IKLAN NUFFNANG

Wednesday, August 10, 2011

PASRAH SEGALANYA

video

6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

`Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. `Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
 
`Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. 
 
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.' 
 
Kemudian Jibrail as berkata: `Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' Lalu Allah berfirman yang bermaksud. `Ya Jibrail, akan Aku berikansyurga Ma'waa sebagai tempat tinggal…' Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. 
 
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: `Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ` Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. `Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan….. .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan…. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S..W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia..

Sunday, August 7, 2011

CREATE JOBS INSTEAD OF FINDING JOBS!!!

Ahlan wa marhaban dan Salam Ramadhan Al-Mubarak...

Sedar tak sedar dah masuk seminggu kita berpuasa. Bagaimana iman kita? Bagaimana ibadah kita? Memang masa berlalu sangat pantas...aku pun sampai tak sedar sebab fikiran asyik fokus pada kerja. Terlalu banyak kerja nak disiapkan sebelum balik raya.

Puasa kali ini memang berbeza dengan sebelum ni. Hari pertama puasa dah disambut di Kuching, Sarawak tidak bersama keluarga. Sampai saja di UM, aku di 'hire' untuk jadi imam di sebuah rumah Prof. Orthopedics, Univ. Malaya yang mana aku mengajar anak dia tuisyen. Requested to be imam for the whole ramadhan, tapi aku tak nak, takut makmum boring asyik imam yang sama. First tarawikh dia hulur aku sekeping note RM100. Aku tolak dengan baik tapi dia bagi juga. Finally, aku terpaksa ambil nak jaga hati dia tapi aku mesej dia next tarawikh please don't give me anything sebab aku rasa serba salah. Kalau tak jadi imam rumah dia, tempat lain pun aku jadi imam gak, so sama je....

Pagi ni ada satu perkara yang menyebabkan aku tertarik nak buat entri ke dalam blog ni. Aku dah terbaca status 2 orang sahabat aku ni berkenaan kerja. Seorang tengah cari kerja di usia 24 tahun dan seorang lagi blame government for something which I do not know.

Kadang-kadang aku rasa sedih, malu, marah, terkilan...sedih sebab tak tau apa yang boleh aku bantu, malu sebab ada kawan macam tu, marah sebab terlalu malas dan memilih kerja, terkilan sebab dia meletakkan kesalahan pada orang lain. Sebenarnya aku nak buat entri ni pun fikir dua kali, mungkin persepsi orang akan kata aku ni berlagak, nak menunjuk, rasa diri bagus tapi jauh di sudut hati aku, just nak tolong kawan-kawan aku yang lain, hanya Tuhan saja yang tahu.

Human society today seems to be pre-occupied with getting a job. A lot of governments in the world give priorities to creating jobs. Governments have even been toppled because they couldn't provide jobs for their citizens! Some go to the extent of providing allowances for those who don't have jobs like Brunei if I'm not mistaken.

Students are being pressured in schools to get good grades so that they can get a job. Parents send their children for extra tuition so that their children will do better in order to get a better job. I know some parents who told me that they have no choice but to send their kids for extra tuition otherwise their kids would not be able to catch up with the rest of the class. There are even cases where the mothers attend the classes themselves and actually help their children in the school itself! My God...very pathetic!

What's going on? I hope we will realise it before it is too late. Aku nak pembaca blog ni especially Melayu, tolong fikir. Kenapa orang Melayu bila keluar universiti akan sibuk cari kerja? Selalunya mendambakan kerja dengan kerajaan....kenapa cina jarang sekali sibuk apply kerja? Usually chinese akan terus buat bisnes..sama ada bisnes family atau mereka sendiri yang own the business.

Banyak dah situasi yang aku selalu tengok terutamanya member sebaya aku..ya Allah ramai yang lebih rela 'tanam anggur'...

Berat hati aku sebenarnya nak dedahkan benda ni takut rezeki Tuhan tarik balik, juga takut dalam hati terdetik riak dan 'ujub, lebih-lebih lagi bulan puasa ni. Aku tak pernah dedah tapi kali ni aku nak dedahkan juga tapi bukan untuk riak, hanya semata-mata nak buka minda kawan-kawan sebaya aku.

Banyak kerja yang aku buat, tak terkata....sibuk yang teramat. Kerja dari pagi sampai malam, lepas tu sambung pula dengan aktiviti di kolej, lepas tu sambung pula dengan writing thesis. Tapi Alhamdulillah hasil kerja keras, susah payah, pahit maung, perit getir yang aku lalui ni benar-benar berbaloi dan paling penting dapat buka minda aku. Aku akan dedahkan temporary income yang aku dapat every month...sebab apa aku kata 'temporary'? sebab Tuhan boleh tarik balik anytime!

