IKLAN NUFFNANG

Friday, February 8, 2013

HIJRAH TERBESAR

Salamun'alaikum...

Masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru masihi...semoga tahun baru 2013 ini menjadi satu tahun yang bakal membuatkan hidup kita bahagia, ceria, barakah hendaknya. Yang pasti ramai di kalangan kita yang sudah membuat azam di tahun baru ini. Jadikan awal tahun ini sebagai batu loncatan terbaik untuk kita bina kehidupan yang lebih baik.

Sekarang jam menunjukkan pukul 2.16 pagi..Sebenarnya saya tengah menghabiskan masa yang ada sementara menunggu untuk ke airport KLIA ke Kota Kinabalu, Sabah atas urusan perniagaan sehingga hari Isnin. Departure time pukul 7.30 pagi, so perlu bertolak dari sini seawal jam 5 pagi bagi mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku. Untuk hindar dari tertidur baik habiskan masa dengan blogging...kalau tidur ni alamatnya terlepas flight la gamaknya, dah la flight ticket ke sana mahal...RM604 tu yup! akibat beli last minute....

Bila tiba tahun baru kita mesti tidak lepaskan peluang untuk cipta azam baru dan sememangnya ini lumrah manusia, menjadikan sesuatu itu sebagai turning point kita.

Bagi saya pula, alhamdulillah ada 13 matlamat/impian yang ingin dicapai...mohon doakan yang terbaik.


Untuk merealisasikan segala impian ini, perlu ada satu hijrah yang besar yang perlu dibuat. Perkara ini sudah saya fikir masak-masak, sedalam-dalamnya dan istikharah serta solat hajat yang berterusan. Antara hijrah yang paling besar ialah :

1. Menghentikan serta merta kelas tuisyen

Sudah 3 tahun saya lakukan private tuition dari rumah ke rumah. Pelbagai subjek yang diajar. Daripada mengajar AlQuran, Bahasa Arab, Fardhu ain sehinggalah UPSR, PMR dan SPM. Ada di antara anak murid yang sudah mencapai target yang diajar iaitu 5A UPSR, 9A SPM dan yang mengaji pula daripada tak kenal huruf sehingga mampu baca Al Quran...daripada merangkak sehingga mampu menghafal surah-surah lazim. Berat hendak tinggalkan tapi bila difikirkan balik sampai bila hendak berterusan begini?

Untuk itu, saya buat keputusan untuk hentikan serta merta. Namun, sikap tanggungjawab perlu juga ada dengan mencari pengganti yang sesuai dan terbaik untuk anak murid itu tadi. Alhamdulillah syukur segalanya sudah selesai. Setidak-tidaknya saham akhirat hasil mengajar mengaji sedikit sebanyak menyumbang kepada pahala jariah.

2. Meletakkan jawatan selaku pembantu felo kolej kediaman

Ini perkara yang paling berat yang pernah saya lakukan. Dah hampir 7 tahun menetap di Kolej Kediaman Keempat, UM dan sudah hampir 4 tahun jadi pembantu felo. Kalau orang temuramah lah, saya boleh cerita dari A sampai Z apa perubahan yang berlaku dalam kolej...dari segi landskap, makcik-makcik staf yang silih berganti pergi dan banyak lagi. Rasa sedih sebenarnya nak tinggalkan tapi apakan daya, jika diteruskan kehidupan seperti tu for the next few years, alamatnya tak berkembang la minda ni, hanya bergelumang dengan pelajar-pelajar dan typical activities. Agak bosan jugak. Nak jugak merasa kehidupan yang baru demi mematangkan lagi diri dengan dunia sebenar.

Jadi, saya sudah tekad memberi notis 24 jam letak jawatan sehingga mengejutkan ramai staf. Ramai yang tak menyangka tapi itulah hakikatnya....insyaAllah, paling lewat hujung bulan ini selesai angkat barang dan terus meninggalkan bumi Bestari yang tercinta.

Tahun 2013 ini berazam untuk memikirkan secara serius perihal masa depan baik diri sendiri mahupun keluarga.  Umur pun dah nak masuk 26 Oktober nanti, jadi soal kewangan, kematangan, jodoh, kepuasan hidup perlu mula difikirkan secara mendalam.

InsyaAllah, 22 Mac ini saya bakal mengerjakan ziarah-umrah dengan melawat 2 buah negara terlebih dahulu; Singapura dan Istanbul, Turki kemudian terus mengerjakan umrah. Di sana, hajat besar akan dibawa. Nak mohon petunjuk dari Allah berkaitan jodoh dan masa depan. Sekiranya istikharah menunjukkan seperti apa yang dirancang, Alhamdulillah...itulah yang terbaik. Hajat ingin melangsungkan pertunangan tahun ini tetapi rancang untuk kahwin mungkin ambil masa 2-3 tahun lagi.

Plan tahun ini jugak sangat besar...nak melancong ke seluruh dunia. Bermula dengan Zhangjiajie, China, kemudian ke Korea dan Spain. Nak bawak mak dan abah.

Akhir sekali, renunglah kata-kata ini :

Dengan wang kita dapat beli rumah tetapi tidak dapat membeli kehidupan

Dengan duit kita dapat beli jam tetapi tidak mampu membeli masa


Salam sayang!