IKLAN NUFFNANG

Wednesday, June 8, 2011

INSPIRED BY NATURE

Selamat pagi, moga hari ini hidup anda diselubungi keceriaan yang berpanjangan. Usah sedih-sedih, rugi ooo....hidup ni tak lama. Siapa lagi nak buatkan kita ceria kalau bukan diri kita? Betul tak adik-adik? Bukan nak kata hidup saya tak pernah sedih, pernahlah jugak, tipulah kalau tak pernah tapi sedih saya tak pernah sampai drag satu hari...giler ape yup! Susahlah nak buat kerja kalau sedih sepanjang hari...nak pergi mengajar, anak murid tengok pelik kenapa cikgu aku ni muram...tak ke pelik namanya? Untuk itu anda harus menceriakan hidup anda...you make yourself happy! Nobody else!

Go to fullsize image
Don't be like this cat..



Go to fullsize image
Be like this!


Tapi bagaimana? Kalau dah banyak masalah...macam mana nak ceria? Masalah keluarga, masalah result exam tak bagus, masalah kewangan....Arghhhhh. Mesti sebahagian daripada saudara pernah alami situasi begini, betul? Saya pun pernah jugak la tapi yang paling penting kita kena buangkan dulu segala rasa gundah gulana, resah gelisah dengan cara saudara sendiri, tak perlu tiru cara orang lain. Ada orang hilangkan rasa stress dengan makan banyak-banyak. Kalau breakfast sepinggan mi, tapi dia nak hilangkan stress punya pasal tambah lagi dengan 4 keping roti canai, 5 bungkus nasi lemak..huhu. Ada jugak yang hilangkan stress dengan cara menjerit, ada yang dengan cara marah orang sekeliling tak tentu pasal, yang lebih teruk ada yang, melempar segala barang di sekitarnya. Haa cara inilah yang paling bahaya kerana boleh mencederakan kawan.

 Tapi nak tau tak, banyak cara yang saya sebut di atas, satu pun yang saya tak pernah amalkan. Saya ada cara lain nak hilangkan rasa stress. Dalam entri sebelum ini, saya ada janji kepada saudara untuk ceritakan satu tempat di Universiti Malaya yang saya rasa cukup bagus untuk hilangkan stress dan ini yang saya amalkan setiap hari. Maklumlah kerja saya menimbun, terlalu banyak 5 kerja serentak saya buat. Hidup sebagai student master, Research Asisstant, Asisstant Fellow kolej kediaman, hometutor dan juga businessman...hehe. Confirm-confirmlah akan stress, ni pun nak cari kerja lagi apa yang boleh dilakukan asalkan masyukkkk, tapi saya rileks...masih boleh dikawal. Begini caranya.....

Mulakan setiap perkara di awal pagi

Anda tahu tak, kita stress disebabkan terlalu banyak masalah dan komitmen yang kita terpaksa handle, tambah pula apabila kerja itu melibatkan dateline yang mesti kita capai on time. Jadi untuk itu, anda kena panjangkan masa kerja anda. Ramai orang silap, nak siapkan kerja punya pasal sehingga burning in the midnight oil (bekerja sampai lewat malam). Jika anda termasuk dalam kategori ini, nasihat saya supaya bertaubat segera..kerana anda dah ubah biological clock anda yang sepatutnya badan perlu rehat dan tidur paling lewat pukul 12 atau 1 tapi anda sampai pukul 5 semata-mata nak siapkan kerja.

Mulai hari ini, tukar habit, tukar rutin kepada bangun di awal pagi. Tidurlah seawal mungkin. Saya jika esok nak kena hantar kerja, tapi kerja masih belum siap jangan haraplah saya nak stay up sehingga lewat malam. Paling lama pun pukul 1 lebih mesti dah lunyai tak boleh pergi dah. Pernah terjadi esok nak exam tapi saya tak study habis lagi. Apa yang saya buat? Pukul 10 saya dah masuk tidur kemudian saya bangun dalam pukul 3 untuk study sehingga subuh. Pagi tu exam, yang menakjubkan apa yang saya study semuanya masuk dan saya INGAT sebab benda baru saja saya baca dan yang penting saya ulangkaji dalam keadaan rileks dan otak fresh!

Anda nak tahu, Donald Trump antara hartawan yang terkaya di Amerika mulakan harinya seawal jam 5 pagi...betul ke? Betul...tengok tu, orang yang bukan muslim pun bangun awal pagi dah buat kerja, kita yang muslim? Inilah hikmah yang disarankan oleh Islam supaya bertahajudlah kamu kerana banyak hikmah yang terkandung di sebaliknya.

