IKLAN NUFFNANG

Sunday, January 31, 2010

DIDIK DIRI BENTUK PERIBADI YANG UNGGUL

Amalkan setiap perkara yang baik (juga amalan-amalan baru) selama 21 hari berturut-turut. Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, secara berterusan, akan menjadi tabiat jika tidak, ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif ~ emosi-emosi ini akan membenarkan otak membebaskan hormon adrenaline, cortisone dan toxine yang mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut dan sebagainya.

Ada 3 kategori manusia :-

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

Sebelum tidur, maafkan semua orang tidak kira siapa ~ Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.

Sebelum tidur, berdoa, bergantung pada apa yang kita hajati ~ sepanjang tidur, otak akan 'generate'kan segala keinginan kita dan Insya-Allah, kita akan 'work on it' (ada semangat) pada keesokan harinya.


Notes

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".

Cuba ambil iktibar untuk mendidik diri dan keluarga.

Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!

So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu daripada saya.

PETUA BATIN

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada sertamerta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’. Batang zakar harus sentiasa panas.
2. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.
3. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
4. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar.
5. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
6. Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima’.
7. Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
8. Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.
9. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.
10. Kurangkan dari memakan Pisang Embun.
11. Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
12. Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.
13. Jangan amalkan beronani kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
14. Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.
15. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.
16. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
17. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
18. Jangan jima’ di dalam air.
19. Jangan terus minum air selepas jima’, rehat dahulu 15 minit.
20. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
21. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
22. Jangan jima’ isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.
23. Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

Saturday, January 30, 2010

PERKARA-PERKARA YANG DIIKTIKAD OLEH IBNU TAIMIYAH

Sepertimana yang dimaklumi bahawa Ibnu Taimiyah telah melanggari perkara-perkara yang disepakati oleh para ulama (ijmak) lebih daripada 60 masalah sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Hafiz Waliyuddin Al-Iraqi di dalam kitabnya Al-Ajwibah Al-Mardhiah Fi Raddi 'Ala Al-As'ilah Al-Makkiah dan Al-Hafiz Shamsuddin Ibnu Toulon dalam kitabnya Zakhairul Qasr Fi Tarajim Nubala' Al-Asr ketika menyebutkan tentang riwayat hidup Abdul Nafiq bin Irak Ad-Dimasyki.

Antara masalah-masalah tersebut:
1. Sumpah talak: Ibnu Taimiyah berkata: "Sesiapa yang melanggari sumpah, talak tersebut tidak jatuh cuma dikehendaki membayar kifarah (denda) sumpah". Fatwa ini tidak pernah disebut langsung oleh para ulama sebelumnya.

2. Talak ketika isteri didatangi haid tidak jatuh begitu juga talak ketika isteri suci daripada haid yang disetubuhi oleh suaminya. (Lihat kitab Ibnu Taimiyah: Majmuk Al-Fatawa)

3. Talak tiga jatuh kepada satu (Lihat kitab Ibnu Taimiyah:Majmuk Al-Fatawa)
Sebelum itu telah berlaku ijmak dan sesiapa yang ingkar masalah ini jatuh kufur.

4. Perempuan yang haid boleh tawaf di Kaabah tanpa kifarat.

5. Cairan seperti air tidak menjadi najis apabila tikus mati di dalamnya.

6. Solat yang sengaja ditinggalkan tidak perlu di qada. Sedangkan Imam Nawawi yang hidup sebelum Ibnu Taimiyah berkata di dalam kitabnya Al-Majmuk: "Ulama-ulama yang muktabar telah BERIJMAK bahawa sesiapa yang meninggalkan solatnya maka hendaklah ia mengqadanya kembali". Sekali lagi Ibnu Taimuyah melanggar ijmak ulama.

7. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa zat Allah berhajat kepada anggota.

8. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa Al-Qur'an kalam Allah itu bersifat baharu dan tidak azali. Di sini Ibnu Taimiyah telah menyifatkan Allah dengan sifat makhluk. Sifat Allah adalah azali. Sementara sifat manusia adalah baharu.

9. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa makhluk yag wujud di alam ini tiada baginya permulaan dan makhluk-makhluk tersebut telah wujud sejak azali bersama Allah!!. Perkara ini disebut dalam lima buah kitabnya iaitu: Muafaqah Soreh Al-Makqul Li Sohih Al-Manqul, Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyah, Syarah Hadis An-Nuzul, Syarah Hadis Imran bin Hushain dan kitab Naqd Maratib Al-Ijmak. Dan kesemua kitab ini dicetak dan ada di pasaran. Imam Bahauddin Abdul Wahab bin Abdul Rahman Al-Akhmimi As-Syafie telah mengarang sebuah kitab yang dinamakan Risalah Fi Raddi Ala' Ibnu Taimiyah Fi Mas'alah Hawadis La Awalla Laha bagi menangkis dakwaan Ibnu Taimiyah tersebut. Kitab ini juga dicetak dan berada di pasaran.

10. Ibnu Taimiyah telah menyerupakan Allah dengan makhluk (dinamakan akidah tasybih dan tajsim) di mana beliau mengatakan bahawa Allah itu berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain dan Allah berpindah-pindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Misalnya Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa Allah turun ke langit dunia sewaktu satu pertiga malam dan kemudian naik semula ke langit untuk duduk di atas Arasy!!(Subhanallah)..

11. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa Allah bertempat iaitu berada di bahagian atas (di atas Arasy) dan mempunyai saiz (had) tertentu. Pengakuannya secara terang-terangan di dalam kitabnya di mana beliau mengatakan bahawa Allah saiznya sebesar Arasy. (lihat kitab beliau: Kitab Al-Arsy dan Minhaj As-Sunnah)

12. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa Allah itu DUDUK di atas Arasy sedangkan ulama mengkafirkan sesiapa yang mengatakan Allah itu duduk di atas Arasy walaupun bukan seperti duduk makhluk.

13. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa ilmu Allah tiada kaitan dengan perkara yang tiada penghujung seperti nikmat syurga. Ini telah menafikan ilmu Allah kerana ilmu Allah itu tidak terbatas dan tiada baginya penghujung. Kata-kata Ibnu Taimiyah ini telah membolehkan Allah itu bersifat jahil dan ini adalah satu kekufuran!!

14. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa nabi-nabi Allah tidak maksum (tidak terpelihara daripada dosa kecil dan besar).

15. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tiada baginya kemuliaan selepas kewafatan baginda. Oleh itu umat Islam tidak boleh bertawassul dengan baginda selepas baginda wafat. Hal ini disebutkan dalam kitabnya 'Qa'idah Jalilah Fi At-Tawassul Wal Wasilah'.

16. Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa sesiapa yang bermusafir untuk menziarahi kubur Rasulullah maka perbuatannya itu adalah haram. Oleh itu sesiapa yang bermusafir untuk tujuan tersebut maka tidak boleh baginya mengqasarkan sembahyangnya. Kata-kata ini ditentang dan dikecam oleh Al-Hafiz Taqiyuddin As-Subki di dalam kitabnya Syifa As-Siqam Bi Ziarati Khairil Anam.

17. Ibnu Taimiyah mengatakan bahwa azab ahli neraka akan tamat dan tidak kekal. Kata-kata ini dimuatkan oleh anak murid kanannya yang bernama Ibnul Qayyim Al-Jauziyah di dalam kitabnya Hadil Arwah Ila Biladil Afrah. Masalah ini ditentang oleh Imam Tajuddin As-Subki di dalam kitabnya Al-Iktibar Bi Baqa Al-Jannah Wa An-Nar. Antara kata-kata Imam Tajuddin As-Subki: "Sesiapa yang mengatakan bahawa neraka tidak kekal, sesungguhnya dia di dalam neraka yang akan kekal".*

* Perhatian: Kekalnya neraka dan syurga adalah dengan masyi'ah dan iradah (kehendak) Allah disebabkan keduanya makhluk.Neraka dan syurga keduanya mengikut lojik akal boleh musnah tapi keduanya kekal disebabkan Allah berkehendak yang demikian (boleh rujuk dalam kitab Risalah Tauhid).