Aku buat 5 kerja so far at one time : Master student, Research Asisstant, Business, Pembantu Penyelia, Tuition....pembantu penyelia tak ada gaji tetapi diberi penginapan secara percuma.

1. Tuition - RM4180
2. Research Asisstant - RM1200
3. Business - RM2000++

So total yang aku dapat setiap bulan lebih kurang RM6000-7000 sebulan. Tapi kadang-kadang tu ada fluctuate tak dapat full. Maklumlah business ada jatuh ada naik, tuisyen kadang-kadang parent batal kelas, kadang-kadang aku sendiri cancel. Tapi aku tak miss RM5000 sebulan.

Ramai yang fikir apa motif nak tunjuk benda ni?? Motif aku nak buka minda orang dan berfikir, budak mentah macam aku yang berumur 24 pun masih boleh dapat income yang sama dengan pensyarah yang ada phD. Selalunya di awal 24 mesti orang baru dapat kerja dan bergaji RM2000++ sebulan dan memakai kereta myvi tapi aku mampu pakai kereta Honda Civic 2.0, motor LC, dan bagi mak RM600 sebulan tak miss sejak 2009.

Terpulanglah nak kata apa...bergantung pada niat masing-masing. Kadang-kadang aku sengaja paparkan klip video Honda yang aku akan beli (dah beli pun) kat status facebook dengan harapan ada orang yang akan bertanya  "Macam mana ko boleh dapat benda ni? Tolong ajar aku...", tapi sebaliknya..."Wah...OKB (Orang Kaya Baru), boleh la belanja lepas ni". Tak habis-habis dengan perkataan belanja...tak terdetik pun nak ambil tahu bagaimana orang tu boleh buat. Lebih sinis lagi, sewaktu aku nak beli kereta ada yang menyindir, "Bersedia la ek dengan insuran RM3000 lebih"....macam aku bodoh tak terfikir pasal tu

Pernah satu hari aku offer one of my friend kelas tuisyen yang parent minta aku mengajar anaknya Fizik di Selayang RM40 sejam tetapi jadual aku padat so no time but I pass it to my friend tapi dia kata apa? .."Jauhnya Selayang, malas la...". Cuba fikir.........dalam keadaan umur 24 menganggur tak ada kerja, mak ayah satu sen tak pernah merasa duit daripada dia, boleh pula kata malas la....jauh la? Aduyaii.....dan sampai satu tahap aku ajar cara orang bagaimana nak dapatkan offer tuisyen, bagi buku panduan mengajar tuisyen, siap bagi pinjam buku rujukan dan buku latihan tapi tu pun malas lagi.........then at last blame kerajaan for not providing job! Diri sendiri malas tak nak salahkan.

Nak cerita berkenaan tuisyen ni, banyak nak diceritakan boleh sampai dibukukan. Aku pernah pergi rumah ke rumah untuk sebarkan brochure berkenaan Tuition Offer aku pada waktu panas terik di kawasan perumahan. Paling jauh aku mengajar di Sg. Pusu, Gombak dengan hanya RM350....jauh tu. Sg. Pusu ni atas lagi dari UIA, Gombak. Perjalanan ambil masa 45 minit pergi dan 45 minit balik. Ada pula di Keramat Wangsa jalan nak ke Zoo Negara ambil masa dalam 30 minit. Sampai satu tahap hujan sangat lebat, pakaian aku basah lenjun, menggeletar kesejukan waktu bawa motor, buku-buku untuk mengajar yang aku bawa pun basah, dakwat tulisan mengembang...sampai di rumah tuisyen, air masih menitik...dan aku terus masuk dalam bilik mengajar, hamparkan buku-buku yang basah tadi bawah kipas dan terus mengajar dalam keadaan baju basah lenjun. Bila habis saja kelas, aku bawak motor dalam keadaan sedih....air mata pun mengalir macam mana mengalirnya air hujan dari baju aku yang lenjun tadi.......dalam hati aku kata, rileks, sabar, Tuhan nak bagi rezeki dengan cara ni. Sebab tu, bila kawan aku merungut, jauh la, susah la, tak reti la tu yang aku nak marah sangat. Banyak lagi la pengalaman untuk dikongsi bersama...tapi tak mengizinkan.

My personal advice for those who are finding their job.......especially 'brilliant' graduated university students

Don't find security...don't play safe. You should take risks by doing lots of various kinds of jobs to have experience, to gain knowledge, to have link or 'cable', to open your mind!