Go to fullsize image
Donald J.Trump..one of my inspiration


Dah merepek banyak dah saya ni. Berbalik kepada rutin harian saya. Ni yang saya nak ceritakan ni. Setiap pagi lepas saja subuh di surau, saya akan menuruni jalan yang berbukit menuju ke tiang bendera di Kolej Kediaman Keempat. Di situ, saya akan duduk bersandarkan tiang bendera dan saya akan merenung pokok-pokok, bangunan dan bintang-bintang di langit. Subhanallah...sungguh menenangkan. Sunyi...sejuk....


Pemandangan dari tiang bendera menghadap blok lelaki



Cantik....tenang.....jam 6.15am, bilik-bilik masih gelap


Menghadap Kolej 7


Menghadap gelanggang


Berlatarbelakang Kolej 3


Setelah lepak-lepak di tiang bendera tu lebih kurang 15 minit, aku akan balik ke bilik. Dalam pukul 6.45am baru keluar untuk berjogging. Destinasi pertama adalah Fakulti Sains Komputer. Ada satu kawasan bersebelahan dengan kafe. Bagi aku sangat menenangkan...mungkin roh ekologi dah meresap dalam diri...hehe



Menghadap hutan



Inilah pokok-pokok jati projek Dr. Salihin...agaknya la



Selesai destinasi pertama, aku terus pergi ke destinasi kedua yang dapat melupakan seketika masalah kerja. Tempatnya adalah Akademi Pengajian Melayu



Susur jalan menuju ke APM



Inilah aku....gambar snap sendiri...huhu


Ini adalah tempat di mana aku buat stretching badan. Di sinilah kalau nak buat tekan tubi pumping pun ok ;)


Bila diri kita berada di tempat tinggi, kita akan rasakan dunia ini kita dah kuasai seketika. Confidence level kita akan meningkat.


Pokok-pokok yang menaikkan lagi semangat





Pemandangan yang menghadap Kolej 3




Selepas itu, aku akan menuju ke Destinasi yang ketiga. Tempat ini tak silap aku dipanggil balai cerap kerana setiap tahun orang Fizik Syarie yang diketuai oleh Prof. Sahar akan melihat plenet Zuhal muncul. (plenet apa tak sure tapi maybe Zuhal)


Balai Cerap







Ruang yang menghadap Fakulti Sains, di situlah aku belajar suatu ketika dahulu. Kini, Fak Sains musuh aku!



Setinggi Menara Telekom, begitulah tingginya semangat yang anda kena bina!



Kemudian, destinasi terakhir adalah tempat di mana aku akan jadi gila seketika. Tempat nilah kadang-kadang aku menjerit, menyanyi, melompat macam beruk...huhu asal boleh hilangkan tension, aku akan buat tapi pastikan tiada orang! Nanti orang akan kata ko ni gilerr....sebab tu la kena keluar awal-awal pagi.


Tembok batu yang selalu aku bertenggek merenung masa depan...huhu






Tempat yang selalu direnung untuk datangkan ilham...bagaimana nak tambahkan income!! hehehe


Dataran nilah yang aku akan bertukar jadi beruk, melompat ke sana ke sini....haish!



Cantik beb!



Berakhir di sini..



Selamat tinggal APM...esok aku datang lagi!


Inilah rutin harianku. Actually, this is one of the destination to release stress. Ada banyak lagi. Kadang-kadang aku selalu pergi berjogging di sekitar Taman Tasik Perdana, kemudian lepak di sana sorang-sorang sambil baca buku menghadap tasik...fuhhh nyaman!

Kadang-kadang pula tengah malam dalam pukul 12 atau 1 pagi aku akan pergi ke Tasik Perdana dan bermain buaian, papan gelongsor, jongkang jongkit dll. Hanya waktu malam saja yang boleh main, kalau siang nak kena berebut dengan budak-budak bawah umur! Aku tak pergi keseorangan, giler apa buatnya pengawal keselamatan tangkap...terkantoilah - 'Remaja purba bermain buaian kanak-kanak di tengah malam'...selalunya aku akan pergi dengan junior-junior aku ni selepas balik dari makan malam.

Begitulah...ingat nak hilangkan stress salah satu cara macam ni lah. Sebaiknya pergi seorang diri berjogging..sebab kadangkala diri kita memang perlu bersendirian, nak menangis ke nak ketawa ke who knows? Banyakkan bercakap dengan diri sendiri di samping telinga mendengar kerana perbuatan itu akan menyedarkan dan membangunkan minda separa sedar kita untuk menghasilkan idea yang berguna seterusnya bertindak dengan bijak!

Bye.......=)



No comments :

Post a Comment