18. Antara masalah yang paling aneh yang ditimbulkan oleh Ibnu Taimiyah yang tidak pernah terkeluar dari mulut seorang muslim pun iaitu kata-katanya:"Kitab Taurat dan Injil tidak diubah dan diselewengkan lafaznya, bahkan lafaznya adalah kekal seperti asal tanpa sebarang penyelewengan. Yang diselewengkan ialah makna lafaz kitab Taurat dan Injil sahaja!!. Masalah ini merupakan antara iktikadnya kerana beliau sememangnya menggunakan Taurat dan Injil dalam menyatakan dan menguatkan hujahnya bahawa Allah tinggal di langit dan duduk di atas Kursi atau Arasy. Beliau menyebutkan di dalam kitabnya Syarah Hadis Nuzul:"Di dalam Injil, Al-Masih (Nabi Isa) telah berkata: "Janganlah bersumpah dengan langit kerana ianya kurnia Allah. Berkatalah Al-Masih kepada Al-Hawariyun (sahabat-sahabat NAbi Isa): "Jika kamu memaafkan manusia maka sesungguhnya BAPA kamu yang berada di langit mengampuni kamu semua. Lihatlah kepada burung-burung yang berterbangan di langit sesungguhnya burung-burung tersebut tidak menanam juga tidak menuai apatah lagi menghimpunkannya di udara. BAPA kamulah yang di langit itu memberi rezeki kepada mereka. "
Bagaimanakah Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa kitab Taurat dan Injil tidak diselewengkan sedangkan secara terang-terangan lafaz BAPA disebut di dalam kitab Injil. Benarkah kata-kata Ibnu Batutah, seorang penegembara yang terkenal, tentang Ibnu Taimiyah:" Di dalam akalnya ada sesuatu (masalah)". Dan kata-kata Al-Hafiz Waliyuddin Al-Iraqi:"Ilmu Ibnu Taimiyah lebih besar daripada akalnya". (maksud beliau Ibnu Taimiyah ini akalnya kurang sehingga tidak dapat membezakan perkara yang sebegini jelas).

19. Ibnu Taimiyah telah mencela para khalifah Rasulullah. Perkara ini telah disebutkan di dalam kitabnya Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyah dan di bawa oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam kitabnya Ad-Durar Al-Kaminah antaranya:
a. Celaannya kepada Saidina Abu Bakar (r.a) dengan mengatakan beliau Islam ketika umurnya sudah tua dan tidak tahu apa yang dikatakannya!!". Sesungguhnya Ibnu Taimiyah seperti golongan Ar-Rawafidh (syiah) yang mencela Saidina Abu Bakar sedangkan beliau adalah sebaik-baik manusia selepas Rasulullah.

b. Celaannya kepada Saididna Usman (r.a) dengan mengatakan bahawa beliau seorang yang cintakan harta.

c. Celaannya kepada Saidina Ali (r.a) dengan mengatakan:" Sesungguhnya Ali memeluk Islam ketika masih kanak-kanak dan setengah pendapat mengatakan bahawa Islam seorang kanak-kanak adalah tidak sah". Ibnu Taimiyah juga menyatakan bahawa menyertai peperangan bersama Ali bukanlah wajib dan tidak juga sunat hukumnya bahkan memberi kemudaratan kepada umat Islam dan tidak membawa sebarang manfaat.
Inilah celaan yang paling terang dan jelas terhadap Saidina Ali kerana Ibnu Taimiyah menganggap Saidina Ali menjadikan jiwa umat Islam sebagai mainan dengan memerangi Muawiyah sedangkan Saidina Ali beramal dengan firman Allah di dalam surah Al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud:"Maka jika salah satu dari dua golongan menderhaka (bughoh) terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang menderhaka tersebut sehingga mereka kembali kepada perintah Allah". Jadi kata-kata Ibnu Taimiyah secara tidak langsung menentang firman Allah yang menyuruh memerangi golongan yang menderhaka.
Sesungguhnya Saidina Ali adalah orang yang pertama di dalam sejarah yang memerangi golongan yang menderhaka untuk merealisasikan perintah Allah. Beliau pernah berkata:"Aku diperintahkan memerangi an-nakisin, al-qasitin dan al-mariqin. Maksud Al-Qasitin ialah ahli Syam yang memerangi Saidina Ali yang diketuai oleh Muawiyah. Hadis ini diriwayatkan oleh An-Nasaie di dalam kitab Al-Khosois dan juga diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan At-Thabrani .
Nabi sendiri pernah bersabda yang maksudnya:"Sesiapa yang mencela Ali sesungguhnya telah mencela diriku". (diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitabnya Al-Musnad, dan juga An-Nasaie dalam Al-Kahsois dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak).
Para ulama mengatakan Ibnu Taimiyah sebagai munafik, zindik dan kafir (orang yang berpura-pura menyatakan Islam tetapi menyembunyikan kekufuran) oleh kerana iktikadnya yang sedemikian.

Berikut disebutkan nama para ulama-ulama dan kitab-kitab yang dikarang untuk mengecam dan menentang Ibnu Taimiyah:

1. Qadhi mazhab Maliki yang bernama Muhammad bin Abu Bakar.
2. Qadhi mazhab Hanafi yang bernama Muhammad bin Al-Hariri Al-Ansori
3. Qadhi mazhab Syafie Badruddin Muhammad bin Ibrahim bin Jamaah.
4. Qadhi mazhab Hanbali Ahmad bin Umar Al-Maqdisi.

*Ibnu Taimiyah telah dipenjarakan dengan persepakatan para qadhi daripada empat mazhab ini pada tahun 726 Hijrah.

Perkara ini disebutkan dalam kitab Uyun At-Tawarikh karangan Ibnu Syakir Al-Kutubi dan kitab Najmul Muhtadi karangan Ibnu Mu'lam Al-Qurasyi.

5. Al-Hafiz Ibnu Daqiq Al-Eid

6. Al-Hafiz Al-Mujathid Taqiyuddin As-Subki yang wafat pada tahun 756 Hijrah di dalam kitabnya:
a. Al-Iktibar Bi Baqai Al-Jannati Wa An-Nar
b. Ad-Durratul Madhiyah Fi Ar-Raddi 'Ala Ibnu Taimiyah
c. Syifa As-Saqam Fi Ziarati Khairil Anam
d. Naqd A-Ijtimak Wal Iftiraq Fi Masa'il Aiman Wat Tholaq
e. An-Nazru Al-Muhaqqiq Fi Al-Halfi Bi At-Tholaqi Al-Muallaq.

7. Al-Hafiz Salahuddin Al-Alai'e yang wafat pada tahun 761 Hijrah juga telah mencelanya di dalam kitabnya Al-Was'yu Al-Muklam.

8. Qadhi Kamaluddin bin Az-Zamlakani yang wafat pada tahun 727 Hijrah. Beliau telah berdebat dengan Ibnu Taimiyah dan mengecamnya di dalam dua buah risalahnya. Risalah pertama di dalam masalah talak dan risalah kedua di dalam masalah ziarah makam Rasulullah.

9. Qadhi Sofiyuddin Al-Hindi yang wafat pada tahun 715 hijrah telah berdebat dengannya.

10. Al-Hafiz Az-Zahabi yang wafat pada tahun 748 Hijrah iaitu anak murid Ibnu Taimiyah sendiri di dalam dua buah risalahnya yang berjudul bayan Zaghlul Ilmi Wa At-Tolab dan An-Nasihah Az-Zahabiyah telah mencela Ibnu Taimiyah setelah beliau mengetahui hakikat Ibnu Taimiyah yang sebenarnya.

*Risalah Bayan Zaghlul Ilmi Wa At-Tolab ini boleh didapati di dalam kitab Saif As-Soqil yang diulas oleh seorang ulama hadis yang bernama Syaikh Muhammad Zahid Al-Kausari. Kitab ini juga dicetak dan berada di pasaran.

11. Ahli tafsir yang terkenal yang bernama Abu Hayyan Al-Andalusi yang wafat pada tahun 745 Hijrah dan di dalam kitabnya tafsir An-Nahru Al- Mad menyebutkan bahawa Ibnu Taimiyah mengatakan Allah itu duduk di atas Kursi. Kitab tafsir ini juga berada di pasaran.

12. Seorang pengembara yang bernama Ibnu Batutah (wafat tahun 779 Hijrah) di dalam kitabnya Rehlah Ibnu Batutah menyebut bahawa Ibnu Taimiyah menyifatkan yang Allah turun ke langit dunia sepertimana beliau turun dari tangga mimbar !!. Kitab ini juga berada di pasaran.

13. Imam Tajuddin As-Subki yang wafat pada tahun 771 Hijrah di dalam kitabnya Thobaqat As-Syafie'yah Al-Kubro menyebut beberapa kesesatan Ibnu Taimiyah dan ulama-ulama yang berdebat dengannya.

14. Seorang ahli sejarah yang bernama Ibnu Syakir Al-Kutubi yang wafat pada tahun 764 Hijrah yang mana beliau juga merupakan anak murid kepada Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya Uyun At-Tawarikh menyebut peristiwa yang berlaku kepada Ibnu Taimiyah yang membawa kepada beliau dipenjara. Semuanya disebabkan kesesatan Ibnu Taimiyah sendiri.

