DI SEKITAR ANDA

Salam...

Sekadar perkongsian yang ringan untuk pengetahuan umum pembaca sekalian.

Tahukah saudara di dunia ini Tuhan jadikan 2 makhluk yang cukup istimewa yang diberi akal untuk memilih. Makhluk inilah yang dijadikan Tuhan untuk menyembahnya. Apakah makhluk tersebut? Tidak lain tidak bukan hanyalah Jin dan Manusia. Saya tak bercadang untuk berdiskusi perihal manusia sebab kita pun manusia juga. Tapi kali ini dengan pengetahuan yang sedikit lagi dhaif saya ingin berkongsi serba sedikit perihal jin yan dijadikan oleh Allah.

Go to fullsize image

Jin ini makhluk yang menjalani kehidupan sama seperti manusia, malah mereka lebih maju berbanding kita dan teknologi ciptaan mereka jauh lebih baik berbanding kita. Saudara pernah dengar U.F.O? Mesti pernahkan? Ada yang menganggap U.F.O ini propaganda barat. Tapi saya percaya ini adalah teknologi jin kerana alam mereka jauh lebih hebat dari kita. Kita saja yang rasa diri kita sudah cukup hebat.

Mereka terbahagi kepada 2 iaitu jin baik dan jin jahat. Jin baik ini yang kita selalu sebut sebagai bunian. Di kalangan mereka juga ada ulamak, ada pemimpin tidak ubah seperti kita. Mereka juga beranak, makan, minum, bermain sama seperti kita. Akan tetapi sebaik-baik mereka kita tidak tahu bagaimana rupanya kerana ada yang berpendapat sebaik-baik jin, sejahat-jahat manusia. Wallahualam itu saya tidak tahu dan tidak berminat untuk tahu.

Kategori yang kedua pula adalah jin jahat. Jin jahat ni yang kita panggil syaitan yang diketuai oleh Azazil atau Iblis laknatullah. Dia ni masih hidup sampai sekarang sehingga hari kiamat kerana Allah menunaikan permintaannya  untuk menyesatkan anak Adam di muka bumi. Dahulunya Azazil (nama sebelum menjadi iblis) merupakan ketua segala malaikat dan dijadikannya rupa yang sangat menarik lagi bergemerlapan. Akan kerana dek kesombongan dan keangkuhan tidak mahu sujud kepada Adam yang dijadikan daripada tanah, maka Allah tukarkan wajahnya menjadi sangat buruk lalu dicampakkannya ke muka bumi.

Go to fullsize image

Selain Iblis (Azazil) ada lagi anak cucunya yang memainkan peranan yang sama iaitu menyesatkan manusia. Ada di kalangan mereka yang berumur seribu tahun dan sebagainya. Ingin saya sebutkan beberapa jenis jin jahat yang mengganggu hidup kita seharian in case kalau jumpa kita dapat kenal..."Oo ni lah jin yang Junaidi sebut hari tu..huhu".

1. Ifrit - paling jahat

2. At-Tabi' @ Qarin - jin yang selalu mendampingi manusia. Qarin ni kadang-kadang mudah untuk dijumpai malah saya pun pernah berjumpa tapi kita tidak sedar yang dia adalah jin kerana dia sering menjelma sebagai kawan kita dan hanya diam tidak berkata.

3. Al-Hatif - jin ni hanya suara saja yang kedengaran tapi kita tak nampak. Dia sering mengganggu kita dengan suaranya yang menyeramkan...

4. Al-'Amir - ini jin yang mendiami gunung. Selalu kita dengar ada orang sesat ketika mendaki gunung dan ketika meredah hutan. Ini semua angkar si laknat ni lah. Dialah yang menghijab pandangan kita agar kita berpisah daripada kawan dan tidak jumpa jalan keluar. Kalau jadi kes macam ni, anda disarankan supaya azan kerana syaitan ni akan lari bertempeliaran apabila kedengaran azan.

5. Ass-Syaq - menjelma separuh manusia.

6. Al-Wilha - jin ni selalu mengganggu manusia ketika mengambil wudhuk. Sebab tu la ada orang ambil wudhuk 99 kali masih tak terangkat lagi. Ni semua pasal jin ni punya kerja, didatangkannya was-was.

7. Khanzab - ni jenis jin yang mengganggu kita ketika solat. Selalu kita was-was berapa rakaat dah kita buat, dah baca qunut ke belum. Saya pun tak lari daripada diganggu jin ini. Tapi small matter, tak perlu dilayan, solat je...

p/s ada juga jin yang akan bertenggek di atas pintu setiap bilik atau rumah. Saya tak tahu apa nama tapi dia ni suka kalau manusia masuk ke sesuatu tempat tanpa memberi salam. Dia beranggapan bahawa kawasan/tempat itu miliknya. Anda akan sentiasa rasa seram dan tidak tenteram dan inilah salah satu penyebab histeria.

