IKLAN NUFFNANG

Friday, June 3, 2011

TUHAN, MAKBULKAN DOAKU..PERMUDAHKAN URUSANKU..KEPADAMU AKU MENGADU



Alhamdulillah...syukur pada yang Esa, ini merupakan matlamat aku yang ke-13 daripada 26 matlamat yang aku set untuk dicapai tahun ini, 2011.

Sudah lama aku idam-idamkan kereta Honda City buatan Jepun. Sesuai dengan umur aku dan status aku yang masih single, aku selalu berangan untuk memiliki kereta ini setelah diperkenalkan oleh En Syed Abdul Razak suatu ketika dahulu....kini hampir menjadi kenyataan.

Segalanya berlaku tanpa diduga..mungkin sudah suratan takdir, kau milikku.






Sempat aku test drive tadi sekitar seksyen 13, PJ...memang menakjubkan. Gayanya yang sporty menarik minat aku. Bukan untuk berbangga apatah lagi nak menunjuk, sebaliknya aku suka melakukan sesuatu untuk jangka masa panjang. Tak perlu tukar-tukar kereta. Selagi bujang, selagi mampu, redah je...at least kesusahan akan datang biar aku yang menanggung bukan anak isteriku nanti......

Banyak juga kereta yang menarik minatku...











Tetapi...ini juga yang menjadi pilihan hati.....





Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Kak Maza dan Kak Longnya yang sanggup menemani aku dan mempermudah segala urusan. Seriously, aku memang tak tahu apa-apa berkenaan jual beli kereta ni...begitu jahil. Dengan adanya kedua-dua orang akak ini, dapatlah aku serba sedikit nasihat untuk memudahkan lagi segala urusan. Thanks alot...you both are my good advisors! 



Aku berharap, aku dapat memandu kereta idamanku ini untuk menyambut ketibaan hari pertama bulan Ramadhan di kampung halamanku....tunggu angah mak, abah!

Akhir kata, syukur sekali lagi tak terhingga kepada Ya Rabb atas segala nikmat yang dikurniakan. Banyak lagi impian yang perlu aku achieve untuk tahun 2011 ni....aku harap aku mampu untuk masa hadapan...

This means that, aku kena bekerja dengan lebih keras dan keras lagi..........

Wallahualam...

PENTINGNYA KUALITI AIR YANG DIMINUM

Go to fullsize image

Salam ceria buat pembaca yang disayangi.

Ruangan entri pada kali ini adalah mengenai air. Rata-ratanya cukup arif berkenaan air yang sering memasuki tubuh badan kita setiap hari. 

Adakah anda sedari bahawa kualiti air minuman mempunyai impak secara langsung pada kesihatan kita?

Ingin saya kongsi di sini beberapa fakta penting untuk pengetahuan kita. 70% daripada badan kita terdiri daripada air (H20). Sistem badan kita juga mengandungi air seperti :

  1. Otak 80%
  2. Jantung 75%
  3. Peparu 86%
  4. Hati 86%
  5. Buah pinggang 83%
  6. Otot 75%
  7. Darah 90%
Go to fullsize image

Air memainkan peranan yang sangat penting dalam banyak fungsi badan, terutamanya :
  • Detoksifikasi (membuang toksin dalam badan)
  • Melincirkan sendi-sendi sistem tulang
  • Menyokong sistem penghadaman
  • Mengawal atur suhu badan
  • Menghantar nutrien dan oksigen ke sel-sel badan
Hanya apabila diri kita sihat, barulah kita dapat menikmati kehidupan yang sempurna dan dapat menjayakan diri kita untuk menjayakan orang lain =)

Juga klik HEALTH

Sunday, May 29, 2011

CLOUDY DAY

Salam buat pembaca sekalian..

Hari ini Ahad 29 Mei 2011...aku tak tau nak cakap apa. Kelu, sebak, sedih..banyak benda la aku fikir. Banyak benda la yang terjadi hari ini. Hari yang paling tak bersemangat bagi aku. Tak tau la kenapa..tiba-tiba rasa down yang teramat. Seriously, susah nak tengok aku sedih the whole day...paling lama pun sekerat hari lepas tu ceria balik tapi kali ni muram betul. Hidup tak produktif...ya Allah.





Pagi tadi aku mulakan hari aku macam biasa solat subuh. Tengah jalan ke surau, tengok orang dah balik. So aku patah balik solat di bilik je. Lepas baca Quran, termenung sekejap. Banyak benda ni aku nak luahkan kat sini...

Online jap tengok berita yang terbaru. Tepat jam 8.25am aku rush ke rumah anak murid aku untuk mengajar mengaji. Habis dalam pukul 9.30am..murid aku yang berumur 3 tahun lebih dah masuk Iqra' 2 hari ni...lega hati aku. Penat betul aku mengajar dia sorang ni. Abang dia umur 4 tahun baru je naik Iqra' 4. Alhamdulillah syukur.