15. Ibnu Hajar Al-Asqalani yang digelar Amirul Mukminin dalam ilmu hadis yang wafat pada tahun 852 Hijrah di dalam dua buah kitabnya yang bernama Ad-Durar Al-Kaminah dan Lisan Al-Mizan turut menyebutkan beberapa kesesatan Ibnu Taimiyah. Di dalam kitabnya Ad-Durar Al-Kaminah Ibnu Hajar menyebut peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada Ibnu Taimiyah yang membawa kepada beliau dipenjara. Kedua-dua kitab ini ada dipasaran.
Di dalam kitabnya Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari, Ibnu Hajar menyatakan bahawa Ibnu Taimiyah mengatakan yang alam ini ini qadim (terjadi dengan sendirinya tanpa ada pencipta). Lihat Fathul Bari juzuk 13, m/s:504, dalam kitab Tauhid,bab 22, cetakan Darul Kutub Ilmiah, cetakan pertama, 1989.
Di dalam kitab Fathul Bari ini juga, Ibnu Hajar menyebut bahawa Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa kitab Taurat dan Injil tidak diselewengkan lafaznya, cuma yang diselewengkan ialah maknanya. ( Lihat Fathul Bari, juzuk 13, m/s:641, Kitab Tauhid, bab 55, cetakan Darul Kutub Ilmiah, cetakan pertama, 1989).
Ibnu Hajar juga menyebut tentang pengharaman Ibnu Taimiyah daripada menziarahi makam Rasulullah. Lihat Fathul Bari, Kitab Fadhlus Solah Fi Masjidi Makkah Wal Madinah, Bab 1, juzuk 3, m/s:85) - cetakan sama seperti di atas.

16.Al-Hafiz Waliyuddin Al-Iraqi yang wafat pada tahun 826 Hijrah di dalam kitabnya Al-Ajwibah Al-Mardhiah menyebutkan yang Ibnu Taimiyah melanggar ijmak lebih daripada 60 masalah samada dalam budang usul dan furuk.

17. Ahli sejarah yang bernama Ibnu Qadhi Syuhbah As-Syafie yang wafat pada tahun 851 Hijrah di dalam kitabnya Tarikh Ibnu Qadhi Syuhbah.

18 Taqiyuddin Abu Bakar Al-Husni yang wafat pada tahun 829 Hijrah di dalam kitabnya Dafus Syubah Man Syabbaha Wa Tamarrada.

19.Syaikh Ala'uddin Al-Bukhari yang wafat pada tahun 841 Hijrah. Beliau telah mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan mengkafirkan orang yang menamakan Ibnu Taimiyah SYAIKHUL ISLAM. Perkara ini disebut oleh Al-Hafiz As-Sakhawi di dalam kitabnya Ad-Dhauq Al-Lamiq.

20. Al-Hafiz As-Sakhawi yang wafat pada tahun 902 Hijrah di dalam kitabnya Al-Iklan Bi At-Taubih Li Man Zamma At-Tarikh.

21. Syaikh Ibnu Hajar Al-Haithami yang wafat pada tahun 974 Hijrah di dalam tiga buah kitabnya:
a.Al-Fatawa Al-Hadisiyah
b. Al-Jauhar Al-Munazzam Fi Ziarati Al-Qabri Al-Muazzom
c. Hasiyah Al-Idhoh Fi Al-Manasik

Kesemua kitab ini ada di pasaran.

22. Ali Al-Qari Al-Hanafi yang wafat pada tahun 1014 Hijrah dalam kitabnya Syarah As-Syifa Li Qadhi Iyadh.

23. Syaikh Abdul Ghani An-Nablusi yang wafat pada tahun 1143 Hijrah telah mencela Ibnu Taimiyah dalam kebanyakn kitabnya.

24. Mufti Mesir yang bernama Syaikh Muhammad Bakhit Al-Muthi'ie yang wafat pada tahun 1354 Hijrah di dalam kitabnya Tathirul Fuad Min Danasil Iktikad.

25. Syaikh Muhammad Zahid Al-Kausari, wakil ulama semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah yang wafat pada tahun 1371 Hijrah dalam kebanyakan kitabnya. Antara kitabnya yang ada menyebutkan perihal Ibnu Taimiyah ini ialah Maqalat Al-Kausari. Kitab ini juga berada di pasaran.

26. Seorang ulama Mekah yang bernama Syaikh Muhammad Al-Arabi At-Tibban yang wafat pada tahun 1390 Hijrah di dalam kitabnya Baraatul Asy'ariyin Min Aqaidil Mukhalifin.

27. Syaikh Mansur Muhammad Uwais di dalam kitabnya yang berjudul Ibnu Taimiyah Laisa Salafiyan. Kitab ini juga ada di pasaran.

28. Syaikh Abdullah Al-Ghumari seorang ulama hadis dari Maghribi (Morocco) di dalam kebanyakan kitabnya antaranya:
a. Itqanus Son'ah Fi Tahqiqi Maknal Bid'ah
b. As-Subhu As-Safir Fi Tahqiqi Solatil Musafir
c. Ar-Rasail Al-Ghumariyah

29. Syaikh Abdullah Al-Harari, seorang ulama hadis di Beirut, Lubnan di dalam kitabnya Al-Maqalat As-Sunniah Fi Kasyfi Dholalat Ahmad bin Taimiyah (Makalah Ahlus Sunah Dalam Membongkar Kesesatan Ahmad bin Taimiyah). Kitab ini juga ada di pasaran.

Ini hanyalah sebahagian kecil daripada nama-nama kitab dan ulama-ulama yang menentang dan membongkar kesesatan serta kekufuran Ibnu Taimiyah. Ianya memadai bagi siapa yang mahukan kebenaran dengan ikhlas.
Bagi mereka yang mencintai Ibnu Taimiyah disebabkan taksub yang membuta tuli maka saya bawakan untuk mereka kata-kata Saidina Ali di mana beliau berkata:" Agama itu tidak dikenali dengan orang, tetapi orang itu dikenali dengan agamanya". Antara kata-kata Saidina Ali lagi: "Kenalilah kebenaran, kamu akan kenal siapakah orang itu".
Setelah dinyatakan kesesatan Ibnu Taimiyah ini, adakah kamu memilih untuk mengikut kebenaran atau mengikut Ibnu Taimiyah? Manakah yang lebih utama untuk diikuti, kebenaran atau Ibnu Taimiyah?.

AWAS!!!! Terdapat sebuah persatuan di Universiti Malaya yang mengaku ahlul sunnah wal jama'ah tetapi pada masa yang sama berpegang dengan dalil dan hujah Ibnu Taimiyah..

Wallahhua'lam..

SOME OF THE BELIEFS OF IBN ABDUL WAHHAB

What Ibn 'Abdul-Wahhab's father, brother, and shaykhs speculated about him came true--by the Will of Allah, ta'ala. Ibn 'Abdul-Wahhab innovated deviant and misleading ways and beliefs and managed to allure some ignorant people to follow him. His deviant and misleading ways and beliefs disagreed with the sayings of the scholars of the Religion. His deviant beliefs led him to label the believers as blasphemers! He falsely claimed visiting the grave of the Prophet, sallallahu 'alayhi wa sallam, and performing the tawassul(5) by him as shirk(6). Additionally, he falsely claimed visiting the graves of other prophets and righteous Muslims (awliya') and performing tawassul by them was shirk as well. He added to this by saying, "To call upon the Prophet, sallallahu 'alayhi wa sallam, when performing tawassul by the Prophet is shirk." He passed the same judgment of shirk on the ones who call upon other prophets and righteous Muslims (awliya') in performing tawassul by them.

In an effort to give credibility to his innovations Ibn 'Abdul-Wahhab embellished his sayings by quotations which he selected from Islamic sources, i.e., quotations which are used as proofs for many issues but not the issues which Ibn 'Abdul-Wahhab was attempting to support. He brought false statements and tried to beautify them for the laymen until they followed him. He wrote treatises for them until they believed that most of the People of Tawhid(7) were blasphemers.

ENAM PERSOALAN HIDUP

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya :

Pertama, " Apa yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
( Surah Ali Imran 185 )

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. " Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan akal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai( Surah Al A’araaf 179 ).
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan solat". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara mesyuarat kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Friday, January 29, 2010

MENGENAL LELAKI MELALUI EMPAT UNSUR KEJADIAN

Ahli-ahli falsafah silam telah mengemukakan teori bahawa perangai manusia di pengaruhi oleh unsur-unsur kejadiannya. Dikatakan bahawa manusia dijadikan dari empat unsur alam iaitu tanah, air, api dan angin. Falsafah ini telah bermula sejak dari Galen dan ianya dipakai beribu-ribu tahun. Carl Jung, seorang ahli ilmu jiwa, telah mengaitkan empat unsur kejadian ini dengan perangai manusia, ianya adalah sebagaimana berikut:


Tanah

Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang yang menyedari kewujudannya di sini dan kini menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.
(JENIS PANCAINDERA : SYAHWAT, KERING).

Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sabar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

Air

Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.
(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH).

Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

Api

Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.
(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)

Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetetif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

Angin

Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.
(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)

Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kisah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

Penentuan Jenis Unsur Lelaki Berdasarkan Anak Keberapa:
Samada seseorang lelaki itu tergolong kepada jenis Tanah, Air, Api atau Angin boleh ditentukan menerusi anak keberapakah dia. Susunan unsur ialah:

(1) Tanah- pertama, kelima, kesembilan
(2) Air- kedua,keenam, kesepuluh
(3) Api- ketiga, ketujuh, kesebelas
(4) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

Sebagai contoh, sekiranya seorang lelaki itu lahir sebagai anak pertama, dia adalah jenis Tanah.

BACKGROUND ON THE TRIBULATIONS OF THE WAHHABIS

The fighting started between the Wahhabis and the Prince of Mecca, Mawlana Sharif Ghalib Ibn Bu Sa'id, who had been appointed by the honored Muslim Sultan as his ruling representative over the areas of al-Hijaz. This was in 1205 AH during the time of Sultan Salim III, the son of Sultan Mustafa III, the son of Ahmad. Previous to the outbreak of fighting, the Wahhabis began to build power and gain followers in their areas. As their territories expanded, their evil and harm increased. They killed countless numbers of Muslims, legitimated confiscating their money and possessions, and captured their women. The founder of their wicked doctrine was Muhammad Ibn 'Abdul-Wahhab, who originated from eastern Arabia, from the tribe of Banu Tamim. He lived a long life, about one-hundred years. He was born in 1111 AH and died in 1200 AH. His history was narrated as follows:

Muhammad Ibn 'Abdul-Wahhab started as a student of knowledge in the city of the Prophet, sallallahu 'alayhi wa sallam: Medina al-Munawwarah. Ibn 'Abdul-Wahhab's father was a good, pious man among the people of knowledge as was his brother, Shaykh Sulayman. His father, his brother, and his shaykhs (teachers of religion) had the foresight Ibn 'Abdul-Wahhab would innovate a great deal of deviation and misguidance, because of their observance of his sayings, actions, and inclinations concerning many issues. They used to reprimand him and warn people against him.

INTRODUCTION OF THE WAHHABI CRIMES AGAINST ISLAM AND AGAINST MUSLIMS

During the reign of Sultan Salim III (1204-1222 AH) many tribulations took place. One was the tribulation of the Wahhabiyyah which started in the area of al-Hijaz(1) where they captured al-Haramayn(2), and prevented Muslims coming from ash-Sham(3) and Egypt from reaching their destination to perform Pilgrimage (Hajj). Another tribulation is that of the French who controlled Egypt from 1213 A.H. until 1216 A.H.

1) Al-Hijaz refers to the western part of Arabia which includes Mecca and Medina.
2) Al-Haramayn refers to Mecca and Medina.
3) Ash-Sham refers to the area that includes Syria, Lebanon, Jordan, and Palestine.

Thursday, January 28, 2010

Abu Hurairah Mengawal Gudang Zakat

Dikatakan pada satu ketika Abu Hurairah r.a. telah diamanahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk menjaga gudang hasil zakat. Pada suatu malam Abu Hurairah r.a. telah ternampak seseorang mengendap-endap hendak mencuri, lalu ditangkapnya. Orang itu pun hendak dibawanya berjumpa Rasulullah S.A.W. tetapi pencuri itu merayu minta dikasihani seraya menyatakan bahawa dia mencuri untuk menyarai keluarganya yang kelaparan.

Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu melepaskan pencuri itu dengan amaran agar tidak mengulangi perbuatannya lagi.

Keesokkan harinya perkara tersebut dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W. tersenyum lalu bersabda bahawa pencuri itu pasti akan kembali.

Ternyata keesokkan malamnya pencuri itu datang lagi. Sekali lagi Abu Hurairah r.a. menangkap pencuri itu lalu hendak dibawanya berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. Sekali lagi, pencuri itu merayu sehinggakan Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu melepaskannya sekali lagi. Keesokkan harinya, dia melaporkan hal tersebut kepada Rasulullah S.A.W. yang mengulangi sabdanya bahawa pencuri itu pasti akan kembali.

Apabila pencuri itu ditangkap sekali lagi Abu Hurairah r.a. mengancam akan membawanya berjumpa Rasulullah S.A.W. Pencuri itu merayu meminta dibebaskan sekali lagi lagi. Apabila Abu Hurairah r.a. enggan melepaskannya, pencuri itu menyatakan dia akan mengajar sesuatu yang baik sekiranya ia di bebaskan. Pencuri itu menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu membaca ayat Kursi sebelum tidur setan pedajal tidak akan menggangguinya. Abu Hurairah r.a. merasa tersentuh mendengarkan ajaran pencuri itu lalu melepaskannya pergi. Keesokkan harinya dia melapurkan peristiwa tersebut kepada Rasulullah S.A.W. yang bersabda, pencuri yang ditemuinya itu adalah pembohong besar, tetapi apa yang diajarkan kepada Abu Hurairah r.a. itu adalah perkara yang benar. Sebenarnya pencuri itu adalah setan pedajal yang dilaknat.

REHAT MINDA

Bermulalah satu cerita di stesen minyak atau lebih dikenali sebagai pam minyak. Di pam minyak ini ada dua orang pekerja bangla yang hanya tau cakap melayu sikit, 'omputih' sikit dan bahasa bangla banyak yang dia tahu. Seorang itu bernama Majid dan seorang itu lagi bernama Hasan.

Pada satu hari berhenti lah sebuah kereta mewah utk mengisi minyak. Pemandu kereta itu seorang yang berbangsa arab. Kebetulan pula minyak di pam minyak itu dah habis dan ini mendatangkan masalah kepada Hasan untuk memberitau kepada orang arab itu bahawa minyak dah habis. Orang arab itu pula tidak tau berbahasa melayu cuma tau bahasa 'omputih' sikit dan bahasa arab tentulah mahir kan...

Hasan cuba memberitahu kepada orang arab tu sambil menyebut "fuel" dan disusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak habis, tetapi orang arab tu ternganga luas tanda tidak paham. Hasan cuba sekali lagi dengan menyebut "fuel" dan disusuli gerakan memusingkan kepala, tetapi orang arab tu ternganga luas juga tanda tidak faham..memang bodoh sikit orang arab ini.

Hasan pun tak tau nak buat bagaimana..dia pun pergi kepada Majid utk menerangkan situasi dia sekarang. Mereka bercakap dalam bahasa bangla, dan diterjemahkan begini Hasan: "Majid, tolong aku majid, orang arab tu tak tau minyak di sini dah habis" Majid:" ala...ko cakap je la..minyak dah habis.."
Hasan:"aku dah cakap dah, tapi dia tak faham...aku pula, tak tau cakap 'omputih'..Yes , No, Alright aku tau la.. dan... I love u"
Majid:"Aku pun tak tau juga cakap 'omputih'..."
Hasan:"ala..ko tolong la aku.."
Majid:" ok tak apa...aku tau sikit-sikit cakap arab"
Lalu pergila..Majid kepada orang Arab tu dan berkata; "Fuel!, Sodoqallahulazim", dan barulah..orang arab tu faham dan dia pun beredar...

KENALI ABU HURAIRAH

Walaupun Abu Hurairah r.a. merupakan seorang yang papa pada mulanya, dia telah dipinang oleh salah seorang majikannya yang kaya raya untuk puterinya, Bisrah binti Gazwan. Ini menunjukkan betapa Islam telah mengubah pandangan seseorang dari membezakan kelas kepada menyanjung keimanan. Abu Hurairah r.a. dipandang mulia karena kealiman dan kesalihannya. Perilaku Islam telah memuliakannya, lebih dari kemuliaan pada masa jahiliah yang memandang kebangsawanan dan kekayaan sebagai ukuran kemuliaan.

Sejak menikah, Abu Hurairah r.a. membahagi malamnya kepada tiga bahagian: untuk membaca Al-Quran, untuk tidur dan keluarga, dan untuk mengulangkaji hadis. Dia dan keluarganya tetap hidup sederhana walaupun setelah menjadi orang berada . Abu Hurairah r.a. suka bersedekah, menjamu tamu, bahkan memberi sedekah rumahnya di Madinah untuk pembantu-pembantunya.

Rasulullah S.A.W. pernah mengutuskan Abu Hurairah r.a. berdakwah ke Bahrain bersama Al-Ala ibn Abdillah Al-Hadrami r.a. Dia juga pernah diutus bersama Quddamah r.a. untuk mengutip jizyah di Bahrain, sambil membawa surat ke Amir Al-Munzir ibn Sawa At-Tamimi.

Mungkin disebabkan itu, Abu Hurairah r.a. diangkat menjadi gabenor Bahrain ketika Umar r.a. menjadi Amirul Mukminin. Tapi pada 23 Hijrah, Umar r.a. memecatnya kerana Abu Hurairah r.a. dituduh menyimpan wang yang banyak sehingga 10,000 dinar. Ketika pembicaraan, Abu Hurairah r.a. berjaya membuktikan bahawa harta itu diperolehinya dari berternak kuda dan pemberian orang. Khalifah Umar r.a. menerima penjelasan itu dan memaafkannya. Lalu dia diminta menerima jabatan gabenor kembali, tapi Abu Hurairah r.a. menolak. Penolakan itu diiringi lima alasan. "Aku takut berkata tanpa pengetahuan; aku takut memutuskan perkara bertentangan dengan hukum (agama); aku tidak mahu disebat; aku tak mau harta benda hasil pencarianku disita; dan aku takut nama baikku tercemar," katanya. Dia memilih untuk tinggal di Madinah, menjadi warga biasa yang memperlihatkan kesetiaan kepada Umar, dan para pemimpin sesudahnya.