Sekian sahaja perkongsian yang tidak seberapa pada kali ini. Sebenarnya ada banyak lagi tapi ini saja yang tahu. Selamat bertemu dengan mereka! =)





ELKEN SPIRULINA



Pemakanan bertahap keasidan tinggi memerlukan Spirulina yang bertahap kealkalian tinggi

Harga :
  1. 250 Tablet = RM86.10
  2. 500 Tablet = RM152.50
  3. 1200 Tablet = RM345
  4. 3000 Tablet = RM699
Sila Klik ELKEN SPIRULINA

Rakan Perniagaan diperlukan, sila hubungi blogger 013-666 0473

LAGI FAKTA TENTANG SPIRULINA

Tahukah anda :

  1. Selepas gempa bumi di Jepun, ancaman radioaktif ialah topik yang diberi perhatian di seluruh dunia.
  2. Di Rusia, Spirulina telah dipatenkan sebagai ubat untuk mencegah radiasi 16 tahun yang lalu. Buku-buku berikut telah mencatat beberapa keberkesanan Spirulina dalam perlindungan terhadap radiasi.

Doktor melaporkan manfaat kesihatan spirulina untuk kanak-kanak yang diancam oleh radiasi Chernobyl. Spirulina mengurangkan kadar-kadar radioaktif dalam urin sebanyak 50% hanya dalam 20 hari
(Sumber : Spirulina Makanan Bumi, m/s 78)


Ahli Sains menggunakan Spirulina untuk meredakan penyakit radiasi dan patenkan penggunaannya sebagai makanan perubatan. Fikosianin mengurangkan alergi akibat keracunan radiasi.
(Sumber : Micro Food, Macro Blessing, m/s 47)


Bekas Jabatan Kesihatan Soviet menyarankan bahawa pesakit-pesakit yang menjalani terapi radiasi, pekerja dalam bidang berkaitan radiasi, orang yang tinggal di daerah radiasi, orang yang menggunakan komputer dalam masa yang panjang perlu mengambil spirulina untuk mencegah ancaman radiasi.
(Sumber : Spirulina : m/s 193)


ELKEN SPIRULINA dikultur dalam kolam penyemaian yang tulen dan bersih
  • 100% alkali
  • Makanan sihat yang semulajadi dan mengandungi 60 jenis nutrien
  • Pensijilan organik
  • Pengasan terkemuka Anugerah Tempatan dan Antarabangsa
          - National Excellent Quality Product Golden Prize by Consumer Association
          - Gold Award by Health Supplement Food Authorization (Taiwan)
          - Golden Medal Award by Taiwan Associations & Government Bodies
          - National Biotechnology & Medical Care Quality Award by Institute for Biotechnology and  
             Medicine Industry


                     ELKEN SPIRULINA mempunyai kandungan nutrien yang tinggi

  • Zat besi = 56 x Bayam - membantu untuk mencegah anemia
  • Beta Karotena = 25 x Lobak Merah - membantu untuk menyekat pertumbuhan sel abnormal
  • Klorofil a = 30 x Rumput gandum - membantu untuk mencegah anemia, meneutralkan toksin dalam darah
  • Protein Tumbuhan = 5 x Susu Lembu - membantu dalam pembentukan tulang, kulit dan otot
  • Vitamin B12 = 2.5 x Hati Lembu - membantu mencegah anemia penisius, meningkatkan kesihatan hati
Sila KLIK ELKEN SPIRULINA



         

Saturday, June 4, 2011

KHASIAT SPIRULINA

Salam buat pembaca yang dikasihi...

Pernahkah kita terfikir berkenaan kesihatan kita? Ketika kita makan, pernahkah kita menilai berapa banyak kalori yang kita ambil setiap hidangan? Pernahkah kita berfikir kesan atau impak terhadap pemakanan yang kita ambil itu?

Tidak dinafikan, saya juga kadang-kadang makan ikut selera selagi boleh makan dengan berandaian usia muda sebegini tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Sebenarnya tanggapan ini salah sama sekali. Di usia sebeginilah harus kita jaga kesihatan kita betul-betul untuk kekal maintain di usia tua. 