Hari ni kelas aku di Sri Hartamas dan Taman Duta dibatalkan..so aku decide untuk stay je kat bilik sambil writing dan fb.

Aku dapat berita dari Syahril yang member aku Syafik yang terlantar di ICU akibat jangkitan kuman di peparu telah meninggal pagi tadi. Terkedu tak terkata aku..aku pasal mati-mati ni sangat sensitif. Boleh mengalirkan air mata gak la...walau arwah tak berapa rapat sangat dengan aku, tapi telatah dia bila jumpa aku pasti ada saja gurauan, tu yang aku sedih tu. Arwah ni jenis yang happy go lucky jarang bersedih...ceria memanjang. Yang terkilannya bukan apa, sewaktu aku on the way ke Endau Rompin untuk kursus pembantu mahasiswa aku tersermpak dengan Aswad di R&R Seremban..dia ada bagitau yang diorang nak ke Johor melawat arwah yang terlantar dah 2 minggu di ICU. Terkejut beruk aku...kesian la. Tak sempat nak ziarah.

Bila fikir pasal kematian ni, aku teringatkan nenek aku......macam mana dia nazak depan aku. Nenek yang aku paling sayang. Sebelum nenek aku nazak, mak aku ada bagitau aku yang nenek aku masuk hospital kencing manis dan segala penyakit ada. Tapi aku sibuk dengan kerja yang banyak di KL ni so aku tak balik. Aku ingat sakit biasa je. Tapi bila mak aku kata dia dah nazak so aku balik. Sempat bisik kalimah syahadah di telinganya dan kucup pipi dia. Aku cakap.."nenek, angah balik dulu"..mahu jugak aku mengalir air mata depan orang ramai tapi aku tahan. Susah aku nak nangis depan orang ni sebenarnya. Hanya keadaan tertentu saja...nenek, angah sayang nenek!

Situasi yang sama berlaku pada Tuk Guru pondok aku. Ketika waktu pagi aku mengajar di PJ, aku terima sms dari ustaz aku yang Pak Teh (Tuk Guru) dah meninggal. Aku rasa waktu tu lutut aku dah lembik. Aku nak bergegas tapi ustaz aku kata dah nak kebumi dah pun. So tak sempat aku nak tatap wajah guru yang mengajar aku banyak ilmu. Semua ilmu agama aku datangnya dari dia...

Memang sedih la dengar mati-mati ni...dengar mak ayah orang mati pun aku boleh menangis ni kan pulak orang terdekat.

Banyak benda yang bermain di fikiran aku sekarang ni, terutamanya perhubungan sesama manusia. Banyak yang tak settle. Makin banyak hubungan dengan manusia ni makin banyak dosa sebenarnya. Rasa nak lari dari dunia ni. Nak mati cepat, ilmu amal tak cukup..semua benda tak kena.

Bila aku duduk sorang-sorang di bilik, aku selalu fikir, bagaimana la nasib aku bila ajal dah tiba. Adakah aku mati nanti dalam keadaan kemalangan? Dihidapi penyakit? Mati dalam tidur? Ya Allah...takutnya...sempat ke mengucap.








Dalam hidup ni kita banyak buat dosa dengan orang berbanding Tuhan yang Maha Pengampun. Sekarang ni aku fikir dua kali untuk terus hidup macam sekarang atau aku perlu buat pembaharuan dan perubahan?



Aku tinggal kat kolej...kerja aku melayan kerenah student dan macam-macam politik dalaman yang terpaksa aku hadapi. Bila sesama rakan sekerja, lain pulak politik dan cara kerjanya. Ada yang cantas-mencantas. Segala benda yang aku buat semuanya tak kena. Dituduh macam-macam dari fb sampai ke blog. Bila bersama student pun kena dengar banyak ragam perangai. Banyak sangat ketidakpuashatiannya yang tak sama dengan zaman aku jadi student dulu. Makin lama duduk kat sini makin tak matang perangai aku. Mana taknya berkawan dengan student undergrad..nak kawan dengan member sebaya, semuanya dah kerja, semuanya sibuk dengan urusan masing-masing.