Khalifah Umar ibn Khattab r.a. pula pernah melarang Abu Hurairah r.a. menyampaikan hadis dan hanya membolehkan menyampaikan ayat Al-Quran. Ini disebabkan tersebar khabar angin bahawa Abu Hurairah r.a. banyak memetik hadis palsu. Larangan khalifah baru dibatalkan setelah Abu Hurairah r.a. mengutarakan hadis mengenai bahaya hadis palsu.

Hadis itu bermakna,
"Barangsiapa yang berdusta padaku (Nabi S.A.W.) secara sengaja, hendaklah mempersiapkan diri duduk dalam api neraka."

Hadis ini diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi, dan Ahmad ibn Hanbal. Apabila kediaman Amirul Mukminin Uthman ibn Affan r.a. dikepung pemberontak, dalam peristiwa yang dikenali sebagai al-fitnatul kubra (fitnah/bencana besar), Abu Hurairah r.a. bersama 700 orang Muhajirin dan Anshar tampil mengawal rumah tersebut. malah dalam keadaan siap untuk bertempur, Khalifah Uthman ibn Affan r.a. melarang pengikut setianya itu memerangi kaum
pemberontak.

Pada masa Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib r.a. , Abu Hurairah r.a. menolak tawaran menjadi gabenor Madinah. Ketika terjadi pertemuan antara Khalifah Ali dan lawannya, Muawiyah ibn Abi Sufyan, ia bersikap berkecuali dan menghindari fitnah. Setelah Muawiyah berkuasa, Abu Hurairah r.a. dilantik menjadi gabenor Madinah setelah diusul oleh Marwan ibn Hakam. Di Kota Penuh Cahaya (Al-Madinatul Munawwarah) ini pula ia mengembuskan nafas terakhir pada 57 atau 58 H. (676-678 M.) dalam usia 78 tahun. Abu Hurairah r.a. meninggalkan sebanyak 5,374 hadis.

Hadis Abu Hurairah r.a. yang disepakati Imam Bukhari dan Muslim berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis, dan oleh Muslim sendiri 189 hadis. Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a. juga terdapat dalam kitab-kitab hadis lainnya.

Terdapat pula golongan yang mempertikaikan tentang kesahihan hadis-hadis yang di sampaikan oleh Abu Hurairah r.a. seperti dari golongan orientalis barat, Ignaz Goldizihar yang telah membuat kritikan terhadap hadis dan para perawinya termasuk Abu Hurairah. Tuduhan beliau telah mempengaruhi beberapa penulis Islam seperti Ahmad Amin dan Mahmud Abu Rayyuh untuk mengkritik kedudukan Abu Hurairah sebagai perawi hadis. Tuduhan-tuduhan ini telah disanggah oleh Mustafa al Sibai dalam al Sunnah wa Makanatuha halaman 273-283.

Selain daripada golongan ini terdapat juga kritikan kuat daripada golongan Syiah. Ini mungkin disebabkan Abu Hurairah r.a. merupakan penyokong Uthman ibn Affan r.a. dan juga pernah menjadi pegawai dinasti Umayyah. Penolakannya menyandang jawatan gabenor ketika ditawarkan oleh Ali r.a. dan ketiadaan hadis yang berisi pujian atau pengistimewaan kepada Ali dan keluarganya mungkin merupakan sebab-sebab lain Abu Hurairah dikritik oleh kaum Syiah. Itulah serba sedikit sejarah seorang sahabat yang sungguh mulia budi pekertinya. Walaupun seringkali difitnah, hatinye kepada Islam tidak pernah berganjak.

Wednesday, January 27, 2010

KENALI IBNU TAIMIYYAH

Nama sebenar beliau ialah Taqiyyuddin Abu Al-Abbas b. Syeikh Syihabbuddin Abdul Halim b. Abi Al-Qasim b. Taimiyyah Al-Haroni dilahirkan pada tahun ( 661 h ) dan matinya pada tahun (728 h), suatu tempat yang bernama Harron dalam keluarga yang berilmu yang bermazhab Hanbali. Kemudian beliau di bawa oleh bapanya ( Syeikh Abdul Halim ) berpindah ke bumi Syam (dikenali sebagai negara Syria pada ketika ini ) kerana takutkan kezaliman tentera Monggol.

Bapanya ialah seorang ulama yang disegani oleh para ulama yang lain dan juga orang-orang kenamaan kerajaan, tidak hairanlah beliau diberi jawatan yang tinggi dalam dalam pemerintahan.

Selepas kematian bapanya, Ibn Taimiyyah mengambil alih tugas tersebut. Kebiasaannya di ketika itu para ulama dan orang-orang kenamaan kerajaan memberi peransang, dorongan dan pujian bila baru menjawat sesuatu jawatan. Di antara mereka adalah At-taj Al-Fazari yang dikenali sebagai Al-Farkah dan anaknya Al-Burhan, Al-Jalal Al-Qozuwaini, Al-Kamal Az-zamlakani, Muhammad b. Al-Hariri Al-Ansari dan lain-lain lagi. Tetapi dorongan dan pujian daripada mereka itu membuatkan Ibn Taimyyah tertipu dan tenggelam dalam pujian tersebut sehingga mula menimbulkan perkara-perkara yang bid`ah di dalam agama.

Biarpun dia seorang yang berilmu dan mempunyai banyak buku karangannya tetapi dia disifatkan oleh Al-hafiz Al-Faqih Waliyyuddin Al-Iraqi iaitu anak kepada Syeikh Al-Huffaz Zainuddin Al-Iraqi di dalam kitabnya Al-Ujubah Almardhiah Ala As'ilah Al-Makkiyyah "Ilmunya lebih besar daripada akalnya" dan beliau juga mengatakan Ibn taimyyah telah melanggari sepakat ulama ( Ijmak ulama ) lebih daripada 60 masalah dalam usul ( Akidah ) dan dalam masalah furuk ( Fekah ).

Anak muridnya sendiri Al-Hafiz Az-Zahabi telah menentang dan mengecamnya di dalam dua buah kitabnya yang dinamakan Bayan Zughlul Ilmu wa Al-Tholab dan kitabnya An-Nasihah Az-Zahabiyyah, kitabnya iaitu Bayan Zaghlul Ilmu Wa Al-Tholab adalah kitab yang thabit (sahih dan benar daripada Az-Zahabi ) kerana Al-Hafiz As-Sakhawi juga mengatakan kata-kata yang sama dengan Az-Zahabi di dalam kitabnya Al-I`lan Bit-Taubigh liman zamma Al-Tarikh. Sehinggakan pengenalan kepada gurunya ( Ibn Taimyyah ) tidak dimuatkan ke dalam kitabnya termasyhur yang terakhir sebelum kematiannya iaitu Sair A`lam an-Nubala'.

Ulama yang lebih alim yang telah menentangnya iaitu Al-Hafiz Taqiyyuddin Ali b. Abdul Kafi As-Subki di dalam kebanyakan kitabnya seperti :

1) Al-Iktibar bi Baqaa'i Al-Jannatu Wa An-Nar kerana menjawab kenyataan yang telah di katakan oleh Ibn Taimiyyah bahawasanya neraka tidak kekal (akan binasa selepas beberapa ketika).

2) Syifa' As-Saqom bi Ziarah Khair Al-Anam menjawab kenyataan Ibn Taimiyyah yang mengatakan bahawasanya sesiapa yang menziarahi makam Nabi (s.a.w) hukumnya adalah haram, begitu juga perjalanaan untuk pergi menziarahinya adalah maksiat ( suatu dosa ) dan tidak boleh diqasarkan solat.

3) Saif Assoqil fi Roddi Ala Ibn Zafil menentang Nuniah (Seperti syair) yang dikarang oleh anak muridnya iaitu Ibn Qayyim Al-Jauziyyah.
Sejarawan Islam iaitu Ibn Syakir Al-Kutubi juga merupakan anak murid kepada Ibn Taimyyah menyebut di dalam kitabnya Uyun Attawarikh: " Bahawasanya Qadi Al-Qudhoh yang empat iaitu darpada mazhab Al-Maliki, Al-Hanafi, Assyafie dan Al-Hambali bersepakat dan mengambil keputusan bahawa Ibn taimyyah telah sesat dan menyesatkan umat dan wajib menjauhkan diri daripadanya.