Sepatutunya, kita kena merancang berapa tahun lagi untuk kita hidup? Kalau saya setakat umur 80 sudahlah kerana lagi lama hidup lagi banyak dosa yang perlu ditanggung. Sekarang ini berumur 24 tahun jadi masih ada 56 tahun lagi untuk hidup dan inilah yang memerlukan kepada perancangan yang menyeluruh. Sila klik DI SINI. Benar, mati itu di tangan Tuhan tapi lupakah kita Tuhan suruh kita merancang tetapi perancangan Tuhan itu adalah sebaik-baik perancangan.

Jadi, apa yang perlu anda fikirkan untuk kesihatan anda untuk bertahan dalam tempoh 50 tahun dari sekarang? Di sini saya akan ceritakan serba sedikit berkenaan tubuh badan kita. Dengar ye adik-adik.....hehe

Tubuh kita memerlukan lebih daripada 100 jenis nutrisi setiap hari untuk mencapai fungsinya secara optimum. Namun, disebabkan oleh diet tidak sihat yang mengandungi kalori berlebihan dan terlalu sedikit nutrisi atau pengambilan berlebihan makanan berasid, diet harian kita kekurangan nutrisi penting. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), faktor makan menyumbang kepada kira-kira 30% daripada seluruh kes kanser di negara-negara barat.

Sebahagian besar daripada kita mengambil multivitamin yang dijual di pasaran untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam tubuh kita. Tapi adakah kita benar-benar mendapat manfaat daripada multivitamin yang kita ambil itu? Bukan semua multivitamin yang terdapat dalam farmasi adalah semulajadi, dan seringkali tidak dilabel untuk membezakan antara vitamin semulajadi dan sintetik.

Sebenarnya, multivitamin sintetik mungkin menyebabkan kesan sampingan seperti batu buah pinggang, keguguran rambut, penglihatan kabur, kerosakan hati, sakit kepala dan sebagainya.

Kecenderungan terhadap keadaan badan berasid

Menurut pakar, untuk mengekalkan kesihatan, kita patut mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan pengambilan 80% makanan beralkali dan 20% makanan berasid. (Dr. Ragner Berg, Amerika)

Badan kita hanya boleh jadi sihat jika kita boleh mencapai keseimbangan dengan 80% kealkalian dan 20% keasidan (Dr. Lynn Tan, N.D)

Walaubagaimanapun, pemilihan makan beralkali adalah sangat terhad. Ianya dikategorikan :
  1. Sayur-sayuran
  2. Telur putih
  3. Buah-buahan
  4. Keju
  5. Alga


Cara lain untuk menambahkan semua nutrisi penting adalah melalui makanan unggul. Sering ditakrif sebagai sejenis makanan semulajadi yang paling unggul, Elken Spirulina mengandungi lebih daripada 12 jenis vitamin, lebih daripada 12 jenis mineral, 4 pigmen semulajadi dan 8 asid amino perlu.



Yang paling penting, Elken Spirulina adalah semulajadi dan 100% organik. Oleh sebab itu, ia tidak akan memudaratkan sekiranya dimakan dengan banyak atau diambil bersama-sama dengan ubat lain.

Elken Spirulina juga telah mendapat pengiktirafan dari Saintis luar negara seperti :

  1. Dr. Yasumasa Kodo - PhD dalam bidang Kimia Bio-Organik, Universiti Oxford, UK. Anak kepada "Pengasas Elken Spirulina", Prof. Keiun Kodo. Di samping menjadi Pengerusi kepada Spirulina Bio Lab. Co. Ltd. Osaka, Jepun.
  2. Mr. Calvin Hwu - Mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pemeliharaan dan penghasilan Spirulina. Sebagai Pengerus Besar Nan Pao International Biotech Co. Ltd.

Saya juga mengambil Elken Spirulina setiap hari 30 biji...10 biji sekali makan. Memang ketara perbezaannya. Bayangkan, kesibukan kerja yang teramat, saya kena bangun seawal 5.30 pagi untuk mulakan rutin harian. Dari pukul 8-12pm adalah tempoh di mana saya akan siapkan kerja-kerja yang berkaitan dengan research master, siapkan kerja-kerja di pejabat Kolej dan waktu inilah akan adakan sebarang temujanji baik dengan supervisor mahupun dengan pelanggan.