Ramai yang lebih selesa makan gaji. Gaji keluar makan, hujung bulan senang hati, tengah bulan susah hati..dan lebih menakjubkan jiwa raga aku, ada yang berkata 'aku lebih selesa hidup macam ni, tak susahkan orang..'. Gaji RM2000 lebih, pakai myvi, belum kahwin lagi dah kata selesa.....minyak naik salahkan kerajaan. I'm not pro government or pro opposition...tapi nampak selekeh orang macam ni lebih-lebih lagi orang muda umur 20an yang berkata. Please la...di awal usia muda ni kita kena enjoy....buat banyak kerja cari pengalaman lebih, jangan rasa selesa dulu. Kita ada tenaga yang hebat, minda yang masih segar yang mampu dikerahkan untuk generate wonderful brilliant sorts of idea. Use it!

If the cream of our society is going out to LOOK FOR A JOB, who is going to CREATE THE JOB? Ha? The answer becomes very obvious. The poor souls of our society, those drop-outs, those who have no chance to enter the university, who have no choice. They are "forced" to be entrepreneurs, industrialists, the creators of jobs. They couldn't compete in the job market where all the professionals are. They would not be able to land themselves a good job!!

Perhaps that is the reason why we hear a lot of success stories about how a drop-out became a top industrialist. How a farm-boy built an empire, etc...Why can't the university graduates do it? Seperti yang aku kata, they have such a comfortable great job that they are scared of losing it. They are also scared of losing 'security'......

Aku buat master bukan nak dapatkan kerja semata. Kalau aku stop master aku dan cari kerja, dah lama aku dapat kerja...sebab lepas saja graduate aku sengaja 'shoot' resume aku to a private company, then amazingly approved after being in the interview session! Income offered was RM2000++ siap dengan elaun umrah lagi....but I think for a long term. Aku suka ilmu, suka belajar benda yang baru. Mak aku dulu suruh aku kerja saja lepas graduate, suruh aku jadi cikgu, sikit2 cikgu naik nyampah aku, tapi aku tak suka kerja, aku suka belajar....so durhaka sekejap sambung master. nak jaga hati dia, aku pun jadilah cikgu...cikgu tuisyen...hehe. Bila sambung master ni banyak link, 'cable' dan pengaruh yang aku dapat untuk masa depan aku nanti. Aku kenal dengan ramai professional people yang aku boleh mintak tolong suatu hari nanti. Ada lawyer, surgeon, bank officer, CEO company dsb. Link ni terdiri daripada parent yang mana aku mengajar anak dia. Selepas habis saja master yang dijangka hujung tahun ni, target terus nak further phD. Nak jadi pensyarah yang bermain dengan ilmu pada masa sama nak juga expand aku punya bisnes.

InsyaAllah, bulan Ramadhan ni menjanjikan satu lagi cabang bisnes yang aku nak ceburi. Aku dah fikir masak-masak, sebelum balik raya ni aku akan tubuhkan company aku yang diberi nama AL-HAKIM TRAINING & CONSULTANCY. Company ni ada 3 agenda nak dibawa : 1. Knowledge for young generation of elite muslim, 2. Entreprenuership Skill, 3. Dakwah. Ada dua projek mega (Konvensyen Keusahawanan & Perniagaan (U-NIAGA) dan Bengkel Persediaan UPSR) yang aku nak bawa masuk dalam kampus UM ni, bulan November dan Disember insyaAllah, nak buka sikit mata student yang terlalu berpuas hati dengan pencapaian sendiri yang tak seberapa. Segala plan berjalan dengan lancar, mohon pada Allah beri sedikit laluan dan rezeki untuk aku terus bertapak. Kepada sesiapa yang berminat nak jadi business partner aku, sudi-sudilah tampil ke hadapan. Antara kriteria yang aku perlu : Islamic, active in campus (yang duduk kolej dan aktif amat2 diperlukan), open minded, hardworking. Modal tak diperlukan hanya perahan keringat, idea dan tenaga sahaja perlu disumbangkan.

Akhir kata aku nak stop entri aku dengan kata-kata untuk renungan bersama :

At best, I.Q. contributes 20% to the factors that determine life's success, 
which leaves 80% to other forces.

Studies have shown there was very little correlation between a child's success in examinations and his/her success in adult life

In an examination, no matter how much knowledge the student has, if he cannot put it all down on paper within a certain time limit, he may get an "F"

Nak berjaya memang susah, tapi tak mustahil. Sebaliknya nak susah amatlah mudah.

Di sebalik kesusahan PASTI ada kesenangan (Al-Quran)

Wassalam