Ibn Hajar Al-Haitami yang terkenal dalam mazhab Assyafie telah berkata dalam kitabnya Al-Fatawa Al-Hadithiyyah ketika ditanya: "Ibn Taimyyah telah menentang dan mengingkari golongan sufi ( tasawuf ) dan telah mengingkari banyak perkara dalam masalah usul dan furuk ( aqidah dan fekah ) maka apakah yang menyebabkan terjadinya demikian", maka soalan itu telah di jawab oleh beliau "Ibn Taimiyyah adalah seorang hamba yang di sisihkan, disesatkan, dibutakan, dibisukan dan dihinakan oleh Allah, oleh yang demikian para ulama telah bangun menerangkan kesesatan dan penyelewengannya dalam agama dan mendustakan kata-katanya yang sesat( fatwanya ), sesiapa yang ingin tahu dengan lebih lanjut rujuklah kepada kata-kata Al-Imam Almujtahid yang telah disepakati oleh ulama tentang ketokohannya dan kemuliannya yang mana beliau telah sampai ke darjat mujtahid mutlak Abu Al-Hasan Taqiyyuddin Assubki dan anaknya Tajuddin Assubki, Syeikh Al-Imam Al-Izzu b. Jamaah dan ulama-ulama yang lain yang sezaman dengan mereka itu daripada mazhab Syafie, Maliki dan Hanafi.

Penentangan Ibn Taimiyyah bukan setakat kepada ahli-ahli sufi yang mutakhir bahkan penentangannya kepada orang lain seperti penentangannya kepada Saidina Omar dan Saidina Ali ( r.a ), hasil daripada itu kata-katanya tidak berharga bahkan dilemparkan dijalanan. Diiktikadkan bahawa dia adalah pembuat bid`ah yang sesat dan menyesatkan lagi jahil. Sesungguhnya Allah telah membalas perbuatannya dengan keadilanNya. Semoga kita di hindari oleh Allah daripada mengikuti jejak langkahnya didalam aqidah dan perbuatannya".

Seorang ulama tafsir yang bernama Abu Hayyan Al-Andalusi pengarang kitab tafsir Al-Bahrul Muhit dan An Nahrul Mad. Di dalam kitabnya An Nahrul Mad dalam tafsir ayat Kursi beliau menyebutkan :"Sesungguhnya aku telah membaca sebuah kitab yang dikarang oleh Ahmad bin Taimiyyah (Ibn Taimiyyah) yang sezaman dengan kami iaitu dengan tulisan tangannya Kitabul Arash telah berkata, 'Sesungguhnya Allah taala DUDUK di atas kursi dan meninggalkan ruang supaya Rasullullah duduk di atasnya bersamaNya". Selepas itu Abu Hayan sentiasa melaknati Ibn taimiyyah sehinggalah akhir hayatnya, perkara ini disebut oleh Al-Hafiz Murtadho Az Zabidi di dalam kitabnya Ithaf As Sadah Al- Muttaqin Syarah Ihya' Ulumuddin.

Kata-kata Ibn Taimiyyah yang seperti itu termaktub juga dalam bukunya yang lain iaitu Al-Fatawa Al-Kubra di mana beliau berkata:"Sesungguhnya ulama-ulama yang terpilih dan wali-wali Allah yang hampir kepada-Nya berkata bahawa Nabi Muhammad Rasulullah akan didudukkan oleh tuhannya di atas Arasyh bersama Allah". Ini adalah satu pembohongan yang nyata terhadap ulama-ulama dan wali-wali Allah kerana ini adalah akidah orang-orang Yahudi. Sesungguhnya para ulama dan wali tersebut tidak pernah berkata demikian dan apa yang dinyatakan oleh Ibnu Taimiyah ini adalah satu pembohongan terhadap mereka.

JELAS BAHAWA WAHABI YANG MENDAKWA MEREKA ADALAH SALAFIYYUN ADALAH SATU PENIPUAN. ZAMAN SALAF ADALAH SETAKAT KURUN KE 3 HIJRAH SEDANGKAN IBN TAIMIYYAH YANG MENJADI IDOLA WAHABI ITU LAHIR PADA KURUN KE 7. DI MANAKAH KESALAFIANNYA?????

DIHARAPKAN MEREKA YANG BERFAHAMAN WAHABI MENDAPAT HIDAYAH DARI ALLAH DAN KEMBALI KE PANGKAL JALAN.

FATWA SESAT MUFTI WAHABI AL-BAZ

1. Dalam majalah ( manar Huda bil; 30 bulan Zul qaedah 1415) beliau berkata: Beliau menyeru supaya umat Islam berbaik2 dengan orang YAHUDI tanpa sebarang perjanjian atau syarat , keyataan ini di perkuatkan dan di sokong Ketua Menteri Israel Simon Perez.

2. Dalam majalah ( al-Kafaah al-Arabi bil: 942 tahun ke- 23 bertarikh 19.8.1997 ) katanya: Kita harus membantu Amerika untuk memerangi orang Islam di Iraq dalam peperangan Teluk pada tahun 1990, bahkan WAJIB sehingga ke saat ini .

3. Dalam kitab beliau ( al-Adillah wan Naqliyah wal Hissiyah cetakan Muasasah ar-Risalah Mekah tahun 1395H) katanya: Barang siapa yang berkata bumi berputar mengelilingi matahari adalah sesat dan menyesatkan serta wajib ia bertaubat dan harta bendanya hendaklah di serahkan ke baitulmal .

4. Di dalam akhbar ( al-Muslimun bil. 631 bertarikh 28 Syawal 1417H bersaman 27.3.97 ) .Beliau berkata: Mereka yang menyimpan wang di bank ribawi dan juga mengambil faedah atau membuat penukaran dengan amalan kebajikan hukumnya adalah harus, Jikalau tidak ?? hasil wang tersebut pastinya akan berpindah kepada kepadaYahudi dan Nasrani yang akan memperolehi faedah tersebut untuk memerangai orang Islam .Apabila berpindah wang atau harta tersebut kepada orang Yahudi dan Nasrani maka mereka akan mendapat dosa.


5. Di dalam kitab 'Tanbih Hammah ; m.s. 9 katanya : Kita TIDAK WAJIB mengikuti mazhab yang empat atau selain dari mereka selagi kita di kurniakan ilmu pengetahuan .Ini adalah kenyatan untuk meragukan umat Islam sedangkan para ulamak dan pendapat jumhur berkata wajib kita mengikut mazhab untuk menghindari dari perasaan was-was

SELINGAN

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".

WASIAT IMAM SYAFIE

1.Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.

2.Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

3. Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui.
Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar.

4. Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.

5. Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu.

Tuesday, January 26, 2010

KISAH BIDADARI

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-
bidadari ).
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa
umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......:

 'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya sesiapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut....tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.

 Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi...tidur bersama-sama....Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang
sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanyanya dimanakah dia...lalu lelaki itu menjawab inilah syurga.L alu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah...lalu ditunjukkanya di suatu arah maka berjalan dia...di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu...tak pernah dilihat di dunia ini...lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah...wanita itu menjawab..eh tidak...saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

 Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda- ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan ditanya lagi adakah dia Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab...ehh tidak..saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana.....lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu. kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua....dan tak pernah dia lihat di dunia....lalu wanita itu berkata ...akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab...nanti..kamu belum syahid lagi......

 Tersentak itu,pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW...tapi sekiranya dia syahid barulah ceritakan kepada nabi.

 Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid,d i waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi...dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar...dalam sepanjang cerita tersebut.Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga sana....subhanallah...

Wallahu A'lam...

NASIHAT IMAM AL-GHAZALI 2

Empat perkara yang mesti engkau lakukan ialah;

PERTAMA

 Bermuamalah lah (berurusan lah) dengan Allah seperti mana kamu suka orang bawahanmu berurusan dengan mu.

 Kamu tidak berasa bingung dan marah dengannya dan apa yang kamu tidak suka dilakukan oleh orang bawahanmu,maka Allah Ta'ala juga tidak suka perlakuan sedemikian kerana Allah Ta'ala itu adalah Tuhanmu yang hakiki.

KEDUA

 Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain,perbuatlah seperti kamu memperbuat di atas diri mu.

 Bahawasanya tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana ia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya.

KETIGA

 Sekiranya kamu ingin mempelajari sesuatu,pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menenangkan jiwamu.

 Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi yang masih berbaki,sudah pasti kamu tak akan memilih untuk mempelajari ilmu Feqh,khilaf ulama',ilmu kalam dan sebagainya,sebaliknya kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari belenggu dunia.Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk beribadat kepada Allah Ta'ala pada setiap saat.Oleh itu,kamu hendaklah berakhlak mulia sentiasa kerana sesungguhnya maut akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

 Bayangkanlah sekiranya pemimpin sebuah negara bercadang untuk melawat rumahmu seminggu lagi,sudah tentu kamu akan sibuk menyiapkan serta memperbetul dan menghias segala perkara yang mungkin menarik perhatian pemimpin itu;pakaian,tubuh badan,perkarangan dan perhiasan di dalam rumah dan sebagainya.