Waktu rehat hanyalah sekitar pukul 1-2pm. Inilah masa untuk lunch dan solat. Rehat? Hoho...tiada istilah rehat dalam hidup saya. Kita rehat hanya di liang lahad. =) Selepas itu bermula jam 2-9pm itu adalah waktu di mana saya mengajar yang mengkehendaki saya travel dari satu tempat ke satu tempat SETIAP HARI! kecuali Sabtu dan Ahad kerana hari ini hanya ada 2 kelas sahaja. Memang sangat meletihkan. Kalau boleh diterjemahkan dalam jam kredit universiti, saya sekarang dah ambil lebih kurang 50 jam kredit,boleh grad 2 tahun setengah =)

Tapi, jarang saya keletihan. Walau makan kadangkala saya skip sebab tak sempat terpaksa rush here and there tapi dengan mengambil spirulina dapat cover balik banyak tenaga yang hilang. Hebat bukan?



Selamat menjaga kesihatan. Kesihatan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai!

Sila Klik SPIRULINA & HEALTH




Friday, June 3, 2011

HANYA SEKADAR GURAUAN DAN HIBURAN RINGAN

Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana.Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. 


Kerana kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya. Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. 


Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga masih keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza, namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai. Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya. Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanyapun diselenggarakan dengan meriah. 


Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi nikahan. Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian, langsir, sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya. Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil? 


Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun, ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. Aduh!!! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,”BERAT BERSIH 25 KG” . Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.



TUHAN, MAKBULKAN DOAKU..PERMUDAHKAN URUSANKU..KEPADAMU AKU MENGADU



Alhamdulillah...syukur pada yang Esa, ini merupakan matlamat aku yang ke-13 daripada 26 matlamat yang aku set untuk dicapai tahun ini, 2011.

Sudah lama aku idam-idamkan kereta Honda City buatan Jepun. Sesuai dengan umur aku dan status aku yang masih single, aku selalu berangan untuk memiliki kereta ini setelah diperkenalkan oleh En Syed Abdul Razak suatu ketika dahulu....kini hampir menjadi kenyataan.

Segalanya berlaku tanpa diduga..mungkin sudah suratan takdir, kau milikku.






Sempat aku test drive tadi sekitar seksyen 13, PJ...memang menakjubkan. Gayanya yang sporty menarik minat aku. Bukan untuk berbangga apatah lagi nak menunjuk, sebaliknya aku suka melakukan sesuatu untuk jangka masa panjang. Tak perlu tukar-tukar kereta. Selagi bujang, selagi mampu, redah je...at least kesusahan akan datang biar aku yang menanggung bukan anak isteriku nanti......

Banyak juga kereta yang menarik minatku...











Tetapi...ini juga yang menjadi pilihan hati.....





Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Kak Maza dan Kak Longnya yang sanggup menemani aku dan mempermudah segala urusan. Seriously, aku memang tak tahu apa-apa berkenaan jual beli kereta ni...begitu jahil. Dengan adanya kedua-dua orang akak ini, dapatlah aku serba sedikit nasihat untuk memudahkan lagi segala urusan. Thanks alot...you both are my good advisors! 



Aku berharap, aku dapat memandu kereta idamanku ini untuk menyambut ketibaan hari pertama bulan Ramadhan di kampung halamanku....tunggu angah mak, abah!

Akhir kata, syukur sekali lagi tak terhingga kepada Ya Rabb atas segala nikmat yang dikurniakan. Banyak lagi impian yang perlu aku achieve untuk tahun 2011 ni....aku harap aku mampu untuk masa hadapan...

This means that, aku kena bekerja dengan lebih keras dan keras lagi..........

Wallahualam...

PENTINGNYA KUALITI AIR YANG DIMINUM

Go to fullsize image

Salam ceria buat pembaca yang disayangi.

Ruangan entri pada kali ini adalah mengenai air. Rata-ratanya cukup arif berkenaan air yang sering memasuki tubuh badan kita setiap hari. 

Adakah anda sedari bahawa kualiti air minuman mempunyai impak secara langsung pada kesihatan kita?

Ingin saya kongsi di sini beberapa fakta penting untuk pengetahuan kita. 70% daripada badan kita terdiri daripada air (H20). Sistem badan kita juga mengandungi air seperti :

  1. Otak 80%
  2. Jantung 75%
  3. Peparu 86%
  4. Hati 86%
  5. Buah pinggang 83%
  6. Otot 75%
  7. Darah 90%
Go to fullsize image

Air memainkan peranan yang sangat penting dalam banyak fungsi badan, terutamanya :
  • Detoksifikasi (membuang toksin dalam badan)
  • Melincirkan sendi-sendi sistem tulang
  • Menyokong sistem penghadaman
  • Mengawal atur suhu badan
  • Menghantar nutrien dan oksigen ke sel-sel badan
Hanya apabila diri kita sihat, barulah kita dapat menikmati kehidupan yang sempurna dan dapat menjayakan diri kita untuk menjayakan orang lain =)

Juga klik HEALTH