Pernah jugak terdetik di hati aku untuk habiskan saja kontrak aku yang akan tamat bulan Julai ni. Sekarang ni dalam istikharah untuk mohon petunjuk sama ada perlu atau tidak untuk keluar dari kepompong ni. Aku dah hampir 6 tahun tinggal di um ni termasuk Asasi. 5 tahun berada di Kolej Keempat ni. Aku dah boleh ukur betapa tak matangnya aku. Minda aku tak berkembang. Tapi kalau aku keluar menyewa di luar, satu lagi sindrom yang aku akan hadapi...sindrom tak reti duduk diam. Aku ni jenis yang workaholic...kena buat kerja baru dia rasa puas. Kena sentiasa sibuk kalau tak aku boleh jadi gila. Kalau tinggal kat luar, kerja aku hanyalah buat research master, mengajar, bisnes, RA...tak boleh jadi ni. Kalau duduk kat kolej, at least ada benda nak dibuat. Boleh dengar suara-suara student, boleh tolong apa yang patut projek student. Tapi tu la bila bermain dengan manusia ni, banyak ragam dan masalah...



Mungkin istikharah penentu segala. Sekarang ni dah terikat dengan projek pihak pengurusan kolej (KIK) anjuran UM yang perlu aku handle untuk compete antara Jabatan dan kolej kediaman di UM. Biar aku settle apa yang perlu dibuat supaya tak bebankan orang lain. Ada lebih kurang 2 bulan untuk aku decide. 

Langkah pertama yang aku buat adalah, aku dah mulai renggangkan diri dengan student. Malas sebenarnya nak masuk campur. Niat nak membantu nanti dianggap lain...semua ni dah aku alami. Aku berdoa, istikharah aku akan temui jalan penyelesaian. Ni semua proses nak matangkan diri, nak belajar benda yang baru. Masa ada lagi 2 bulan sebelum bulan Julai ni. Ye...aku kena keluar kepompong. Nak maju tak boleh stay lama-lama di sesuatu tempat......Tuhan bantulah aku.


Wednesday, May 4, 2011

REPLIKA RUMAH ALLAH

Salam semua...moga ceria hari ini. Entri kali ini saya nak berkongsi pengalaman sepanjang lawatan staf di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Sebenarnya, gambar ni saya nak upload sejak tahun 2009 lagi kerana lawatan ni dibuat pada tahun tersebut tetapi tidak berkesempatan.

Akhirnya pagi ni, selama sejam lebih baru selesai upload kesemua gambar. Cukup menarik lawatan tersebut yang rata-ratanya ramai yang tidak tahu kewujudan Tamadun Islam. Pelbagai replika masjid dibina cuma saiznya agak kecil sedikit berbanding yang asal. Namun, ciri-ciri binaannya hampir 80% sama.

1. Masjid Kul Sharif, Kazan, Rusia



2. Menara Kalyan, Uzbekistan




3. Masjid Besar Agadez, Niger



4. Masjid Suleyman, Turki














5. Al-Hambra, Sepanyol











6. The Great Mosque Qairawan, Tunisia












7. Masjid Nabawi












8. Masjid Mohammed Ali, Kaherah, Mesir















9. Kubu Kota Aleppo, Syria










10. Masjidil Haram, Mekah



















11. Makam Khwaja, Abu Nasr, Balkh, Afghanistan










12.  Ni tak tau la nama masjid ni apa...terlepas pandang







13. Masjid Besar Samarra, Iraq




14. Kubbah As- Sakhra (Dome of The Rock)




Kubah As-Sakhra terletak bersebelahan dengan masjid Al-Aqsa. Akan tetapi dengan perancangan jahat yahudi laknatullah dalam cubaan mengalihkan pandangan umat Islam, mereka menyatakan ini merupakan masjidil Aqsa. Sebenarnya tidak! Masjidil Aqsa sangat usang dan uzur keadaannya dan mereka sedang merancang untuk merobohkannya dengan membuat galian terowong di bawah masjid tersebut. Di Kubbah As-Sakhra inilah terjadinya peristiwa batu terapung yang mana batu tersebut ingin mengikut Nabi saw untuk Israk Mikraj tetapi nabi tidak benarkan. Belum sempat batu itu mengikut nabi, nabi menahan tidak benarkan maka batu itu terapung sehingga sekarang.





Sebenarnya kami tidak dibenarkan mengambil gambar di sekitar Kubah ini akan tetapi saya tetap mengambilnya dengan gambar curi...huhu...halal




Replika batu terapung tersebut terletak ditengah.  Menurut pegawai yang berada di situ, binaan kubah ini dibina dengan memanggil kontraktor yang membinanya sendiri dengan kesamaan ciri-ciri batuan yang diguna 80% sama seperti yang asal. Sungguh menakjubkan...subhanallah!

15. Masjid Badshahi, Pakistan




16. Taj Mahal, India










17. Masjid Sultan Omar Saifuddin, Brunei




18. Masjid Tengah, Pattani, Thailand







19. Masjid Negara, Malaysia 




20. Masjid Al-Manar Kudus, Indonesia







21. Masjid Xian, China




22. Masjid Kristal, Terengganu (ni bukan replika..ni betul2 masjid...=)