 Fikirkanlah seperkara lagi.Orang yang bijak seperti mu tidak memerlukan syarahan yang panjang untuk mengerti.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

"Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak memandang rupa dan amalanmu,tetapi Allah Ta'ala akan memandang kepada hati dan niatmu" (Riwayat Muslim)

 Sekiranya kamu berhajat untuk mengetahui tentang perihal hati, nescaya kamu akan memperolehinya di dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin dan kitab-kitabku yang lain.Sesungguhnya menuntut ilmu mengenai hati hukumnya Fardhu 'Ain.Ilmu-ilmu yang lain cukuplah kamu belajar sekadar dapat menunaikan segala perkara yang wajib dengan sempurna.Manakala selebihnya adalah Fardhu Kifayah dan Allah Ta'ala akan bersamamu sehingga kamu memperolehi segala ilmu tersebut.

KEEMPAT

 Janganlah kamu mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk satu tahun.

 Rasulullah s.a.w sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk sebahagian isteri-isteri Baginda yang lebih kukuh imannya hanya disediakan bekalan untuk sehari setengah sahaja.

SIFAT HAMBA YANG MULIA DI SISI ALLAH TA'ALA

1) Sopan santun dan merendah diri serta tidak sombong.
2) Pada malam hari,dia bangun bertahajjud kepada Allah s.w.t
3) Takut akan siksaan Allah dan selalu berdoa untuk dijauhkan diri daripada siksaan tersebut
4) Bersederhana dalam membelanjakan hartanya
5) Bebas dari perbuatan syirik
6) Bertaubat dan mengerjakan amalan soleh.


HAKIKAT TAUBAT

 Mempunyai 3 unsur seperti mana yang dijelaskan oleh Hujjatul Islamal-Imam al-Ghazali r.a

1) ILMU - Taubat itu mestilah berdasarkan kesedaran dan ilmu,ertinya mengetahui dengan sedar bahawa perbuatan yang kita lakukan itu adalah perbuatan dosa.
2) KEADAAN - Sesudah hal itu diketahui, hendaklah timbul suatu keadaan( jeritan) dalam hati iaitu perasaan menyesal.
3) PERBUATAN - Dari 2 unsur di atas,maka lahirlah niat yang kuat dan sungguh-sungguh bahawa dia tidak akan melakukan dosanya lagi serta kembali mendekatkan diri serta taat kepada Allah Ta'ala.


CIRI-CIRI ORANG BERAKAL

1) Mampu mengambil iktibar dari umat yang terdahulu
2) Peka terhadap permasalahan untuk mencari kebenaran
3) Selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semesta
4) Mahu menyampaikan dan memberi peringatan kepada manusia dan memberi pelajaran tentang keEsaan Allah Ta'ala
5) Menolak keburukan dengan kebaikan.


 TaQwa akan membentuk 7 jenis watak dan sifat-sifat manusia yang baik seperti mana dinyatakan oleh Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali r.a;

1) Lidahnya terpelihara daripada berbohong, mencela, mengumpat, menyakiti hati orang dan sebagainya.
2) Hatinya terhindar dari sifat dengki,benci,pendendam dan sebagainya.
3) Matanya terpelihara daripada melihat perkara-perkara yang haram.
4) Perutnya tidak mahu memakan makanan yang haram.
5) Tangannya tidak digunakan untuk melakukan perbuatan yang dosa.
6) Kakinya tidak melangkah ke tempat-tempat maksiat
7) Ketaatannya ikhlas kerana Allah Ta'ala semata-mata,tidak kerana riak atau mengharapkan pujian daripada orang lain.

Wallahu A'lam

NASIHAT IMAM AL-GHAZALI

TINGGALKAN EMPAT PERKARA...

 Aku ingin menasihatkan kamu dengan lapan perkara.Terimalah nasihatku ini agar ilmumu tidak menjadi seterumu pada Hari Qiamat nanti.Beramallah dengan empat perkara dan tinggalkanlah empat perkara lagi...


Perkara-Perkara Yang Perlu Kamu Tinggal;

PERTAMA

 Janganlah kamu berbahas dengan seseorang mengenai sesuatu  perkara seboleh yang mungkin.Perbahasan ini sebenarnya lebih mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan.Perbahasan adalah punca kepada semua akhlak yang buruk seperti riak,hasad, bongkak,dengki,bermusuhan,bangga diri dan sebagainya.

 Tetapi kamu diharuskan untuk berbahas dengan seseorang sekiranya niatmu untuk menegakkan kebenaran,sedangkan yang berbahas denganmu itu sendiri jahil orangnya.Walau bagaimanapun niatmu itu hendaklah mempunyai dua tanda;

a) Kamu mengakui sesuatu kebenaran tidak kira kebenaran itu di sebelah pihakmu ataupun di sebelah lain.

b) Kamu lebih suka mencari kelemahan dirimu daripada mencari kelemahan orang lain.

 Ketahuilah bahawa orang yang jahil itu tidak sihat hatinya. Manakala para ulama' adalah 'doktor'yang dapat mengubati mereka ini.

 Ulama' yang tidak lengkap ilmunya tidak dapat mengubati penyakit dengan baik.Ulama' yang lengkap ilmunya pula tidak dapat mengubati setiap penyakit.Ia hanya berupaya mengubati mereka yang mahu menerima rawatan dan mahukan kebaikan.Sekiranya penyakit itu sudah terlalu parah atau mandul atau yang sudah tidak dapat diubati lagi, maka doktor harus pintar untuk memberitahu pesakit mengenai perkara itu.Dengan itu tidak perlu dibazirkan masa dan wang untuk cuba mengubatinya lagi.

 Dan ketahuilah bahawa terdapat empat jenis kejahilan.Satu daripadanya boleh dirawat manakala yang lainnya tidak dapat diubati.

Jenis-Jenis Kejahilan Yang Tidak Dapat Diubati ialah;

a) Sesiapa yang menyoal dan mengkritik hanya kerana hasad dan rasa marah.

 Setiap kali kamu menjawab soalannya dengan baik,dia kan bertambah marah,malah semakin memusuhi kamu dan membencimu.Oleh itu tidak usah kamu melayannya.Seorang penyair pernah menyatakan bahawasanya;

"SETIAP PERMUSUHAN BOLEH TERHAPUS,KECUALI PERMUSUHAN ORANG YANG..
MEMUSUHIMU KERANA HASAD DAN DENGKI"

 Kamu harus menjauhkan diri daripada orang seperti ini.Biarkan ia dengan penyakitnya itu.Firman Allah Ta'ala yang bermaksud;

"Dan berpalinglah(wahai Muhammad) dari mereka yang berpaling daripada peringatan Kami dan tidak mengingini kecuali kehidupan duniawi" (an-Najm : 29)

 Segala perkataan dan perbuatan orang yang berhasad dengki hanya akan menyalakan api yang membakar segala ilmunya.Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;

"Hasad itu menghapuskan amalan kebaikan seperti mana api memakan kayu api" (Riwayat Abu Daud)

b) Kejahilan yang disebabkan oleh kebodohan.

 Orang yang mempunyai penyakit ini juga tidak dapat diubati. Seperti kata-kata Nabi Allah Isa a.s;

"Aku berupaya menghidupkan orang mati (dengan Izin Allah)  tetapi aku tidak berupaya mengubati orang yang bodoh"

 Sebagai contoh,seperti seorang yang baru sedikit sahaja menuntut ilmu.Ia merasa dengan ilmunya itu sudah cukup lalu cuba membangkang gurunya yang sememangnya sudah masak dengan ilmu tersebut.Oleh kerana ia merasakan masalah yang diutarakannya itu adalah menjadi masalah kepada gurunya,maka dia akan bertanya soalan demi soalan yang bodoh sahaja.Oleh itu,seharusnya soalan-soalan seperti itu juga tidak dilayan.

c) Orang yang mahu ditunjuk ajar tetapi kemampuannya terbatas.

 Dia sering menyalah tafsir kata-kata ulama' yang kurang difahaminya.Ia sebenarnya suka untuk bertanya mengenai sesuatu perkara tetapi disebabkan akalnya yang tidak dapat menangkap dengan baik,maka soalan-soalannya itu juga tidak perlu dilayan.seperti sabda Baginda s.a.w yang bermaksud;

"Kami para anbiya',kami diperintahkan untuk bercakap kepada manusia mengikut kadar kemampuan akal mereka" (Riwayat al-Iraqi)

 Manakala kejahilan yang boleh diubati ialah seorang yang minta ditunjuk ajar dan dia sendiri seorang yang cerdik dan cergas pemikirannya dan mudah untuk difahami.Ia tidak dikuasai oleh perasaan hasad dengki,keras hati atau sengaja untuk menguji.Oleh itu kamu harus,malah wajib menjawab segala persoalan yan diajukannya.

