Salam...
Sekadar perkongsian yang ringan untuk pengetahuan umum pembaca sekalian.
Tahukah saudara di dunia ini Tuhan jadikan 2 makhluk yang cukup istimewa yang diberi akal untuk memilih. Makhluk inilah yang dijadikan Tuhan untuk menyembahnya. Apakah makhluk tersebut? Tidak lain tidak bukan hanyalah Jin dan Manusia. Saya tak bercadang untuk berdiskusi perihal manusia sebab kita pun manusia juga. Tapi kali ini dengan pengetahuan yang sedikit lagi dhaif saya ingin berkongsi serba sedikit perihal jin yan dijadikan oleh Allah.
Jin ini makhluk yang menjalani kehidupan sama seperti manusia, malah mereka lebih maju berbanding kita dan teknologi ciptaan mereka jauh lebih baik berbanding kita. Saudara pernah dengar U.F.O? Mesti pernahkan? Ada yang menganggap U.F.O ini propaganda barat. Tapi saya percaya ini adalah teknologi jin kerana alam mereka jauh lebih hebat dari kita. Kita saja yang rasa diri kita sudah cukup hebat.
Mereka terbahagi kepada 2 iaitu jin baik dan jin jahat. Jin baik ini yang kita selalu sebut sebagai bunian. Di kalangan mereka juga ada ulamak, ada pemimpin tidak ubah seperti kita. Mereka juga beranak, makan, minum, bermain sama seperti kita. Akan tetapi sebaik-baik mereka kita tidak tahu bagaimana rupanya kerana ada yang berpendapat sebaik-baik jin, sejahat-jahat manusia. Wallahualam itu saya tidak tahu dan tidak berminat untuk tahu.
Kategori yang kedua pula adalah jin jahat. Jin jahat ni yang kita panggil syaitan yang diketuai oleh Azazil atau Iblis laknatullah. Dia ni masih hidup sampai sekarang sehingga hari kiamat kerana Allah menunaikan permintaannya untuk menyesatkan anak Adam di muka bumi. Dahulunya Azazil (nama sebelum menjadi iblis) merupakan ketua segala malaikat dan dijadikannya rupa yang sangat menarik lagi bergemerlapan. Akan kerana dek kesombongan dan keangkuhan tidak mahu sujud kepada Adam yang dijadikan daripada tanah, maka Allah tukarkan wajahnya menjadi sangat buruk lalu dicampakkannya ke muka bumi.
Selain Iblis (Azazil) ada lagi anak cucunya yang memainkan peranan yang sama iaitu menyesatkan manusia. Ada di kalangan mereka yang berumur seribu tahun dan sebagainya. Ingin saya sebutkan beberapa jenis jin jahat yang mengganggu hidup kita seharian in case kalau jumpa kita dapat kenal..."Oo ni lah jin yang Junaidi sebut hari tu..huhu".
1. Ifrit - paling jahat
2. At-Tabi' @ Qarin - jin yang selalu mendampingi manusia. Qarin ni kadang-kadang mudah untuk dijumpai malah saya pun pernah berjumpa tapi kita tidak sedar yang dia adalah jin kerana dia sering menjelma sebagai kawan kita dan hanya diam tidak berkata.
3. Al-Hatif - jin ni hanya suara saja yang kedengaran tapi kita tak nampak. Dia sering mengganggu kita dengan suaranya yang menyeramkan...
4. Al-'Amir - ini jin yang mendiami gunung. Selalu kita dengar ada orang sesat ketika mendaki gunung dan ketika meredah hutan. Ini semua angkar si laknat ni lah. Dialah yang menghijab pandangan kita agar kita berpisah daripada kawan dan tidak jumpa jalan keluar. Kalau jadi kes macam ni, anda disarankan supaya azan kerana syaitan ni akan lari bertempeliaran apabila kedengaran azan.
5. Ass-Syaq - menjelma separuh manusia.
6. Al-Wilha - jin ni selalu mengganggu manusia ketika mengambil wudhuk. Sebab tu la ada orang ambil wudhuk 99 kali masih tak terangkat lagi. Ni semua pasal jin ni punya kerja, didatangkannya was-was.
7. Khanzab - ni jenis jin yang mengganggu kita ketika solat. Selalu kita was-was berapa rakaat dah kita buat, dah baca qunut ke belum. Saya pun tak lari daripada diganggu jin ini. Tapi small matter, tak perlu dilayan, solat je...
p/s ada juga jin yang akan bertenggek di atas pintu setiap bilik atau rumah. Saya tak tahu apa nama tapi dia ni suka kalau manusia masuk ke sesuatu tempat tanpa memberi salam. Dia beranggapan bahawa kawasan/tempat itu miliknya. Anda akan sentiasa rasa seram dan tidak tenteram dan inilah salah satu penyebab histeria.
Sekian sahaja perkongsian yang tidak seberapa pada kali ini. Sebenarnya ada banyak lagi tapi ini saja yang tahu. Selamat bertemu dengan mereka! =)
No comments :
Post a Comment