IKLAN NUFFNANG

Saturday, June 4, 2011

KHASIAT SPIRULINA

Salam buat pembaca yang dikasihi...

Pernahkah kita terfikir berkenaan kesihatan kita? Ketika kita makan, pernahkah kita menilai berapa banyak kalori yang kita ambil setiap hidangan? Pernahkah kita berfikir kesan atau impak terhadap pemakanan yang kita ambil itu?

Tidak dinafikan, saya juga kadang-kadang makan ikut selera selagi boleh makan dengan berandaian usia muda sebegini tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Sebenarnya tanggapan ini salah sama sekali. Di usia sebeginilah harus kita jaga kesihatan kita betul-betul untuk kekal maintain di usia tua. 




Sepatutunya, kita kena merancang berapa tahun lagi untuk kita hidup? Kalau saya setakat umur 80 sudahlah kerana lagi lama hidup lagi banyak dosa yang perlu ditanggung. Sekarang ini berumur 24 tahun jadi masih ada 56 tahun lagi untuk hidup dan inilah yang memerlukan kepada perancangan yang menyeluruh. Sila klik DI SINI. Benar, mati itu di tangan Tuhan tapi lupakah kita Tuhan suruh kita merancang tetapi perancangan Tuhan itu adalah sebaik-baik perancangan.

Jadi, apa yang perlu anda fikirkan untuk kesihatan anda untuk bertahan dalam tempoh 50 tahun dari sekarang? Di sini saya akan ceritakan serba sedikit berkenaan tubuh badan kita. Dengar ye adik-adik.....hehe

Tubuh kita memerlukan lebih daripada 100 jenis nutrisi setiap hari untuk mencapai fungsinya secara optimum. Namun, disebabkan oleh diet tidak sihat yang mengandungi kalori berlebihan dan terlalu sedikit nutrisi atau pengambilan berlebihan makanan berasid, diet harian kita kekurangan nutrisi penting. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), faktor makan menyumbang kepada kira-kira 30% daripada seluruh kes kanser di negara-negara barat.

Sebahagian besar daripada kita mengambil multivitamin yang dijual di pasaran untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam tubuh kita. Tapi adakah kita benar-benar mendapat manfaat daripada multivitamin yang kita ambil itu? Bukan semua multivitamin yang terdapat dalam farmasi adalah semulajadi, dan seringkali tidak dilabel untuk membezakan antara vitamin semulajadi dan sintetik.

Sebenarnya, multivitamin sintetik mungkin menyebabkan kesan sampingan seperti batu buah pinggang, keguguran rambut, penglihatan kabur, kerosakan hati, sakit kepala dan sebagainya.

Kecenderungan terhadap keadaan badan berasid

Menurut pakar, untuk mengekalkan kesihatan, kita patut mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan pengambilan 80% makanan beralkali dan 20% makanan berasid. (Dr. Ragner Berg, Amerika)

Badan kita hanya boleh jadi sihat jika kita boleh mencapai keseimbangan dengan 80% kealkalian dan 20% keasidan (Dr. Lynn Tan, N.D)

Walaubagaimanapun, pemilihan makan beralkali adalah sangat terhad. Ianya dikategorikan :
  1. Sayur-sayuran
  2. Telur putih
  3. Buah-buahan
  4. Keju
  5. Alga


Cara lain untuk menambahkan semua nutrisi penting adalah melalui makanan unggul. Sering ditakrif sebagai sejenis makanan semulajadi yang paling unggul, Elken Spirulina mengandungi lebih daripada 12 jenis vitamin, lebih daripada 12 jenis mineral, 4 pigmen semulajadi dan 8 asid amino perlu.



Yang paling penting, Elken Spirulina adalah semulajadi dan 100% organik. Oleh sebab itu, ia tidak akan memudaratkan sekiranya dimakan dengan banyak atau diambil bersama-sama dengan ubat lain.

Elken Spirulina juga telah mendapat pengiktirafan dari Saintis luar negara seperti :

  1. Dr. Yasumasa Kodo - PhD dalam bidang Kimia Bio-Organik, Universiti Oxford, UK. Anak kepada "Pengasas Elken Spirulina", Prof. Keiun Kodo. Di samping menjadi Pengerusi kepada Spirulina Bio Lab. Co. Ltd. Osaka, Jepun.
  2. Mr. Calvin Hwu - Mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pemeliharaan dan penghasilan Spirulina. Sebagai Pengerus Besar Nan Pao International Biotech Co. Ltd.

Saya juga mengambil Elken Spirulina setiap hari 30 biji...10 biji sekali makan. Memang ketara perbezaannya. Bayangkan, kesibukan kerja yang teramat, saya kena bangun seawal 5.30 pagi untuk mulakan rutin harian. Dari pukul 8-12pm adalah tempoh di mana saya akan siapkan kerja-kerja yang berkaitan dengan research master, siapkan kerja-kerja di pejabat Kolej dan waktu inilah akan adakan sebarang temujanji baik dengan supervisor mahupun dengan pelanggan.

Waktu rehat hanyalah sekitar pukul 1-2pm. Inilah masa untuk lunch dan solat. Rehat? Hoho...tiada istilah rehat dalam hidup saya. Kita rehat hanya di liang lahad. =) Selepas itu bermula jam 2-9pm itu adalah waktu di mana saya mengajar yang mengkehendaki saya travel dari satu tempat ke satu tempat SETIAP HARI! kecuali Sabtu dan Ahad kerana hari ini hanya ada 2 kelas sahaja. Memang sangat meletihkan. Kalau boleh diterjemahkan dalam jam kredit universiti, saya sekarang dah ambil lebih kurang 50 jam kredit,boleh grad 2 tahun setengah =)

Tapi, jarang saya keletihan. Walau makan kadangkala saya skip sebab tak sempat terpaksa rush here and there tapi dengan mengambil spirulina dapat cover balik banyak tenaga yang hilang. Hebat bukan?



Selamat menjaga kesihatan. Kesihatan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai!

Sila Klik SPIRULINA & HEALTH




1 comment :

  1. Good sharing, when talk about essential nutrients, we also talk about spirulina, an algae that is touted as a superfood rich in phytonutrients. Spirulina is lauded by the World Health Organization (WHO) as "Best Healthcare Product of the 21st Century". Elken Spirulina is not a medicine but a super nutritious health food. Therefore, it will not cause any harm if taken in large doses or taken together with other medication. For detail visit:
    http://kidbuxblog.com/benefits-of-elken-spirulina/

    ReplyDelete