KEDUA

 Elakkan diri daripada menjadi pendakwah dan mengajak kepada kebaikan sekiranya kamu sendiri belum melaksanakannya.Renungilah apa yang telah dikatakan oleh Nabi Allah Isa a.s;

"Wahai anak Maryam,nasihatkanlah dirimu dahulu.Sekiranya ia menerima nasihatmu itu,barulah kamu nasihatkan orang lain.Jika tidak,maka malulah pada Tuhanmu"

 Dakwah bererti seseorang itu mengingati Hari Akhirat,dan betapa kurangnya ia mengingati Tuhannya.Ia memikirkan tentang umurnya yang telah lalu yang telah dibazirkannya begitu sahaja.Ia berfikir tentang akibat-akibat yang mungkin diterimanya disebabkan iman yang belum pasti pada penghujung hayatnya nanti.Ia berfikir bagaimana malaikat maut akan mencabut nyawa dan apakah ia berupaya untuk menjawab soalan-soalan malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur nanti.

 Ia juga memikirkan tentang keadaan dirinya di Hari Qiamat nanti.Adakah ia dapat melintasai Titian Siratal MustaQim dengan selamat atau akan terjerumus ke dalam lubang api neraka.

 Perkara-perkara ini akan sentiasa bermain dalam fikirannya sehingga menyedarkannya dari kealpaan.Api neraka yang marak membakar dan jeritan-jeritan azab itulah yang dikatakan dakwah dan peringatan.

 Seterusnya dia akan berkongsi apa yang difikirkannya dengan orang lain.Ia menginsafkan mereka tentang kekurangan amalan mereka serta penderhakaan mereka terhadap perintah Allah Ta'ala.Ia menunjukkan mereka keaiban diri mereka sehingga semua yang mendengar dapat membayangkan betapa hangatnya api neraka dan betapa pedihnya azab di dalamnya.dengan itu mereka dapat menampung keterlanjuran mereka pada masa lampau dengan segala kemampuan yang ada.Mereka juga merasa kesal dengan segala waktu yang telah mereka bazirkan dahulu.

 Semua ini disebut peringatan dan dakwah.Seorang pendakwah mestilah bersungguh-sungguh dalam dakwahnya tetapi bahasa dan kata-katanya hendaklah mudah difahami.Keadaannya adalah seperti engkau melihat satu banjir kilat yang besar,tiba-tiba menuju ke rumah seseorang,sedangkan dia dan keluarganya di dalam rumah itu tidak mengetahui dan menyedari.Tentunya engkau akan menjerit dengan sekuat hati mengarahkan mereka menyelamatkan diri.Dalam keadaan ini.adakah kamu akan menggunakan perkataan-perkataan yang sukar difahami atau hanya dengan nada berseloroh atau pun hanya dengan bahasa isyarat sahaja?Begitulah juga halnya seorang pendakwah.Ia juga patut menjauhkan hal yang seperti itu.

 Jangan pula kamu terpedaya dengan sambutan manusia terhadap ceramahmu,kononnya majlis itu adalah yang terbaik dan banyak menyedarkan mereka.Ini semua adalah bukti bahawa hati yang cenderung kepada dunia dan sifat riak yang berpunca daripada kealpaan terhadap Allah s.w.t.Sebaliknya kamu mestilah menumpukan usahamu untuk mengajak manusia daripada memikirkan soal-soal dunia semata-mata kepada memikirkan soal-soal akhirat.daripada maksiat kepada taat.Daripada sikap suka membolot harta kepada zuhud.Daripada bakhil kepada pemurah.Daripada sombong kepada taQwa.Kamu hendaklah berusaha menjadikan mereka supaya mencintai akhirat dan membenci keduniaan.Kamu mengajar mereka ilmu ibadah dan zuhud.Biasanya manusia sering kali cuba melencong dari jalan yang ditunjukkan oleh syara'.mengerjakan perkara yang tidak diredhai Allah Ta'ala dan bermegah dengan akhlak yang buruk.

 Dengan hati yang sebegini,kamu hendaklah mencampakkan perasaan gentar dan takut di dalamnya.Berikan peringatan kepada mereka tentang azab yang bakal mereka tempuhi.Semoga dengan peringatan ini,hati dan akhlak mereka akan berubah.Lalu mereka akan lebih berwaspada dan berminat untuk melakukan ketaatan dan menjauhkan diri daripada maksiat.Dakwah dengan cara menyampai berita buruk sebegini amat berkesan sekali.Dan setiap peringatan yang bukan berbentuk sebegini adalah ibarat mencurah air ke daun keladi.

KETIGA

 Jangan bergaul denga para pemimpin dan pembesar yang zalim, malah kalau boleh jangan bertemu dengan mereka.

 Berjumpa dan bergaul dengan mereka banyak padahnya.Dan sekiranya kamu terpaksa,maka jangan sekali-kali kamu memuji mereka kerana Allah s.w.t amat murka sekiranya orang fasik dan zalim itu dipuji.Dan sesiapa yang mendoakan supaya dipanjangkan umur mereka,maka dia sebenarnya suka agar Allah Ta'ala didurhakai di atas muka bumiNya ini.

KEEMPAT

 Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pembesar walaupun kamu tahu yang itu adalah pemberian dari sumber yang halal.

 Sikap tamakkan pemberian mereka akan merosakkan agama.Dari situ akan timbul rasa simpati terhadap mereka.Kamu akan mula menjaga kepentingan mereka dan berdiam diri terhadap kezaliman yang mereka lakukan.Ini semua akan merosakkan agama.Dan sekecil-kecil mudharat ialah apabila kamu menerima pemberian mereka,kamu akan merasa sayang terhadap mereka.Seterusnya kamu akan mendoakan agar mereka kekal lama pada kedudukan mereka.Mengharapkan seseorang yang zalim itu kekal lama pada tempatnya adalah seperti mengharapkan kezaliman terus berpanjangan ke atas hamba-hamba Allah dan agar alam ini musnah sepenuhnya.Apa lagi yang lebih buruk daripada itu terhadap agama ini?

 Kamu juga harus berwaspada agar tidak disesatkan oleh syaitan melalui kata-kata sebahagian manusia kepadamu,"Lebih baik kau ambil wang yang mereka berikan itu.Kamu boleh membahagikannya kepada fakir miskin.Kalau engkau biarkan mereka membelanjakannya wang tersebut, sudah tentu mereka menggunakannya untuk kemaksiatan"

 Sesungguhnya ramai manusia telah disesatkan oleh syaitan dengan cara ini.Semuanya telah termaktub di dalam Kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali.

LAKUKAN EMPAT PERKARA......

PERBANDINGAN EMPAT MAZHAB BERHUBUNG WANITA MERDEKA NISBAH PADA PANDANGAN LELAKI AJNABI

MALIKIYY
Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah
(harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan 
dan di hadapan lelaki ajnabi,tetapi dengan syarat aman 
daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup
 
HAMBALIYY
Ada dua qaul (pendapat):
1.  Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka 
    dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi,
    jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup 
    sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.

2.  Semua badannya, tanpa kecuali. Ini berdasarkan kepada 
    satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qaul yang 
    paling sahih.
 
SHAFI'IYY
Ada dua qaul berdasarkan dua riwayat daripada Iman Shafi'iyy:
1.  Semua badan, tanpa kecuali. Inilah qaul yang paling sahih
    atau paling nyata atau mu'tamad, sebagaimana diterangkan
    oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan
    al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama'
    Shafi'iyyah.

2.  Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah 
    didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki
    ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup
    muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat,
    tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.
 
HANAFIYY
Ada dua qaul, berdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu
Hanifah:
1.  Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di
    dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan
    lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika 
    ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, 
    maka wajib ditutup.

2.  Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua
    qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya.

Monday, January 25, 2010

SALAM UKHWAH

Salam ukhwah abadan abada..salam perkenalan.

Terasa diri ini kerdil untuk memulakan kata. Hamba ini merupakan seorang insan yang jahil serta hina di sisi manusia. Tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam agama. Berlatarbelakangkan pengajian sains sepenuhnya.

Hamba ini merupakan seorang penuntut Sarjana Sains dalam bidang bioteknologi di Universiti Malaya. Bukan seorang USTAZ mahupun MURSYID tetapi seorang SAINTIS sepenuh masa dan sedang berusaha mendalami ilmu agama.

Tidak kira dengan sesiapa pun, hamba ini sudi mempelajari dan menuntut tidak kira apa jua ilmu pengetahuan, tidak kira siapa jua yang mengajar..tua mahupun muda malah anak yang belum baligh turut dialukan untuk mengajar si hamba yang jahil ini.

Dengan adanya coretan kalam di lembaran ini, sudilah kiranya kita semua, wahai generasi Islam pewaris anbiya' berkongsi ilmu pengetahuan dengan hamba dalam MERINTIH JALAN ILAHI.

Wallahua'lam